07 June 2017

Gila Busy Sampai Nak Buat Busy Pun Tak Sempat


Punya lama aku tak menulis kat sini, busy betul aku layan malas lepas balik berniaga. Sedar tak sedar dah masuk bulan keempat dah aku berniaga sendiri ni woii! Bangga juga aku bila terkenangkan hari pertama pacak payung kat Gamuda Walk dulu. Tapi takkanlah aku nak bercerita kat sini, nanti tak ada modal pula nak bercerita kat anak cucu kalau panjang umur dan sihat daya ingatan.

Aku sebenarnya sedang menulis di blog sebelah ni, tetiba rasa macam malas nak keras otak pula. Tengok, malas lagi. Macam ass. Tapi betullah, hal malas menulis jangan buat main. Aku sampai satu tahap rasa lebih selesa menulis rant macam ni, like old days yang gemilang. Aku hanya membiarkan jari aku terus menaip tanpa memerlukan otak bekerja keras sangat untuk menulis sesuatu perkara. Nama pun rant kan. Jangan risau, aku masih berpegang pada kata "menulis pakai otak." Kahkah

Peh, payah juga ni bila terkenangkan sekarang aku ada tiga blog untuk dihandle. Ortodoks Buatan, Sphersim dan Menjadi Miskin. Tiga-tiga ni tentang berlainan rasa dan mood.

Ortodoks Buatan; macam biasa blog ni akan jadi tempat untuk aku menulis rant dan kalau aku bernasib baik, aku akan berjaya menulis rant berbaur ilmiah yang berguna untuk semua orang yang membaca walaupun pembaca blog ni memang dah ada dah pun kahkah. Ini kira macam alter ego la, nak tulis kat fesbuk pasal semua benda kang macam tak syok. Ramai sangat tukang judge dan kekawan (manusia) yang cepat sentap entah apa apa. Macam ass. Aku fikir banyak kali juga setiap kali nak up status fesbuk, tapi last last end up aku akan biarkan ianya berjela kat sini sahaja. Sayang betul. Tapi peduli lah, apa lah sangat profile fesbuk selain untuk membangunkan profile sendiri. Kan?

Spherism; blog ni special. Blog untuk aku terus mengasah menulis antalogi tentang apa-apa yang berbaur cinta. Aku cuba bereksperimentasi dengan penggunaan lenggok bahasa serta content tentang cinta. Iya, seperti yang kau tahu tulisan-tulisan berkenaan cinta ni dah menjadi lambakan di mana mana dah. Aku pula, percaya yang mampu menulis lebih baik dari tulisan-tulisan picisan yang ada. Oleh itu, di sinilah tempatnya aku mencurah segala rasa dan mood cinta. Ada berkisarkan realiti dan juga fantasi. Bab fantasi tu selalunya susah sikit sebab bukan aku yang lalui penceritaan yang aku nak menulis tu. Biasalah, nak mencabar diri ni bukan dengan orang yang kita rasa boleh makan je. Mencabar diri untuk menulis menandingi orang lain adalah suatu tugas berat yang aku ambil sambil lewa dan pelan. Yang penting aku terus menulis. Ya, tentang awak, cinta dan kita :)

Menjadi Miskin; kahkah yang ni aku faham sangat tentang kewujudannya. Sebenarnya since aku bikin start up company dengan partner aku, Jim kami berdua tetiba telah mengharungi satu musim kemiskinan yang sangat real. Tapi alhamdulillah, dengan berkat serta kesabaran, walaupun miskin tak berharta kami masih tak pernah skip makan. Makan tetap makan, cuma kena catu makan. Sedang aku bikin bisnes dan berlapar, aku membaca novel travelog George Orwell yang menulis tentang kemiskinan. Dan pada aku, nasi lagi kenyang dari mamat George ni selalunya hanya akan makan roti sapu mentega sahaja selama dia berkelana di tempat orang dan tanah sendiri. Real betul. Jadi, terbinanya blog ini, aku harap aku mampu menulis tentang penat jerih aku dalam bikin start company juga. Lagi real dari mamat George ni. InsyaAllah.

Ahh, lapo pulak hujan pepagi gini. Kasi aku makan sat, nanti aku sambung balik, Kalau tak malas kahkah

*setelah beberapa minggu kemudian*

Dan akhirnya, aku baru berkesempatan untuk sambung menulis entry ni. Aku nak sambung sikit saja, tak banyak.

