23 February 2011

Apa guna Einstein di muka bumi ini?

Assalamualaikum.
(Entry hari ini cenderung kepada tazkirah lepas balik kerja)


Pada suatu hari, burung-burung pun berkicauan hari tu. Ada yang bekerja, ada yang bergembira, dan tak ketinggalan ada juga yang sedang baca blog ini. Burung apa? Haa, itu kita taktau.

"Result SPM keluar bila doh? Aku cuak GILA! Macam mana kalau result aku teruk. Arghh." said the other kolot-ion to OB.

Aku pelik, sejak dua tiga empat lima enam tujuh menjak ni semua orang tanya aku akan soalan yang sama. Lain orang, lain kulit, lain tinggi, lain saiz tapi semua sama soalan. Dah tanya, takut pulak. Macam-macam... Apa kejadahnya semua ini? Adakah ibu bapa patut dipersalahkan kerana kurang didikan agama yang diterapkan pada anak-anak mereka?

Kehadiran orang-orang sebeginilah yang buat aku tumpang takut sekaki. Cilake.

"Kita kena nafikan usaha kita selama ini."

Sekarang dah ramai yang bijak-bijak. Cakap je apa jenis pekerjaan yang dahsyat, semua dorang sapu. Konon dorang dah berjaya lah tu. Berusaha, berdoa dan bertawakal. Itu jelah cogan kata yang dorang pegang untuk benar-benar nak merealisasikan cita-cita.


Siang malam usaha, makan minum pun boleh lupa. Katanya masa itu emas. Okay, accepted. Setiap hari, yang wajib 5 tu tak tinggal. Lebih membanggakan lagi solat berjemaah dan turun qiamulaill kat masjid. Okay, accepted. Usaha dah, doa pun dah. So, sekarang kita tinggal tawakal. Dia punya berserah kepada Allah tu dah macam nak mati. *Bukan macam awek-awek video 3gp, dorang tu serah lain. Hari-hari rasa merendah diri pada Allah dan juga manusia. Dengan harapan, Allah memberi sedikit kebajikan pada kebaikan kita tu. Pun, accepted.

Tapi,

Bila keputusan keluar, ada yang cemerlang macam yang dikehendaki; Alhamdulillah untunglah. Dan ada yang gagal macam tak pernah belajar pun ada; mulalah, nak salah kan takdir, Allah, dan macam-macam lagi. Pastu ungkit,
"Aku dah korbankan masa aku untuk belajar dah. Siang malam mesti aku study punya. Hiburan semua aku tinggalkan, awek aku yang cun melecun cun-cun tu pun aku tinggalkan. Menangis tak berlagu dia. Aku makin dekat pada Allah. Tapi kenapa aku masih tak berjaya macam rakan-rakan lain? Ada yang langsung tak pernah ingat Allah, tapi cemerlang pulak. Allah tak sayang aku ke?"
 Tengok, manusia sekarang memang bijak kan?

Yes, semua orang nak hidup cemerlang macam yang diharapkan. Tapi bila kita gagal, PLEASE jangan terus putus asa. The truth is, kita kena nafikan segala usaha kita selama ini. Serious, bila kau nafikan segala usaha kau selama ini, kau akan jadi seorang yang makin kuat. Kuat berusaha, kuat berdoa, kuat beribadah kepada Allah langsung secara tak sedar.


Kadang-kadang Allah sengaja menghalang perancangan kita. Bukan bermaksud Allah tak terima doa kita, tapi yakinlah disetiap kejadian yang berlaku ada hikmahNya. Jangan terus-terusan deny Allah, boleh murtad woo. Carilah input dari kegagalan tu bertujuan untuk mendidik diri.

Aku bukan dari golongan Einstein sedunia. Aku sendiri pun dari golongan yang layak digelar, ayam-ayam je. Pelajaran asyik out, hubungan dengan Allah asyik knock-on, hubungan aku dengan manusia pulak asyik obstruct. Aku tulis ni atas ingatan sesama rakan, jadi tolong ingatkan aku bila aku sendiri yang berputus asa sebelum menempuh opponent yang 2 3 kali lebih besar dari aku. Sila rucking aku bila aku jatuh, tapi jangan pulak sesuka hati tackle aku, tanpa aku buat sesuatu yang diluar tabii. Ish, apa ayat rugby pulak ni?! Surely, please tolong ingatkan aku!

*  There's nothing to be worry.

6 comments:

  1. hey. nice entry. serious. thanks then. thanks for those words :)

    ReplyDelete
  2. agak2 bila down tu, boleh la bace entri ni lagi.

    keh keh keh

    ReplyDelete
  3. like it~bgs13!!!

    susah nak cari orang yang boleh kasik nasihat especially boys~
    anyway,TQ!!

    ReplyDelete
  4. eyh, kite ni gegirls laa.
    HAHA, joke :)
    welcome.

    ReplyDelete
  5. tq yap :)
    yap mungkin ada hikmah di setiap apa yang terjadi .

    ReplyDelete
  6. yaaa, bolos saja lubang itu.
    *gaya zizan :)

    ReplyDelete