28 December 2016

Memeluk Hari Esok


Alhamdulillah, lepas settle semua kerja kerja berkenaan thesis, aku berjaya meninggalkan bumi Perlis tanpa menoleh ke belakang lagi. Aku berharap agar keputusan final semester aku cun, itu sahaja. Macam biasa, ingat senang ke kau pergi meninggalkan sesuatu tempat, lagi lagi in my case Perlis dah jadi sebahagian dalam jiwa aku dah. Bak kata pepatah yang aku pernah cipta tak lama dulu, "belahlah dadaku dan kamu akan menemukan Perlis di dalamnya." Payah woi, 4 tahun kat sini rasa belong kot. Segala ilmu, memori, kenangan, jasa, air mata dan hati yang hancur (kakaka) aku terpaksa lepaskan depa pergi. Aku pesan, jangan ikut aku dah. What happened in Perlis, stay in Perlis.

Okay now, dalam fasa move on dari perlis.

Usai aku jejak kaki ke tanah Tg Malim, aku letak beg dan bagasi dalam bilik lalu terus minta izin ke Mak aku untuk ke luar. Nak gunting rambut katanya. Sebelum aku pulang ke sini aku dah cakap pada kutu kutu, aku nak cukur rambut. And well, aku ni orang yang berpegang dengan kata kata, terus aku cukur rambut. And yes, benda pertama dalam plan aku telah settle. Checked.

Selang beberapa hari, aku pergi ke kenduri pernikahan Apek dan Sarah. Kat situ je, walaupun tak ramai tapi aku dah jumpa kawan kawan yang dah lama tak bersua muka apatah lagi kontek melalui whatsapp mahupun call. Dari Selayang hingga ke Kajang, jumpa kawan kawan lama ni sifat dia dah rupa kau jumpa stranger yang pernah ada memori tentang kau. So, I'm blessed.

Selain dari itu, benda paling aku bersyukur (walaupun tak cakap depan depan), mengunjungi kenduri perkahwinan Apek dan Sarah telah menemukan aku dengan Awek Terminal. Ya, kawan kawan. Awek Terminal. The one and only. Masing masing pun awkward dan aku sendiri sampai kini, macam tak percaya dengan kebetulan ini. Atau dalam kata tauhidnya, takdir Tuhan ini. Masa kenduri, disebabkan ramai kawan kawan lama jadi aku tak berpeluang untuk bersembang bersemuka dengan dia. Jadi aku ambil keputusan untuk mengajak keluar berdua bersama pada keesokan harinya. And, she said YES. Long short story, kami berjumpa di KL Sentral. Dan secara tak langsung, Si Dia telah menyarung uniform Awek Terminal kembali. Yeah, at least pada mata dan fikiran aku. Tapi itu lah, tak semua yang kita nak kita akan dapat. Aku ada benda nak bagi ke Awek Terminal sebenarnya, tapi sebab leka dan asyik (mungkin) aku terlupa untuk bagi padanya. Bila teringat ni, rasa nak tulis puisi pulak kakaka

Pulang kembali ke Tg Malim, aku berjumpa Tuan Sheikh atas urusan personal dan diakhiri dengan berbekam. Paling fun, kali ni aku bekam kat kepala sekali dengan 2 cup. Rasa nak mengamuk juga masa brader bekam tu pum kepala aku. Rasa ketat hanat. Kat tempat tempat lain rasa steady je. Part kepala tu, memang kalau salah cakap boleh buat aku bertumbuk dengan dia. Lepas settle, balik ke rumah aku penat dan terus tertidur dan hanya bangun bila masuk waktu solat sahaja.

Aku bangun tengah pagi dan tetiba satu semangat datang entah dari mana telah mengajak aku mengemas bilik. Asalnya aku ingat nak kemas baju baju aku je, kemain rupanya. Jadi, aku ambil keputusan untuk kemas satu bilik dimulai dengan almari usang yang dipenuhi dengan pakaian lama Abang Min dan Ayah. Geleng kepala juga aku bila terpaksa berlawan dengan habuk. Nasib baik playlist Glasvegas dan Payung Teduh steady menemani sepanjang malam aku. Hal hal baju aku, aku ingat esok siang baru boleh settle. Dengan nak ubah posisi perabot lagi. Berat berat. InsyaAllah aku cuba settlekan sebelum maghrib menjelma.

Ni esok pagi aku ingat nak pergi hospital nak check performance badan. Alang alang tu boleh derma darah sekali. Aku harap tak jadi masalah sebab aku baru lepas bekam semalam. Sebenarnya itulah, melihatkan kondisi terkini Awek Terminal telah menimbulkan motivasi untuk fit-kan badan balik ni. Mana taknya, walaupun badan aku sekarang dalam kategori steady sedap sedap umphh, aku tak nafikan setahun berehat dari segala aktiviti bersukan secara serius selain bermain futsal sebulan sekali, berbasikal pagi/petang dan ‪panjat bukit Cenderawasih sekali sakala, aku percaya performance dan shape badan aku dalam kondisi yang mengecewakan sekarang ni kahkah

Aku bersyukur sebenarnya, tak sampai seminggu pun pulang ke rumah, "unwritten-what-to-do-list" aku telah pun berjalan dengan lancar.

Orang kata memakwe suka lelaki yang confident. Part ni, aku tak sure lah yang aku ni termasuk dalam kategori tu ke tak. Tapi yang aku tahu, sejak pulang ke tanah yang dah lama tak dijejaki ni membuatkan aku tak sabar untuk tempuhi hari hari yang mendatang.

Terima kasih Tuhan, kerana bukakan mata dan hati aku.

Terima kasih.


20 December 2016

Jenuh ugak Menaip Dalam Keadaan Keypad "J" Tak Function Ni


For any reasons sepanjang aku jadi seorang pelajar, aku akui aku sangat selektif dalam memilih sesorang lencturer itu untuk dijadikan seorang fav lecturer all the time. Jenis lecturer evergreen gitu. Susah, tiada dan tak pernah.

Membawa watak seorang pelajar di peringkat tinggi selama 5 tahun ni tak mudah, dan aku pula memang dari kecil lagi memang sudah diajar supaya, untuk tidak menjadi teacher's pet. Mungkin disebabkan Mak aku dulu merupakan seorang guru, dan aku nampak bagaimana amanah teacher's pet ni terhadap sesorang pendidik tu. Sama ada high hopes, or no hope at all. Kau yang menentukan.

Okay, aku tahu argument aku mengenai teacher's pet tu tak strong. But hey, aku tahu apa yang aku tahu. Trust me.

For 5 years, aku berlagak menjadi seorang pelajar yang badass di mata lecturer lecturer yang mengajar dan pernah berurusan dengan aku. Dengan perangai lambat masuk kelas, dengan perangai last minutes, dengan perangai "pandai menjawab" (baca; pandai menjawab sebab selalu argue for the truth facts), and perangai paling tak menyerlah dalam kelas. Yeah, that's me. Dan disebabkan itu, aku susah untuk ada fav lecturer mahupun sebaliknya; menjadi teacher's pet dikalangan lecturer.

Kenapa susah nak jumpa fav lecturer?
Sebab dengan membawa watak punk rock macam ni, mana lah nak ada lecturer yang akan jatuh hati dan suka pada kau. Kau kena ingat, peringkat pendidikan tinggi ni lecturer bukan lagi macam cikgu zaman kau sekolah dulu kala yang jenis concerned dengan problematic students. So, dengan showing true colours, aku boleh nampak lecturer mana yang bebetul layak untuk dijadikan sebagai seorang fav lecturer bagi aku. Ni bukan sembang pasal lecturer crush gitu. And fuck it, I don't even care what you're calling for that.

Kenapa bukan teacher's pet?
For some reasons, kita kena akui. Walaubagaimana bad ass pun perangai kau, at the end mesti ada juga sorang dua yang akan suka pada kau. So, untuk isu ni, several lecturers dengan jujurnya telah menjadi kau sebagai seorang teacher's pet. And, benda ni most students akan take advantage atas gelaran tu. Dengan kata lain, menjadi seorang pembodek dan sedut seberapa boleh advantages yang bakal diperolehi dari lecturer lecturer tersebut. Ikut lah, aku malas nak sembang hal hal sex-exchange ni. Tapi benda tu wujud, dan kau harus tahu. Cuma aku nak tekankan lebih kat sini adalah, pembodek. Just disgusting I guess.

You can call me paranoid, tapi itu hanyalah point of view dari sisi aku. Kau mungkin ada pendapat lain lain which I really don't care pun kahkah.

Ikut lah memana pun, yang aku tahu. Aku pernah dapat je dedua tu. Beza aku dengan kau, aku tak tunjuk depan orang. Simpan diam diam sudahlah.

Pendidik peringkat tinggi cara mendekati pelajarnya lain, tapi bila kau salah guna dan ertikan; ternyata kau salahlah. Sebab, kau kena ingat. Lecturer pun sebelum dia mengajar pun dia adalah seorang pelajar. So, you think you smart enough? Come on.

Cukuplah rant kali ni versi malas nak tulis bebanyak, dalam dalam dan pedih pedih sebab demam. Cukuplah dengan rant yang paling general untuk isu ni. Sebab I got one, and I'll never talk about it.

Chow.

14 December 2016

Antara Pakar Komputer & Pengkaji Eksperimen, Aku Hanya Perlukan Guts Je Sebenarnya.


Otak tengah ligat tak boleh tidur ni, taktau pasaipa. Mungkin spirit masuk k-box tadi tak habis lagi. K-box terakhir bersama kutu kutu yang ada selama setahun ni, sorang sorang pakat nak blas pasai dah settle kerja. Maka tinggal lah aku dan beberapa lagi kutu yang tak settle kerja lagi. InsyaAllah, mudah mudah next week dah boleh balik kampung halaman dan tinggalkan bumi Perlis ni dah.

Aku jarang bersentimental atas dasar perpisahan dengan kekutu ni sebenarnya, sebab aku selalu percaya to live or not, someday aku akan jumpa jugak kekutu ni di masa hadapan kalau ada rezeki. Masa dan komitmen adalah musuh paling ketat dalam bab ni. Sendiri mau fikir lah, kau sendiri pun berapa kali sangat gather atau jumpa personal balik dengan kekutu yang pernah ada dengan kau dulu dulu? Cumanya itulah tadi aku cakap, ada rezeki ada lah. Tak ada, nak buat macam mana. Hidup tak semestinya kena sentiasa gather dengan kutu yang sama. Untuk ke depan, kita kena create and build up new kutus again. Like really.

Petang tadi sementara menunggu examiners aku kasi pengesahan dokumen, aku secara gentle nya telah berjumpa dengan Brader Naza; bakal Dr yang tak start start lagi PhD registration-nya kahkah. Tiada yang menarik selain topik jodoh dan kahwin. Bunyi klise, tapi aku peduli apa. Ni heart-to-heart dengan orang paling selamber kot, banyak kali juga aku skip kelas 3 jam pasal nak lepak bilik dia; sembang pasal life sambil smoke. Aku perati juga, sejak dari dia naik pangkat jadi Timbalan Dekan itu hari dia lah timbalan dekan pertama yang smoke dalam bilik sendiri.

Tapi bukan hal jodoh dengan kahwin yang aku nak cerita, sebab bagi aku benda tu benda biasa dan tak adalah aku peduli sangat pun. Nak kisah apa ye dak. Cuma macam biasa, hal hal diskusi bersama Brader Naza tak pernah lari dari stanza kehidupan. Banyak benda real yang dia pernah lalui, dah aku lalui juga. Oleh itu, untuk hari ni punya diskusi kami berkenaan "life is about to be brave and gentle." Sambil diskusi, sambil termenung lama juga aku sebenarnya membiarkan dia bercakap sesorang. Entah, somehow aku rasa aku tak jumpa lagi jalan ke arah apa yang aku cari selama ini. Dan yang paling penting, aku sendiri pun tak sure, apa yang aku cari selama ini. Tenang, lambat laun apa yang dicari tu akan muncul juga.