Sedar tak sedar, hari ni dah 12 Ramadhan. Sedar tak sedar jee. Cepat betul masa berlalu. Sejajar dengan keberkatan bulan Ramadhan, start up bisnes aku pun seakan dilimpahi dengan keberkatan bulan ini sendiri. Saetiap hari aku berdoa dan berharap, agar perusahaan aku ini mampu kekalkan momentumnya di bulan-bulan yang lain juga. InsyaAllah.

Sejak menjadi seorang usahawan muda ni, aku pegang satu kata-kata yang sangat penting bagi aku. "Kita dah usaha, Dia akan tolong nanti." Tugas aku adalah untuk tetapkan kata tauhid itu, supaya aku sentiasa ingat bahawa, rezeki, jodoh, ajal dan lain-lain semuanya Dia dah tetapkan. Semoga aku terus istiqamah dengan apa yang aku bikin dan tempuhi ini. Amin.

Chow.


22 April 2017

Mat Timid Lost In Shah Alam


Dah lama juga aku nak melakukan sebarang aktiviti menulis sejak beberapa bulan ni. Busy baq ang. Busy dengan life, busy dengan niaga, busy dengan macam macam lagi. Disebabkan hari ni cuti, aku balik kampong untuk buat refreshment setelah beberapa bulan ditembak dengan kesibukan yang menyeksa jiwa serta fikiran. Aku fikir, nak lari dari tanggungjawab tu memang bukan aku lah. Jadi aku hanya terus berdiri kuat untuk rempuh segala yang mendatang even kekadang perasaan rindu pada parents tu menjengah bila hujan mula renyai bila niaga. Rasa panjang ja waktu. Kahkah.

Long story short, aku cuti ni aku malas lah nak sembang perkembangan bisnes yang aku bikin nak masuk 3 bulan ni. Siapa nak tau lebih lanjut, boleh contact direct je dengan aku. Nanti aku sembang, likewise aku ni sangat menghormati orang orang yang contact aku directly :)

So, stop there.

2 minggu lepas aku ada terpergi Pesta Buku Selangor. Dalam keadaan hujan renyai, motor yang aku bonceng meredah kesesakan lalulintas level 2, ada suatu momen yang dah lama aku tak rasa. Bukan tak rasa apa, dia macam...ah susah juga nak klasifikasikan benda ni. Tapi kau orang faham lah momen redah hujan renyai sambil bonceng motor atas jalanraya separa sesak ni, kan? Peh, ulang dua kali aku benda yang sama aku tulis ni. Lantak pi.

Yang penting aku nak cerita pasal effect dari terpergi Pesta Buku itu hari tu. Dalam keadaan tak berduit sangat, aku jelajah satu persatu reruai penerbit buku kegemaran dan menarik, aku terjumpa sebuah buku yang memang dah lama aku nak baca tapi tak baca baca sebab tak berduit sangat since from buku tu published beberapa tahun lepas. Dari cetakan pertama hingga cetakan yang entah keberapa sekarang aku tak ingat, aku ingat buku tu dah stop production sebab setahu aku marketing serta review untuk buku tu tak power mana dan jarang lah aku dengar mat minah buku sembang hal buku tu dengan aku. Tapi nak dijadikan cerita, itu hari aku terjumpa. Senyum lebar terus aku lepas down teringat makwe cashier Dubook tak approve approve lagi aku kat facebook lepas bertentang mata dengan dia itu hari.

Dalam aku terkesima mata memandang tepat buku kegemaran tu, dalam kepala otak dok terfikir "faker dalam wallet ada 10 ringgit je ni. kalau terpaksa, memang gua kena cari atm cucuk duit. tapi kalau tak beli kang, bila lagi lah pulak aku nak jumpa buku hikmat ni." Hah, lebih kurang gitu lah bermonolog.

Kau tau apa yang ada dalam kepala otak aku selain dari monolog tadi? Benda yang ada adalah guts. Kata hati yang aku rasa aku kena beli juga buku ni. Mampus pi. Jadi, dalam dok ralit membelek setiap inci buku tersebut sambil melutut satu pada bumi, aku bangun lalu dengan steady nya ke cashier dan bertanya, "bang, buku ni berapa?" Dan brader tu menjawab, "rm8."

Checked. Damn son. Tenang aku mendengar lalu tersenyum lebar. Abaikan apa yang akan aku makan malam nanti. Ayam Brado ada, takpa. Finally, aku beli lah juga buku tu walaupun duit dalam wallet ada rm10 je.

Since that day, aku mula bertungkus lumus habiskan pembacaan buku lain yang tak habis habis lagi dibaca. Buku baru beli tu aku masukkan dalam "waiting list" untuk next reading.

