31 March 2011

Nikmat yang hilang

Assalamualaikum.

*****

"Mahu menikmati seks seperti malam pertama? Sila dapatkan minyak lintah kami segera."
"Ni lepas makan, dapat hisap Surya sebatang nikmat ni derr..."
"Perghh, nikmat gila korek hidung ni."
"Encik Nik Mat, sila ubah kereta anda segera. Kereta anda disyaki kencing berdiri."

Nikmat? Bagi yang sudah berkahwin, lain nikmatnya. Hal dalam kelambu mungkin. Bagi yang remaja pula, lain jugak nikmatnya. Tengok jelah testimoni kat atas, macam macam patern ada. So, memang susah bila nak cakap pasal nikmat ni. It's wide. Dia merangkumi semua. Lagi-lagi nikmat yang kita dapat semuanya datang dari Allah. Semuanya dengan kehendakNya. Bayangkan kalau suami korang dah tak power untuk 'bekerjasama' dengan korang, I'm surely korang tak akan dapat kecapi nikmat bekerjasama tu. *Bayangkan sahaja.

Okay. Bukan hal dalam kelambu yang aku nak cerita sebenarnya.

Pernah tak terfikir nikmat gembira kita ditarik Allah walaupun hanya untuk tempoh sekejap? Tak pernah? Sila bunuh diri di bumbung KB Mall segera. Pernah? Yes, anda memang loser. HAHA.

Actually, benda ni aku terperasan dari Black, member se-kerja aku. Beliau ni kalau korang kenal, memang jenis yang tak boleh duduk diam. Aku maksudkan disini bukan yang jenis 'hyper', tapi yang jenis sarkastik punya orang. Yes, sarkastik.

Walaupun aku baru je kenal beliau ni dalam 3 bulan lebih, tapi kitorang memang rapat lah. Aku pun dah tau beliau ni jenis Mat Rempit yang macam mana. Kalau bukan bawak motor laju laju sambil tekan hon tanpa sebab bukan beliau la tu. Acapkali lepak dengan beliau, tak sah lah kalau beliau tak buat lawak sarkastik beliau tu. Cilake apa entah ilmu yang dia pakai. Aku nak bersarkastik dengan orang ramai pun segan, beliau selamba rock je ketawa ketawi dengan orang.

Sehari kalau aku jumpa beliau, memang tak lekang lah dengar beliau punya ketawa. Tapi semalam lain. Beliau amat lain, bagai bukan Black yang aku kenal dulu. Muka beliau penuh dengan noda noda hitam. Mungkin sebab muka sedia ada beliau memang hitam. Ya, mungkin. Aku lepak dengan budak budak lain, gelak gelak semua tapi sepatah bunyi pun aku tak dengar dari beliau. "Ehh, dia ni  berak dalam seluar ke apa ni?" Monolog aku dalam hati. Sambil-sambil tu aku try hidu kat beliau. Takde pulak bau yang menyengat perasaan.

Aku buat-buat tak kenal beliau kejap. Manalah tau, beliau memang berak dalam seluar ke apa ke, tak ke malu aku kenal dia? Bila aku tanya budak-budak lain baru aku faham keadaan beliau time tu camne. Mata sure nak berkaca, muka mesti macam awek yang baru lepas di-pancut dalam. Risau je. Bala pula menanti.



.
.
.
.
.
Err...
.
.
.
.
.



Tetiba, idea aku hilang pulak. Tak ingat nak sambung apa lagi.
Aku nak cari idea aku kejap. Korang duduk je situ diam-diam.
Kalau jumpe, aku sambung lagi post ni. Kalau tak, takde la.
Ehee, sorry to all :P
Korang jangan touching pulak,
teruskan membaca blog aku okay?

Erm, korang rasa entry aku yang ni tergolong dalam nikmat yang ditarik jugak ke?

25 March 2011

Everybody loves money

Assalamualaikum.

Today, lets talk about money. Bukan mani, tapi money.

Basic gaji aku, 15 hari = Rm 350.
Over-Time (Sabtu / Ahad) = Rm 40 sehari.

