17 August 2012

Tugas


Gua tengok jam baru pukul 3.20 petang. Tokey gua tak masuk kerja lagi. Tetiba datang seorang brader beruniform polis peronda PLUS ke kedai gua.

"Dik, boleh bungkus sekarang tak?" brader pakai spek hitam bertanya

Gua pandang jam, gua pandang muka beliau,
"Bolehhh..." Gua terangguk angguk sikit

"Okay, kalau macam tu tolong abang bungkus mee kari 2." pesan brader pakai spek hitam tu lagi

Gua senyap, sambil tangan ligat buat kerja.

"Dik, nanti bungkus kuah asing eh. Pastu letak pati kari dalam 2-3 sudu, bagi pekat sikit."

Gua pandang beliau sambil senyum. Relax.

"Dik, boleh tambah fishball singgit singgit tak. Tauge taknak eh. Pastu telur tu kau belah dua siap siap. Ni kau tambah yong tau fu ni sikit, bungkus lain." sambil tangan beliau tunjuk tunjuk ke arah yong tau fu.

Gua mula usya slek kat brader tu.
Gua senyum lagi dan,

"Amboi, dah la tak puasa. Order macam macam pulak. Saya yang puasa ni pun tak berbuka macam ni." sambil pegang penyepit bahan, gua angkat kening belah kanan gua tinggi tinggi.

"Haa, okay okay. Kau buat lah cepat. Banyak bunyi pulak."

Kah Kah Kah, brader ni taktau malu lagi rupanya


Balada 17 Ogos

For you. Yes, you !

senyum
seronok
semangat
aku merasakannya
setiap hari,
bermula dari hari itu...

17 Ogos 2011
mula bicara antara kita
tanpa sengaja
bibir terukir indah
aku berlalu sambil
memalingkan kepala
hanya untuk melihat kamu
dan tersenyum sendiri

hari ini
17 Ogos 2012
genap setahun perkenalan
kita berdua
tidak lagi bersua
tidak lagi berbicara

sehingga kini
tanpa sedar
kita masih kawan
tiada dendam
tiada dusta

yang ada
hanya cerita lama
kian mereput dalam
dimensi masa

tapi aku janji
hati ini pernah jujur
tentang perasaan 'itu'

jadi,
terima kasih.
terima kasih untuk
senyum, seronok dan semangat-ku

Selamat Hari Lahir
senyum selalu, itu senjata kamu
semoga Allah merahmati kamu di dunia dan akhirat

khas buat,
Sesiapa-Yang-Pernah-Digelar-Awek-Terminal
07:20pm / 25 Julai 2012

07 August 2012

Konspirasi


12.17 pagi, tamat waktu kerja. Gua beredar dari kedai no 3, dan terus berjalan ke kedai no 11. Brader gua kerja kat situ. Masuk, gua order Horlick ais bungkus kat brader gua.

"Brader, buat Horlick ais kaw punya haa. Bungkus." arah gua sambil terus duduk di kerusi yang disediakan.

"Haa, okay okay." balas brader gua pendek.

Suasana senyap seketika. Gua bosan, gua bakar sebatang rokok Marlboro.

''Ni, aku nak sembang satu hal ni." tetibe brader gua memecahkan zarah zarah kotor Marlboro yang berterbangan.

"Apa benda?" gua tanya brader gua balik

"Tadi mak tanya, bila kau nak berenti kerja kat kedai cina tu?" tanya brader gua sambil menyedut Horlick ais bungkus yang gua pesan tadi.

Gua diam.

"Hmm, nanti nanti lah..." gua jawab sepasrah mungkin sambil hembus asap Marlboro ke muka beliau.

Gua berdiri, mintak kunci kereta. Dan terus pecut WJH 961 dari kedai no 11 tersebut.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hati gua tak tenang.

 Dalam hati gua berkata, ''Cilaka, takde soalan lain ke nak tanya? Ada ke patut tanya bila gua nak berhenti kerja? Tanyalah gua berbuka puasa tadi makan apa ke, dah isya' ke belum ke...."

Gua bukan apa. Gua lemah betul bila ada orang tanya soalan yang gua taktau jawapan dia apa.


22 June 2012

Kerjaya


Dale... Oowhhh Daleee... Bangun...

*senyap*

Dale... Bangun la, dah pukul berapa ni...

*senyap*

Ni yang mak nak bising pepagi ni! Bangun lah, subuh! Berapa kali nak kejut?