Either to be same or different.
To be the same, I will never worried, trust me. There's no such difficult thing to be the same because you will always gets the awareness from people. But to be different ni yang aku quite risau. Risau yang tak ada hujung pangkal sebab aku pun tak sure yang aku ni sebenarnya ready ke untuk jadi different. To be honest, be different is always be my dream in this life. I wanna be different so I don't need to copy others (sangat). I know how high I can be at the top, but also me; I have no clue why I need to be at the top? For real, I admit I would do anything to satisfied my dreams and passion, tapi tu lah haa banyak sangat tapi ni. Untuk jadi different, aku susah nak ada mentor/role model as guide (at least). So tak adalah terumbang ambing sangat hidup nanti.

And bla bla bla...talking about this again and again and bla bla bla is bullshit. Dalam hidup ni pun, kita memang diberi ujian sebelum pengajaran. Bukan macam kat sekolah, pengajaran dulu baru ujian. Kan?

So untuk persoalan liar hari ni, aku temui "life is about to be brave and gentle." That's all. Kalau dengan diri sendiri pun takut dan tak gentle, nak hadap future dengan gemilang cemana yedak?

Okay lah, aku ada hal lain nak kena fikir untuk isi malam ni ni.


08 December 2016

Buletin Persekutuan Bangsat


Melihatkan bayang bayang sendiri ketika merokok di luar rumah tadi berjaya membuatkan aku mengelamun ditenggelami suasana malam berserta bauan yang terhasil dari asap gulungan rokok yang tadi.

Aku dah 5 bulan tak merebahkan diri di bumi urban, hinggakan terasa seperti orang asing di tanah sendiri. 23 tahun hidup, hidup aku memang selalunya dibazirkan masa dengan menunggu orang sahaja. Memang dari kecil aku ditakdirkan menjadi seorang manusia yang selalunya tak akan ada transport sendiri untuk ke mana mana. Kalau ada pula, boleh jadi aku tak utilize dengan ada kekangan yang lain. Begitulah, dari sekolah, kolej, universiti dan kerja, alih alih hadap public transport juga.

Sampaikan satu tahap, aku jadi seorang pemerhati dalam senyap yang paling hebat. Sebab aku percaya, masa yang terbuang asyik menunggu orang telah menjadikan mata aku dihiris supaya tajam dan punyai daya firasat kritikal yang tinggi. Mudah untuk aku menelaah telatah manusia manusia yang berurusan secara langsung mahupun tak langsung dengan aku. Jadi, kau jangan main main lah bila bagi alasan kat aku. Aku akan twist jawapan kau supaya ianya berbunyi paranoid nanti.

Bukan nak berlagak lasak, tapi kaki ni dah bermacam macam tempat aku jelajah. Kau boleh kata kau duduk Kolumpo, dan kau tau jalan itu ini sedangkan kau memandu kereta, dan aku pula hanya berjalan kaki untuk ke suatu suatu tempat. Logiknya, ya Kolumpo tu takde lah jauh mana tempat sebelah sebelah dia. Manusia hutan konkrit semacam tak biasa pula kalau tak menaiki tren atau kenderaan lain untuk ke tempat dituju.

Dengar berjalan jauh jauh, penat penat, selain dari menjadi seorang pemerhati dalam diam, terkadang aku berjaya menemui borak borak tanpa hujung pangkal dengan strangers. Berborak dengan strangers seronok, sebab masing masing tak kenal masing masing, jadi aku tak perlu nak hipokrit dan bertapis tapis (but in case nak tipu, boleh tipu dari awal tak perlu nak fikir fikir). Seronok yang aku tak boleh nak describe, mungkin juga atas dasar manusia aku lebih senang menemukan dengan yang baru.

Bila boring boring, kau boleh fikir. Sepanjang kau hidup, kau asyik dengan kekawan dari circle kau sahaja. Orangnya sama, rutinnya sama, beritanya sama. Sampai satu tahap, kau akan jadi bosan dengan kebiasaan lalu hubungan antara kau-kau-dan-kau selesa dengan bersemuka depan mata tapi tenggelam dalam kesenyapan tanpa bicara dari mulut masing masing. Aku selalu mengimpikan, satu hari nanti aku berjaya ambil kekawan dari yang berlainan circles, dan jadikan mereka yang terbaik sebagai circle yang terbaik antara yang terbaik.

Again, sepanjang kau hidup. Berapa kali kau berpindah randah? Berapa kali kau bertukar kumpulan? Berapa banyak kau jumpa kawan baru? Hah, itulah rasionalnya. Alangkah bagusnya jika teman terbaik di setiap circle itu berjaya menjadi satu. Itu pasti menjadi idaman kalbu. Lalu dinamakan mereka sebagai Sekutu Bangsat yang diterajui oleh Persekutuan Bangsat.

Fuh, power power.
Aku tengah bayangkan ni.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan aktiviti persekutuan melepak ni ada banyak. Cumanya, idea persekutuan ni kebanyakan based on tempat/region. Contoh, kalau kau duduk Kajang. Kekawan terbaik yang kumpulkan itu akan dikenali sebagai Persekutuan Kajang. Jadi ahli ahli persekutuan pun terdiri dari orang yang sama, tempat yang sama, dan seterusnya aktiviti pun lebih kurang sama.

Dengan Persekutuan Bangsat, aku mengimpikan percampuran teman teman terbaik yang pernah aku ada sepanjang hidup ni, dari pelbagai latarbelakang dan of course aktiviti melepak pun nanti bukan sahaja terdiri dari duduk minum setable sahaja. Aku mahukan aktiviti yang lebih. Kau boleh bayangkan, kau dengan teman teman terbaik kau yang paling masuk air, dalam aktiviti mendaki gunung merapi di Indonesia sana tu. Aku confirm, aktiviti tersebut akan terisi dengan momen momen bangang yang akan dikenang sampai bila bila. Itu baru mendaki. Kalau jenis stoned reramai kat rooftop Bluewave pun power. Mana nak dapat woi, momen momen yang cemas dan mendebarkan, tapi happy (stoned) itu. Kahkah. Itu contoh aku tulis tuu, itu contoh.

Izinkan aku gerak paper roger dulu.

02 December 2016

Misi Mencari Motivasi


Finally bro, finally. Lepas 5 bulan tak pulang ke rumah, hari ni sejarah tercipta. Aku lost jugak bila masuk masuk rumah nak park beg dan salin baju tetiba bilik aku dah jadi bilik Mak Ayah aku. Bilik Mak Ayah dah jadi bilik adik, dan bilik yang tinggal untuk aku hanyalah bilik kain. Duhh, bilik kain. Dengar pun dah tau, betapa aku perlukan masa untuk kemas seelum menetap di situ. Mudahnya, aku ambil keputusan untuk "lepak" di ruang tamu sahaja. Mudah. Ruang tamu kini sudah menjadi kawasan jajahan aku.

Lepas minum kopi o bersama Ayah tadi, aku gulung rokok dan terus mencari lighter. Aku tanya Ayah, mana lighter yang aku simpan kat dapur dulu. Dia kata tak tahu. Jawapan Ayah berjaya membuatkan aku kutip syiling syiling di celahan poket, almari dan penjuru dinding untuk dijadikan modal membeli lighter baru. Jangan risau, hayat lighter selalunya ak tahan lama. Ni nanti aku balik Perlis confirm hilang. Pencuri Baghdad ada di mana mana.

Tenang aku baru nak bakar rokok kat tepi rumah, aku jadi tak senang. Tak senang bila aku tengok hasil kerja tangan aku 5 bulan lalu dah jadi serupa rumah puaka. Daun daun kering berguguran sana sini, semak naik sikit sikit, ulam ulam menjalar sesuka hati. Shit, aku dapat rasakan cuti panjang aku nanti akan dipenuhi dengan menghias halaman rumah ni balik, hensem seperti sedia kala. Aku tak sabar nak cuti panjang ni woi.

Aku harap, dengan aktiviti pergulungan rokok petang tadi dapat motivate aku supaya buat correction dissertation cepat cepat. Kemudian tinggalkan bumi Perlis buat seketika dan katakan, "so long, buddy." Kau taktau, betapa malasnya aku nak buat correction dissertation, nak menghadap journal journal balik untuk improvise disserttation ni. Padahal takdelah banyak mana pun, tapi ya Rabb, sesungguhnya aku berani geleng kepala je tiap kali teringat nak settle kan apa yang patut.


Aku harap, aku balik rumah untuk beberapa hai ni mampu memberi aku motivasi yang lebih rock sifatnya. Mudahan mudahan, Allah permudah saki baki urusan aku di Perlis nanti, dan seterusnya cemerlang untuk pecutan terakhir ini. Mudah mudahan.

Aku dah tak sabar nak menggegar dunia ni!


18 November 2016

Muzik Adalah Cerminan Diri


Lagu.
Sememangnya bertanggungjawab bermain dengan perasaan yang dekat dengan kita. Bunyian apa pun, kalau berjaya menyentuh jiwa, terus dijadikan sebagai pegangan, nasihat dan bayangan pada diri kita. Semacam magik.

Percaya atau tidak, semua lagu sedih adalah sesuatu yang sedap didengar dan membahagiakan. Mungkin, sifat bahagia itu sendiri terdiri dari kesedihan. Siapa tahu?

Mendengar lagu lagu sedih tak kira tema apa pun, sama ada tentang cinta, keluarga, negara mahupun seekor kucing telahpun berjaya menjuarai carta lagu yang sering didengar walaupun kita mengatakan kita membencinya. Teruk, kenapa kita seringkali tewas dengan perasaan sendiri lalu menjadikan benda yang tidak digemari itu sebahagian dari diri kita?

Macam aku juga, walaupun aku tegas dan cerewet dalam seleksi memilih lagu kegemaran, tetapi aku tetap tidak boleh lari dari mendengar lagu lagu sedih berulang kali, menghampiri lagu lagu bagus yang bersifat happy serta catchy.

Ada satu album dari Grouplove, album kegemaran aku juga bertajuk "Never Trust A Happy Song!"

Bunyi macam amaran bukan? Ironinya, walaupun lagu lagu yang termuat dalam album itu bersifat depressed, tetapi melodi serta rentaknya tidak langsung berbunyi seperti sedang bersedih. Tetapi lebih kepada bunyian happy yang berjaya membuatkan aku hentak kaki dengan berkhayalkan tentang sebuah padang yang luas yang dipenuhi dengan belon berwarna warni. Power!

Grouplove mungkin dalam kategori band "baru" yang membawakan konsep happy-sad songs ni.

Long time ago, The Cure adalah salah satu band yang memperkenalkan tema happy-sad songs ni. Mungkin, generasi kini atau orang kebanyakan tidak mengenali band ini. Tetapi tidak bagi penggemar muzik. The Cure adalah sesuatu yang besar bagi kami.

Lirik lirik lagu yang didendangkan amat membentuk peribadi aku, juga alunan dari sususan melodi. Happy-sad songs berjaya membuatkan aku bahagia.

Bagi menunjukkan yang aku ni tak bias, Aku sebut lah juga satu lagu baru dari saluran "anak muda" kini yang bersifat seakan happy-sad ni. Lagu Hanya Dirimu dendangan Mark Adam & Eleena Harris. Lirik happy, sounds catchy tapi bila aku dengar aku akan kearah happy-sad juga. Kahkah, cilaka. Adakah aku telah disumpah menjadi seorang yang sedih untuk bahagia?

"Jujur, hanya dirimu. Hanya dirimu yang selalu ku tunggu."

Fakof, jangan kata aku sorang je rasa chorus dia sebenarnya adalah sesuatu yang menyedihkan. Come on, penantian tu menyesakkan okay.

Oh, and please. Jangan kata lagu Aiman Tino natang tu jatuh dalam kategori ini. Tidak, jauh sekali. Plus, aku tak pernah suka pun lagu lagu dia. But somehow, macam aku cakap tadi. Lagu yang dibenci tu lah yang selalu bermain di bibir secara tak sengaja kan? Kahkah

Banyak juga lagu yang fun, tapi sedih. Contoh lain, lagu Woa Oh Sayang dari band Couple. Intro lagu je dah mengusik jiwa.

