28 May 2011

Percutian setahun

Assalamualaikum.

Haaa, terkejut kan? Mesti lu orang rindu aku kan? Aku bukan apa, al maklum lah sejak dapat pakej percutian selama setahun kat KMPk ni, life aku lebih terisi dengan aktiviti aktiviti yang aku rasa agak mustahil nak buat sebelum ni.

Minggu orientasi kat sini macam cilake tahu? Setiap pagi kena bangun pukul 4.30 - 5.30. Resort aku dah la jauh dengan masjid, rasa macam comfirm masuk syurga pulak sebab setiap langkah aku dapat ganjaran. Kau bayangkan kalau tiap kali pergi masjid yang jauhnya hampir 1.5km, tak ke banyak ganjaran yang aku dapat tu. Aisehh. Aku rasa sepanjang aku hidup, orientasi kat KMPk ni la paling memenatkan. Fasi fasi yang handle pulak ex-KMPk sendiri. Dorang lead macam harammm. Betul betul torture rasionalis otak aku. Kadang kadang rasa macam nak pukul pun ada. Tapi memandangkan percutian ni masih berbaki 9 bulan 3 minggu lagi, aku pendamkan saje nawaitu aku tu.

Now, orientasi pun dah habis. Aku cepat cepat qada tidur tidur aku yang lepas. Dan resultnya, aku terlepas solat jumaat tadi. Cilake, roomate aku pergi tak mengajak, pastu yang lagi sorang boleh bantai tidur sekaki dengan aku. Ok la, ada geng jugaklah. Keh keh keh. *kak nad, jangan gitau mak au!


Buat masa sekarang, aim aku lebih terarah untuk mendapatkan 4rata akhir percutian nanti. Pastu boleh cepat cepat masuk U. Penat jugak kalau setahun bercuti tak buat pape kan? HAHA

Aku rasa terharu sebab masih ada yang sedar akan 'kehilangan' aku sejak akhir akhir ni. Setiap hari mesti ada orang call tanya, "Hoi, camne percutian kau? Best? Alah, kau ponteng je orientasi tu. Kehkehkeh".  Dan tak terlupa juga, "Bro, dah bape awek dah kat sana? Agak agak ada lebih pass la sini sorang". Cepat cepat aku menjawab, " Hah, fak uuu....."

Last but not lest, doakan aku dapat join team rugby untuk KAKOM. Aku jadi down bila tengok budak budak yang register rugby club ari tu semua besar besar dari aku. Dah la ada selection, harap sangat aku menonjol masa selection tu nanti. Sebelum aku join percutian ni, aku dah memang target nak main MASUM which is mean sukan untuk U. So, KAKOM ni la jadi titik tolak aku untuk ke arah tu. Jujur aku katakan, aim aku untuk dapat join KAKOM lebih besar daripada nak dapat 4rata. Mungkin benda ni lebih menjanjikan aku kepuasan dalam hidup selain berjaya dapat 4rata nanti.

Jerry Flannery

So, let's pray for me together okay.
Ya Allah, kau permudah dan permurahkan lah rezeki owner blog OB dalam dunia dan akhirat. Jadikanlah beliau seorang pemain rugby yang berkaliber suatu hari nanti. Dan, letakkanlah siap siap perkataan "4flat" dalam slip result beliau. Amiinnnn.

Thanks guys.
And, segala ke-tidak-update-an aku adalah amat dikesali.

22 May 2011

Tolak laju laju

Bukan lucah haaa 


Lunch semeja bersama family bukanlah menjadi kebiasaan di rumah aku. Tapi hari ni lain. Mak menpertaruhkan paceri nenas + ikan goreng yang tak mampu membuatkan seluruh isi rumah butthurt.  Superb gua cakap.

Usai makan, ayah terus menolak pinggan beliau yang kosong ke arah aku. Gaya keangkuhan beliau terpancar sedikit. Tak lama kemudian disusuli oleh mak.

Aku mula paham kehendak mereka.

"Amboihh, laju je tolak."

Mak mencetus,
"Alah, hari ni kan awak last kat rumah. Esok takde dah. Rindu rindu lah kami."

Ciss, taktik kotor ni. Takpe, takpe.

19 May 2011

Tragic in toilet

Assalamualaikum.