Dan secara refleksnya aku menjawab;
Jap, sabar laaa. Lagi 1 je ni.

Lagi 1 apa?

Ni, lagi 1 mi wantan nak celur ni.

*zuzzzzz*
Aku tersentak. Bangun, tengok betis kanan dah berbirat kesan hanger.

Jangan mengarut sangat subuh subuh camni, awak tu kerja shift malam!

Macam ni ke rasa cintakan kerjaya?  Sampai terbawak bawak dalam tidur?


02 June 2012

Kata - Aku Faham



Seorang hawa datang kepada aku. Berseorangan. Tampak cun walaupun matanya kelihatan kemerah merahan, tanda menangis mungkin. Dia senyum kepadaku. Aku yang dari tadi duduk di bawah pohon rendang itu pun lantas berdiri lalu mendapatkannya. Aku genggam kemas jari jemari halusnya. Aku tahu dia resah.


Dia bercerita akan masalah yang dihadapinya. Aku dengar dengan penuh teliti. Ya, sememangnya aku seorang pendengar yang baik. Setiap butir permasalahannya aku sambut dengan logistik di fikiran. Akhir bercerita, dia meminta pendapat aku.

Aku menjawab dengan penuh berhati hati. Aku yakin dengan kata kata aku. Kata kata yang mungkin mengkritik pada perlakuan dia, tapi itulah kebenarannya juga. Di setiap perkataan itu, aku sedaya upaya memberi kata semangat berbentuk kiasan. Faham atau tidak, aku serahkan pada dia.

Aku puas dapat meluahkan pendapat aku. Tapi dia membentak. Dia kata aku tak faham dengan permasalahan dia. Dia kata aku tak cuba duduk di tempat dia sekarang. Dia kata aku cakap ikut suka mulut.

Ya, aku tahu aku telah memberikan pendapat yang di luar permasalahan dia sebenarnya. Lari tajuk orang kata. Aku sedar tu. Dan sesungguhnya, aku bukan sengaja berkata kata sebegitu.

Kerana, percayalah kejujuran itu adalah satu dosa. Dosa yang berbentuk kebodohan dia.

*Sekarang siapa yang tak faham sebenarnya?


01 May 2012

Selamat Datang May



Haba menderu masuk ke liang rumah
bahangnya siapa mahu
sesak dan buntu
ke mana mahu lari?

Malam itu jendela dibuka
terasa nyaman
udara malam berebut memasuki
setiap genap ruang tubuh
hirupan demi hirupan
tidak dibazirkan walau sedikit

Pandangan tepat dari jendela
langit gelap terbentang luas
keajaiban
the lonestar muncul
bintang yang sendirian tetapi paling bersinar
kamu cantik - aku suka

Ketiduran di depan jendela
berselimutkan keindahan alam
dalam kepekatan malam
tepat pukul 12.30 pagi
bangun - terus mencari the lonestar

The lonestar hilang
carian di tempat lain juga tiada
ah, adakah ini tanda
berakhirnya episod bersama the lonestar?

Jika begitu - terima kasih
aku hargai kehilanganmu
bikin jiwa rasa terlepas
terlepas dari penantian dan sengsara
walau sungguh
aku suka kau

Tersenyum
selamat tinggal April
semoga May menjadi titik baru


08 March 2012

Kerana Penutup Botol



Suatu hari aku bangun dari tidur. Meraba raba ke dada, rompong. Hati aku hilang! Aku risau. Pelik, adakah semalam aku dermakan hati aku pada orang? Adakah aku buang hati aku sendiri? Atau adakah ada orang curi hati aku? Jika dicuri, oleh siapa? Aku ingin tahu. Langsung tidak meninggalkan sebarang kesan luka atau sakit di dada. Cuma yang aku tahu, hati aku sedang gembira dan bahgia tatkala ini.

***

Aku buka penutup botol bewarna merah, coke. Tekak aku kering, dahaga. Aku minum. Ahh, nikmatnya hidup ini. Deruan air sejuk itu berterusan mengalir di kerongkong turun ke perut. Aku sendawa. Tiba tiba, penutup botol bewarna merah itu terjatuh. Aku kabut. Lihat ia bergolek laju terus terusan dari sini hingga ke penghujung dinding. Ia berhenti. Terlanggar kasut seorang gadis. Aku lihat ke wajah gadis itu, cantik. Menyejukkan hati, menyegarkan mata. Keindahan terpancar di wajahnya. Hormon kelakian aku bergelora. Bidadari syurga aku kah ini? Aku tak peduli pada penutup botol bewarna merah tadi. Laju aku ke arah gadis itu.