"Semalam, hari terakhir dunia ku kelam. Bertentang mata denganmu Sayang. Jiwaku tenteram."

Power power! Aku sambung sikit lagi.

"Kemarau, dalam hati ku telah dihalau. Hanya dengan hadirnya diri kau. Jiwaku tak kacau."

Amacam, power dak Aidil tulis lagu ni?

Selain dari tu, lagu Jangan Pernah Berhenti Senyum dari Iqbal M.


"Kadang kadang, senyum hilang serulah kembali."

Lagu ni tak pernah direkod studio lagi, dan tak ramai yang tahu. Tapi jangan risau, aku pernah request sama Iqbal supaya rekod lagu bagus ni dalam album yang akan datang. Ada rezeki, ada lah. Kau orang rileks.

Aku takdelah nak kata aku ni power and expert pasal muzik. Tak. Tapi amacam taste muzik aku? Beza tak dengan kau? Tapi tu lah, walaupun selera kita tak sama, aku tak pernah lagi judge kau orang. Tetapi berlaku sebaliknya bila kau orang sound aku direct, "lagu apa kau dengar ni setann" bila kau terdengar playlist aku. Like, oh come on. You can't be so rude. That's breaking my heart you know.

Itu baru aku sentuh pasal benda ringan, belum lagi aku sembang perihal Ok Computer by Radiohead, lagu lagu The Smiths, The Killers, The Cranberries,  Komplot, dan mungkin Coldplay. Jangan pelik macam mana aku boleh layan Coldplay walupun aku dengar Radiohead. Benda sedap, layan jelah. Yang kau judgmental sangat ni dah kenapa?

But somehow I know, aku belum sampai tahap yang membolehkan aku untuk sembang hal hal Radiohead dan Coldplay, atau apa apa pasal muzik. Aku bukan pelajar mahupun orang teknikal muzik. Aku cuma ada sepasang telinga yang bagus dan aku hanyalah seorang pendengar yang penuh dengan pelbagai jiwa. Itu sahaja.

Berikutan dengan sejarah yang bakal dicipta pada esok hari, Butterfingers akan membuat sebuah show reunion di Rockway 2016 buat mengubat luka peminat setelah beberapa tahun tidak bersama. Emmet sambung belajar di Canada dan the rest teruskan enthusiasm mereka dalam muzik melalui Monoloque. Seingat aku, last show Butterfingers pada tahun 2009. Lama kot. Ini mungkin akan menjadi sebuah transisi pada gelombang bunyian di Malaysia selari dengan Monoloque, Iqbal M serta beberapa band lagi yang bersifat nusantara.

Selain dari album Selamat Tinggal Dunia (STD), 1.2 Miligrams atau Butter Late Than Never, kesemuanya berjaya mengetepikan happy-sad songs yang keterlaluan. Bak kata Loque bila ditanya wartawan tentang genre yang dimainkan Butterfingers, dia menjawab, "it's sounds Butter." Say no more. Sebelum aku akhiri tulisan ini, aku tinggalkan kau orang dengan potongan lirik dari band lagenda ini,

"I guess I wasn't needed here."

"You'd be king long last forgotten."

"Kita semua perlu bebas."

"Sudah terlambat baru nak cepat. Terperanjat."

"Isolation has no power."

dan

"Maafkanlah hamba, hamba pun hamba."


Okay, aku nak dengar lagu Kabus Ribut ni. Chow.

13 November 2016

Walaupun Kau Tahu, Tapi Ada Lagi Orang Taktau Yang Aku Ni Power


Taktau nak cakap macam mana. Perasaan huru hara ni lain macam pula aku rasa. Sama ada aku tak habis habis nervous pasal viva next week, atau aku tengah hati tak tenang. Aduhai, nak mengeluh pun taktau punca ni apa kes?

Selalu lah selalu, ramai orang ada tanya, "kalau kau berpeluang ada super power antara being invisible atau a mind reader, kau pilih yang mana?"

Secara jujurnya, aku tak jumpa jawapan untuk katakan nak jadi invisible. And mostly, orang yang memilih untuk jadi invisible akan jawab, "sebab aku tak rasa aku pedulikan apa orang fikir."

Shit, that was my thought. But still, I can't chose for being an invisible man. How I wish to be tak pedulikan apa yang orang fikir. Mungkin, secara lahiriah nya aku memang bersifat begitu. Bukan suka jaga tepi kain orang maksud aku.

Aku ni sedari dulu lagi aku perasan, orang memang suka cerita dengan aku. Somehow aku terfikir juga apa yang membuatkan orang berani share cerita cerita berat pada aku, sedangkan aku sendiri tak yakin yang aku boleh simpan cerita tu sebagai rahsia. Sama ada aku ni memang pendengar yang baik, atau aku ni memang boleh dipercayai, aku pun taktau.

Sebab,
Kalau aku sendiri ada masalah pun, aku amatlah susah untuk share cerita cerita aku. Aku tak rasa cerita cerita aku boleh simpan dengan baik, dan aku tak rasa si pendengar peduli sangat pun pasal cerita cerita yang aku nak share tu. Secara literal nya, aku akui lah bahawasanya haha aku ada trust issue pada orang. And at last, aku amik keputusan untuk simpan seorang je tak share pada orang. Benda ni kekadang jadi payah untuk aku, yelah at some point aku pula yang tak boleh nak share cerita aku pada orang sedangkan dalam masa yang sama, orang orang berterusan contact/ jumpa aku sebab nak share cerita depa ni.

Kau faham tak ni apa yang aku tulis? Tak faham, boleh berhenti baca kot kahkah

Pakcik Ben dalam cerita Spiderman pernah berkata,
"Great power comes with great responsibilities."

Aku percaya Pakcik Ben walaupun Pakcik Ben ni tak kenal aku pun. Kahkah. Tapi tu lah, bukan maksud aku, aku nak super power mind reader tu, tapi sebenarnya benda benda menarik ni yang membentuk aku supaya aku selalu memilih untuk super power mind reader tu.

Tolak tepi lah suka tepi jaga kain orang tu. Aku percaya, mamat setenang aku tak sampai tahap tu lagi untuk jadi manusia berguna.

Secara teknikalnya pula, aku rasa aku pilih kuasa mind reader ni sebab aku suka fikir benda benda kompleks, impact and consequences tentang sesuatu perkara. Itu je kot.

Sebab aku banyak pegang rahsia orang, cerita orang dan kekadang hati orang. Apa mahu bikin? Secara tak langsung juga, benda benda ni membutkan aku jadi seorang yang paranoid untuk certain cases atau situation.

Dan sebagai seorang pelajar bisnes juga, aku yakin lah ciri ciri supaya fikir dalam dalam tu ada pada diri aku. Business student kot, come on. Kau ingat kau study engineering je boleh asyik fikir pasal solusion? Apa study medic je boleh fikir simptom, consequences and cure pada pesakit? Oh, come on. Hormat lah aku sikit, kalau tak banyak pun kakaka

Yang penting lah kan, aku tak pedulik sangat pun sebenarnya pasal super power ni. Sebab aku percaya je, yang orang orang biasa pun boleh jadi super hero. And believe me, I really wanna be that kind of guy.

A guy yang hang takdak apa apa pun, hang boleh jadi hero pada sesetengah orang.

Tapi aku percaya juga, sebelum kau nak jadi macam tu, nak taknak kau kena build up a great profile dulu. Create something apa yang orang nak pandang pada kau sebenarnya. Kalau tak, memang haram sampai kesudah lah hang nak jadi hero even hero biasa biasa je pun.

Okay, cukup rant pasal super hero aku ni.

Sejujurnya, aku suka and nak sangat tahu apa yang orang nampak pada diri aku. Sebab aku rasa, aku ni salah seorang manusia tak berguna juga kekadang. Itu je.

Kahkah.

Okay, chow.


12 November 2016

Semalam Aku Jumpa Abang Long Kat UUM, Dia Kata "I Hate Grown Up, Man!" Dan Aku Hanya Mampu Senyum Nipis Je.


Sebenarnya aku tinggal selangkah je ni untuk menghabiskan komitmen "kontrak setahun" aku kat Perlis ni. Makin hujung, makin banyak twist. Makin banyak twist, makin buat aku nervous. Selangkah yang menentukan sama ada lepas, atau tak. Semuanya bergantung pada aku next week. Walaupun aku ni bersifat tenang secara mata kasar, orang orang kekadang tak sedar bahawa aku pun manusia biasa semacam depa juga. Come on, nervous is a part of life kot. Power macam mana pun aku, aku takkan boleh skip part of life yang satu ni kahkah.

Takpa, aku selalu motivate pada diri aku sendiri. Supaya sentiasa percaya dengan apa yang aku lakukan. Sama ada sukar atau mudah, itu hanyalah perjalanan. Yang penting, buat sampai perabih.

Bila dah hujung hujung ni, ramai lah pula yang bertanya akan apa plan aku selepas ni. Aku macam biasa, memberikan jawapan yang tenang tanpa pedulikan benda benda yang serius sangat buat masa sekarang.

Aku dah setahun berkorban masa, wang ringgit, usaha dan lain lain. Untuk membina plan yang bersifat serius buat masa sekarang, tidak sesuai bagi aku. Aku lebih memerlukan plan yang santai sifatnya untuk menjadi seorang "aku" selepas setahun menyembunyikan diri ni.

Menyembunyikan diri? Ya, hanya teman teman rapat sahaja yang tahu apa aku bikin selama setahun ni sebenarnya. Yang kurang rapat or yang rapat tapi taktau tu, sebenarnya aku yang enggan beritahu berita sebenar. Sorry folks, I'm just being me. Regardless, aku rasa aku tak perlu beritahu satu dunia pun pasal benda ni. So yeah, just let it be.

Berbalik pada "Apa plan aku selepas ni?"
Aku dengan mudahnya menjawab,
1. Aku nak lepas Perlis sampai hujung tahun ni (Dec 2016), settle down apa yang patut dulu. Sama ada dari segi komitmen, perasaan, mahupun kenangan. Aku nak apa yang telah aku lalui selama kat sini, stay here. Kira settle down, and move on lah orang kata. But don't you worry, kita manusia mana boleh nak get rid off dari kenangan pun kan. So tenang.
2. Bila balik hometown nanti, aku nak lepak dan bonding dengan family aku balik. Nak kemas bilik, nak kemas rumah, spend time dengan orang tua. Sungguh, aku rindukan depa semua. Dah 4 bulan aku tak balik rumah ni woi! Apart of that, aku cuba nak jumpa balik kawan kawan lama yang telah setahun aku deny and tak dapat nak bersemuka selain hanya berhubung melalui handphone sahaja. Tapi benda ni terbatas lah juga sebenarnya sebab benda benda ni semua costing. Kahkah, so yang mana ada jodoh ada rezeki jumpa lah aku dengan kekawan yang aku nak jumpa tu.
3. Aku nak berehat. Maksud rehat kat sini bukanlah tidur sampai sebulan dua maksud aku, aku nak berehat menenangkan minda. Mungkin cara berehat aku tu dengan travel dan mula tulis buku, sambung projek yang tergendala tak lama dulu tu? Atau, mungkin dengan kembali menguruskan badan dan bina badan balik. Bagi sedap mata memandang sudah lah aku rasa, takde lah target aku sampai nak bulking.
4. Disebabkan aku tak target untuk kerja secara serius serta merta, aku bercadang untuk kerja part time sahaja buat masa dua hingga tiga bulan ni. Jadi orang bawah, kenal basic hidupan macam orang lain dulu sebelum ke peringkat seterusnya.
5. Dalam masa berehat, aku cuba hantar resume yang power pada potential company or any opportunity untuk better future juga. Dalam aku dok bertenang, aku still kena fikir benda benda masa depan juga kan. 
6. Cari cinta lah kot. Jadi orang normal. Sebelum ni asyik mengadu domba pasal komitmen lah bagai. Habis semua makwe lari meninggalkan aku sendiri waktu duka dulu kita hadapi bersama bagaikan  bulan menerangi bintang malam hancur hatiku bila kau pergi. Tapi part ni aku tak peduli sangat sebenarnya, tak jatuh dalam priority lagi. Tapi kalau ada, ada lah. Gittew.
7. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Apa pun yang dah tertulis pada aku, nak taknak aku kena yakin dan layan saja lah. Cakap banyak pun tak guna kan?