*****


Tidakkah korang tahu bahawa Nescafe 3in1 adalah senjata sulit bagi budak budak hostel untuk bertahan lama dalam mission study lewat malam? Dan lagi best kalau ada biskut Julies setin dua untuk dicecah bersama. Ahh, nikmat baiii.

Sebelum keluar buku dari beg, mesti hirup Nescafe se-round dua dulu. Then baru bukak muka surat yang nak study, wait. Cecah biskut dulu, ahah mari kita mulakan sesi study lewat malam kita.

Program sebegini sememangnya menjadi kebiasaan aku.

Tapi malam tu, tak macam malam sebelumnya. Masa tu dah pukul 1.30 pagi. Tetibe perut aku memulassss kawww kawww punya tetengah study bab pythogoras theorem. Nescafe dan biskut Julies tidak aku hiraukan lagi. Mula mula, aku bertahan la jugak. Pelan pelan aku buat latihan pythogoras tu, tak sampai 10 minit, aku tewas. Aku tewas dengan kekeroncongan yang berlaku dalam large intestine aku.

Aku mintak permisi dari Opel dan Farid untuk meneruskan hajat yang terpendam. Mereka faham, dan merelakan pemergian sementara aku setelah molekul molekul longkang menerjah lubang hidung masing masing.

Thanks kawan sebab sangat memahami. I love you!

Disebabkan port study aku ni berhadapan dengan tandas yang jaraknya hanya 50 meter, maka aku berlari sederas derasnya hingga berjaya sampai ke destinasi. Masuk je tandas, aku tak banyak fikir terus masuk 'bilik' yang ke-3. Which mean 'bilik' 1,2,4,5 dan 6 kosong. Again kosong.


Di masa ketegangan ini,
warden ka, hantu ka, senoir ka, semua aku tak takut. Aku lebih takut kalau makhluk dalam perut ni tak sempat landing ke tempat yang sepatutnya.

Okay, tetengah aku sedang 'bekerja' dalam 'bilik' no 3 tu. Tiba tiba aku dengar ada dua orang budak masuk tandas pastu bising bising. Aku yang kat dalam ni pun, tertanya tanya siapa pulak yang pegi tandas malam malam buta ni. Sorang masuk 'bilik' 2, lagi sorang masuk 'bilik' 4. But seriously, sangkaan aku dorang tu adalah Opel dengan Farid. Aku tak semena mena join dorang cakap cakap pastu gelak sama sama.

Dah macam apa dah, cakap cakap dalam tandas. Well, jangan tiru aksi ini tahu!

Oh, my bad.

Hampir selesai 'pekerjaan' aku tu, aku sempat lagi ketawa ketawi sama Opel dengan Farid. Keluar je dari 'bilik' tu, mata aku direct terus pandang tempat study aku tadi. Kelihatan Opel dan Farid masih mencecah biskut bersama Nescafe yang semakin sejuk tu. Aku pelik. Bukan ke tadi dorang masing masing kat sebelah aku?

Tapi aku relax. Slow slow aku pergi kat tempat study tu.

"Aihh, cepat gila sampai sini. Bukan korang sama sama dengan aku ke dalam tandas tadi."

"Kepala otak kau. Kitorang bermati-matian study kat sini, kau cakap kitorang join kau pulak."

"Abis, siapa yang dalam tandas tadi? Aku siap cakap cakap dengan korang lagi doh."

"Ahh, sudah. Siapa pulak masuk tandas tu. Kitorang dari tadi kat sini, tengok takde siapa pun masuk tandas tu. Serious."

"Serious?"

"Serious la dol! Mana ada orang masuk tandas tu tadi. Kau tengok, semua dorm dah tutup lampu. Semua budak dah tido weh."

Keseriusan dorang menyulitkan lagi keadaan. Aku seakan tak percaya, aku tengok kaki dengan tangan dorang. Tak basah. Aku usaha lagi, tengok bawah selipar dorang. Again, tak basah jugak. Sebab, even kalau kau jalan kat tar (which mean nak pergi tandas) sekali pun, mesti bwah selipar kau basah sebab malam tu berembun. Aku sendiri rasa kat tar, jari aku basah. Lagi, aku tengok latihan phytogoras yang dorang buat. Banyak, jauh meninggalkan aku yang tadi.


Dorang dah mula pelik. Tapi aku still relax lagi. Buat buat study macam biasa. Tak lama lepas tu, Farid ajak naik. Kitorang pun apa lagi, cepat cepat berkemas pastu chow. Masing masing berlari anak ke tangga. Sesekali aku pandang ke arah tandas,

"Kalau tadi bukan Farid dengan Opel, abis tu siapa? monolog aku dalam hati.

