27 August 2011

Hobi baru

Pagi tu, jam Swatch aku menunjukkan pukul 8.43 pagi. "Ciss, camne boleh terlajak ni!" monolog aku dalam hati. Aku bangun dari katil, disusuli bunyi krekk krekk. Dengan selaju dan sebasah mungkin aku mandi, siap siap terus chow pergi KTM. Ini jam perut aku sakit bagai jarum dicucuk pada jari pun aku terpaksa hadamkan. Bukan apa, kalau aku layankan jugak perut ni mau kena maki ngan Jim sebab lambat nanti.

Sesampai nye tren kat stesen KKB, aku mencari bayangan Jim. Sialan ini anak. Mana beliau? Puas aku panjang panjangkan leher mencari beliau dari dalam tren. Tup tup tren dah bergerak. Eh, Jim ni kurang ajar jugak. Semalam baik punya plan nak grak Kolumpo, tapi batang hidung pun tak nampak ni.

Aku tenangkan diri. Capai phone, terus call mangkok sorang tu.

"Hoi, mana dikau?!"

Tak sempat beliau nak jawab, tetibe kepala beliau terpacul dari koc wanita.

Cilake. Mangkok ni masuk dari koc wanita rupanya. Muka dah la macam penjenayah, masuk pulak koc wanita. Peratus beliau nak kene rogol dek wanita wanita tu 99.9999999% tahu? Habis, makin gelap lah masa depan beliau.

Agak agak dah sampai Imbi, kami terus gerak mencari sorang lagi kutu kat Kappa Shop. Sempat jugak aku try test beg beg yang aku minat. Sambil sambil tu, tangan aku ligat mencari price tag.

"Fakkk, mahal gila! Out of budged ni."

Dengan muka penuh kehenseman, gua capai phone; "Hah, OKTS. Apa, kau dah sampai? Kejap kejap, kau tunggu situ aku cari kau."

Lantas, aku berlalu pergi tanpa menoleh lagi pada beg dan akak Kappa Shop tersebut. Kejadah apa nak beli beg sampai ratus ratus. Bikin duit melayang je.

19 August 2011

Comel

" Hye, abang comel"


"Dia ni la kan yang comel dalam fesbuk tu kan?"


"Dale comelll"


"Ehhh, comel buat apa kat sini?"


"Comel, kau dah siap blom tutor 15?"


Aku pelik pagi tu semua orang yang jumpa aku mesti cakap aku comel. Walaupun aku tau memang aku comel, tapi agak mustahil untuk impak yang sebegitu rupa. Relax. Biasa la tu. Nama pun artis. Keh keh keh.

Tepat pukul 5 petang.

Aku online fesbuk untuk memuja profile si Ekyn. Nama baru dalam hidup aku mungkin. Tapi aku pelik, kenapa banyak sangat nortification aku ni! Dengan penuh istiqamah aku tekan satu persatu.

Wall post berbunyi;
"Nama saya Dale. Orang kata saya comel. Untuk mengetahui kebenaran fakta tu, di sini saya ingin meminta pendapat anda semua. Adakah benar saya comel? Ya, sememangnya saya comel tapi adakah kehenseman Zaki dapat menandingi kecomelan saya? Please, leave your comment here. Thank you."
Likes this: 24 people
Comments: *Tak ingat, yang pasti banyak. 
*Aku senyum

***

Tidak lama kemudian,
seekor makhluk bernama Aza ditemui mati di bilik 14.
And please,
jangan tanya kenapa.

Pesanan dari OB: 
Tolong jangan lupa logout fesbuk anda,
bila guna laptop member.

14 August 2011

Kalaulah betul

" I keep my heart belongs to you. Seriously." 

Kata kata manis tersebut keluar dari mulut comel Mia, gadis yang Zack puja secara diam tetibe berterus terang meluahkan isi hatinya.

Zack kaget dan seakan mahu menjerit hati kecilnya.

"Benarkah ini?
Dengarlah wahai alam, dengarlah burung, dengarlah sungai. Kata kata itukah yang keluar dari mulutnya? Atau hanya aku yang bermimpi di siang hari?" Monolog Zack.

Mendadak dia menatap wajah Mia. Kolam matanya terasa berat mengampang sesuatu.


Wait wait wait.


Kalau lah betul si Mia ni yang buat first move kat Zack. Pergh, aku tak dapat bayangkan. Perigi cari timba tu bai.

Aku pun nak jugak! Nak jugak! Nak jugakkkkk!

12 August 2011

Chopstick

Suasana tegang mula menyelubungi dewan kuliah 1. Biasalah, class bisnes study apa lah sangat untuk bebudak menjadi seorang peng-fokus yang tegar. Bagi yang tak berminat pula hanya perlu melandingkan kepala sahaja. Dan macam biasa, gua dan kutu kutu hitam lain yang hensem lagi bertenaga mulalah sakanya terkeluar keluar dari tubuh. Masing masing masuk air sehingga awek awek kat sebelah teruja dengan kesakaan kami.

Baik. Pada kamu, kenapa chopstick dibuat? Dan kenapa orang Cina makan pakai chopstick, orang Melayu makan pakai tangan?  Tanya En Depp pada sekalian kutu dewan kuliah 1.


Alahh, bukannya gua taktau kenapa. Jawapan dia sebab pemenuhan utiliti. Apabila berlaku sesuatu kehendak maka, proses pengeluaran pun berlaku. Kepuasan terhadap kepenggunaan sesuatu barang yang diadili oleh pengguna.

Tapi Bob cilake. Jawapan beliau lagi advance dari gua.

Berselang selikan jawapan jawapan kental dari bebudak perempuan, tetiba Bob mencelah dengan rakusnya;
Cina berak tak basuh! Sebab tu chopstick wujud!
Muka beliau tampak yakin lagi bergaya.

Peh peh peh. Salut kental la brader.

Lepas ni jangan tanya kenapa Bob berjaya grad dari ISA.

Keh keh keh.


07 August 2011

Wake up !

Finally,
A couple know each other
Fall in love by the glances
The sweetness of kiss
For the first time they feel it

Blissful
Is a witness of colourful rainbow
My love
Please say all this is only an illusion

Hey girl
So romantic, sorry for who am I
Hey girl
So attractive, don't let me addicted to you

I thirst of your love
Please let me love you forever as you wish


But,
Now you're gone.

Please,
Wake me up.
Thanks :)

Ahh, I just can't forget about you.
I'm sorry.