06 December 2011

Cahaya Terang Itu Malap Sepanjang Hari

"Awak awak sayang awak. Selama ni awak yang caring dengan awak awak. Awak awak rasa bahagia."
"Kenapa baru hari ni awak awak nak cakap semua ni? Kenapa tak lama dahulu?"

Awak awak menangis di hujung talian. Awak terpaksa menyatakan walau terasa pahit. Kenapa mesti malam ni kau meluahkan rasa wahai awak awak? Hari ni hari keramat. Bukan penentu hidup mati tapi penentuan kebahagian awak awak bersama awak. Ahh, kejam nya takdir ini.

Awak tahu yang dia telah memberi sinar baru kepada awak awak yang patut dipanggil harapan sebenarnya. Awak yang menjadikan hidup awak awak lebih bermakna, untuk bangkit dari luka lama. Mungkin terasa kekejaman di persepsi awak, tapi itulah hakikatnya. Awak sendiri sedang bergelut dengan tsunami permasalahan yang melanda. Untuk menjaga hati awak awak sahaja tidak cukup. Bagaimana pula dengan family dan rakan rakan terdekat? Awak runsing.

Lantas awak mengeluarkan sebatang rokok dari kotak Winston Menthol yang baru dibelinya semalam. Dipetiknya lighter Criket bewarna putih itu berulang kali. Ahh, tidak keluar pula api nya. Awak tension, dibalingnya lighter putih tersebut ke hujung katil. Dia membakar rokok dingin itu dengan sekali nyalaan mancis yang dijumpai dalam loker Sol.

Terasa nyaman di tekak, dada terasa lapang. Ber-atmosfera seperti di syurga yang airnya manis kesejukan. Awak memang suka minum air sejuk sejuk sampai kepala pening. Ahh, dia terlupa akan masalah yang dihadapinya.



Awak bukan paranoid. Dia bukan sengaja memberi harapan kepada awak awak. Itu hanyalah kebetulan. Dia tak sengaja secara teknikalnya.

Di bawah nyalaan lampu pendaflor yang dibaluti kertas warna biru dan merah itu, awak diam seribu bahasa. tanpa sebarang kata. Memikirkan untuk konklusi permasalahannya. Sengaja dia membaca Kitab Terfaktab. Entah kenapa agaknya. Dia pun tak tau.

Dia berfikir, adakah salah aku memberi kebahagiaan kepada seorang gadis pada waktu yang salah?