24 April 2016

Rant Paling Sedap Tahun Ni


Macam nice bila cuti cuti macam ni, malam minggu pulak tu aku duduk berseorangan menghadap computer riba versi mini yang memang cukup cukup menutup riba aku (aku yakin, punggung makwe pun tak boleh betul betul fitting dengan kelebaran peha aku yang agak sedap ni), aku terfikir untuk mula menulis.

Tapi tu lah, macam gampang sebenarnya perasaan dan passion ni datang time time macam ni. Mana tidaknya, aku sendiri taktau untuk menulis apa apa.

Fak.

Kau tengok, perkataan fak tu sendiri aku baru fikir secara tak sengaja tadi.

Hampir 3 bulan jugak aku hidup dengan memandang sepi dari sudut perspektif orang orang ilmiah. Aku penat sebenarnya. Walaupun kutu kutu serumah sendiri sering memaki aku kerana aku lebih banyak tidur dari menjalani hidup, tapi aku tau, aku tetap sibuk berfikir melalui perspektif orang orang ilmiah semasa aku tidur.

Aku tak pernah membayangkan seumur hidup awal 20-an ni, hidup aku akan dipenuhi dengan membaca jurnal jurnal maya yang aku sendiri tidak memahami akan isinya. Mungkin inilah yang dinamakan dengan titik permulaan bagi seorang sosialis.

Sembang pasal sosialis, aku sendiri tak faham apa maksud sosialis sebenarnya. Adakah dengan mendaftar akaun maya seperti twitter, fesbuk dan instagram telah menjadikan aku sebagai seorang sosialis tegar?

Hidup ni terlalu pantas untuk membuat semua benda dalam masa yang sama. Kekadang dengan tidur serupa bayi je aku mampu kecapi makna hidup yang sebenar. Manakan tidak, bila bangun hidup aku sibuk pula dengan benda benda ilmiah. Bila aku nak rasa hidup yang sebenar sebenarnya, yakni bahagia?

Ada satu kali tu pada tahun 2002, Harkanson dengan Ford pernah sepakat menyatakan bahawa “Interaksi adalah satu proses yang penting dalam hubungan perniagaan kerana pembangunan hubungan dan hasil ekonomi ini untuk pihak yang terlibat bergantung kepada bagaimana proses interaksi dibentangkan.” Kat situ je pun dah menunjukkan bahawa betapa penting interaksi sesama kita. Eloklah kalau aku berinteraksi dengan diri sendiri pulak. Kenal diri sendiri semasa tidur pun okay. Lagi sedap, sebab kau sendiri tak boleh menidakkan apa yang betul dan mengiyakan yang salah. Tentang diri sendiri.

23 tahun dan rambut aku pun dah perlahan lahan gugur. Ada satu musim tu aku balik rumah, Mak gelakkan aku sebab rambut depan dah botak serupa Ayah. Pernah jugak Jim call aku dari jarak 406km dan boleh memakan 4jam 30 minit kalau menaiki kereta, semata mata nak gelakkan rambut aku yang semakin hilang. Semuanya berpunca dari perkongsian gambar riak aku beraksi bermain rugby itu hari. Aku ingat, aku ada duit lebih sikit, aku nak tanam balik rambut aku. Mampus orang nak kata apa, aku sosialis.

Sembang banyak pun tak guna. Aku tetap kena jalani hidup macam biasa jugak. Punya berliku dugaan dan cabaran dari Dia, aku yakin dah semakin kuat dan tabah walaupun hidup aku sendiri memang tunggang langgang dan tak sesempurna dan setenang aku menghadapi dugaan serta cabaran tersebut.

Aku tengok bebudak pun tetibe ramai dah join scene menghisap ganja secara terang terangan. Ada satu kali tu, semua orang up #420 kat segala jenis media social. Macam ass, ada aku tengok sorang makwe dahi luas ni up status “happy #420 #stoner #inimalam #layansorangsorang”. Aku malas nak cakap apa, aku geleng kepala sambil judge dia dari jarak entah berapa ratus km pulak entah.

Aku sebenarnya tengah dengar lagu Disko Tanpa Risiko dendangan kugiran Komplot ni. Entah budak budak sekarang atau sezaman dengan aku masih layan lagi ke tak lagu ini entah. Attitude suara Zack ni tetap terngiang ngiang dalam telinga aku walaupun dia telah pun pergi 2 tahun lepas kalau tak silap. Power, aku tak boleh imajin kalau dia masih hidup dan terus menghasilkan lagu lagu attitude sebegini. Paling fav mestilah lagu Nora Zen. Entah apa perasaan kalau aku suruh makwe dengar lagu ni. Tapi tu lah, memandangkan aku pun masih solo sejak 6 tahun lepas, aku pun banyak dengar dan simpan lagu lagu best untuk diri sendiri je.

Minggu lepas aku makan kenduri jiran sederet rumah aku. Punya lah el nino sekarang, tetengah makan nasik kenduri aku tengok mekap makwe dalam khemah cair dari jauh. Real betul musim ni. Sambil tengok orang (makwe makwe) sambil aku makan bubur kacang sambil berdiri. Nak buat macam mana, kenduri kampong memang fun, tempat duduk semua penuh. Doorgift tuan rumah steady bagi epal sebijik sorang. Aku balik, simpan dalam peti ais 3-4 jam, petang sikit aku makan. Sejuk sikit tekak makan buah sejuk sejuk time panas panas ni.

Makwe jiran sebelah ajak pergi kenduri sekali, tapi sebabkan aku pun malas nak berkasih kasihan dengan perempuan aku bluetick aje whatsapp dia. Sebelum aku masuk rumah, aku bagi kucing makan, tengok makwe jiran sebelah tengah sidai baju. Alahai, cun jugak makwe ni. Aku masuk dalam, dan reply whatsapp dia dengan nada “Sidai baju ke tuu, hati hati cair nanti berjemur lama lama luar rumah.”

Semalam aku pergi stadium layan scene petanque. Boleh tahan ramai jugak, ada liga sesama sendiri rupanya. Aku duduk tepi tengok golongan makwe makwe main petanque. Buat apa datang jauh jauh tengok kaum sejenis main ye dak? Sejuk sikit hati dan mata aku. Mana tidak, hari hari dok menghadap muka sama je dalam rumah ni.

Aku syak, aku mungkin kena ikut cakap Harkanson dan Ford, baru hidup kembali ceria bahagia dan tak perlu lagi tidur lama lama. Aku tengok pergelangan tangan untuk tengok berapa lama aku tak berkawan dengan makwe makwe, cilake terlupa pakai jam rupanya. Patut lah rasa lama semacam hidup sepi.

Kahlil Gibran pernah cakap, “CINTA, Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang.”

Noh Hujan pulak selalu tanya, “Beginikah selalunya cinta, diakhiri sengsara setelah dicurahkan semua?”

Loque pun sibuk nak join cakap, “Cinta sana, cinta sini. Aku gila geli.”

Ironinya, tiga tiga dah kahwin. Lalu aku ambil keputusan untuk bercakap hal cinta juga. Dari perspektif seorang solo sepi.

“Nanti nanti lah cinta datang, sekarang tenang layan hidup mahumu dahulu. Cinta mesti datang. Nanti.”