"Hai, erm.. ka.aaa.mu... cann...tikkkk." Gugup.

Aku berlalu pergi, dan sesekali aku menoleh. Aku nampak riak kebingungan kamu. Aku tersenyum atas kebodohan sendiri. Gagap dengan perempuan? Kah kah kah

***

"Apa aku nak buat dengan hati lelaki ini? Semalam dia menarik perhatian hati aku. Kini hati aku sudah terpaut dengan hatinya. Aku mahu simpan hati ini buat selamanya. Sentiasa. Disampingku. Semoga yang baik itu kembali kepadamu, wahai lelaki." Kata gadis itu sambil tersenyum menampakkan baris gigi yang cantik.

24 February 2012

Bukan Ombak Rindu


Kau datang padanya
kau genggam erat tangannya
kau kucup bibirnya
kau katakan yang indah
kau cairkan hatinya
kau bahagiakan dia

Dia khayal
dia gembira seorang
dia dalam fantasi dunia sendiri
hanya ada kau dan dia
berdua
tapi kau masih
masih pura-pura tak memahami

Bodoh
bodoh
bodoh
ya, dia bodoh !
kerana masih menunggu kau

Bodoh
bodoh
bodoh
ya kau bodoh !
kerana kau beri dia sebatang lilin yang takkan padam
berbentuk sebuah harapan .


05 February 2012

Aku, Maman & Cerut


Repost dari The Sphere (1 Okt 2011)

Semalam gua bermimpi;
Maman tengah isap cerut, pastu kotak-cerut-dan-beberapa-cerut-yang-masih-ada terjatuh. Beliau tak sedar. Gua tolong kutip + simpankan. Tetibe ada orang cari gua, konon gua buat salah. Cilake ape? Gua terus lari lari daripada orang orang tersebut. Pelbagai halangan gua tempuh semata mata taknak kantoikan maman punya cerut. Akhirnya, gua memang legend. Sebab gua berjaya settlekan masalah ni.

Ape maksud mimpi ni? Gua malas nak fikir. Gua nak sambung tido.

04 February 2012

Kata dua


" Jika kau rasa menunggu itu penat, berlarilah kau "
-anonymous

26 January 2012

Sebuah Kes


Jiwaku dipenuhi ulat sampah
separuh hilang dimakan mendikit.

Tampak putih comel
gigi tajam disorok belakang
kecil dan busuk
keji kian hina
bijak mencari lauk
perut sebu kekanyangan puas.

Ingin ku bakar semua
tapi gagal
kerana ulat sampah ini
sudah membiak 7 keturunan
jauh dalam jiwa aku.

Dan kau
wahai wanita
masih tak menyedarinya
biar jiwa ini lupus
dimamah ulat sampah.

BRAVO!


15 January 2012

Seminggu tanpa rugby

Kecik, kau tak pergi Changlun ke?

Eh, asal kau kat sini? Bukan kau pergi Kedah ke?

Kecik, kau tak cakap ape ape ke mase selection semalam?

Dale kat mane sekarang ni? Kedah?

Bro, asal tak pakai baju Stingrays. Baru nice.

Well, dah 3 hari aku lalui semua persoalan ni. Aku tenang, walau jiwa aku gundah. Sedih sebenarnya sebab tak terpilih untuk game kali ini. Everybody expect aku dapat join team main kat Kedah. Tapi nak buat camne, takde rezeki. Masa untuk gantung boot, basuh seluar dan baju rugby. Tidur.

Aku tertinggal bas doh. Kene tinggal.

Aku, ada class tambahan tu yang tak dapat join pergi Kedah.

Aku sebenarnya ... tak terpilih.

Itu je pun yang mampu aku jawab tiap kali soalan sama muncul.
But at least, aku bangga dengan diri aku. Ramai jugak yang support karier aku dalam rugby, cuma aku yang tak sedar.

Takpe. Takde rezeki la tu. Try next time, insyaAllah...

Tak dapat join pun takpe. Fokus study, dah nak preksa kan?  *haa, yang ni dari mak aku

Bro, aku tak percaya kau tak pergi. Hari hari training tapi tak dapat. Sayang betul.

Dale, relax la. Takde rezeki nak buat camne kan? Aku support kau dari belakang.