11 May 2011

Bukan penagih dada

Assalamualaikum.

Okay, aku bukanlah seorang penagih dada dadah tapi aku tetap nak tujukan lagu ni untuk diri aku sendiri. Terasa berdosa yang maha cilake bila buat dosa (hatta sikit) dengan mak tahu? Dan secara tiba tiba lagu ni berputar bermain di lohong kecil telinga.


" ayuh basuh tangan dosamu
pilu airmata ibu mengalir
memikirkanmu "
-The Times

08 May 2011

Tak makan umpan

Assalamualaikum.


Masa aku darjah 4.
Aku buat kad ucapan selamat hari ibu untuk mak aku. Aku buat dengan penuh dedikasi tahu? Mase tu kat sekolah, subjek apa aku tak ingat. Pelan pelan aku bikin itu kad ucapan. Dan akhirnya, such a perfect card! I wonder, how can before this I never made any perfect card like this? Balik dari sekolah, aku senyum senyum kambing bila lalu depan mak aku. Malam tu, aku diam diam letak kad ucapan tu dalam handbag beliau. Ok, mission success. Aku tersenyum sendiri, tanda puas.

Tapi.
Esoknya, aku kene bahan dengan mak aku konon buat kad ucapan kat beliau.
And I was like !@#$%^&

***

Masa aku form 2.
Seminggu sebelum hari ibu, aku kumpul duit belanja sekolah semata mata nak belikan mak aku hadiah. Disebabkan mak aku cikgu sekolah, so mak aku memang cukup berkenan bila beliau dapat hadiah pen merah dari murid murid beliau masa sambutan hari guru. Petang tu, aku ayat kat mak aku nak pergi kedai Czip Lee, nak beli barang untuk folio. Padahal nawaitu aku memang terang terang nak beli pen merah untuk beliau. Sampai sana, aku tak banyak cakap, aku terus beli pen merah jenis mahal punya. Seperti kebiasaannya, malam tu aku diam diam letak pen merah jenis mahal tu dalam handbag beliau. Aku tersenyum sendiri, tanda puas.

Tapi.
Esoknya, aku kene bahan dengan mak aku konon belikan beli merah untuk beliau.
And I was like !@#$%^&*

***

Masa form 5.
Gua bertekad untuk tidak dibahan dengan mak aku lagi kononnya untuk meraikan hari ibu. So, tahun ni aku buat lain jenis sikit. Fikir punya fikir, aku dapat ilham nak tulis puisi untuk beliau. Seriously, that poem is awesome. Bait bait puisi tu, aku taktau nak cakap camne. Ia menceritakan segalanya. Ok, untuk mission ni aku target mak aku tangkap leleh lepas baca puisi ni. As ussual, malam tu aku diam diam letak puisi tu dalam handbag beliau. Aku tersenyum sendiri, tanda puas.

Tapi.
Again.
Esoknya, aku kene bahan dengan mak aku lagi konon buat puisi untuk beliau.
And I was like ~!@#$%^&

***

Beberapa tahun berlalu.
Setiap tahun aku kena bahan dengan mak aku sebab meraikan atau wish hari ibu untuk beliau. Aku pelik, mak aku tak pernah makan umpan ke hah? Tapi, aku taknak ngaku kalah. Ini tahun aku buat lain dari yang lain.

Everyday, aku dengan mak aku mesti berebut masuk bilik air masa maghrib. Masing masing nak kejar solat. Aku pulak, kalau mandi memang lama. Mak aku memang panas ah. Tidak terkecuali hari ini. Memandangkan hari ni hari ibu, aku tetap teruskan perjuangan aku untuk berebut masuk bilik air dulu. Aku menang. Yes, aku menang! Dari dalam, aku dapat dengar mak aku tengah mengamuk. Keh keh keh. Seronok aku tengok beliau macam tu. Aku bukan apa, seronok dapat kacau mak aku.

Tapi.
Keluar dari bilik air, mak aku marah marah cakap, 'berdosa awak hari ibu buat mak macam ni'.
And I was like ~!@#$%^.

Ampun mak ! 

Thanks to ayah, sebab andalah emak mengandungkan saya.
Buat mak, terima kasih untuk semua.