Cukuplah kot aku sembang pasal plan tenang aku ni. Macam aku cakap tadi, sembang banyak pun tak guna. Entah entah lepas balik hometown nanti, terus dapat kerja sedap disekalikan makwe free ke takkan aku nak tolak terus kot. Agak agak ah bro. Kakaka

Yang kenal aku tu, kenal lah kot. Dari baca tulisan tak semenggah aku ni mungkin fikir aku ni banyak main lah mende mende. Realitinya, aku ni berprinsip orangnya. Kekadang keras je orang nampak, tapi percayalah sayang hatiku masih punya ruang lembut dalam menerima seorang kamu huhu.

Dua tahun lepas sebenarnya aku dah up entry cakap yang aku nak stop munulis kat sini. Tapi apahal aku terus jugak menulis hingga hari ni? Secara jujurnya, aku tahu ada beberapa teman baik yang sentiasa mahu membaca nukilan aku kat sini. Yang absolutely silent reader (kot). So, this is for you guys. Walaupun aku taktau siapa ampa ni sebenarnya. Aku just detect melalui statistic traffic blog aku je ni.

Apa apa pun, bersama sama kita teruskan hidup memasing okay. Kau orang yang kenal aku tu, yang mungkin nak personal dengan aku, just hit me at any lines okay. Jangan risau, aku masih orang yang sama macam yang kau orang kenal aku dulu.

Still hopeless and restless kahkah

Chow.

Oh, btw doakan aku untuk langkah terakhir komitmen aku next week okay?

Chow ✌️

23 October 2016

Tuhan Tunjukkan Aku Jalan


Baru baru ni, terlalu banyak dugaan yang mendatang dalam hidup aku. Sampai satu tahap, hanya kekuatan yang tinggal untuk menjadi satu satunya cara untuk aku menghadapi semua. Escapism no more. Really. Aku dah betul betul berada di sedalam dalam lohong yang gelap tanpa cahaya. Tiada siapa yang mampu menolong selain dari diri aku sendiri. Since, lepas satu, satu perkara yang mendatang. Tak sempat yang satu itu temui jalan penyelesaian, timbul pula dugaan yang lain. Aku kelaskan masalah masalah tersebut sebagai dugaan sahaja, kerana apa, kerana hanya aku dan Allah sahaja yang tahu akan kebenarannya.

Bercakap tentang kebenaran, Henry David Thoreau ada sebut dalam puisinya;
"rather than love, than money, than faith, than fame, than fairness; give me the truth."

Begitulah kita kalau benar mahu melihat sesuatu perkara itu sebagai hikmah. Bukan hanya menuding jari salah siapa sahaja. Kau perlukan sepanjang panjang gelombang persepsi untuk melihat sesuatu perkara itu secara meluas. Jangan ego dengan diri sendiri untuk terima atau melihat dari persepsi mata hati orang lain. Come on, dalam hidup ni bukan semata demi kau seorang je. Jadi, luaskan fikiran, rendahkan hati. Dalam argument, tiada yang salah tiada yang benar. Tiada yang kalah, tiada yang menang. Tetapi macam mana kau ambil dan jadikan satu, seterusnya patenkan pendapat tersebut khas untuk/sebagai diri kau.

Mungkin, apa yang kau terima, lihat dan dengar sebelum ini telah menjadikan prinsip hidup kau semakin kuat. School of thought kau mungkin berbeza dari orang lain. Dan, pegangan serta rasional hanya boleh difahami kau seorang. But who cares? As long as kau rendah hati dan tidak ego untuk terima argument argument liar dari yang lain. So, that's should be okay.

Dan segala yang berkaitkan dengan diri kau, dijadikan sebagai buah mulut orang sekeliling. Kau seorang yang jelek, pelik, berlagak art, konon anarki, dan selalunya ego. Dan banyak lagi yang akan menjadi intipati mulut orang dalam percakapan seharian mereka. Kau jelek, pelik dan konon art, dikatakan sebegitu sebab kau lain dari orang lain. Kau tak macam mereka, kata mereka.

Kau kena ingat satu benda.
Dalam filem Terbaik Dari Langit, Berg ada cakap;
"dulu masa sekolah, kau baca buku, kau tak faham. Kau yang bodoh atau buku yang bodoh?"

Jadi, biarkan mereka dengan dunia mereka. Dan kau, terus dengan pencarian "siapa diri kau yang sebenar."

Honestly, kita hanya akan jumpa dengan apa yang kita cari. Walaupun kekadang benda yang jumpa tu adalah secara tersirat, bukannya tersurat. Tetap, ia adalah jawapan yang hanya kita akan jumpa setelah kita fikir akan hikmah disebaliknya.

Sekian dari peminat nombor satu Toyu, binatang biru.
Kakaka.


11 October 2016

Menuntun Dalam Buta


4.50 pagi. Ayah whatsapp, say sorry sebab tidur awal semalam. Aku yang tidak berjaya melelapkan mata lagi pun lantas reply text nya. Ternyata Ayah sedang menunggu reply dari aku, sebab tiap kali aku reply terus bernyala bluetick pada column text aku.

Macam biasa, aku takde lah pelik mana bila Ayah bangun seawal pagi ni. Itu memang rutin harian dia. Lantas, secara kasualnya aku text "doakan untuk orang sekali."

Macam biasa juga, Ayah reply, "kami selalu mendoakan yang terbaik buat anak anak,"

Sentimental juga aku sebenarnya bila text Ayah pepagi gini. Mengingatkan aku pada dia. Perasaan bercampur baur, macam biasa. Kau orang pun mesti tau perasaan bercampur baur tu macam mana. Tak payah lah aku nak spesifikkan perasaan yang mana satu.

Seingat aku, sepanjang aku hidup ni. Baru dua kali aku tengok Ayah menangis depan mata aku. Itu pun, dua dua kali tu, aku yang ada bersama dan menenangkan dia. Aku peluk, genggam tangan dan lap air matanya di pipi. Selalunya aku akan berkata, "sabarlah, Allah ada. Ayah kena kuat." Ironinya, masa kecil dulu, Ayah yang menenangkan aku dan mengeluarkan kata kata begitu. Terkesima. Dua kali aku menenangkan dia, dua kali juga aku terkesima sendiri.

Awkward tu awakward lah juga, sebab aku selalunya pujuk Mak, bukan Ayah. Tapi itulah antara salah satu moment yang tak akan pernah aku lupakan sampai bila bila. Aku mungkin tak ada hubungan yang kacip sangat macam anak-bapak yang lain. Aku tak pernah lagi memayungi Ayah aku masa hujan dalam perjalanan ke mana mana, sebab obviously selalunya kami naik kereta, bukan jalan kaki. Aku tak pernah main peluk peluk dengan Ayah. Ayah tak pernah sokong aku main rugby sebab badan aku kecik. Tapi aku rileks, sebagai seorang mamat rok yang tenang aku tak pernah peduli pun sebenarnya pasal benda benda tu.

Dalam diam, dam agak klise macam orang normal yang lain juga, aku mengidolakan Ayah. Dari segi segenap sisi, tapi bukan barannya. Kahkah. Ya, dulu dulu bapak aku baran orangnya. Abang aku pernah kena penampor bunyi hentakan fire extinguisher ke lantai. Kakak aku pernah kena campak dalam longkah. Sampai aku, aku tak pernah lagi sebarang kesakitan secara fizikal, tetapi dari segi psychology pernah. Kakaka. Adik aku pula, mungkin sebab anak bongsu, Ayah pun dah all out jadi seorang gentlement yang paling jitu dalam keluarga, so adik aku tak pernah kena apa apa lagi dari Ayah.

Apa yang orang lihat aku pada hari ini, semuanya adalah bayangan dari Ayah. Aku tak tipu. Kau ingat aku boleh jadi tenang dalam segenap rasa ni secara tiba tiba atau semulajadi ke? Mana mungkin brader, Aku belajar banyak dari Ayah, really.

Power tak power, sampai satu saat, aku sampai mengidolakan diri aku sendiri. Bet, people wanna be like me too. I'm just wanna be like me. Kakaka

Tapi cakap banyak pun tak guna, Ayah akan sentiasa ada dalam doa doa aku. Macam aku nak, aku ada dalam doa anak anak aku (kalau ada rezeki) juga. InsyaAllah.

Amacam, tenang tak aku?
Akui jelah, itu pun susah kee?

Okay, chow.

10 October 2016

Catatan Rahmat


Ada kalanya aku tertewas dalam kejatuhan yang tidak dirancang.
Ada kalanya aku tidak tertawa ketika di puncak jaya.
Ada kalanya aku rapuh dalam segenap rasa.
Ada kalanya aku tidak mahu lagi berhadapan ketakutan.

Aku hanyalah aku.
Tapi, hanya Dia mengenal aku.
Dalam aku terkadang rabun dalam mencariNya.
Aku tahu, Dia ada di situ bersamaku sentiasa.

Adakah ini yang kucari selama ini?
Adakah aku pantas dalam mengenal cahaya dalam gelap?

Ritma hujan masih menari di luar rumah, menurunkan rahmat pada aku yang terkandas. Mungkin hanya untuk aku, supaya aku sedar akan kerahmatanMu?

Dalam gelap itu aku sabar menanti cahaya tulus dariMu.
Untuk aku mengenal jalan keluar dari sini bersama angin semangat yang takkan pernah luntur.
Kepercayaanku kepadaMu.
Tuhan.


09 October 2016

Monolog Pasca Hujan Lepas Subuh


Pernah satu musim tu, aku tetiba dan tak semena mena mengalami sindrom down yang berpanjangan. Hatta hingga sekarang pun. Aku cuba juga cara tersendiri lagi klasik yang telah dipatent kan oleh aku sendiri sejak berpuluh tahun dahulu, tetapi tak berhasil.

Selalunya, bila aku down, tak sedap hati mahu pun ada rasa useless dalam diri, aku akan amik keputusan untuk tidur lama lama sepanjang hari. Lebih kurang hibernasi lah orang kata. Dengan harapan, bila bangun aku akan okay seperti sedia kala. Tapi kali ni, tidak. Aku gagal untuk jadi seperti sedia kala kembali.

Bila aku bangun dari lena yang panjang, hati masih jadi tak tenang. Aku cuba muhasabah diri, banyak kali. Mungkin, aku kurang beristighfar sejak dua menjak ni? Aku cuba. Tapi masih, tidak aku temui ketenangan itu.

Aku fikir, tidak mungkin kemurungan. Kemurungan atau nama acah bijaksananya adalah depression. Gila tak sedap bunyinya, apatah lagi bila "kalau" aku alaminya sendiri.

Aku cuba juga untuk bersukan mengeluarkan peluh. Seriap hari aku berfikiran begitu, tetapi setiap hari juga aku gagal untuk melaksanakannya. Atas alasan malas, tiada momentum, tiada masa dan paling kerap berlaku baru baru ini, langit senang hujan bila pagi dan petang.

Masa pun kalau diikutkan, mana pernah tak cukup. Tuhan dah memang beri kita 24jam sehari semalam. Kalau tak cukup, mesti Dia bagi kita 48jam sehari semalam. Ye dak?

Jadi aku kira, aku ni masih tak buang lagi sikap selalu memberi alasan pada diri. Ya, selalunya memang begitu. Entah apa yang aku tak puas dengan diri aku pun aku taktau. Mungkin aku kurang mengembara sejak dua menjak ni. Otak dan minda aku jadi "tertutup" sebab tak jumpa dengan dunia luar dan new strangers.

Penyakit suka memberi alasan ni entah macam mana boleh menapak dalam diri aku pun, aku tak tahu. Sedangkan, kalau nak diikutkan personaliti dan juga attitude aku, bolh tahan sedap dan berkarisma juga. Aku lost sebenarnya ni, aku rasa. Kalau tak, mana mungkin aku jadi tak best macam sekarang ni.