Secara tak sedar, aku dah mula menjadi mat buku kembali. Aku dah jadi mat buku yang hilang dalam keasyikan waktu menjiwai apa yang dibaca. Semoga aku terus kuat untuk habis membaca buku yang lain sebab aku dah tak sabar gila nak baca buku baru beli tu.

Oh, btw buku baru beli tu adalah Timid by AB Hashim terbitan Lejen Press. Writer dia adalah founder Off-Publishing yang dahulunya dikenali dengan Poket Press. Tahun 2014, AB Hashim pernah pesan kat aku masa kami berjumpa di Perlis, "belilah buku ni, tak menyesal. Aku tulis." Dan masa tu memang aku broke tak mampu nak beli, akhirnya aku beli juga 3 tahun kemudian.

Sorry bro, lambat sikit. Apa apa hal pun, aku tengah fokus nak jadi mat buku balik ni. Dalam kesibukan niaga, aku masih lagi bawa sebuah buku untuk dibaca tiap kali ada masa lapang. Kau orang yang baik hati, doakan aku bahagia dengan cita cita kecil aku ni ya.

Chow.


20 February 2017

Dari Teori Menjadi Praktikal


Punyalah busy aku sekarang, sejak hari pertama aku bikin Brado dengan member jatuh bangun aku, Jim, tetiap kali bangun tidur aku kena kerah fikiran untuk "okay, apa plan hari ni." Every single time.

Berniaga tepi jalan ni, payah. Hari hari kena alert dan perati tindak tanduk Majlis (apply tapak sampai berpuluh, tapi tak dapat pun), cuaca menjadi peranan, dan sesekali tu ada juga manusia "ingin tahu" yang akan mempersoalkan kau "kenapa niaga, kenapa tak kerja?" Lalu aku menjawab dalam hati, "aku niaga ni, aku kerja la." Nak tukar mindset orang ni susah, better aku show the best to them je. Bak kata orang putih, "work hard in silence, let your success be your noise."

Kalau dulu, secara teorinya kita sering mendengar "kau, bila nak buat sesuatu kau kena rancang. kalau boleh, biarlah plan tu dari A hingga Z. Make sure tak putus plan." Itu dulu lah tapi.

Now, bila kau dah buat real business (or any kind of works you do), teori yang nampak mudah tu sebenarnya sangatlah susah aku kira. Ya, betul. Untuk hanya merancang, benda tu petik jari je pun boleh buat. Tapi untuk melaksana apa yang kau rancang tu, ya rabbi bukan main susah untuk kau settle kan.

Kekadang, kau come out dengan dua idea asal, salah satu daripadanya kena terminate sebab ada kekangan dan halangan. Kekadang pulak, dua dua idea tu tak boleh pakai. Oleh itu, untuk overcome masalah idea-yang-bakal-di'terminate', aku secara paksanya akan come out dengan dua lagi idea untuk back up 2 idea asal aku yang tadi tu. Which mean, ada 6 idea kesemuanya (untuk dua idea asal).

Personally, bagi aku handle start up business lagi payah dan mencabar dari handle business yang dah sedia ada kukuh. Belajar dari pengalaman sendiri memang real. Seronok dia lain macam. Dia sama kategori macam nikmat orang solat lah, hanya orang solat je tau nikmat dia macam mana. Hah gitu.

Ahh, aku nak cerita pasal teori plan A-Z je ni sebenarnya kakaka

p/s: aku tinggalkan lagu ni untuk korang layan bersama aku sambil basuh ayam.


10 January 2017

Comfort Zone Adalah Harapan Yang Manis Manis Tapi Tiada Hasil


Sebenarnya, rasa ass juga bila dah seminggu tak buat apa apa since siap kemas bilik itu hari. Entah kenapa tiba tiba, aku dah terbiasa menjadi selesa tak buat apa apa ni. Life aku jadi boring, dan selesa dengan ke-boring-an itu. Fak!

Tolak tepi semua bullshit yang melekat dalam kepala otak ni.

Dengan itu, aku isytiharkan bahawa aku akan sambung kemas ruang tamu pukul 12.00 pagi ini. Esok pagi, start kemas halaman rumah yang aku rasa mungkin akan siap dalam tempoh 3 hari kalau aku konsisten buat setiap pagi dan petang. Mak aku pun dah beli pokok lemon tu. Aku je tak cari pasu dan tanah yang sesuai untuk ditanam lagi. Kelapa bertandan tandan kat atas pokok tak kasi settle lagi. Gila, macam mana seminggu ni aku boleh selesa tak buat apa apa selain hibernasi, makan, movie dan berselang seli dengan membaca buku yang tak habis habis.