Kalau team kita johan cup kali ni, aku hadiahkan untuk kau. Serious.

***
Seiring dengan itu jugak, member member aku yang kat kedah sana main dengan jayanya. Semua pasukan berjaya di ayam ayam-kan. Salute la guys. Sebab tu aku tak terkilan langsung bila nama aku tak naik untuk game ni. Aku tau team aku dah cukup kuat tanpa aku. Kahkahkah, cilake. Tapi ini fakta. I'm smaller than others.

17 - 0
5 - 7
31 - 0
nice tak angka angka tu. Team gua tu bai.

Esok semi final/final. Pada kiraan aku yang selalunya tak tepat, tapi aku yakin team aku kali ni boleh johan cup. Ya, aku yakin dengan teamates aku.

And for me,
Bilik23   12.16am
Gua join budak bilik tengok Running Man (SNSD).
Macam cilake cerita ni. Aku gelak dari awal sampai habis. Tidur pun lambat. Sedar sedar dah tenghari, lunch terus. Peh, seminggu tanpa rugby nice jugak aku rasa. Ini, masa rehat aku!


02 January 2012

Kepulangan



Malam semakin suram. Jalan raya yang tadi nya sibuk, tetibe jadi sunyi. Sepi. Kepulangan aku ke Tg. Malim amat dirasai. Udara nya sikit pun tak pernah berubah. Ya, aku kenal dengan bauan udara Tg. Malim. Sangat harum.

Kepulangan ini adalah atas permintaan mak. Aku pelik. Selalunya, mak tak bagi aku balik time cuti cuti cenggini. But now... Erm, mungkin mak nak kahwinkan aku dengan seseorang kott. Keh3. Relax, hero kena tenang babe.

Banyak yang dah berubah sejak aku mula jejak masuk dalam rumah ni. Dari segi kedudukan perabot, ada lampu siling terbakar dan paling aku tak suka, rumah ni dah tak se-puaka macam dulu lagi. Nice mom. Sesekali aku terfikir, adakah selama ini aku yang buat rumah ni semacam puaka? Tup tup aku takde kat rumah, rumah ni jadi senonoh. Cis, I hate this. Nampak formal ok.

Teh o panas terletak di atas meja. Usai mandi, aku lepak sebelah ayah. Sembang sembang hal dunia. Sesekali terselit hal pointer aku yang kian merudum. Tapi aku masih. Masih dengan senyuman tawar itu. Ayah faham. Ayah yakin akan kemampuan aku.

Kepulangan ini banyak berkisarkan cerita cerita tentang kahwin. Aku taktau kenapa. Aku jadi orang tengah. Semuanya bermula dengan mak aku dapat hidu abang aku bercadang nak kahwin. Cis... Aku kantoi. Dah la banyak rahsia abang aku, aku yang pegang. Ni mak dah start ugut ugut nak korek rahsia. But bro, believe me. I'm a legend. Situation is under control. Aku faham bidadari syurga aku (mak), bukan dia taknak abang aku kahwin, tapi he's still studying. How to effort his wife when they're getting married? Aku pun taktau nak cakap ape, just sit and listen.

Tapi kekadang aku terfikir jugak, adalah susah kalau sang lelaki ni terjumpa awal dengan si gadis yakni jodoh dia. In case, sang lelaki tu masih lagi belajar. Untuk bekerja jauh kedepan lagi. Duit? Hmm, the most killer things. Memang orang cakap, kalau dah jodoh tak kemana jugak. Tapi macam mana dengan, keadaan dimana sang lelaki merasakan dirinya di kategori wajib kahwin? Hah, dah dalam dilema pulak.

Ahh, terlalu banyak persoalan tentang perkahwinan. Aku nak lupakan sekejap.

Kita tengok next problem.
Kerja? Ahh, it's too complicated. It's all about intellegent, best result, interest, time, luck and bla bla bla bla....
Rubbish, aku taknak cakap pasal ni !

*Tidur


Bangun, solat subuh.
Duduk tenang atas katil sambil baca Pecah keluaran Buku Fixi. Tupp...


*Tidur lagi..


Aku taknak fikir pasal kahwin kahwin lagi. Perit. Sesak. Plus, bukan masalah aku pun kan? Wait till something happens.

Aku nak gerak Gopeng balik. To my bro, I'm in ur side. Keh keh keh

Till then, thanks to mak dengan ayah.
Kepulangan ini membuatkan aku jadi lebih dewasa.