Semalam hari ke 15 aku kerja. Tapi disebabkan semalam boss aku ada hal, so aku decides untuk amik gaji hari ni. Hari ni dengan hati penuh bunga, aku jalankan tugas seperti biasa. Keistiqamahan aku tidak sekali pun terbantut dek peluh-peluh yang keluar. Fine, hari gaji kott! Show the best la sikit.

Dalam kiraan aku, aku sepatutnya dapat Rm 350 + (Rm 40 x 6) = Rm 590. Tapi aku taktau setan apa yang dah beromen dengan boss aku, aku just dapat cash Rm 500 je. Cilake! Mana pergi lagi Rm 90? Bile aku tanya, beliau cakap dia tolak some value sebab ada certain day tu kerja sikit. Aku pun rasa macam, WHAT THE FUCK ARE YOU TALKING ABOUT! Rm 90 bukan sikit okay. Sedangkan kalau aku buat OT pun baru Rm 80. Kau nak cakap apa?

Hey, kalau betul pun ada certain day tu kerja sikit tak bermakna kau boleh potong gaji sesuka hati. Yelah, mostly kalau kerja sikit ke banyak ke aku tetap buat kerja. Which mean, everyday is the same. Kalau kerja sikit, aku tetap sibuk-sibukkan diri dengan kerja lain. Apa benda tu kau tak nampak ke? Hari-hari aku balik macam biasa jugak, takde pun balik awal kalau kerja sikit.

Seriously, aku rasa teraniaya gila. Yelah, aku dah kira-kira dah bajet untuk buat lesen. Beliau boleh bantai hide kan Rm 90 aku macam tu je? So, secara rasminya aku terpaksa postpone lagi untuk amik lesen. I don't know, maybe next 15 days ...or... 150 days.

*****

First of all, aku takkan berenti kerja sebab benda bodoh ni.

Second, aku dah dapat define type of "sweet-face" people.

Third, aku rasa maybe Allah saje hide kan Rm 90 aku tu sebab sebelum ni pernah beberapa kali tertinggal yang wajibNya. Okay, aku ulang, tertinggal. Bukan sengaja. Terlalu busy dengan kerja. Apa pun tak boleh.


So, what say you if you're in my shoes right now?

24 March 2011

Review SiaLAN

Assalamualaikum.

Memandangkan semalam telah pun keluar result SPM, aku rasa aku patut tulis entri pasal beliau jugak lepas tengok blog-blog lain semuanya penuh dengan entri keSPMan dorang.

Review 1: Totally 11A. Akhirnya. Setelah sekian lama aku berusaha, aku berjaya juga. Syukur alhamdulillah, kejayaan aku dikongsi bersama member-member aku yang lain. Terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga, semua guru (dari guru tadika sebab ajar ABC sampai lancar, guru sekolah rendah sebab paksa aku hafal sifir 24 sampai lancar, guru sekola menengah sebab banyak bagi kata-kata semangat walaupun pernah sebelum ni aku gagal beberapa kali). Member-member sesama kepala juga tidak ketinggalan. Trimas to all.

Review 2: Kalau dulu, UPSR gua dapat 5A, semua orang bangga dengan gua. SBP, MRSM, Sekolah Bestari semua berebut nak amik gua masuk sekolah dorang. Tapi gua tak demand, gua pilih SBP je. Kalau dulu, PMR gua dapat 9A, gua rasa macam dunia ni gua yang punya. Lepas amik result, gua pilih je nak barang apa, parents gua sanggup tanggung. Tapi gua tak demand, gua pilih BlackBerry je. Walhal masa tu, parents aku masing-masing pakai Nokia 3310 lagi.

          Tapi semalam. Bila gua amik je result SPM gua, gua tengok gua just dapat 7A+ 1A 1A- 2B+ je. Gua rasa macam loser bila tak dapat straight A's. Gua gagal bahagiakan parents gua. Gua rasa down gila bila gagal macam ni. Gua taktau nak hadapi semua ni macam mana. Pagi tadi gua bangun, gua nangis lagi sebab gua ingat result tu mimpi gua je. Rupa-rupanya kenyataan. Gua nangis lagi. Allah tak makbulkan doa gua ke? Gua bukan tak bersyukur, tapi gua rasa gua berhak dapat straight A's.

