14 May 2016

Kenangan Hanyalah Kesedihan


Rentetan dari musim dah lama tak balik rumah dan hanya contact Mak Ayah hanya melalui Whatsapp dan sms, Cuti kali ni memang real. Walaupun separuh jarak perjalanan aku hanya dihabiskan dengan tidur akibat berjaga tidak tidur malam sebelumnya untuk memastikan tugasan terakhir di Perlis selesai, elok saja sampai di border Selangor-Perak, sungguh perasaan haru yang entah dari mana wujudnya tiba tiba datang meninggah di sanubari aku.

Selain dari haru, bauan udara ori Tg Malim memang sesuatu yang aku rindukan. Sangat. Entah, semacam sentimen yang memang telah terpasak dalam jiwa. Sesuatu yang tertinggal. Ya, hometown.

Muka Ayah saat aku menyua kepala ke dalam rumah melalui pintu utama, sangat priceless. Terkejut bercampur gembira tetapi tidak pulak ditunjuk beria. Ya, sangat menenangkan. Muka Ayah ceria. Tak nampak macam orang sakit. Aku suka. Lantaran itu, suara Mak turut menyabung dari belakang rumah sememangnya terkejut kerana aku pulang tanpa sebarang text, notis, mahupun memo.

Aku dengan lagak anak bujang yang tampan, memang kena dengan gaya walau kurang inci dari lelaki normal masuk ke ruang tamu. Perkara pertama yang menyapa sebelum aktiviti salam semut dengan Mak Ayah sambil menghulur sebarang dua bauan rokok yang tersisa dari rongga pernafasan, tekstur bauan nadi rumah ni sangatlah aku tak boleh nak gambarkan. Bauan yang sangat dekat dengan aku, bauan yang menjadi tunjang semasa aku kecil dulu. Kuat, bauan arwah Tok Wan menyelinap di seluruh ruang ruang lebih lebih lagi bilik aku. Dari mana bau nadi ni datang, aku blom kaji lagi. Dah kaji nanti aku inform lain.

Ya, rindu.
Suatu yang sukar diungkap rasa walaupun wujudiahnya tidak terlihatkan mata.

Sebelum masuk tidur, cerita demi cerita yang keluar dari Mak Ayah. Aku hanya diam, mendengar sambil minum teh o panas entah siapa hidang. Semacam diskusi orang tua, ada gelak ada tangisnya.

Mak Ayah menyorok perkhabaran Mak jatuh sakit beberapa bulan lepas dari pengetahuan aku. Teruk. Entah, aku faham kenapa Mak Ayah tidak menyampaikan perkhabaran itu tetapi aku tidak layak untuk dilayan dan diekspektasi seperti itu. Kononnya tidak mahu mengganggu pemikiran dan keresahan aku. Tak aci sungguh.

Tapi itulah, kalau tulis panjang lebar pun, engkorang bukannya baca dan faham pun situasi aku ni.

Usai bercerita tentang ujian dan cabaran yang Mak Ayah hadapi sepanjang ketiadaan dan ketahuan aku di rumah ini, Mak masuk bilik air untuk berwudhu'. Macam biasa, sebelum tidur Mak akan layan scene sunat witir terdahulu. Keluarnya Mak dari bilik air, dengan wajah yang basah dengan air wudhu', Aku dapati Mak sedang menangis mengalir air mata walaupun wajahnya tidak seperti menangis.

Aku kalis anak mata ke arah Ayah yang duduk disebelah, ternyata Ayah pun mengalir air mata. Jarinya handal dan laju mengesat air mata yang mengalir. Pipi Ayah kering, cuma matanya sahaja kemerahan.

Aku hanya diam. Tenung dinding di hadapan aku dalam dalam. Dalam pandangan tembok itu, aku cuba menyelami segala pahit, manis terhadap beban yang mereka lalui.

Banyak hikmah yang dirasa. Pahitnya ada. Manisnya pun ada. Tapi paling best mestilah part manis. Manis dari Tuhan ni merupakan hadiah untuk kita. Kau kena usap, hisap dan nikmati pelan pelan.

