07 June 2017

Gila Busy Sampai Nak Buat Busy Pun Tak Sempat


Punya lama aku tak menulis kat sini, busy betul aku layan malas lepas balik berniaga. Sedar tak sedar dah masuk bulan keempat dah aku berniaga sendiri ni woii! Bangga juga aku bila terkenangkan hari pertama pacak payung kat Gamuda Walk dulu. Tapi takkanlah aku nak bercerita kat sini, nanti tak ada modal pula nak bercerita kat anak cucu kalau panjang umur dan sihat daya ingatan.

Aku sebenarnya sedang menulis di blog sebelah ni, tetiba rasa macam malas nak keras otak pula. Tengok, malas lagi. Macam ass. Tapi betullah, hal malas menulis jangan buat main. Aku sampai satu tahap rasa lebih selesa menulis rant macam ni, like old days yang gemilang. Aku hanya membiarkan jari aku terus menaip tanpa memerlukan otak bekerja keras sangat untuk menulis sesuatu perkara. Nama pun rant kan. Jangan risau, aku masih berpegang pada kata "menulis pakai otak." Kahkah

Peh, payah juga ni bila terkenangkan sekarang aku ada tiga blog untuk dihandle. Ortodoks Buatan, Sphersim dan Menjadi Miskin. Tiga-tiga ni tentang berlainan rasa dan mood.

Ortodoks Buatan; macam biasa blog ni akan jadi tempat untuk aku menulis rant dan kalau aku bernasib baik, aku akan berjaya menulis rant berbaur ilmiah yang berguna untuk semua orang yang membaca walaupun pembaca blog ni memang dah ada dah pun kahkah. Ini kira macam alter ego la, nak tulis kat fesbuk pasal semua benda kang macam tak syok. Ramai sangat tukang judge dan kekawan (manusia) yang cepat sentap entah apa apa. Macam ass. Aku fikir banyak kali juga setiap kali nak up status fesbuk, tapi last last end up aku akan biarkan ianya berjela kat sini sahaja. Sayang betul. Tapi peduli lah, apa lah sangat profile fesbuk selain untuk membangunkan profile sendiri. Kan?

Spherism; blog ni special. Blog untuk aku terus mengasah menulis antalogi tentang apa-apa yang berbaur cinta. Aku cuba bereksperimentasi dengan penggunaan lenggok bahasa serta content tentang cinta. Iya, seperti yang kau tahu tulisan-tulisan berkenaan cinta ni dah menjadi lambakan di mana mana dah. Aku pula, percaya yang mampu menulis lebih baik dari tulisan-tulisan picisan yang ada. Oleh itu, di sinilah tempatnya aku mencurah segala rasa dan mood cinta. Ada berkisarkan realiti dan juga fantasi. Bab fantasi tu selalunya susah sikit sebab bukan aku yang lalui penceritaan yang aku nak menulis tu. Biasalah, nak mencabar diri ni bukan dengan orang yang kita rasa boleh makan je. Mencabar diri untuk menulis menandingi orang lain adalah suatu tugas berat yang aku ambil sambil lewa dan pelan. Yang penting aku terus menulis. Ya, tentang awak, cinta dan kita :)

Menjadi Miskin; kahkah yang ni aku faham sangat tentang kewujudannya. Sebenarnya since aku bikin start up company dengan partner aku, Jim kami berdua tetiba telah mengharungi satu musim kemiskinan yang sangat real. Tapi alhamdulillah, dengan berkat serta kesabaran, walaupun miskin tak berharta kami masih tak pernah skip makan. Makan tetap makan, cuma kena catu makan. Sedang aku bikin bisnes dan berlapar, aku membaca novel travelog George Orwell yang menulis tentang kemiskinan. Dan pada aku, nasi lagi kenyang dari mamat George ni selalunya hanya akan makan roti sapu mentega sahaja selama dia berkelana di tempat orang dan tanah sendiri. Real betul. Jadi, terbinanya blog ini, aku harap aku mampu menulis tentang penat jerih aku dalam bikin start company juga. Lagi real dari mamat George ni. InsyaAllah.

Ahh, lapo pulak hujan pepagi gini. Kasi aku makan sat, nanti aku sambung balik, Kalau tak malas kahkah

*setelah beberapa minggu kemudian*

Dan akhirnya, aku baru berkesempatan untuk sambung menulis entry ni. Aku nak sambung sikit saja, tak banyak.

Sedar tak sedar, hari ni dah 12 Ramadhan. Sedar tak sedar jee. Cepat betul masa berlalu. Sejajar dengan keberkatan bulan Ramadhan, start up bisnes aku pun seakan dilimpahi dengan keberkatan bulan ini sendiri. Saetiap hari aku berdoa dan berharap, agar perusahaan aku ini mampu kekalkan momentumnya di bulan-bulan yang lain juga. InsyaAllah.

Sejak menjadi seorang usahawan muda ni, aku pegang satu kata-kata yang sangat penting bagi aku. "Kita dah usaha, Dia akan tolong nanti." Tugas aku adalah untuk tetapkan kata tauhid itu, supaya aku sentiasa ingat bahawa, rezeki, jodoh, ajal dan lain-lain semuanya Dia dah tetapkan. Semoga aku terus istiqamah dengan apa yang aku bikin dan tempuhi ini. Amin.

Chow.