Aku jarang tulis plan aku dalam blog, tapi aku rasa kali ni perlu sebab entry kali ni aku nak jadikan motivasi buat diri sendiri. Kalau tak canang kat orang, simpan sendiri sendiri nanti tak gerak. Haa ni, bila ada tau plan ni, jadi aku kena tunaikan sampai selesai. Gitu. Takde nya niat aku nak buat busy tunjuk ke orang.

Langkah pertama tahun baru itu hari, aku dah uninstall Twitter dalam phone. Dengan harapan aku mampu luangkan lebih masa untuk membaca menghabiskan buku buku yang tertangguh dan seterusnya latihan menulis di blog (sebab tu tengok aku macam rajin sikit update blog sejak tahun baru ni). Tapi tu lah, aku tak puas hati sebab aku jadi selesa bila takde kerja nak buat ni. Membaca tak seberapa, menulis tak datang datang idea, yang lebihnya makan dan tidur sahaja. "Such a waste," kalau ada bakal mak pak mertua datang rumah nak usha calon menantu bila tengok keadaan aku begini.

Okay lah, aku ada masa kurang dari 45 minit untuk lepak dan cari motivasi balik ni. Izinkan aku untuk menikmati masa yang ada ni dulu.

Chow.


07 January 2017

Ingatkan Aku Supaya Tak Skip Any Learning Process Yang Sepatutnya Aku Lalui


Antara established career dan start up career ni, dua dua pun merisaukan aku.

Untuk established career;
Sebagai seorang yang berpelajaran 'agak' tinggi, aku risau aku tak mampu adapt dengan impression dari orang orang atas. Aku faham, benda benda management ni memang aku sendiri pun belajar sampai jemu dah sebenarnya pun, tapi dia jadi lain bila kau face dengan real business kan. I mean, yeah working environment, jdjs, the circles dan juga amanah serta tanggungjawab atas diri kau terhadap sesuatu pekerjaan tu yang membuatkan aku paranoid. Aku risau, aku dah lama belajar aku jadi kekok untuk masa dalam alam pekerjaan pula. Benda benda ni menjadi cabaran terhadap aku. Kalau diikutkan dengan pengalaman pengalaman bekerja yang lepas, aku ni bukannya tak bagus cuma aku teragak agak untuk mencapai rentak di awal mula bekerja. Aku jadi kekok. Paranoid much maybe? Mungkin, ini lah juga antara faktor usahawan usahawan/ bos bos dari company yang mengamuk dan malas nak ambil fresh graduate bekerja. Mungkin. Aku hal hal kerja ni satu je, aku memang dari dulu jenis pantang buat kerja kerja tipikal rutin. Aku tahu, walaupun tipikal rutin, benda tu akan menjadikan aku sebagai seorang yang lebih expert dalam sesuatu pekerjaan tu. Tapi aku jenis cepat bosan dengan rutin. Aku perlukan pergerakan, penjelajahan dan juga pertukaran pendapat. Bagi masalah paranoid aku sebelum ni, aku kelaskan bahawa untuk pengalaman pengalaman berkerja yang pernah aku ada dulu tak mencapai dengan kemahuan aku lagi. Mungkin, bila aku dapat kerja yang betul betul click dengan jiwa aku, baru aku boleh hook. Masa praktikal di company solar itu hari pun, sedap memang sedap. Aku suka, tapi tu lah, aku tak dapat specific task/job/scope sepanjang 3 bulan tu. Apa apa pun, ilmu yang aku terima selama itu berjaya aku guna untuk dimuatkan dalam thesis MBA aku tempoh hari. Dream job aku selama ini tak lain tak bukan, post post yang berkaitan dengan business development, project management dan juga business consultation. Memang big responsibilities punya untuk di-handle oleh fresh grad yang tiada pengalaman bekerja yang solid dari aku. Macam kebiasaan lah, cakap saja tak guna kan? Aku percaya je, untuk mendapatkan profil yang power lagi jitu, aku kena lalui proses untuk develop dan seterusnya establish career aku. Jadi, aku sendiri lah kena buang benda benda buruk yang aku ada untuk terus maju ke depan. Pesan pada diri sendiri, hidup untuk terus hidup. Sepanjang hidup, hari hari kena belajar. Yeah, that's it.