Mak pesan,
"Hati ni kena jaga. Rasa lalai sikit, ingat Allah. Rasa susah sikit, ingat Allah. Apa yang berlaku semuanya kerana Allah. Biasakan hati kita dengan pandangan yang baik terhadap Allah. Lupakan semuaa perkara yang lepas dan terlepas, sama ada buruk dan terkesan dalam hati. Lupakan. Allah tak bagi kita hidup dalam kesedihan. Teruskan hidup. Berjuang."

Aku hadam dan pegang kata kata Mak itu.
Untuk mengelak situasi semakin melankolik, aku menyapa dengan nguapan kantuk yang dibuat buat. Situasi kembali tenang, lebih tenang dari tenang yang tadi.

Bak kata Ali XPDC,
"Esok lusa, ingin aku lupakan semua. Oh kenangan silam. Apa lagi nak dikenang?"

Aku ingat baucer buku tak guna lagi dah semakin dimamah tarikh luput ni, aku nak beli gitar. Aku nak jadi seorang mamat rok n rol yang tenang dalam segenap rasa, hasilkan lagu tenang untuk makwe tenang, yang kehadirannya pun sangatlah tenang hingga aku tak nampak bayang lagi.

Ah, sudah. Sembang makwe apa pulak aku tetiba. Tapi itu lah, siapa suruh 'dia' lambat menyapa dalam garis masa cinta hidup aku. Entah mana, dengan siapa, buat apa pun 'dia' sekarang, aku harap 'dia' bukanlah seorang yang suka mengenang. Tapi kalau dah kahwin 'dia' jenis senang lupa, payah jugak aku rasa.

Pulak, sembang kahwin mende lagi aku ni.
I think I should stop right now.
Like seriously.

.

Okay, chow.


06 May 2016

Bangkit Sedang Sedang


Sebenarnya dah lama aku tak kenal macam mana rasanya balik ke rumah. Home. Hometown. Kampung. Or, whatever you used to call it.

Its been 3 months and plus, aku tak balik rumah and call Mak Ayah lantaran busy yang teramat. Macam biasa, orang akan argue kalau busy macam mana pun boleh je nak call for a minutes, at least. Tapi entah, disebabkan aku memang mengalami masalah duit yang sangat kritikal, aku jadi tak berani nak laburkan rm5 atau rm10 untuk top-up semata. Lagi lagi bila terpaksa berdepan dengan expired date top-up tu sendiri. Macam bullshits rasanya bila kau ada kredit yang melebih lebih tapi statusnya tidak aktif disebabkan expired date.

Selain dari kes busy dan top-up, teknologi Whatsapp sesungguhnya sangat lah membantu aku untuk berhubung secara direct dengan Mak dan adik beradik aku. Tambah tambah bila nak hadap keadaan terdesak, kecewa dan rindu yang datang secara tiba tiba.

Pernah sekali tu, lepas Subuh aku whatsapp Mak.
"I love you"
Dan Mak reply setengah jam kemudian dengan nada,
"I love you too :)" (berserta emoji kiss)

Dengan balasan dari Mak itu, tahulah aku bahawa skill Mak bermain Whatsapp sudah bertambah dengan menggunakan emoji yang tepat/ sesuai dengan antonasi.

Jadi, secara rasionalnya walaupun aku tidak berhubung menggunakan suara dengan Mak Ayah, aku masih berhubung dengan tulisan virtual. Kat situ nampak lah sikit yang aku takde lah teruk mana.

Settle exam, duit pun macam sedap sikit untuk aku tambah nilai. Aku top-up dan Mak adalah orang pertama aku call. Ya, betul. Suara Mak memang mencairkan hati, jauh dari mendengar suara makwe makwe. Memandangkan kredit sedia ada aku pun memang banyak, aku tak ragu ragu untuk call lama lama untuk bersembang dengan Mak, diikuti Ayah, dan adik beradik lain. Sorang sorang darah daging aku call.

Paling tak menahan, Abang Min.
"Assalamu'alaikum ya Pak Ostaddd."
"Wa'alaikumussalam yaa Kodill."
Damn, lama aku tak dengar nama panggilan tu.
"Ehh, Kominn. Dok mana? Buat apa wei?"
"Dok PJ nii. Makan durian weh. Makan makan."
"Doghian dah berbunga?"
"Kah kah kah. Eyhh, Kodilll. Tengah makan doghian nii. Tak kena tak kena."
"Haa, okayyy. Nanti nanti aku call lain."
"Salam."
"Baik, salam."

