28 February 2011

Pablo Picasso pun kalah

Assalamualaikum.

Okay. Entry kali ni, kita buat test sikit. Siapa yang pakai baju merah sila angkat kening kanan. Siapa yang pakai speck sila usap perut anda dengan tangan. *Haa, aku tau kau MAN! Dan siapa yang agak-agak dia lagi cun / hensem daripada owner blog ini, sila bunuh diri ramai-ramai di Jalan TAR. Kecun-an dan kehenseman anda amat dikesali.

Hari ni hidup aku macam takde life, bosan. Maybe sebab aku puasa sunat kott. *Ehem puasa sunat ye, bukan puasa ganti. Tapi walaupun aku puasa, aku tetap bekerja macam biasa. Segala kekacakan dan kegagahan aku pertaruhkan. Rating aku tetap tinggi dek permintaan daripada boss-boss catering se-Malaysia. Well ...


Sebelum ni kalau aku pandang cermin, aku perasan body aku makin solid. Ada iras-iras macam Hugh Jackman. Tapi memandangkan aku puasa hari ni, TIBA-TIBA body aku jadi macam Robert Pattinson. Ciss, puntianak kurus! I just wondering. Why hah?


Back to 2010.
Dulu, aku suka gila lukis 'Pon and Zi' style. I was inspired by Realiti Konspirasi. Woo, siapa tak pernah baca blog dia memang kuno lah korang.  Tapi aku lebih suka lukis benda ni by hand. Aku lukis tak secun lukisan beliau pun, tapi entah la, aku tetap suka lukis style ni.

*Sila click pada gambar untuk tumbesaran.

Ni first time aku lukis

 *Aku tak paham apa yang aku lukis sebenarnya

*Yang ni lagi merepek

Dan, karya yang paling aku suka sekali;

Benda ni, ada orang nak beli. Tapi aku sayang, so aku tak jual la.
*Serious

Aku rasa, aku boleh challenge Azlan Arif lah lepas ni. HAHA

Lu fikir, Lu kongsi

Assalamualaikum.

Sudahkah anda baca entry Layakkah aku? sebelum ini? Jikalau belum, sila click link tersebut dan baca laju-laju pastu datang sini balik okay?

Here we go.

Korang mesti pelik kan kenapa aku tetiba tulis 2 cerita berbeza dalam 1 entry? Actually, aku pun pelik jugak. Haha. Tapi, lepas berbincang dengan OKTS, beliau mempunyai pendapat sendiri mengenai cerita tersebut. Kita orang bincang pasal perkataan yang aku boldkan dalam 2 cerita tu iaitu tidak layak.

***

Beepppp... (inbox masuk)
Kesimpulan takde do. tak best. orang tak faham baca cerita tu nanti. -from OKTS
Ciss, lawan tuan budak ni.

Nahh, ni kesimpulan yang dia bagi.

Okay, bagi aku perkataan tidak layak itu tak patut wujud dalam kedua-dua cerita tersebut kerana sebagai manusia, Ery perlu sedar dan insaf untuk kembali kepada Allah. Allah maha pengampun, Dia sedia menerima hamba yang mahu kembali ke sisiNya. Allah mencipta hambanya berpasang-pasangan seperti Adam dan Hawa, P. Ramli dan Saloma, Jashiah dan Ruzilan and so on...

Disebalik percintaan pula, pasti ada ujian dari Allah. Manusia perlu cekal untuk mengharungi rintangan yang bakal berlaku. Mungkin hikmah disebalik putusnya percintaan adalah peluang untuk pasangan kekasih itu membaiki kesilapan yang lalu. Bagi aku, Lisa patut menerima cinta Farid dan memberinya peluang kedua untuk beliau membaiki kesilapannya. Bukan dengan cara menolak cinta Farid.



Tak sangka betul aku, disebalik ketidakhenseman wajah OKTS ni, Rupa-rupanya beliau memiliki sebuah taman dalam hati beliau. Ciss, diam-diam je budak ni.
mungkin inilah gambaran sebenar taman dalam hati OKTS

27 February 2011

Layakkah aku ?

Assalamualaikum.
(Entry ini sangat bosan. Sila jangan baca.)



**********

"Ery, malam ni clubbing jom!" Tetiba satu suara yang agak dikenali sedikit mengejutkan Ery.