Apa yang aku cari sebenarnya?
Apa yang aku mahu sebenarnya?
Apa yang aku perlu sebenarnya?

Kesenangan?
Kebahagiaan?
Kemewahan?
Ketenangan?

Oh, aku tahu apa.
Aku lupa untuk diri aku yang dahulu barangkali.

Aku sesat dalam mencari diri sendiri.

Tuhan, temukan aku kembali.


07 October 2016

Sesuatu Yang Tertinggal

Aku tak pasti, sama ada aku seorang atau semua orang pernah lalui situasi di mana harapan atau kekuatan atau langkah pergi. Tapi aku temui ketiga tiga benda ni terlalu dekat dengan aku. I don't know why, but still there's a reason.

Aku tetibe sentimental malam ni selepas menonton filem seram Lights Out tadi. Aku tau, aku bukanlah pakar dalam review filem tetapi aku yakin, naluri penulis yang ada dalam jiwa aku ni berjaya mematah balik sentimen sentimen yang aku jangka terlalu dekat dengan diri aku. Ya, aku tau filem ni genre dia seram tapi bagi aku tak ada lah seram mana pun kecuali part part mindfuck yang macam "the fuck, you should not make this scene bastard" gitu. Atau dalam kata mudah, scene terkejut. Memang babi rasanya.

Entah, aku taktau kenapa. Tapi tu lah, fikiran dan perasaan aku sebenarnya lebih kepada sentuhan perasaan yang mengundang kesedihan dalam diri aku. And no, I'm not saying that I live in sadness. Tapi sejujurnya aku rasa storyline dia memang padu. Sampai ada scene tu, aku rasa hopeless macam nak kalah dengan perasaan, aku tarik nafas dalam dalam dan aku pergi ke dapur dan seterusnya lepak termenung di sinki dalam few minutes. Dalam gelap aku memandang pandangan rumah belakang yang juga gelap, gila dah pukul 1.00 pagi dah pun masa tu. Banyak benda yang aku fikir, kekadang aku pun tak faham kenapa aku jadi begini.

Sejak dua tiga hari ni, aku selalu trrfikir pasal aku banyak sangat hutang jasa dengan orang. Itu belum lagi cerita pasal hutang duit (even depa cakap tak kisah / ikhlas), lagi cucah ati akueww. Kakaka okay.

Hutang jasa ni entahlah, aku pun taktau macam mana nak describe. Aku faham, kita manusia hidup dalam komuniti ni, memang tak boleh lari dari hutang jasa. Tapi aku? Aku rasa aku dah banyak sangat menyusahkan orang dalam bentuk jasa. Aku kekadang taktau, entah apa pandangan terhadap aku sampai depa sanggup curahkan effort dan juga jasa pada aku. Padahal aku ni tak adalah baik mana. Sedih, bila ingat balik pasal benda benda ni. Lagi lagi bila aku tau, aku takkan mampu bayar balik hutang jasa depa tu dalam masa terdekat tu.

Aku tau juga, yang aku ni entah sempat ke tidak nak bayar pada depa balik cuz I'm fuckin' hopeless right now. Aku sekarang ni dalam kategori banyak menerima daripada memberi. Itu yang buat aku sedih dengan diri aku sekarang. Semacam manusia yang tak ada kudrat langsung untuk menjayakannya.

Alah, fuck off lah. Aku tak tenang bila fikir pasal benda ni. Even sekarng, masa menulis ni ha. Sebab tu (kalau ada orang bacalah blog ni), tulisan aku kali ni macam tunggang langgang sikit. Aku sendiri taktau apa yang aku cuba sampaikan. Tapi itu lah benda benda yang meresahkan hati dan minda aku sekarang.

I'm not happy anymore bila aku asyik menerima. Macam sekarang nni. Aku tau, sekarang ni aku berada di "bawah", tapi aku rasa macam susah gila nak kasi dok "atas" balik.

Aku fikir, nanti nanti saja aku sambung tulisan ni kasi sedap sikit. Itu pun kalau aku rajin.

Aku harap kalau masih ada yang membaca blog ini, dapat doakan aku sebarang dua kebahagiaan pada aku sama. Seriously, I'm not happy.

Dulu, aku mungkin ada seseorang untuk aku curahkan, sekarang? Ah, entah lah. Aku pun taktau nak cakap macam mana.

Kau mungkin tak faham, aku ni baru dua hari lepas dipuji depan orang ramai atas personaliti dan attitude aku oleh seorang yang boleh kata idola juga lah bagi aku. Tapi aku taktau nak respond macam mana, and I was like be cool without smiling and just stare him for seconds. No shake hands, no thanks and aku dah rupa "keluar dari circle dia.

Dude, aku dah lama sangat tak rasa happy ni. Mana happy ni hilang aku pun taktau. Moga moga Tuhan perkenan doa aku untuk jumpa dia semula.

Kebahagiaan yang dicari.

27 September 2016

Don't You Dare To Not Thinking About Being Minimalism.



"There is no magic. There is no formula. Just research, will and determination."
-Gloria Atanmo, Blogger Traveller.


Life is something we need to share the world with others.
Life is when we having an ice cream at island in the sun.Life is when you left what's people think they need the most.Life is smiling at the nature and breathe clean air of grass.Life is spent your time on the road instead of being busy on office's stuffs.Life is seeing a stranger smile and blinking eyes naturally.Life is orchid at the only strawberry farm.Life is doing what's your wants.Life is love.

And life, it's subjective.Go find your own meaning of "life", then live it well.


25 September 2016

Kenapa Bila Nak Orang Berterima Kasih Depa Kata "Sekalung Terima Kasih?"


ZF Zamir,
"Kau kena berani menulis. Kalau sekadar menulis tapi hanya berakhir dalam simpanan sendiri, tak ada orang baca, untuk apa kau jadi penulis?"

Bob Izaaz,
"Atas alasan apa pun, every writer kena ada defend penulisan dia sendiri. Biarlah orang nak kata apa pun."

Dore,
"Hang menulis ni untuk masa depan hang. Hang kena tetap pendirian."

Jibby,
"At last, ada jugak yang bersuara."

Afidot,
"Alah, benda kecik je tu. Layan je."

Abdullah Sto,
"Biarkan Si Luncai terjun bersama labunya. Life must go on. Don't let people pull you down."

All in all,
Aku mahu berterima kasih atas moral support dari orang orang begini. Kehidupan seorang penulis aku baru sahaja bermula (but not officially start yet). Penulis kena berani sebarkan karyanya. Kalau tak berani, asyik fikirkan itu ini dari mulut orang, baik jadi peti ais. Kuat, besar dan berbakti pada masyarakat, tapi tiada akal fikiran dan didoktrinkan supaya dimanipulasi orang. Macam boneka, when your life is under people control. Penulis kena berani dikritik dan ambil perkara yang bagus bagus untuk terus hidup. Hidup untuk berkarya.

Manuskrip separuh siap sudah diberi pada orang orang tertentu untuk dinilai. Moga moga tuah menyebelahi aku, tenang aku bikin masterpiece.

Falsafah menulis aku hanya 1,
Bila aku mati, aku mahukan manusia ingat akan tulisan tulisan aku. Boleh jadi rujukan, prinsip mahupun buat lapik ashtray.

Mungkin, Tuhan sedang tunjuk jalan aku sekarang. Jadi, aku kena alert.


24 September 2016

Bisikan Anarki Paling Tak Patut.


Aku tak faham, sama ada aku yang terlebih sensitif sejak akhir akhir ni atau pun makhluk makhluk di sekitar aku ni memang menyakitkan hati.

Tak, aku takde nak tunjuk yang aku tak puas hati ke apa pun. Cuma itulah, aku pun taktau kenapa(?)

Aku ni dah lah memang banyak tidur, tapi tiap kali bangun dari tidur pergi dapur nak minum air, air masak habis. Nak masak, kuali tak basuh. Nak basuh kuali, pinggan serta sudu, garfu kepala bana pun menimbun kat sinki.

Ya, aku tahu bio twitter aku tulis "suka termenung kat sinki." Tapi tak bermakna aku nak kena spent 24 hours kat sinki hanats. Kau kat rumah Mak Bapak kau buat macam ni ke cilake?

Aku fikir, ini bukan masalah orang orang lelaki bujang sahaja. Perempuan perempuan bujang yang tak reti etika hal hal rumah tangga pun bersepah je sebenarnya. So, it's unfair kalau aku nak cakap lelaki semua perangainya sama. Kita akan jumpa juga midpoint dari orang orang macam ni. Either depa ni memang pemalas atau pun ignorance, hanya depa sendiri yang tahu.

Mana boleh tahan, setiap hari bhai. Setiap hari.
Aku pun sebenarnya takde kerja lah nak mengungkit semua benda yang aku buat, sebab aku rasa tu pun sebahagian dari tanggungjawab aku juga, Tapi fikirlah, for everyday aku kena buat tanggunggjawab yang sepatutnya dinamakan "tanggungjawab bersama" tu?

Fuck off.

Aku takde melenting pun masa menaip pasal benda ni, tapi tu lah. Aku ni memang keras orangnya, sekali kau baca pun kau tahu penumbuk aku ni boleh buat gigi kau patah, walaupun aku ni jenis kuat tidur.

Again, fuck off!

Ni aku nak habaq sikit, walaupun aku tau takde orang baca pun tulisan aku ni.
Kau menyewa rumah ramai ramai ke, duduk rumah Mak Bapak kau ke, menumpang rumah mertua ke, hidup jangan jadi badass sangat. Tu ja. Benda benda ni semua common basis dalam kehidupan seharian kot.

1. Lepas makan/ masak, basuh.
2. Air masak kena sentiasa topup lepas kau minum. Jadi, masak baru.
3. Baju berlonggok dekat mesin basuh. Kau masuk baju baju kotor tu dalam mesin, letak sabun, tet tet tet tekan start. Itu pun nak aku ajar?
4. Rumah kalau jenis mandi air takung, lepas mandi/guna isi lah balik sampai penuh. Sambil kau isi, kau tak payah rajin sangat pi tunggu sampai 10-15 minit dalam toilet, pi buat kerja lain banyak lagi. Pi hisap rokok misalnya.
5. Housemate jenis hisap rokok, ashtray penuh, buang. Kang tersinggul lah apa kang berterabur kat lantai, sama je kau kena sapu dan bersihkan jugak lahanat,
6.  Bila member kau masak, kau tak reti masak atau kau memang malas nak masak, kau basuh lah pulak alat alatan yang digunakan tu. Takpun, bila member masak lauk, kau masak nasik. Hidup tahu makan je, sampai bila?
7. Ni point paling aku sakit hati, nak basuh tangan tu, bukak paip guna tangan yang bersih/lagi satu. Kalau memang jenis kalut nak juga guna tangan kotor tu bukak paip, cuci lah balik kepala paip tu fuckerr.
8. Keluar masuk bilik member, tutup lah balik pintu tu. At least rapatkan balik. Kekadang orang ni nak privacy, sebab tu dia duduk dalam bilik. Manusia jenis apa lah kau ni benda macam ni pun tak faham.
9. Hah, baju tadi dah siap basuh kan? Pi lah sidai, kau pi biaq kat dalam mesin basuh tu sampai next week buat apa? Bila baju dah kering, angkat bawak masuk dalam. Oh, air takung dalam bilik air tadi penuh? Tutup lah, tunggu apa lagi.
10. Jadi manusia yang beretika. Jangan jadi anjing, kau tahu anjing tu apa? Kalau tak tahu, pi tengok cermin sekarang.

See, tak susah pun nak buat benda benda tu. Hidup jangan jadi ignorance sangat. Bila orang cakap masyarakat/ generasi sekarang ni manja disalahkan Mak Bapak, tahu pulak kau nak melenting. Konon Mak Bapak kau tak salah dalam mendidik kau dan adik beradik yang lain. Tapi, apa hasilnya kalau betul didikan Mak Bapak kau tu benar benar betul? Nampak tak correlation ni?

