17 August 2012

Tugas


Gua tengok jam baru pukul 3.20 petang. Tokey gua tak masuk kerja lagi. Tetiba datang seorang brader beruniform polis peronda PLUS ke kedai gua.

"Dik, boleh bungkus sekarang tak?" brader pakai spek hitam bertanya

Gua pandang jam, gua pandang muka beliau,
"Bolehhh..." Gua terangguk angguk sikit

"Okay, kalau macam tu tolong abang bungkus mee kari 2." pesan brader pakai spek hitam tu lagi

Gua senyap, sambil tangan ligat buat kerja.

"Dik, nanti bungkus kuah asing eh. Pastu letak pati kari dalam 2-3 sudu, bagi pekat sikit."

Gua pandang beliau sambil senyum. Relax.

"Dik, boleh tambah fishball singgit singgit tak. Tauge taknak eh. Pastu telur tu kau belah dua siap siap. Ni kau tambah yong tau fu ni sikit, bungkus lain." sambil tangan beliau tunjuk tunjuk ke arah yong tau fu.

Gua mula usya slek kat brader tu.
Gua senyum lagi dan,

"Amboi, dah la tak puasa. Order macam macam pulak. Saya yang puasa ni pun tak berbuka macam ni." sambil pegang penyepit bahan, gua angkat kening belah kanan gua tinggi tinggi.

"Haa, okay okay. Kau buat lah cepat. Banyak bunyi pulak."

Kah Kah Kah, brader ni taktau malu lagi rupanya


Balada 17 Ogos

For you. Yes, you !

senyum
seronok
semangat
aku merasakannya
setiap hari,
bermula dari hari itu...

17 Ogos 2011
mula bicara antara kita
tanpa sengaja
bibir terukir indah
aku berlalu sambil
memalingkan kepala
hanya untuk melihat kamu
dan tersenyum sendiri

hari ini
17 Ogos 2012
genap setahun perkenalan
kita berdua
tidak lagi bersua
tidak lagi berbicara

sehingga kini
tanpa sedar
kita masih kawan
tiada dendam
tiada dusta

yang ada
hanya cerita lama
kian mereput dalam
dimensi masa

tapi aku janji
hati ini pernah jujur
tentang perasaan 'itu'

jadi,
terima kasih.
terima kasih untuk
senyum, seronok dan semangat-ku

Selamat Hari Lahir
senyum selalu, itu senjata kamu
semoga Allah merahmati kamu di dunia dan akhirat

khas buat,
Sesiapa-Yang-Pernah-Digelar-Awek-Terminal
07:20pm / 25 Julai 2012

07 August 2012

Konspirasi


12.17 pagi, tamat waktu kerja. Gua beredar dari kedai no 3, dan terus berjalan ke kedai no 11. Brader gua kerja kat situ. Masuk, gua order Horlick ais bungkus kat brader gua.

"Brader, buat Horlick ais kaw punya haa. Bungkus." arah gua sambil terus duduk di kerusi yang disediakan.

"Haa, okay okay." balas brader gua pendek.

Suasana senyap seketika. Gua bosan, gua bakar sebatang rokok Marlboro.

''Ni, aku nak sembang satu hal ni." tetibe brader gua memecahkan zarah zarah kotor Marlboro yang berterbangan.

"Apa benda?" gua tanya brader gua balik

"Tadi mak tanya, bila kau nak berenti kerja kat kedai cina tu?" tanya brader gua sambil menyedut Horlick ais bungkus yang gua pesan tadi.

Gua diam.

"Hmm, nanti nanti lah..." gua jawab sepasrah mungkin sambil hembus asap Marlboro ke muka beliau.

Gua berdiri, mintak kunci kereta. Dan terus pecut WJH 961 dari kedai no 11 tersebut.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hati gua tak tenang.

 Dalam hati gua berkata, ''Cilaka, takde soalan lain ke nak tanya? Ada ke patut tanya bila gua nak berhenti kerja? Tanyalah gua berbuka puasa tadi makan apa ke, dah isya' ke belum ke...."

Gua bukan apa. Gua lemah betul bila ada orang tanya soalan yang gua taktau jawapan dia apa.