19 May 2011

Tragic in toilet

Assalamualaikum.

*****


Tidakkah korang tahu bahawa Nescafe 3in1 adalah senjata sulit bagi budak budak hostel untuk bertahan lama dalam mission study lewat malam? Dan lagi best kalau ada biskut Julies setin dua untuk dicecah bersama. Ahh, nikmat baiii.

Sebelum keluar buku dari beg, mesti hirup Nescafe se-round dua dulu. Then baru bukak muka surat yang nak study, wait. Cecah biskut dulu, ahah mari kita mulakan sesi study lewat malam kita.

Program sebegini sememangnya menjadi kebiasaan aku.

Tapi malam tu, tak macam malam sebelumnya. Masa tu dah pukul 1.30 pagi. Tetibe perut aku memulassss kawww kawww punya tetengah study bab pythogoras theorem. Nescafe dan biskut Julies tidak aku hiraukan lagi. Mula mula, aku bertahan la jugak. Pelan pelan aku buat latihan pythogoras tu, tak sampai 10 minit, aku tewas. Aku tewas dengan kekeroncongan yang berlaku dalam large intestine aku.

Aku mintak permisi dari Opel dan Farid untuk meneruskan hajat yang terpendam. Mereka faham, dan merelakan pemergian sementara aku setelah molekul molekul longkang menerjah lubang hidung masing masing.

Thanks kawan sebab sangat memahami. I love you!

Disebabkan port study aku ni berhadapan dengan tandas yang jaraknya hanya 50 meter, maka aku berlari sederas derasnya hingga berjaya sampai ke destinasi. Masuk je tandas, aku tak banyak fikir terus masuk 'bilik' yang ke-3. Which mean 'bilik' 1,2,4,5 dan 6 kosong. Again kosong.


Di masa ketegangan ini,
warden ka, hantu ka, senoir ka, semua aku tak takut. Aku lebih takut kalau makhluk dalam perut ni tak sempat landing ke tempat yang sepatutnya.

Okay, tetengah aku sedang 'bekerja' dalam 'bilik' no 3 tu. Tiba tiba aku dengar ada dua orang budak masuk tandas pastu bising bising. Aku yang kat dalam ni pun, tertanya tanya siapa pulak yang pegi tandas malam malam buta ni. Sorang masuk 'bilik' 2, lagi sorang masuk 'bilik' 4. But seriously, sangkaan aku dorang tu adalah Opel dengan Farid. Aku tak semena mena join dorang cakap cakap pastu gelak sama sama.

Dah macam apa dah, cakap cakap dalam tandas. Well, jangan tiru aksi ini tahu!

Oh, my bad.

Hampir selesai 'pekerjaan' aku tu, aku sempat lagi ketawa ketawi sama Opel dengan Farid. Keluar je dari 'bilik' tu, mata aku direct terus pandang tempat study aku tadi. Kelihatan Opel dan Farid masih mencecah biskut bersama Nescafe yang semakin sejuk tu. Aku pelik. Bukan ke tadi dorang masing masing kat sebelah aku?

Tapi aku relax. Slow slow aku pergi kat tempat study tu.

"Aihh, cepat gila sampai sini. Bukan korang sama sama dengan aku ke dalam tandas tadi."

"Kepala otak kau. Kitorang bermati-matian study kat sini, kau cakap kitorang join kau pulak."

"Abis, siapa yang dalam tandas tadi? Aku siap cakap cakap dengan korang lagi doh."

"Ahh, sudah. Siapa pulak masuk tandas tu. Kitorang dari tadi kat sini, tengok takde siapa pun masuk tandas tu. Serious."

"Serious?"

"Serious la dol! Mana ada orang masuk tandas tu tadi. Kau tengok, semua dorm dah tutup lampu. Semua budak dah tido weh."

Keseriusan dorang menyulitkan lagi keadaan. Aku seakan tak percaya, aku tengok kaki dengan tangan dorang. Tak basah. Aku usaha lagi, tengok bawah selipar dorang. Again, tak basah jugak. Sebab, even kalau kau jalan kat tar (which mean nak pergi tandas) sekali pun, mesti bwah selipar kau basah sebab malam tu berembun. Aku sendiri rasa kat tar, jari aku basah. Lagi, aku tengok latihan phytogoras yang dorang buat. Banyak, jauh meninggalkan aku yang tadi.


Dorang dah mula pelik. Tapi aku still relax lagi. Buat buat study macam biasa. Tak lama lepas tu, Farid ajak naik. Kitorang pun apa lagi, cepat cepat berkemas pastu chow. Masing masing berlari anak ke tangga. Sesekali aku pandang ke arah tandas,

"Kalau tadi bukan Farid dengan Opel, abis tu siapa? monolog aku dalam hati.

18 comments:

  1. aiyok2....
    hantu tandas kot...nak sembang ngn hang...hehehe...

    ReplyDelete
  2. rajin sangat menyembang dalam tandas. haha

    ReplyDelete
  3. ahh, sudah. berkata kata dengan tahi pula.

    ReplyDelete
  4. tapi dorang cakap takde budak pun yang masuk tandas tu

    ReplyDelete
  5. aku tak pernah terjumpa....
    kalau jumpa.
    eehehhe

    ReplyDelete
  6. skeptikal dan positif thinking..ada budak lain datang berak kot, takpun kawan2 ko nak pedajal....

    worse come to worse... kopi 3 in 1 tu tercemar...ada bahan enap cemar.. so ko berhalusinasi.. hahaha

    ReplyDelete
  7. aku pun rasa camtu.
    maybe nescafe 3in1 tu yg jadi dalangnya!
    haha

    ReplyDelete
  8. kah kah kah dah terkena dah terkenaaaaa !

    dulu kat hostel selalu mcm ni woi. cam haram.

    sebelah mcm ada org, tp xde.

    ReplyDelete
  9. ih takutnyaa klo berciterrr pasal hantu ni. kikiki.

    ReplyDelete
  10. cik azeya
    buat buat berani :)

    hero
    absolutely bro. ape kes la benda2 ni main kat tandas. takde life btul.

    farra
    tutup mata. cakkk! hehe :D

    ReplyDelete
  11. positif beb. haha jangan main gila trauma nanti ke tandas

    ReplyDelete
  12. trauma tak trauma, benda ni dah 3 taun dah.
    haha

    ReplyDelete
  13. di asrama dulu..
    aku pilih biskut hub seng berbanding julies.
    aku pilih milo 3 in 1 berbanding nescafe 3 in 1.
    untuk hilang mengantuk, aku pilih meggi tomyam berbanding nescafe 3 in 1.

    ReplyDelete
  14. meggi? aku paling tak suka layan meggi. siyes.

    ReplyDelete