Orang mungkin akan cakap "apasal kau tak cakap je depan depan depa pasai benda ni?" Sudah aku cakap tadi, benda macam ni basis dalam kehidupan seharian, kau nak jadi ignorance sampai bila?

Ah, penat lah aku nak naip panjang panjang. Aku pun banyak kerja lain nak dibuat ni. Dah lah banyak tidur, menulis tak henti kang sampai ke sudah aku tak grad. Lain lah kau orang yang ignorance ni, takde masa sangat nak grad sampai nak buat benda benda basic macam tu pun tak sempat. Aku doakan kau orang semua grad on time. That's all.

Okay, chow.

31 August 2016

Aku Dengar Cerita Snorlax Hanya Akan Bangun Dari Tidur Selepas 20 Tahun, Betul Ke?


Aku tak ingat sejak bila, tapi aku tau aku ni adalah seorang yang positif dan sangat optimis dalam kehidupan seharian aku.

Dude, aku bukan bising pasal "what exactly I should do and don't". Believe me, sebagai seorang students business yang sangat tak mementingkan pointer, tetapi lebih menghargai ilmu (ya, ini aku), aku dapati aku lebih merdeka dan berjaya dari sesetengah students yang lain.

But again dude, aku bukan nak up cerita pasal bagusnya seorang aku. Aku pun manusia biasa, macam kau orang jugak. Aku cuma nak cakap yang aku ni memang bagus dalam cara dan hidup aku yang tersendiri.

Kenalan rapat mahu pun family sangat tahu akan sifat seorang aku yang sangat suka berzina dengan ketiduran. Ya, kenapa berzina? Sebab berzina is a correct word for me towards my sleep behaviors. Kekadang aku pun taktau kenapa aku suka sangat tidur sampai lebih lebih masa. Kekadang juga aku boleh je berjaga sampai 48 jam tanpa tidur. Cumanya, I don't know I just love let myself buried in sleep.

Prinsip aku senang, tidur lah banyak mana pun. Kerja kena settle, hubungan dengan manusia dan Tuhan kena jaga, kerja kerja rumah kena buat, score dalam exam (walaupun pointer tu bukan yang aku cari) dan yang penting tak pernah tinggal aktiviti membaca dalam hidup seharian (ya, membaca Twitter dan Facebook termasuk dalam aktiviti ini). Aku fikir selagi aku tak kacau orang, dan orang pun tak sakit hati dengan aku, then it should be okay.

Kerja kena settle. Exam kena score.
Ini kau orang kena tahu. Walaupun aku ni seorang penidur yang tegar, tapi aku tak pernah gagal melaksanakan dan menyiapkan segala kerja kerja penting aku sebagai manusia. Either it is assignment, thesis, mahu untuk projek menulis aku sendiri. Sebenarnya, sebelum aku hanyut dibuai mimpi aku telah pun siapkan rangka 'to-do-list' / timeline untuk kerja kerja tersebut. Kekadang orang pelik, macam mana aku boleh siapkan segala kerja kerja penting tu padahal aku ni tidur sepanjang hari di tempat dan posisi yang sama? Haha, itu yang kau taktahu sebenarnya. Aku lebih banyak buat kerja kerja penting ni semasa kau orang nyenyak dibuai mimpi. Or in other words, kau orang tidur, aku pulak bangun.

Suatu kata kata dari entah siapa pun aku tak ingat yang aku genggam kemas sampai sekarang, "biar orang ingat kita bodoh, tapi sebenarnya tidak." Amacam, bijak tak aku. Kau ingat orang biasa biasa ada pegang ke kata kata power macam ni dalam hidup depa?

Aku suka jadi produktif, dari jadi seorang yang busy sepanjang hari.
Kau faham maksud produktif, kau faham maksud busy, then kau akan tau kenapa aku bersifat tenang macam ni.

Jaga hubungan dengan manusia dan Tuhan.
Hat ni bagi aku memang payah sikit, tapi sebenarnya takde lah susah mana. Aku bila tidur, dalam selang sejam dua aku akan godek phone aku untuk check text text dari manusia yang memerlukan aku. Aku ni kalau kau text / call aku jam 3 pagi pun aku akan balas/angkat. Atas dasar ini lah. Dan merujuk pada kata aku tadi, hubungan dengan Tuhan ni yang payah sikit untuk aku kendalikan. But believe me, kalau kau percaya yang janji Allah itu benar maka kau sendiri akan jaga hubungan dengan Dia betul betul. Kau tidur lah lama mana pun, tapi time solat kau tak bangun mendirikan yang wajib kau tetap useless. Tapi aku pelik, kekadang orang yang tak suka tidur ni (yelah kalau nak compare dengan aku), takdenya pun peduli pasal hal ehwal solat menyolat ni. Hat jenis ni aku nak tarbiah pun aku taktau macam mana, masing masing dah besar. Dan yang paling aku ingat, selemah lemah kudrat untuk berdakwah adalah doa. Jadi, mereka mereka ini aku doakan semoga diberi sekelumit hidayah dari Allah juga sooner or later. Kita taktau.

Aktiviti membaca dalam kehidupan seharian.
Aku jenis manusia yang sangat mudah untuk membaca. Kau bagi lah aku apa jenis benda pun, kalau aku tenang, aku akan baca juga. Bukan nak kata apa, aku ni kalau kau bagi ubat gigi ke aku pun, aku akan baca packaging ubat gigi tu. Itu kalau nak cerita dari segi "buat teruk" lah. Tapi all in all, aku percaya apa yang aku percaya. Itu saja.

Apa yang aku percaya kau tanya?
Aku percaya, manusia ni hanya dengan ilmu je akan berjaya. I mean, dengan membaca saja kau boleh tambah seberapa banyak ilmu yang kau nak consume and applied them in reality. Of course lah, banyak je cara nak tambah ilmu, tapi aku tekankan kat sini baca lah sebelum kamu dibacakan. Jangan peduli sangat bila orang pandang kau pelik sebab kau ni mat atau minah buku. Come on, aku kekadang lepak kedai buku berjam jam dah macam hobi memakwe shopping tudung pun aku tak kisah, asalkan aku dapat "tambah ilmu" sendiri sendiri in informal way. Boring juga bila kau kata nak tambah ilmu, nak membaca, pergi kelas lah. Dude, itu semua pendidikan formal dude. And it's boring. Dalam kelas dude, depa (lecturer) tak ajar kau macam mana nak memenangi hati bekas makwe kau kembali. Atau macam mana nak gain RM 3.5k dalam masa 5 hari (terdesak). Ya, pasal 3.5k tu sebenarnya experience aku. Siapa yang kenal aku pun mungkin taktau pasal cerita ni aku rasa. Tapi tak apa, bukan itu yang aku nak cerita. Lagi pun kalau asyik bercerita pasal benda tu, nanti jadi riak pulak.

Boleh jadi, aku ni sebelum tidur mahu pun selepas tidur, aku akan pastikan yang aku ada bahan untuk dibaca. That's all. Apa apa lah, yang penting aku membaca.

*****

Kita ni hidup jangan judge orang sangat. Kita ni taktau orang itu macam mana kisah silamnya, orang tu macam mana hidupnya, orang tu apa masalanya, orang tu itu ini.

Dulu, aku terpaksa ambil vitamin tambahan untuk atasi masalah mengantuk ni. Tapi tu lah, sekarang aku jadi student yang broke as fuck, nak beli vitamin tambahan pun kekurangan duit jadi aku hanya pastikan yang aku minum wajib kopi di pagi hari saja.

Tapi kau orang rileks, orang kata bila kita nak complain sesuatu perkara kita kena bagi solusion sekali. Bagi masalah aku ni pulak (ya, pasal tidur ni), aku sebenarnya tengah berusaha untuk betulkan balik jam bio aku.

Apa apa hal pun, aku dah seminggu juga ni berjaya tidur malam dan bikin kerja sepanjang siang. Ni adalah usaha kecil untuk permasalahan aku ni. Aku harap orang yang pernah secara tak sengaja terbagi insipirasi kat aku, sedikit sebanyak diberi kebahagiaan dari-Nya.

***

Memandangkan pagi ni pagi merdeka buat Malaysia, aku bangun bangun dari tidur tadi terus aku baca ebook Indienomics terbitan Gue-rilla. Selepas sejam aku baca (tak habis lagi), aku sedikit sebanyak terinspirasi juga dari penulis penulisnya. Kau orang boleh dapatkan ebook ni di laman web rasmi www.indienomics.my for free. For free dude!

Dalam satu video Mut di Youtube, dia pernah mengamuk, "apa, kau umur 21 kau kata kau nak berehat? Berehat dari apa? Aku ni umur 23 tahun dulu niaga siang malam dan hanya tidur dalam kereta kancil semata mata nak cop tapak esok pagi."

Betul lah tu, aku ni memang kuat tidur. Orang nak berjaya, positif dan optimis macam aku ni tak guna juga kalau berterusan dengan zina tidur ni je ye dak?

Orang yang berjaya, orang yang paling sikit tidurnya. Tidur sekadar rehat.
Orang yang merdeka, akan lakukan apa yang mereka percaya.

Okay lah, aku nak sambung baca dan point out journal journal pula ni.
Hari ni target aku nak siapkan dissertation pasal Housing Development. Ada masa sikit, aku nak habiskan baca ebook tadi.

Oh, ya. Aku lupa nak bagi tau, kekawan aku tengah tidur lagi ni.
Now you see the correlation rant yang aku tulis panjang panjang ni kan?

Chow.

03 June 2016

Melankolia Di Putrajaya


Selesai berbaring memandang tembus kipas siling yang berlegar mengejar sesama sendiri di atas katil bujang usang yang telah berkhidmat sedari aku berumur 5 tahun lagi, selama seminggu, sudah tiba masanya untuk aku keluar menghirup udara segar, luar dari kepompong pengudaraan sekitar rumah lebih lebih lagi bilik aku.

Kata hati, lepak Putrajaya 2, 3  hari cukup lah. Jumpa kekawan lama, jumpa orang baru, simbah jasad dengan kerunsingan kota, gesel gesel badan dengan amoi dalam tren, apa salahnya. Sekali lajak sampai seminggu apa kes pun aku taktau.

Sebelum bergerak menuju ke Putrajaya, aku ambil keputusan untuk menghabiskan masa selama 6jam di Nu Sentral, atau lebih spesifiknya di dalam MPH untuk membaca buku free, lama lama. Satu taktik yang berkesan bagi kutu buku yang tak berduit seperti aku ini, untuk menghabiskan sisa sepi dengan bauan lambakan buku baru di dalamnya. Orang silih berganti, buku demi buku aku baca. Selama 6jam duduk sampai kebas punggung, sempat jugak 3 buku aku khatam. Aku baca agak laju dari biasa, tapi disebabkan aku dah lama tak membaca buku (selalu bergelumang dengan journal je) aku hanya ingat apa yang otak aku nak ingat je.

Sesekali aku keluar ke seberang, area rumah merah untuk hisap rokok dan jauh sikit mall. Senang, kalau kena saman jugak aku taktau nak kata apa. Sambil smoking, tengok gelandangan masih dengan hidup depa. Yang dengan tisu, tisu lah. Yang dengan hidu gam terang terangan, dengan gam depa lah. Yang aku tak nampak amoi amoi rumah merah, ye lah bukannya aku masuk ke dalam riki badan depa pun. Bapak bapak ayam je steady smoking kat depan kedai sambil suit suit ke arah aku, ajak naik atas tengok dan layan amoi. Teksi teksi tenang tunggu pelanggan, kereta kereta memenuhi jalanraya. Terkadang rindu jugak dengan kehidupan berhabuk tengah kota ni, tapi itu lah sudah aku tetapkan dalam jiwa, kota bukan tempat untuk aku diami.

Sampai Kajang, Manal sembang pasal keraguan hati terhadap bakal pakwe pada aku. Kesan dari dah lama tak jumpa aku berbanding dengan kutu kutu lain, dia nampak lebih yakin bila aku bukak mulut keluar kata kata dari aku. Padahal dia taktau, aku buat buat pandai je masa dia mintak pandangan dari aku tu. Otw ke Putrajaya, Manal text appreciation pada aku melalui Amin. Aku geleng kepala, mudah betul kerja aku ni.

