05 June 2011

Mari ke sekolah

Assalamualaikum.

*****

Kau tau library tu apa? Okay, mari sini aku sekolahkan kau.

Shhhhhhhhhhhhhhhh.....
Cepat sang manusia menoleh ke arah bunyi 'silent' tersebut. Dan ada juga yang masih tercari cari akan bunyi itu. Ahah, jumpa pun! Kelihatan seorang brader yang tadinya kelihatan agak tenang lagi hensem, tetibe merubah riak wajah seakan marah. Sang manusia pulak pandang dengan kebingungan dan kebangangan. Brader tersebut lantas keluar dan melihat ke arah papan sebesar alam yang menghiasi di atas pintu masuk bangunan tersebut. "Oh, inilah yang dinamakan perpustakaan tu." Beliau berjalan masuk menuju ke tempat yang tadinya beliau duduk. "Ehh, sini ada tulis 'keep silent' pulak?" Ahh, manusia manusia bodoh sekeliling brader tadi mungkin tidak faham akan function perpustakaan acapkali.

Brader tadi pelik kenapa beliau terpaksa mengeluarkan bunyi 'shhhhhhhhhhhh....' pada sekalian manusia di seklilingnya. Sedangkan hukum alam juga sudah menetapkan bahawa perpustakaan adalah sebuah tempat yang sunyi untuk manusia manusia menimba ilmu di dalamnya.

Manusia manusia bodoh tadi pula dengan selamba rock-nya telah membuat perbincangan dan gosip gosip manja sesama mereka. Kononnya ingin menceriakan keadaan. Fakiu lahhh~

Untuk pengetahuan sekalian, kat dalam perpustakaan tak boleh membuat perbincangan okay? Aku faham korang masing masing ada hal sendiri. Tapi tak boleh ke kau nak berbincang or gosip gosip manja kat tempat lain? Pergilah kat taman ke, pondok pondok berdekatan ke, bistro untuk lepak lepak ke or some else. Manusia sedikit dungu macam aku ni perlukan ruang dan persekitaran yang sunyi untuk belajar tahu? Kau kalau setakat nak berdating dalam library aku tak kisah asalkan kau tak menggangu persekitaran sunyi aku.

Jujur aku katakan, malam tu aku dapat bertahan 1jam pertama je. Lepas tu, mood nak study aku meronta ronta suruh keluar dari library tu. Bukannya aku taktau, sedetik aku melangkah keluar dari situ, sure aku takkan sambung apa yang aku study tadi. Conclusionnya lansung aku tak sentuh buku even dah sampai bilik yang sememangnya sentiasa ber-atmosfera-kan 'huha huha' oleh setan setan jelmaan roomate.

Alah, aku bincang pasal pelajaran jugak. Tu pun tak boleh ke?

Haaa, abah kau la boleh. Aku tau niat kau murni nak tolong member dungu kau yang lain, tapi mesti ke kene terangkan kuat kuat? Perlu ke ketawa ketawi masa berbincang? Ce cite kau punya jawapan untuk persoalan aku? Sesekali aku tengok ada beberapa group yang buat kertas kerja dalam library. Nama pun kertas kerja, sure kau punya 'silent mood' tetibe rosakkan? Dan ada yang lebih bangang bila tak silent henfon. Nak nak pulak ringtone guna lagu metal jenis pasang kuat kuat punya. Lepas sekor, sekor sekor ada orang call.

Cilake. Dapat panggilan dari ilahi baru tahu.

Aku syak lepas incident brader tu 'shhhhhhhhhhh...' kat budak budak, beliau mesti tak study kat library lagi. Agak agak aku pun nak ikut dia lah.

Kesian.
Ehh, sekiannn....