"Erm, macam best je. Aku pun tengah rindu bau awek-awek getah ni. Jom la." Setuju Ery.

Itulah Ery. Hidupnya terlalu sosial dan melarat tanpa hidayah oleh Allah. Mungkin juga nilai-nilai budaya timur tidak diterapkan dengan sempurna oleh ibu bapanya sejak beliau kecil lagi. Maklumlah, parents asyik sibuk cari duit je. Buat anak pandai, tapi nak bentuk anak macam tak pernah pergi sekolah.

Sedang beliau leka meneguk arak sambil dikelilingi awek-awek gebu lagi montok yang saling merangsang antara satu sama lain. Tiba-tiba Ery rasa tidak sedap hati. Hatinya terasa ingin pulang ke rumah.

Lantas Ery meninggalkan awek-awek gebu tersebut dan keluar dari club yang sedang rancak memutarkan lagu 'I know you want me -Pitbull' tu. Di luar, Ery rasa sedikit segar menghirup zarah-zarah halus dingin. Tiada lagi bunyi bising, yang kedengaran hanyalah bunyi kenderaan lalu lalang berselang selikan teriakan cengkerik berdekatan.


Dalam keadaan sedikit mabuk, Ery memaksa dirinya memandu pulang. Tetapi tidak bertahan lama. Baru saje 5 km perjalanan, Ery memberhentikan keretanya di bahu jalan berdekatan dengan sebuah masjid. Ery menenangkan dirinya sehingga tertidur.

"Assolatu khoirum minan naum ..." Beberapa jam kemudian, laungan azan subuh yang berkumandang menyedarkan Ery daripada keasyikan tidur.


Ery keluar dari keretanya lalu mengeluarkan sebatang rokok Marlboro untuk dihisap. Berkepul-kepul asap di udara. Ada yang berbentuk 'O', ada yang berbentuk 'love', dan ada juga yang kena tipu. *Mana ada asap rokok bentuk 'love'! Sambil Ery menghisap, suatu persoalan bermain di kotak fikirannya; " Adakah aku seorang muslim sedangkan aku tidak pernah tunduk kepada Allah? Layakkah aku berpegang kepada agamaku iaitu Islam? "


**********


"Enough Lisa! Enough! Since this second and minute, we're not together anymore. Get out from my life B*tch!" Kata Farid kepada Lisa.

"Oh, yeah! That's what you think? Thanks god. I dah lama tunggu you cakap macam ni kat I. I pun tak hingin dekat you la Rubbish!" Balas Lisa. Tapi itu hanya untuk menyedapkan hati. Walhal dia masih sayangkan Farid.

5 tahun sebelum itu.

Di bawah pohon awan Sahara, kelihatan 2 remaja sedang bermadu asmara. Ciss, kurang kasih sayang betul! Budak-budak lalu lalang depan dorang pun terasa macam, 'Oh shuwit nye mereka." Bibir Lisa dikucup oleh Farid, membuatkannya terpesona. Dan mentari menjadi saksi. Keindahan warna pelangi. Bahagianya mereka disaat itu macam P. Ramlee dan Saloma. Bertemasya. Hidup mereka riang ria, bagai dunia mereka yang punya.


5 tahun mereka bersama, susah senang dilalui. Jangan kata onak duri, paku dan bilah pisau pun mereka sanggup pijak. Lumrah kehidupan pasti ada pengakhiran disebuah hubungan.

Perselisihan faham antara Farid dan Lisa sangat dahsyat. Pantang silap sedikit, pasti mengungkit keburukan masing-masing. Lantas, Farid membuat keputusan untuk memutuskan percintaan mereka yang dianggap seperti gula-gula lolipop itu. Dengan perasaan terburu-buru juga, Farid telah mengecewakan hati lembut Lisa, gadis yang dipujanya sebelum ini.

Farid tak dapat menahan kegersangan di hati, lantas keesokan harinya Farid menghantar sms kepada Lisa yang berbunyi, " I sayangkan you, I perlukan you, I mahu you semula, maafkan I kerana sikap terburu-buru I " Lisa reply sms tersebut, " I tak layak untuk you, I terlalu sosial. Tak macam you, you kalau keluar rumah pun selalu pergi masjid je. So, I say NO! "



**********

Tengok sini ! 
Entry ini hasil gabungan idea OB bersama OKTS