Jumpa kawan kawan lama, takde lah sedap mana sebenarnya. Masing masing dah ada kehidupan masing masing. Cuma dia jadi seronok bila kau dapat duduk se-table sambil minum kopi, cerita pasal kenangan dulu dulu paling tak boleh skip. Mesti punya. Siapa skip, terang terang dia tak fun masa dulu dulu.

Aku teringat dalam wallet aku ada rm250 baucer buku, expired lagi sebulan. Fakerr, berat jugak tugas aku kali ni, nak kena settle kan baucer buku ni time cuti cuti gini. Last last aku amik keputusan untuk ke Dubook Store je kat Bangi pasal aku ingat dan aku confirm beli kat bookstore confirm confirm ada promosi. Selama aku bergelumang dengan journal pun aku tahu je buku buku baru yang keluar, malangnya untuk perabis semua baucer buku tu, aku borong buku buku lama yang kutu kutu buku lain tak cari, yakni buku buku lama. Angkut buku buku lama, buku puisi sebarang dua, bibliografi Butterfingers dan  bersembang dengan makwe jaga kaunter dekat setengah jam juga memandangkan masa tu takde orang lain mengisi kedai.

Dari layan scene buku, aku ke scene half-cut kereta pulak. 3jam aku duduk, mundar mandir ke satu kereta ke satu kereta riki harga itu ini tambah ilmu sikit sikit. Aku takde lah minat mana scene kereta ni, kalau orang sembang dengan aku pun aku banyak mendengar sambil mengangguk je. Kekadang kita kena tahu, bila masa yang sesuai untuk kita diam tanpa bicara dan berkata bila kau memang dah ready untuk dapat feedback dari kata kata kau yang tadi. Seronok tengok orang dengan passion depa, jenis gila babi punya. Kekadang aku terfikir, depa ni takde lah kaya mana pun tapi cepat je pam duit untuk salin besi besi dan seangkatan dengannya. Entah berapa batang rokok aku hisap kat sini aku pun tak ingat, bukan sebab bosan menunggu tapi sebab nyamuk banyak hanat walaupun asap dari kedai jual satay kat sebelah je.

Abang aku pergi kerja, tinggal aku sesorang mana boleh jadi. Nak melepak siang siang tak sedap pula, jadi aku hanya ambil keputusan untuk berlegar di sekitar dengan berjalan kaki sahaja. Masa ni, aku pun taktau kenapa aku acah acah lonely sangat. Hisap rokok sambil tengok bebudak balik sekolah agama dari kejauhan, kekadang rasa nak marah bila depa ni lintas jalan tak tengok kereta kiri kanan. Kat situ rasa lah sikit tanggungjawab sebagai orang dewasa mula menular dalam diri. Tapi tak juga sebenarnya, part paling menular kedewasaan adalah bila aku perati bebudak masih bermain bola semasa azan Maghrib dilaungkan. Rasa nak marah, perangai abah abah.

Ada satu pagi Jumaat tu punyalah aku lapar, usai Subuh aku terus text Amin untuk melampias nafsu. Betul lah orang kata, dengan nafsu memang tak boleg buat main. Sedangkan sebelum aku tidur malam tadi tu, perut aku sangat kekenyangan sampai aku rasa "eh, betul ke nak tidur ni?" Sampai macam tu sekali rasa kenyang dia malam tu. Peliknya, lepas bangun dari tidur perasaan lapar yang entah dari mana wujudiahnya datang pun aku tak tahu. Amin kata okay, dia okay aku pun okay lah. Sampai Sg Ramal, Manal order roti telur 2, 1 untuk aku 1 lagi untuk dia. Amin buat ramah dengan acik nasik lemak, mungkin sebab anak dia lawa dan sedap mata memandang. Aku rasa tak cukup, aku tambah pesan, bihun goreng telur mata. Pelan pelan kami makan, Berhuhu sambil berasap sebatang dua, tiba masa nak bayar taukey kedai kata "semua makanan untuk hari ni dah ada orang bayarkan." Aku geleng kepala. Alhamdulillah, pagi tu pagi yang mengeyangkan dan rasa diberkati betul. Aku harap orang yang sedekah (bayarkan) tu kenyang dengan keikhlasan dia, insyaAllah.

Punya banyak benda skeptikal yang aku lalui. Tapi malas pulak aku nak menaip beberapa insiden lagi. Tentang yang telah menaikkan jati diri serta keyakinan aku. Tentang peristiwa tak cukup wang dua negara. Dan tentang kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.

Cukuplah hanya aku tahu. Tulis panjang panjang pun kau peduli apa kan?


14 May 2016

Kenangan Hanyalah Kesedihan


Rentetan dari musim dah lama tak balik rumah dan hanya contact Mak Ayah hanya melalui Whatsapp dan sms, Cuti kali ni memang real. Walaupun separuh jarak perjalanan aku hanya dihabiskan dengan tidur akibat berjaga tidak tidur malam sebelumnya untuk memastikan tugasan terakhir di Perlis selesai, elok saja sampai di border Selangor-Perak, sungguh perasaan haru yang entah dari mana wujudnya tiba tiba datang meninggah di sanubari aku.

Selain dari haru, bauan udara ori Tg Malim memang sesuatu yang aku rindukan. Sangat. Entah, semacam sentimen yang memang telah terpasak dalam jiwa. Sesuatu yang tertinggal. Ya, hometown.

Muka Ayah saat aku menyua kepala ke dalam rumah melalui pintu utama, sangat priceless. Terkejut bercampur gembira tetapi tidak pulak ditunjuk beria. Ya, sangat menenangkan. Muka Ayah ceria. Tak nampak macam orang sakit. Aku suka. Lantaran itu, suara Mak turut menyabung dari belakang rumah sememangnya terkejut kerana aku pulang tanpa sebarang text, notis, mahupun memo.

Aku dengan lagak anak bujang yang tampan, memang kena dengan gaya walau kurang inci dari lelaki normal masuk ke ruang tamu. Perkara pertama yang menyapa sebelum aktiviti salam semut dengan Mak Ayah sambil menghulur sebarang dua bauan rokok yang tersisa dari rongga pernafasan, tekstur bauan nadi rumah ni sangatlah aku tak boleh nak gambarkan. Bauan yang sangat dekat dengan aku, bauan yang menjadi tunjang semasa aku kecil dulu. Kuat, bauan arwah Tok Wan menyelinap di seluruh ruang ruang lebih lebih lagi bilik aku. Dari mana bau nadi ni datang, aku blom kaji lagi. Dah kaji nanti aku inform lain.

Ya, rindu.
Suatu yang sukar diungkap rasa walaupun wujudiahnya tidak terlihatkan mata.

Sebelum masuk tidur, cerita demi cerita yang keluar dari Mak Ayah. Aku hanya diam, mendengar sambil minum teh o panas entah siapa hidang. Semacam diskusi orang tua, ada gelak ada tangisnya.

Mak Ayah menyorok perkhabaran Mak jatuh sakit beberapa bulan lepas dari pengetahuan aku. Teruk. Entah, aku faham kenapa Mak Ayah tidak menyampaikan perkhabaran itu tetapi aku tidak layak untuk dilayan dan diekspektasi seperti itu. Kononnya tidak mahu mengganggu pemikiran dan keresahan aku. Tak aci sungguh.

Tapi itulah, kalau tulis panjang lebar pun, engkorang bukannya baca dan faham pun situasi aku ni.

Usai bercerita tentang ujian dan cabaran yang Mak Ayah hadapi sepanjang ketiadaan dan ketahuan aku di rumah ini, Mak masuk bilik air untuk berwudhu'. Macam biasa, sebelum tidur Mak akan layan scene sunat witir terdahulu. Keluarnya Mak dari bilik air, dengan wajah yang basah dengan air wudhu', Aku dapati Mak sedang menangis mengalir air mata walaupun wajahnya tidak seperti menangis.

Aku kalis anak mata ke arah Ayah yang duduk disebelah, ternyata Ayah pun mengalir air mata. Jarinya handal dan laju mengesat air mata yang mengalir. Pipi Ayah kering, cuma matanya sahaja kemerahan.

Aku hanya diam. Tenung dinding di hadapan aku dalam dalam. Dalam pandangan tembok itu, aku cuba menyelami segala pahit, manis terhadap beban yang mereka lalui.

Banyak hikmah yang dirasa. Pahitnya ada. Manisnya pun ada. Tapi paling best mestilah part manis. Manis dari Tuhan ni merupakan hadiah untuk kita. Kau kena usap, hisap dan nikmati pelan pelan.

Mak pesan,
"Hati ni kena jaga. Rasa lalai sikit, ingat Allah. Rasa susah sikit, ingat Allah. Apa yang berlaku semuanya kerana Allah. Biasakan hati kita dengan pandangan yang baik terhadap Allah. Lupakan semuaa perkara yang lepas dan terlepas, sama ada buruk dan terkesan dalam hati. Lupakan. Allah tak bagi kita hidup dalam kesedihan. Teruskan hidup. Berjuang."

Aku hadam dan pegang kata kata Mak itu.
Untuk mengelak situasi semakin melankolik, aku menyapa dengan nguapan kantuk yang dibuat buat. Situasi kembali tenang, lebih tenang dari tenang yang tadi.

Bak kata Ali XPDC,
"Esok lusa, ingin aku lupakan semua. Oh kenangan silam. Apa lagi nak dikenang?"

Aku ingat baucer buku tak guna lagi dah semakin dimamah tarikh luput ni, aku nak beli gitar. Aku nak jadi seorang mamat rok n rol yang tenang dalam segenap rasa, hasilkan lagu tenang untuk makwe tenang, yang kehadirannya pun sangatlah tenang hingga aku tak nampak bayang lagi.

Ah, sudah. Sembang makwe apa pulak aku tetiba. Tapi itu lah, siapa suruh 'dia' lambat menyapa dalam garis masa cinta hidup aku. Entah mana, dengan siapa, buat apa pun 'dia' sekarang, aku harap 'dia' bukanlah seorang yang suka mengenang. Tapi kalau dah kahwin 'dia' jenis senang lupa, payah jugak aku rasa.

Pulak, sembang kahwin mende lagi aku ni.
I think I should stop right now.
Like seriously.

.

Okay, chow.


06 May 2016

Bangkit Sedang Sedang


Sebenarnya dah lama aku tak kenal macam mana rasanya balik ke rumah. Home. Hometown. Kampung. Or, whatever you used to call it.

Its been 3 months and plus, aku tak balik rumah and call Mak Ayah lantaran busy yang teramat. Macam biasa, orang akan argue kalau busy macam mana pun boleh je nak call for a minutes, at least. Tapi entah, disebabkan aku memang mengalami masalah duit yang sangat kritikal, aku jadi tak berani nak laburkan rm5 atau rm10 untuk top-up semata. Lagi lagi bila terpaksa berdepan dengan expired date top-up tu sendiri. Macam bullshits rasanya bila kau ada kredit yang melebih lebih tapi statusnya tidak aktif disebabkan expired date.

Selain dari kes busy dan top-up, teknologi Whatsapp sesungguhnya sangat lah membantu aku untuk berhubung secara direct dengan Mak dan adik beradik aku. Tambah tambah bila nak hadap keadaan terdesak, kecewa dan rindu yang datang secara tiba tiba.

Pernah sekali tu, lepas Subuh aku whatsapp Mak.
"I love you"
Dan Mak reply setengah jam kemudian dengan nada,
"I love you too :)" (berserta emoji kiss)

Dengan balasan dari Mak itu, tahulah aku bahawa skill Mak bermain Whatsapp sudah bertambah dengan menggunakan emoji yang tepat/ sesuai dengan antonasi.

Jadi, secara rasionalnya walaupun aku tidak berhubung menggunakan suara dengan Mak Ayah, aku masih berhubung dengan tulisan virtual. Kat situ nampak lah sikit yang aku takde lah teruk mana.