Review 3Malam ni saya nak tidur sambil pegang slip result SPM boleh tak? Malam ni saya nak tidur dengan senyuman. Allah, terima kasih untuk segalanya. Alhamdulillah.

          Hari ni saya bangun dengan senyuman di muka, jelas tergambar kegembiraan saya. Saya tidur lena tanpa sebarang gangguan dan bermimpikan yang indah. Saya mimpi kahwin dengan Lee Min Ho. Ohh, bahagianya hidup ini.

*****

Review 4:
 
Beeepppp.... (bunyi chatbox fesbuk)

"Dale, amacam. Kau dapat berapa?"

"Err, aku sikit je."

"Yelah, tapi berapa?"

"1 je. Aku dapat hidayah dari Allah untuk pakai tudung. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku."

"Cilake. Kau cakap apa ni setannnnn...."

Bahana Roti Telur

Asslamualaikum.
Entri kali ini penuh dengan kecilake-an. Sila beri tumpuan sepenuhnya.

Here we go.

Kelihatan 3 orang lelaki sedang menuju masuk ke KC, dan terus duduk tanpa banyak cakap. Aku ke meja dorang dengan senyuman yang menawan macam Azeem. Lalu bertanya,

"Ya, minum bang?"

"Erm, bagi Radix, teh tarik dengan teh 'o' suam."

"Okay." Aku baru nak berganjak dari situ, tetiba

"Eh, dik. Makan takde ke?

"Ohh, ada ada. Tunggu kejap. Saya buat air dulu."

Selang 3 minit, air pun sampai ke meja dorang. Tapi yang ada kat meja tinggal sorang brador je. Aku pun tanya jelah nak makan apa.

"Bagi saya roti telur 1."

"Okay. Erm, abang yang lagi 2 tu dah order ke?"

"Dah-dah."

Aku masih tak puas hati. So, aku relax dulu sambil perati lagi 2 brador duduk di tempat asal dorang tanpa cakap kat Anne Hassan (si penebar roti) tentang order tadi.

Then, 2 brador tu duduk balik kat meja dorang. Aku tengok masing-masing bawak nasi lemak. Aku pelik. Aku tanya balik brador yang lagi 1 tadi tu.

"Okay, abang tadi roti telur kan?" Belum sempat aku nak tanya brador yang lagi 2 tu beliau mencelah.

"Laaa, bape kali nak order ni!"

"Tak, saya tanya balik sebab abang yang lagi 2 ni tadi takde."

"Dah-dah, tadi order dah."

So, secara automatiknya dalam kepala otak aku fikir, mesti brador ni dah order ngan orang lain ni. Kalau tak macam mana dorang boleh dapat nasi lemak tu. Aku tanya sampai 2 3 kali dia kerek-kerek je. Kalau betullah brador tu dah order kat orang lain, kira batal la dia punya order ngan aku kan?

Aku teruskan kerja aku macam biasa.

15 minit kemudian...

Aku lalu depan meja 3 brador tadi. Aku tengok brador yang order nasi lemak tadi dah habis makan dah. Air pun tinggal separuh je. Pastu aku terperasan, brador yang lagi sorang tak sampai lagi roti telur dia. Sangkaan aku, mungkin lagi berapa minit sampai la kott. Aku chil up sambil milo ais kejap.

Tiba-tiba...

Anne Hassan berhadapan dengan aku, marah-marah sambil pegang pisau potong bawang beliau.

"Dei, pundek! Tadi kau amik order abang ni kenapa tak bagitau saya?"

"Eh, asal saya pulak. Tadi saya tanya dia, dia cakap dia dah order. Saya pun tak cakap la." Aku buat-buat berani.

Suasana kat KC semakin tegang. Semua pelanggan tengok aku dengan Anne Hassan. Anne Hassan ni gila sikit, panas baran punya orang. Silap langkah, gua boleh kena tikam bai. Tapi aku tak pedulik, aku rase ni bukan salah aku. So, lets fight bebeh !