Untuk start up career pula;
Macam ni, aku 4 tahun belajar major in business. Dan aku dapati, walaupun passion aku sangat kuat dalam business tapi aku belum atau tak pernah lagi ada real komitmen dengan hal hal business. Okay, aku dulu mungkin pernah tolong Peteng dan Apai develop publishing house Darmasiska. Tapi itu pun, aku bukanlah main person dalam company tu. Tugas aku masa tu hanyalah, baca manuskrip yang diterima dan handle sales di bahagian utara. Aku ingat lagi effort aku bawa 80 buah novel naik train ke Arau, macam hanat penat dia kahkah. Selain dari itu, aku juga pernah berniaga di bazar ramadhan Alma, menjual nasi arab yang kemudiannya bertukar jadi kebab arab pada hari kedua berniaga. Untuk sebulan itu, walaupun hari hari kebab aku jual habis, tapi bagi aku ianya bukanlah sebuah kejayaan yang membawa keuntungan. Sedar tak sedar, 3 tahun aku aktif dalam social entrepreneur activity. Benda ni lagi membuka mata aku dalam hal hal keusahawanan, selain dari keuntungan aku kena ambil berat hal hal komuniti juga. Social entrepreneur ni bagi aku dia lebih kepada bakti kau pada masyarakat lah lebih kurang. Aku suka. Takde lah nampak aku ni kapitalis sangat. Ni bila habis belajar ni, aku fikir aku nak mula berniaga balik. Mungkin dari segi hak milik perniagaan bukan atas nama aku (again), tapi bagi aku asal aku ada dari dia start sampai growth pun dah cukup cun bagi aku. Target aku, in before bulan September projek baru ni mesti berkembang dengan padu dan bulan seterusnya aku dah boleh gebang dengan jitu semasa interview interview dunia corporate. InsyAllah.

Untuk kesekian perancangan, aku yakin rezeki Tuhan itu ada di mana mana. Semoga Tuhan memudahkan segala urusan dan mimpi kecil aku, mudah mudahan.


03 January 2017

Anjing Pun Boleh Bermimpi Kalau Dia Mahu, Cuma Dia Ambil Keputusan Untuk Cukup Sekadar Jadi Setia Je



Aku bukanlah jenis cepat/ter-sentap ni. Sebelum aku tawar hati aku dah beberapa kali pujuk dan bagi kata rasional, tapi kau keras. Kau suruh aku hadam kata kata kau. Okay takpa, aku hadam dan faham.

Disebabkan itu juga, aku fikir tak semua yang kita nak kita akan dapat. Aku bersama mimpi aku boleh mati terkandas sebelum membuat langkah. Oh, tak. Silap. Bukan mimpi aku. Mimpi kau asalnya. Cuma, aku malas nak terangkan banyak kali pasal mimpi ni hak milik siapa, yang aku tahu aku ada passion dengan mimpi tersebut dan aku willing untuk turut serta. Itu je.

Kau jangan cakap sebab dah masuk tahun baru, kau kena ada azam baru dan mimpi yang kau suruh aku hadam dulu ni, telah menjadi azam baru untuk tahun ni. Itu bullshit.

Kau pandai, aku pun pandai. Kau keras, aku pun keras. Kau ego, aku pun boleh ego. Tapi macam aku cakap awal tadi, aku ni bukanlah jenis melulu punya orang. Cuma aku dah tawar hati. Now, kalau betul kau nak build balik mimpi kita dulu kau gain lah balik trust aku. Itu je.

Dan untuk kedua kali aku pesan, jangan sebab dah masuk tahun baru kau jadikan mimpi ni sebagai azam baru kau sudah lah.

Kita semua pun tahu, apa akan jadi bila azam baru tercipta semasa tahun baru menjelang. Kan? Sampah.

Macam ni lah, atas dasar passion yang jitu aku okay je kalau nak support dan beri tunjuk ajar. Sebab aku sedar, ilmu yang aku ada ni bukan milik aku pun. Semuanya hanyalah pinjaman dari Dia semata. Kau doakan yang terbaik untuk aku pun, aku dah syukur.

Holier-than-thou. Remember?


02 January 2017

Hapuskan Mimpimu Yang Semalam



Semacam biasa, tahun baru datang lagi. Cuma kali ni tiada "new year, new me" bullshits dah, but nothing to brag about, let's cherish all the pain we had till they found death soon!

Sempena kemunculan 2017, mari kita raikan tahun baru ini dengan lagu paling true untuk 2016 yang lepas.




Tahun Baru, Selamat !