18 April 2018

Oh Malaysiana!


Baru baru ni saya dikejarkan ke emergency ward kerana demam panas yang tidak semena hinggap dalam tubuh saya. Saya merana hampir seminggu solid sehingga kehilangan suara, kotak suara saya rosak dan tidak mampu mengeluarkan suara untuk beberapa hari sehingga saya terpaksa mengambil vitamin tekak dan ubat untuk mengembalikan suara. Masa tu tetiba saya rasa macam penyanyi band terkemuka sekejap. Gila, first time saya consume ubat ubatan jenis suara ni. Kahkah.

Hampir semua Malaysiana sedang mengalami sakit dan demam piliharaya yang bakal tiba tak lama lagi. Sejujurnya, walaupun saya selalu juga ambil tahu berkenaan politik dulu dulu, tapi sekarang ni disebabkan ramai orang sedang demam panas dek PRU, saya menjadi tidak senang untuk lepak lama lama di medium media sosial. Saya ambil langkah untuk hanya rileks rileks saja. Hal ini membuatkan kepala saya sedikit pening, kerana baru baru ini jika saya drive kereta dan melihat bendera bendera parti yang dipromosikan jatuh (dijatuhkan atau disabotaj orang) pun saya jadi nak marah. Tapi apalah daya, saya hanya mampu geleng kepala sahaja melihat kejatuhan bendera parti tersebut. Tak kiralah bendera parti mana pun, saya tetap nak marah dan geleng kepala.

Cukup sampai di situ cerita amarah dan pening kepala saya.

Berbalik kepada cerita politik Malaysia. Walaupun saya ini bukanlah seorang fanatik kepada mana mana parti yang ada di Malaysia. Tetapi sebagai seorang anak muda yang sudah sangat pandai membaca dan membeza mana buruk, mana baik, mana taik, mana bunga dan mana mana lah, sejujurnya saya dapat rasakan bahawa politik di Malaysia sangat fucked up. Fucked up jenis kepala bapak punya.

Okay, ini formula mudah saya. tanpa melibatkan cerita dalaman setiap parti yang ada. Cukup saya petik 3 parti yang bertanding untuk PRU kali ini.

Orang BN yang sudah mula tidak suka Jibby akan mula berjinak jinak untuk mengenali parti pembangkang seperti Harapan dan PAS. Malangnya, jika orang orang tersebut mahu menyokong Harapan untuk kali ini tetapi mereka tidak menyukakan Madey (atas dasar dasar tertentu), mereka akan fucked up kerana pilihan yang ada hanyalah PAS. Seterusnya, untuk PAS pula walaupun ianya sebuah parti politik berteraskan Islam, malang (lagi sekali) baru baru ini lebai lebai PAS yang mengemudi parti tersebut slow slow mengeluarkan dan melakukan tindakan tindakan jengkel sehingga menyebabkan orang orang keliru tadi berkata, "wow, apa pilihan yang ada ni sial?!!"

BN, orang tak suka sebab Jibby.
Harapan, orang tak suka sebab Madey.
PAS, orang tak suka sebab Adi.

See, how fucked up we are (orang ramai // orang keliru yang tadi)?

Cukuplah, saya ulas formula mudah PRU kali ini.

Cuma apa yang saya mampu katakan. Jikalau PRU kali ini Harapan menang, PRU untuk 5 tahun lagi surely akan menarik gila babi gameplay parti masing masing.

Kesannya;
BN akan cuba untuk jadi kerajaan kembali.
Harapan sedaya upaya pegang kerajaan untuk 5 tahun lagi.
PAS pula akan terus terusan memperjuang Islam dalam politik dengan lebih telus.

Apa apa pun, tidak kiralah kamu menyokong parti mana, selamat meraikan PRU yang akan datang. Sebagai rakyat tanah darah tumpah ini, silalah ambil tanggungjawab sebagai rakyat untuk satu hari keramat tersebut.

9 Mei geng, come on!