16 January 2018

Lagu Terbaik 2017 Yang Terlewatkan


Bagi tidak melupakan tradisi yang baru aku nak cipta beberapa tahun ni, aku nak up lagu lagu sebagai entry sempena apa apa celebration. Sama ada worldwide atau pun secara personal.

And tahun baru sudah pun menjengah selama 16 hari, dan aku dah fikir habis habisan lagu terbaik untuk 2017. Tahun lepas banyak lagu best yang muncul, dan susah untuk aku pilih the best. Jadi, aku akan list 3 lagu terbaik.

Seven Collar T-Shirt buat comeback guys. Dan lagu Lines ni has powerful lyrics.
"believe. don't think twice!"

Iqbal M macam biasa, terus terusan bikin scene dengan cara tersendiri.
Bila kau ada masalah, kau pandang cermin dan jeritlah "janganlah kau takut!"

Powerful lyrics and melody yang akan membuatkan kau meremang.
"Cinta akan selalu memberitahu bila perlu lari, bila harus berhenti." Wise word, man.



So, terima kasih 2017 atas lagu lagu ini !

***

Sedikit selingan. Di awal tahun baru ini, ada lagu best yang belum apa apa dah menangkap vibe 2018 aku. So here it is!

Aku dapat rasakan tahun ni every hujung bulan semua orang akan sing along lagu ni ramai ramai.
Really.

14 January 2018

Gitu Gitu Lah


Satu perkara yang aku tak boleh deny, dan aku baru sedar tentang perkara ini baru baru ni adalah, menulis secara random adalah terapi bagi aku. Tak kisah, sama ada aku sedang seronok bahagia, lagi lagi ketika jatuh menangis.

Aku dah jarang update blog. Tapi tak rajin juga menulis untuk simpanan sendiri.

Cuma selalunya, setiap kali aku rasa nak menulis (secara tak sedar) aku hanya akan menulis di words sahaja. Lalu disimpan kemas dalam folder "Penulis Yang Gagal" yang aku ciptakan sempena "aku kena terus menulis walupun aku tengah taktau nak menulis apa apa."

Ternyata taktik aku itu berjaya, at least bebila free dan dalam keadaan waras, aku boleh membacanya semula. Ternyata tulisan random adalah tulisan jujur. Saat otak aku tidak mampu untuk berfikir dengan rasional, aku membiarkan saja jari jemari aku menari atas kibod komputer ini, persis seorang penulis novel yang terkejarkan dateline.

Syarat menulis random adalah, teruskan menulis dan dilarang memadam apa apa tulisan yang telah ditulis. Dan hanya boleh berhenti di muka surat ketiga penuh. Simple as that. Hasilnya, tulisan itu berbentuk alter ego dan memang layak untuk dibuat simpanan sendiri.

It works!

Aku tak sedar bagaimana ini berlaku, tetapi aku tak boleh deny pasal benda ni. Maybe, dengan hanya menulis mampu menyelamatkan aku dari realiti seketika. Ianya terapi. Baik untuk minda dan jiwa aku.

xxx

Masuk 2018 dah, dan aku lately banyak mendengar The Smiths pula. Entah vibe apa yang menyelubungi aku tika ini, aku pun tak faham. Nak kata depression, mana ada pesakit depression menyaku dia depressed kan? Kalau betul pun, entahlah.

Aku cuba bangkit dari kejatuhan yang sangat dalam ni. Lately pun banyak berfikir tentang kematian, boleh saja ini pesanan Tuhan kepada aku yang alpa selama ni.

Aku sebenarnya malas nak menulis fasa kejatuhan aku ni, malas dah nak ingat dan agung agungkan lagi benda tak elok ni. For now, tindakan aku adalah layan hidup seperti biasa. Bangkit perlahan lahan, dan jangan mengalah.


Aku percaya, ada cahaya dibalik kegelapan.
Dan aku percaya, Tuhan ada bersama aku. Sentiasa.

So, head up. It's 2018, hidup untuk terus hidup!


Terima kasih Pakcik Morrisey !