Untuk kepastian aku tanya balik brador tadi.

"Bang, tadi abang order kat sape sebenarnya ni?"

"Dekat kau la. Yang kau datang 2 3 kali amik order aku tu apa?"

"Yelah. Sebab tu saya tanya 2 3 kali tadi, nak make sure yang order abang betul. Pastu abang cakap dah order. Saya ingat abang dah order kat orang lain."

Sambil menggelengkan kepala, aku blah dari situ. Anne Khalid tepuk tepuk belakang aku tanda memujuk. Anne Hassan terus buat roti telur brador tadi berbekalkan muka bengis beliau. Suasana kembali normal.

********

Cilake.

Aku tertanya-tanya sampai hari ni.

Pada pandangan lu orang,
lu fikir siapa yang bersalah sebenarnya dalam hal ni?

22 March 2011

The real life

Happiness,
I'm tired looking of you,
What the hell are you actually?
Me and myself always argue,
You can laugh you think it's funny.

Lifeless,
That was I felt,
Nothing great when I flat,
I should never regret,
Grateful on what I will get.




Happiness in Life
Running with a bow,
Chasing the rainbow,
Outside the window,
Never getting low,
But,
You make me feel sorrow,
Everytime you say hello.


Happiness is always hard to find in real life.
They will never makes our life easier simple as ABC.
Well, He is always listening.
Pray. Confident to Him.

21 March 2011

Bendahari OB oh Bendahari OB

Assalamualaikum.


Hari ni dengan penuh rasa 'saje-saje' nya aku check account nuffnang aku.

Tetiba, ada 1 benda yang menarik minat aku.

.
.
.
apakah beliau ???
.
.
.

EARNING nuffnang aku bertambah brador !

Hah, berapa banyak?

Rm 0.25 je.

HAHA.


Yes, aku salah seorang pelacur blogger.
Ada masalah?

Bro OKTS. Wa rasa lu kena buat plan lu secepat mungkin la.
Nanti boleh pakat ramai-ramai makan KFC.
Jangan risau, OB belanja.

16 March 2011

I miss a thing

Kabus malam tanpa bulan bintang,
Hujan gerimis meniti cahaya lampu,
Resah kusut semua hilang,
Duduk baring hanya itu yang ku mampu.


Okay.
I'm home alone now.
Nite all.

Gotta listening Paolo Nutini.

Luck ?


Luck is for someone,

Miracle is for everyone,

And,

I'm choose to believe in miracle.

15 March 2011

The hella surat berantai

Assalamualaikum.

**********
Suatu petang di class 6 Aisyah, SRA Sungai Kantan.

Petang tu aku masuk class dengan hati yang gembira, rakan-rakan seperjuangan yang tadinya agak bising tiba-tiba kelam kalibut bila nampak kemunculan aku. Aku pelik. Aku terus join dorang macam biasa. Duduk sopan-sopan, seraya berkata,

"Asal tetiba senyap? Selalu korang yang paling kecoh sekali dalam class ni."


"Ada lah. Kau tak boleh tau doh. Bahaya." Masing-masing mula buat muka serious.


"Ahh, asal pulak! Selalu okay je."


"Tak boleh. Bahaya. Ni antara hidup dan mati." Aku tengok muka Syahid dah macam nak nangis.


Okay, aku abaikan dorang dengan hal hidup mati dorang tu.

Recess time.
Aku dah tak boleh tahan. Naluri kelakian mula tercabar.

"Wei, cakap la asal dengan korang tadi? Apa yang hidup mati nya?"


"Kau betul ke nak tau?"


"Yelah, selalu hal korang hal aku jugak."


"Jangan menyesal."


"Surely, man!"


Wafiy tiba-tiba hulur 2 keping kertas. Disuruhnya aku baca sampai habis.

Aku pun baca dengan teliti, tak hirau roti john depan aku.