Settle exam, duit pun macam sedap sikit untuk aku tambah nilai. Aku top-up dan Mak adalah orang pertama aku call. Ya, betul. Suara Mak memang mencairkan hati, jauh dari mendengar suara makwe makwe. Memandangkan kredit sedia ada aku pun memang banyak, aku tak ragu ragu untuk call lama lama untuk bersembang dengan Mak, diikuti Ayah, dan adik beradik lain. Sorang sorang darah daging aku call.

Paling tak menahan, Abang Min.
"Assalamu'alaikum ya Pak Ostaddd."
"Wa'alaikumussalam yaa Kodill."
Damn, lama aku tak dengar nama panggilan tu.
"Ehh, Kominn. Dok mana? Buat apa wei?"
"Dok PJ nii. Makan durian weh. Makan makan."
"Doghian dah berbunga?"
"Kah kah kah. Eyhh, Kodilll. Tengah makan doghian nii. Tak kena tak kena."
"Haa, okayyy. Nanti nanti aku call lain."
"Salam."
"Baik, salam."

Masa bersembang melawak dengan Mak, sengaja aku tidak cakap benda benda melodrama takut dia rasa terharu mendengar suara anak bujang rok n roll dia ni.

"Awak perabih lah dulu kerja tu. Dah siap semua nanti baru balik."
"Haa, dok buat lah ni. Susah dehh."
"Ho lahh, belajaq apa yang tak susah?"
"Haa, betul lah tu."
"Susah pun dok main rugby jugakk."
"Haha, tak lah. Retired dah Mak ohh. Tak main pun."
Aku sambung.
"Team makin kuat Mak oh. Asyik buat nama, menang ja baru baru ni. Rasa gian betul nak main."
Mak steady betah,
"Zaman awak dah habih dahh. Dah berlalu."
Aku buat tak dengar.
"Apa dia Mak?"
"Zaman awakkk. Dah berlalu dahh."

Aku macam tersentak mendengar Mak cakap pasal zaman dah berlalu.
Secara tiba tiba aku tersedar, masa sememangnya bergerak sangat pantas. Yakni, aku tak sedar pun zaman kegemilangan aku berlalu. Umur Mak Ayah pun dah meningkat. Uban pun memang real makin bertambah. Which aku tak nampak perubahannya depan mata sebab jarang balik.

Berbekalkan dengan hijab bau. Alhamdulillah, bauan Mak Ayah aku tak pernah lupa. Kekadang tetengah malam sebelum aku tidur, bauan mereka datang menyinggah. Maka tahulah aku, bahawa mereka sedang merindui aku yang jauh di perantauan ini. Bauan dan perasaan tu dekat di hati. Tiada siapa boleh sangkal. Even hati aku sendiri.

Sesak tak sesak fikir pasal one last task sebelum boleh balik ni,
Petang tadi aku turun padang layan scene rugby. Tengok team lama main dan menang dengan jayanya. Sungguh, dari perspektif penonton rasanya lain betul.

Eager, aku eager nak main sekali dengan depa.
Tapi terlintas kata kata Mak, "Zaman awak dah berlalu dahhh." Terngiang ngiang di segenap minda aku.

Sebelum balik, ada jumpa sama Mior. Senior tua banyak tahun dari aku.
Ajaknya aku supaya stand by main dengan team Ex esok pagi. Ex tak confirm main, tapi kena stand by kot ada rezeki boleh main lepas gian.

Dan, aku setuju terima ajakan Mior.
Kalau memang tertulis, boleh main.
Lantas.

Mungkin saja zaman aku yang dah berlalu itu, baru nak bermula ?
Ya, bermula untuk fasa tua.

Kahkah.


05 May 2016

Langsung Tak Faham


How I used to say.
Malam ni aku tak keruan, langsung. Perasaan jujur ni macam dah lama tak singgah. Suatu perasaan yang bercampur baur, yang aku sendiri tak dapat kenal pasti apa dan di mana keberadaan dia. Sedar tak sedar, aku tak henti tersenyum dari tadi. Bila dah lama tersenyum, dia tarik turun ke hati pulak. Secara tak langsung, terus hati aku berkecamuk sekarang ni.

Dia (puncanya), bukanlah suatu kepastian mahupun putik kepada harapan. Tapi entah, kenapa tiba tiba perasaan ni boleh muncul. Aku sedar, benda ni melawan norma aku. Makan tahun aku pernah rasa apa apa yang berkait dengan perasaan macam ni. Aduh.

Gaban ada pesan tadi,
"Just feel it and let it consume you, bro."
Aku hanya boleh membalas,
"Susah, takut."

Entah, aku taktau nak terang macam mana. Aku sendiri gelap gelita ni.
Tapi ada orang kata, yang terang itu hanya wujud dengan kehadiran gelita. Boleh jadi, ini titik tolak perubahan kepada aku. Andai bukan 'dia' yang dimaksud Tuhan, tapi aku yakin untuk diri aku sendiri. Ya, yakin.


24 April 2016

Rant Paling Sedap Tahun Ni


Macam nice bila cuti cuti macam ni, malam minggu pulak tu aku duduk berseorangan menghadap computer riba versi mini yang memang cukup cukup menutup riba aku (aku yakin, punggung makwe pun tak boleh betul betul fitting dengan kelebaran peha aku yang agak sedap ni), aku terfikir untuk mula menulis.

Tapi tu lah, macam gampang sebenarnya perasaan dan passion ni datang time time macam ni. Mana tidaknya, aku sendiri taktau untuk menulis apa apa.

Fak.

Kau tengok, perkataan fak tu sendiri aku baru fikir secara tak sengaja tadi.

Hampir 3 bulan jugak aku hidup dengan memandang sepi dari sudut perspektif orang orang ilmiah. Aku penat sebenarnya. Walaupun kutu kutu serumah sendiri sering memaki aku kerana aku lebih banyak tidur dari menjalani hidup, tapi aku tau, aku tetap sibuk berfikir melalui perspektif orang orang ilmiah semasa aku tidur.

Aku tak pernah membayangkan seumur hidup awal 20-an ni, hidup aku akan dipenuhi dengan membaca jurnal jurnal maya yang aku sendiri tidak memahami akan isinya. Mungkin inilah yang dinamakan dengan titik permulaan bagi seorang sosialis.

Sembang pasal sosialis, aku sendiri tak faham apa maksud sosialis sebenarnya. Adakah dengan mendaftar akaun maya seperti twitter, fesbuk dan instagram telah menjadikan aku sebagai seorang sosialis tegar?

Hidup ni terlalu pantas untuk membuat semua benda dalam masa yang sama. Kekadang dengan tidur serupa bayi je aku mampu kecapi makna hidup yang sebenar. Manakan tidak, bila bangun hidup aku sibuk pula dengan benda benda ilmiah. Bila aku nak rasa hidup yang sebenar sebenarnya, yakni bahagia?

Ada satu kali tu pada tahun 2002, Harkanson dengan Ford pernah sepakat menyatakan bahawa “Interaksi adalah satu proses yang penting dalam hubungan perniagaan kerana pembangunan hubungan dan hasil ekonomi ini untuk pihak yang terlibat bergantung kepada bagaimana proses interaksi dibentangkan.” Kat situ je pun dah menunjukkan bahawa betapa penting interaksi sesama kita. Eloklah kalau aku berinteraksi dengan diri sendiri pulak. Kenal diri sendiri semasa tidur pun okay. Lagi sedap, sebab kau sendiri tak boleh menidakkan apa yang betul dan mengiyakan yang salah. Tentang diri sendiri.

23 tahun dan rambut aku pun dah perlahan lahan gugur. Ada satu musim tu aku balik rumah, Mak gelakkan aku sebab rambut depan dah botak serupa Ayah. Pernah jugak Jim call aku dari jarak 406km dan boleh memakan 4jam 30 minit kalau menaiki kereta, semata mata nak gelakkan rambut aku yang semakin hilang. Semuanya berpunca dari perkongsian gambar riak aku beraksi bermain rugby itu hari. Aku ingat, aku ada duit lebih sikit, aku nak tanam balik rambut aku. Mampus orang nak kata apa, aku sosialis.

Sembang banyak pun tak guna. Aku tetap kena jalani hidup macam biasa jugak. Punya berliku dugaan dan cabaran dari Dia, aku yakin dah semakin kuat dan tabah walaupun hidup aku sendiri memang tunggang langgang dan tak sesempurna dan setenang aku menghadapi dugaan serta cabaran tersebut.

Aku tengok bebudak pun tetibe ramai dah join scene menghisap ganja secara terang terangan. Ada satu kali tu, semua orang up #420 kat segala jenis media social. Macam ass, ada aku tengok sorang makwe dahi luas ni up status “happy #420 #stoner #inimalam #layansorangsorang”. Aku malas nak cakap apa, aku geleng kepala sambil judge dia dari jarak entah berapa ratus km pulak entah.

Aku sebenarnya tengah dengar lagu Disko Tanpa Risiko dendangan kugiran Komplot ni. Entah budak budak sekarang atau sezaman dengan aku masih layan lagi ke tak lagu ini entah. Attitude suara Zack ni tetap terngiang ngiang dalam telinga aku walaupun dia telah pun pergi 2 tahun lepas kalau tak silap. Power, aku tak boleh imajin kalau dia masih hidup dan terus menghasilkan lagu lagu attitude sebegini. Paling fav mestilah lagu Nora Zen. Entah apa perasaan kalau aku suruh makwe dengar lagu ni. Tapi tu lah, memandangkan aku pun masih solo sejak 6 tahun lepas, aku pun banyak dengar dan simpan lagu lagu best untuk diri sendiri je.

Minggu lepas aku makan kenduri jiran sederet rumah aku. Punya lah el nino sekarang, tetengah makan nasik kenduri aku tengok mekap makwe dalam khemah cair dari jauh. Real betul musim ni. Sambil tengok orang (makwe makwe) sambil aku makan bubur kacang sambil berdiri. Nak buat macam mana, kenduri kampong memang fun, tempat duduk semua penuh. Doorgift tuan rumah steady bagi epal sebijik sorang. Aku balik, simpan dalam peti ais 3-4 jam, petang sikit aku makan. Sejuk sikit tekak makan buah sejuk sejuk time panas panas ni.

Makwe jiran sebelah ajak pergi kenduri sekali, tapi sebabkan aku pun malas nak berkasih kasihan dengan perempuan aku bluetick aje whatsapp dia. Sebelum aku masuk rumah, aku bagi kucing makan, tengok makwe jiran sebelah tengah sidai baju. Alahai, cun jugak makwe ni. Aku masuk dalam, dan reply whatsapp dia dengan nada “Sidai baju ke tuu, hati hati cair nanti berjemur lama lama luar rumah.”

Semalam aku pergi stadium layan scene petanque. Boleh tahan ramai jugak, ada liga sesama sendiri rupanya. Aku duduk tepi tengok golongan makwe makwe main petanque. Buat apa datang jauh jauh tengok kaum sejenis main ye dak? Sejuk sikit hati dan mata aku. Mana tidak, hari hari dok menghadap muka sama je dalam rumah ni.

Aku syak, aku mungkin kena ikut cakap Harkanson dan Ford, baru hidup kembali ceria bahagia dan tak perlu lagi tidur lama lama. Aku tengok pergelangan tangan untuk tengok berapa lama aku tak berkawan dengan makwe makwe, cilake terlupa pakai jam rupanya. Patut lah rasa lama semacam hidup sepi.

Kahlil Gibran pernah cakap, “CINTA, Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang.”

Noh Hujan pulak selalu tanya, “Beginikah selalunya cinta, diakhiri sengsara setelah dicurahkan semua?”

Loque pun sibuk nak join cakap, “Cinta sana, cinta sini. Aku gila geli.”

Ironinya, tiga tiga dah kahwin. Lalu aku ambil keputusan untuk bercakap hal cinta juga. Dari perspektif seorang solo sepi.

“Nanti nanti lah cinta datang, sekarang tenang layan hidup mahumu dahulu. Cinta mesti datang. Nanti.”