31 August 2013

Fokus emosi


Pernah seorang doktor memeriksa kesihatan tubuh badan Isnin dari segi fizikal dan mental. Ikutkan Isnin, dia tak berapa nak in sangat dengan cara doktor itu periksa hal hal tubuh badan nya, tapi disebabkan keseluruhan keluarga terdekat ada dibelakang tanda ingin tahu, maka Isnin rela paksa kan saja diri nya untuk diperiksa doktor tersebut.

Dengan menggunakan teknik 'aura' doktor tersebut, beliau scan satu persatu dari segi;
kesihatan, okay
spiritual, okay
fokus, tak okay
pelajaran, okay
emosi, tak okay
thought, okay
pekerjaan, insyaAllah okay

'Kamu bagus, tapi kamu seorang yang tak fokus dan emosi sering terganggu.'

Isnin sebagai empunya badan seraya berkata dalam hati,
'Fak, gua tak percaya dengan teknik lu. Macam mana gua punya fokus dan emosi nak okay? Apa power sangat teknik aura lu ni?'

Sambil pejam mata doktor itu berkata,
'Hmm, mungkin kamu ni ada masalah dengan perempuan?'

'Tak, mana ada...' Isnin membantah perlahan

Doktor tersebut mula scan kali kedua,
'Ya, masalah perempuan.
Hati kamu belum terbuka lagi untuk menerima seseorang perempuan. Hati kamu masih terlalu mahukan dia. Dia yang berada di hati kamu tetapi masih belum bersedia untuk menerima kamu. Kamu jadi seorang yang lost in hope. Kamu susah untuk percaya cinta lagi, sebab itu fokus dan emosi kamu mudah terganggu. Come on, kamu muda lagi wahai anak. Move on.'

Ujar doktor itu dengan panjang lebar.

Isnin tersenyum. Dalam hati berkata;
'Cilaka, bijak betul doktor ni. Tapi jangan harap lah gua nak beli ubat lu. Mana ada ubat untuk pulihkan hati?'

08 August 2013

Niat


Seluruh manusia sepatutnya sedar akan satu benda yang aku baru kaji pagi raya tadi.
Semua benda yang kita buat, semua benda yang kita lihat, semua benda yang kita dengar, semua benda yang menjadi rutin harian kita. Sepertinya perkara perkara tadi sememangnya tidak boleh lari dari minit minit kehidupan kita.

Semua yang berlaku asalnya daripada niat.

Niat. Niat. Niat.

Niat bukanlah perlakuan. Diulangi, niat bukanlah perlakuan. Kerana, perlakuan adalah tindakan. Ya, tindakan.

Sebaik mana, sejahat mana niat kita. Selagi kita tidak perlakukan, atau membuat sebarang tindakan daripada niat tadi, ianya tidaklah dikira (Baik atau Jahat).

Niat, ingin mencintai seorang gadis.
Niat ingin bersedekah kepada masjid.
Niat ingin membantu insan-insan malang.
Niat ingin membunuh orang.
Niat ingin kahwin satu lagi.
Niat ingin menjadi perasuah tegar.

Selagi tiada langkah susulan berbentuk tindakan dan perlakuan, janganlah terus menganggap bahawa ianya telah pun disempurnakan. Walhal, ianya hanya niat.

Manusia, tolong jangan keliru.
Antara niat,
dan tindakan.

Tolong jangan keliru.


04 August 2013

Bukan


Sedari aku bahawasanya
Hampir dua tahun hidup
Sebagai seorang manusia;
- yang takkan berubah,
  yang paling setia,
  yang sentiasa untukmu,
  yang cinta satu,
  yang kononnya cinta mati

Perasaan itu bukanlah suatu perasaan yang jujur
Yang seringkali disebut sebagai cinta

Tidak,
Ianya bukan cinta

Perasaan keji itu hanyalah
Secebis abstrak yang berbentuk
Obsesi

Ya,
Si obsesi cilaka