14 January 2018

Gitu Gitu Lah


Satu perkara yang aku tak boleh deny, dan aku baru sedar tentang perkara ini baru baru ni adalah, menulis secara random adalah terapi bagi aku. Tak kisah, sama ada aku sedang seronok bahagia, lagi lagi ketika jatuh menangis.

Aku dah jarang update blog. Tapi tak rajin juga menulis untuk simpanan sendiri.

Cuma selalunya, setiap kali aku rasa nak menulis (secara tak sedar) aku hanya akan menulis di words sahaja. Lalu disimpan kemas dalam folder "Penulis Yang Gagal" yang aku ciptakan sempena "aku kena terus menulis walupun aku tengah taktau nak menulis apa apa."

Ternyata taktik aku itu berjaya, at least bebila free dan dalam keadaan waras, aku boleh membacanya semula. Ternyata tulisan random adalah tulisan jujur. Saat otak aku tidak mampu untuk berfikir dengan rasional, aku membiarkan saja jari jemari aku menari atas kibod komputer ini, persis seorang penulis novel yang terkejarkan dateline.

Syarat menulis random adalah, teruskan menulis dan dilarang memadam apa apa tulisan yang telah ditulis. Dan hanya boleh berhenti di muka surat ketiga penuh. Simple as that. Hasilnya, tulisan itu berbentuk alter ego dan memang layak untuk dibuat simpanan sendiri.

It works!

Aku tak sedar bagaimana ini berlaku, tetapi aku tak boleh deny pasal benda ni. Maybe, dengan hanya menulis mampu menyelamatkan aku dari realiti seketika. Ianya terapi. Baik untuk minda dan jiwa aku.

xxx

Masuk 2018 dah, dan aku lately banyak mendengar The Smiths pula. Entah vibe apa yang menyelubungi aku tika ini, aku pun tak faham. Nak kata depression, mana ada pesakit depression menyaku dia depressed kan? Kalau betul pun, entahlah.

Aku cuba bangkit dari kejatuhan yang sangat dalam ni. Lately pun banyak berfikir tentang kematian, boleh saja ini pesanan Tuhan kepada aku yang alpa selama ni.

Aku sebenarnya malas nak menulis fasa kejatuhan aku ni, malas dah nak ingat dan agung agungkan lagi benda tak elok ni. For now, tindakan aku adalah layan hidup seperti biasa. Bangkit perlahan lahan, dan jangan mengalah.


Aku percaya, ada cahaya dibalik kegelapan.
Dan aku percaya, Tuhan ada bersama aku. Sentiasa.

So, head up. It's 2018, hidup untuk terus hidup!


Terima kasih Pakcik Morrisey !

No comments:

Post a Comment