22 June 2012

Kerjaya


Dale... Oowhhh Daleee... Bangun...

*senyap*

Dale... Bangun la, dah pukul berapa ni...

*senyap*

Ni yang mak nak bising pepagi ni! Bangun lah, subuh! Berapa kali nak kejut?

Dan secara refleksnya aku menjawab;
Jap, sabar laaa. Lagi 1 je ni.

Lagi 1 apa?

Ni, lagi 1 mi wantan nak celur ni.

*zuzzzzz*
Aku tersentak. Bangun, tengok betis kanan dah berbirat kesan hanger.

Jangan mengarut sangat subuh subuh camni, awak tu kerja shift malam!

Macam ni ke rasa cintakan kerjaya?  Sampai terbawak bawak dalam tidur?


02 June 2012

Kata - Aku Faham



Seorang hawa datang kepada aku. Berseorangan. Tampak cun walaupun matanya kelihatan kemerah merahan, tanda menangis mungkin. Dia senyum kepadaku. Aku yang dari tadi duduk di bawah pohon rendang itu pun lantas berdiri lalu mendapatkannya. Aku genggam kemas jari jemari halusnya. Aku tahu dia resah.


Dia bercerita akan masalah yang dihadapinya. Aku dengar dengan penuh teliti. Ya, sememangnya aku seorang pendengar yang baik. Setiap butir permasalahannya aku sambut dengan logistik di fikiran. Akhir bercerita, dia meminta pendapat aku.

Aku menjawab dengan penuh berhati hati. Aku yakin dengan kata kata aku. Kata kata yang mungkin mengkritik pada perlakuan dia, tapi itulah kebenarannya juga. Di setiap perkataan itu, aku sedaya upaya memberi kata semangat berbentuk kiasan. Faham atau tidak, aku serahkan pada dia.

Aku puas dapat meluahkan pendapat aku. Tapi dia membentak. Dia kata aku tak faham dengan permasalahan dia. Dia kata aku tak cuba duduk di tempat dia sekarang. Dia kata aku cakap ikut suka mulut.

Ya, aku tahu aku telah memberikan pendapat yang di luar permasalahan dia sebenarnya. Lari tajuk orang kata. Aku sedar tu. Dan sesungguhnya, aku bukan sengaja berkata kata sebegitu.

Kerana, percayalah kejujuran itu adalah satu dosa. Dosa yang berbentuk kebodohan dia.

*Sekarang siapa yang tak faham sebenarnya?