16 November 2011

Susu Dumex

Amanda, seorang anak perempuan yang masih mentah. Umurnya baru saja mencecah 5 tahun. Tapi mindanya mampu berfikir dengan logistik akal. Mana tak nya, ini semua gara gara susu Dumex.

Si ibu bertanya kepada Amanda,
"Amanda nak jadi apa bila besar nanti? Jadi cikgu macam mama lah, seronok tau bekerja dengan murid murid." kata si ibu sambil tersenyum bahagia.

Amanda serius pula menjawab,
"Taknak lah. Amanda tanak jadi cikgu bila besar nanti. Amanda nak jadi menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Nanti boleh belikan mama kondo RM9.8 juta. Amanda sayang mama."

Si ibu tersentak. Terasa menyesal kerana pernah memberi Amanda minum susu Dumex tak lama dahulu.


09 November 2011

Cerita Mimpi Semalam

Aku pergi ke suatu kawasan. Bersama juga wahn, man dan jim. Masing-masing tampak hensem. Masuk dalam kl monarail. Aku tak ingat ke mana mahu dituju. Dalam tu, terjumpa seorang yang sangat aku kenali. Mr Chan, lecturer bisnes yang juga sebagai driver monorail tersebut. Dia bertanya tentang sesuatu. Aku tak ingat akan apa soalannya. Dia gelak setelah mendengar jawapan aku. Aku pelik. Hampir di penghujung stesen. Monorail tetap laju. Tiada tanda mahu berhenti. Mr Chan masih tersenyum. Babi. Aku dan jim sedaya upaya membantu Mr Chan. Dan. Sampainya di ‘jalan mati’ tersebut. Bommm! Monorail langgar tembok. Langgar bukan tanda berhenti. Malah terus berjalan. Dan berjalan. Semua penumpang diam membisu. Tiada bunyi kerisauan langsung. Kepala monorail terjun menjejak tanah kuala lumpur. Penumpang keluar dari benda besi tersebut. Aku, wahn, man dan jim bersama Mr Chan. Ketawa tanpa sebab.

Aku tersedar di atas sebuah katil. Cukup kenal dengan wallpaper di hadapan aku. Bilik man. Capai fon. Ada satu message. Dari kekasih lama. Pelik. Tak pernah contact sejak 19June. Tulisan menyatakan ‘i love you’. Ahh, cilake. Semacam puaka mahu menganggu kebahagiaan cinta hati. Buat taktau. Terus tertidur.

Aku berjalan. Gelap. Terasa lemah. Lapar. Di depan aku ada satu lembaga. Tak takut pada mulanya. Sekali tengok. Macam puaka Chaba. Tua. Tapok. Mulut herot. Rambut jarang jarang kaler putih. Macam gampang. Sape tak cuak. Aku lari, lari, dan lari. Pusing satu kl. Masuk pandan indah keluar taman maluri. Masuk ampang tak keluar keluar. Aku penat. Ahh, dia ada lagi. Sungguh drastik. Dia melawan arus, bertentangan dengan aku. Lalu menyergah, ‘Hoi, bangun suboh!’

Kata satu

" Cinta bukan sekadar mendapatkan aksi seks yang terbaik, ianya lebih dari itu! "
-anonymous