Masa bersembang melawak dengan Mak, sengaja aku tidak cakap benda benda melodrama takut dia rasa terharu mendengar suara anak bujang rok n roll dia ni.

"Awak perabih lah dulu kerja tu. Dah siap semua nanti baru balik."
"Haa, dok buat lah ni. Susah dehh."
"Ho lahh, belajaq apa yang tak susah?"
"Haa, betul lah tu."
"Susah pun dok main rugby jugakk."
"Haha, tak lah. Retired dah Mak ohh. Tak main pun."
Aku sambung.
"Team makin kuat Mak oh. Asyik buat nama, menang ja baru baru ni. Rasa gian betul nak main."
Mak steady betah,
"Zaman awak dah habih dahh. Dah berlalu."
Aku buat tak dengar.
"Apa dia Mak?"
"Zaman awakkk. Dah berlalu dahh."

Aku macam tersentak mendengar Mak cakap pasal zaman dah berlalu.
Secara tiba tiba aku tersedar, masa sememangnya bergerak sangat pantas. Yakni, aku tak sedar pun zaman kegemilangan aku berlalu. Umur Mak Ayah pun dah meningkat. Uban pun memang real makin bertambah. Which aku tak nampak perubahannya depan mata sebab jarang balik.

Berbekalkan dengan hijab bau. Alhamdulillah, bauan Mak Ayah aku tak pernah lupa. Kekadang tetengah malam sebelum aku tidur, bauan mereka datang menyinggah. Maka tahulah aku, bahawa mereka sedang merindui aku yang jauh di perantauan ini. Bauan dan perasaan tu dekat di hati. Tiada siapa boleh sangkal. Even hati aku sendiri.

Sesak tak sesak fikir pasal one last task sebelum boleh balik ni,
Petang tadi aku turun padang layan scene rugby. Tengok team lama main dan menang dengan jayanya. Sungguh, dari perspektif penonton rasanya lain betul.

Eager, aku eager nak main sekali dengan depa.
Tapi terlintas kata kata Mak, "Zaman awak dah berlalu dahhh." Terngiang ngiang di segenap minda aku.

Sebelum balik, ada jumpa sama Mior. Senior tua banyak tahun dari aku.
Ajaknya aku supaya stand by main dengan team Ex esok pagi. Ex tak confirm main, tapi kena stand by kot ada rezeki boleh main lepas gian.

Dan, aku setuju terima ajakan Mior.
Kalau memang tertulis, boleh main.
Lantas.

Mungkin saja zaman aku yang dah berlalu itu, baru nak bermula ?
Ya, bermula untuk fasa tua.

Kahkah.


05 May 2016

Langsung Tak Faham


How I used to say.
Malam ni aku tak keruan, langsung. Perasaan jujur ni macam dah lama tak singgah. Suatu perasaan yang bercampur baur, yang aku sendiri tak dapat kenal pasti apa dan di mana keberadaan dia. Sedar tak sedar, aku tak henti tersenyum dari tadi. Bila dah lama tersenyum, dia tarik turun ke hati pulak. Secara tak langsung, terus hati aku berkecamuk sekarang ni.

Dia (puncanya), bukanlah suatu kepastian mahupun putik kepada harapan. Tapi entah, kenapa tiba tiba perasaan ni boleh muncul. Aku sedar, benda ni melawan norma aku. Makan tahun aku pernah rasa apa apa yang berkait dengan perasaan macam ni. Aduh.

Gaban ada pesan tadi,
"Just feel it and let it consume you, bro."
Aku hanya boleh membalas,
"Susah, takut."

Entah, aku taktau nak terang macam mana. Aku sendiri gelap gelita ni.
Tapi ada orang kata, yang terang itu hanya wujud dengan kehadiran gelita. Boleh jadi, ini titik tolak perubahan kepada aku. Andai bukan 'dia' yang dimaksud Tuhan, tapi aku yakin untuk diri aku sendiri. Ya, yakin.