04 May 2011

Perasaan vs Perasan

Assalamualaikum.


Masa darjah dua, ustazah aku ada bagi 1 kertas yang mengandungi soalan yang macam macam pasal personal life aku, such as siapa nama kamu?, kamu tinggal di mana?, apa cita-cita kamu? dan siapa kawan baik lelaki & perempuan kamu? Malangnya, semua soalan dalam tulisan jawi. Well, masa ni aku lemah sikit bab nak menulis jawi, baca pandai la.

Aku tak tertarik dengan soalan yang lain, tapi pada soalan pasal kawan baik tu atau lebih spesifiknya, siapa kawan baik pompuan kamu? tu aku jadi macam tak sabar sabar nak jawab. Ohh, tuhan. Siapalah agaknya kawan baik perempuan aku tu?

Aku pandang sebelah, Apis tutup tutup kertas dia tak bagi tiru. Aku pandang belakang, Izat marah marah cakap tiru tu dosa. Neraka apakah ini! Baru darjah 2 dah kedekut lain macam. Nak taknak aku kene independent sendiri jugak. Setelah hampir 5 minit aku fikir nama siapa yang patut diletak sebagai jawapan, akhirnya terpacul satu nama yang tidak asing bagi aku masa tu.

Maya.

Ya, Maya.
Pergh, masa ni aku rasa beliau la makhluk paling comel aku pernah jumpa. Dengan pipi tembam merah merah dia, taik lalat kecik kat dagu belah kiri dia, aku memang pemuja rahsia masa tu.

Disebabkan nak menulis jawi tu aku problem sikit, so aku terpaksa take time untuk menulis nama beliau ni. Ahh, 'kawan baik' punya pasal, apalah sangat. Pelan pelan gua kayuh, antara betul dan tak betul siap jugak nama dia aku tulis. Soalan lain aku tak jawab lagi, tapi ustazah dah start amik kertas tu.

*****

Hampir 10 tahun berlalu.

Balik holiday dari Kelantan hari tu, aku dengan 2 ex-classmate aku lepak kejap kat MetroPoint Kajang sebelum masing masing balik rumah sendiri. Masa tu, dua dua member aku dah hilang naik tingkat atas main boling dah. Aku masih terkial-kial kat bawah. Tetengah jalan tu, ada segerombolan awek pakai tudung labuh jalan bertentangan dengan aku.

Dari jauh, aku dah dapat cam salah seorang daripada dorang tu adalah Maya. Ohh, kemon. 'Kawan baik' tu. Sampai satu masa dia berselisih dengan aku, aku dengan excited nak tegur dia, dia boleh bantai tengok je aku tanpa senyum malah memberikan riak wajah innocent. Aku pun macam kaget kejap, what! Alang alang berselisih tu, aku pun bagi salam. Still, aku tak dengar dia jawab. Dia pun berlalu pergi.

Dan ...

Okay,
aku memang perasan nak ada kawan baik perempuan !

Kalau si Maya tu ada terbaca blog ni,
I just wanna say,
HYE !

02 May 2011

Mencari

Assalamualaikum.


Aku selalu fikir, apa yang aku cari dalam hidup. Mencari tuah datang dari langit sekali gus boleh membuatkan hidup aku lebih baik? Atau mencari cahaya yang tersimpan di dalam peti simpanan hati? Aku mencari sesuatu tanpa memandang sesuatu yang aku ada sehingga ia boleh pergi begitu sahaja tanpa sebarang notis 24 jam. Jadi, apa yang aku cari?

Mencari sebuah kebahagiaan yang selesa tanpa sedar tentang kebahagiaan yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari seorang awek yang cun melecun cun cun tanpa sedar tentang awek cun yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari kehidupan yang cemerlang tanpa sedar tentang kehidupan baik yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari kekayaan yang melimpah ruah tanpa sedar tentang kekayaan yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari penghormatan yang teragung tanpa sedar tentang kehormatan yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari gelaran pangkat menggunung tanpa sedar gelaran sebagai khalifah di muka bumi ini yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja bila tiba masanya nanti.

Well, mencari sesuatu yang big bagi memenuhi kehendak adalah tidak salah tapi janganlah sampai lupa akan apa yang kita sedia ada. Get a life bro!


 " see thru walls but still you're stuck in the door
strapped in moods that don't expire till you're
eighty-eight
subset stars "
-Butterfingers