Habis je aku baca benda alah tu, hati aku mula gelabah. Rasa macam ada orang buat teh tarik dalam jantung. Peluh-peluh jernih mula kelihatan.

"Ish, benda ni boleh percaya ke?"


"Entah lah, tapi kalau ikut dalam kertas tu kalau tak buat apa yang dia suruh kita semua boleh mati."



The fact.
Menurut surat tersebut, kalau kami(orang yang baca) tak fotostat surat tu sebanyak 20 helai dan tak edarkannya dalam masa seminggu pada orang lain, kami semua akan ditimpa bala. Dalam surat tu siap ada tunjuk testimoni lagi, dari kerabat Raja sampailah kerani kerajaan yang kena bala / mati akibat tidak ikut arahan surat tu.


Rasa menyesal mula menyelubungi diri. "Asal la aku pergi baca benda tu. Aduhh."


"Abis, nak buat macam mana ni?"


Setelah berbincang sesama sendiri yang memakan masa hampir setengah jam, kami semua mendapat keputusan sepakat. Kami akhirnya sama-sama berkongsi duit untuk fotostat surat tu sebanyak 20 helai. Hati aku mula lega sikit.

Keesokannya.

Izzadin bahagikan 20 helai surat tu kepada kami 6 orang. Aku dapat dalam 3 keping camtu. Balik dari sekolah agama, aku terus membuat Ops HidupMati tu. Waa, taknak mati muda beb.

Surat pertama aku curi-curi letak dalam letterbox rumah Naim.
Second letter aku curi-curi campak kat rumah Cikgu Suhaiza. Masa ni dia belum kahwin.
The last letter, aku simpan dalam beg sekolah agama dulu. Aku dalam dilema. Aku rasa sayang kepada orang yang bakal terima surat ni. Yelah, satu taman perumahan tu aku kenal kott. Kalau tak anak dorang, mak bapak datuk nenek dorang mesti aku kenal punya.

Kehidupan aku berjalan seperti biasa.

Dan,
setibanya hari ke-8 tempoh edaran surat tersebut. Aku jadi panik gila. The last letter I've keep, lupa nak bagi kat orang. Aku risau. Aku tanya kawan-kawan aku yang lain semua cakap dah settel. Abis la aku. Ni kalau tak malam ni mesti esok aku mati punya. Tak pun cacat seumur hidup. Aku rasa macam nak nangis. Malam tu aku mintak maaf kat parents aku tanpa bagitau hal sebenar. Lepas tu, aku solat sunat.



6 tahun kemudian.
Writer of OB's blog is updating this entry.
Ehh... WAIT !
I'M STILL ALIVE !!!


Oh, demm.
Aku harap anak aku taktau kisah tragik ni. Kalau beliau tau, gua boleh kahwin 2 bai. Tak sanggup nak tanggung keloseran aku masa tu.

14 March 2011

Good morning beautiful

Assalamualaikum.

Huarghhh...
Sambil mengeliat panjang.


Pergh, awal gila aku updated entry hari ni !
Hari ni gua cuti bai. Gua dapat cuti lepas gua ugut boss nak calar Estima beliau baru beli minggu lepas.

Tanpa gosok gigi, mari baca blog ni.
Hanya loser gosok gigi pagi-pagi. Chett!

Pagi-pagi camni layan 'Good Morning Beautiful - Steve Holy' pun best brader. Sedap mata mendengar, sedap telinga melihat. Mandi pun kenyang apa. Okay, stop mengarut.


Aku tau, hangpa yang baca blog aku ni semua terdiri dari golongan yang keras-keras, bina badan, naik LC, tidak bekerja dan ibu kepada anak-anaknya tak layan lagu slow-slow camni but now try listen this songs. Dengar sambil tengok lyrics pun okay. Feeling lebih orang kata.

Aku ingat nak nyanyi lagu ni untuk someone, tapi apa boleh buat. Tak dapat! Takpe, lelaki yang baik memang camtu. Haha. But for sure, someday I'll sing this song to her. Someday. Yes, someday.

Okay,
sebelum hormon nak kahwin gua makin merembes keluar better gua chow dulu.