24 March 2011

Bahana Roti Telur

Asslamualaikum.
Entri kali ini penuh dengan kecilake-an. Sila beri tumpuan sepenuhnya.

Here we go.

Kelihatan 3 orang lelaki sedang menuju masuk ke KC, dan terus duduk tanpa banyak cakap. Aku ke meja dorang dengan senyuman yang menawan macam Azeem. Lalu bertanya,

"Ya, minum bang?"

"Erm, bagi Radix, teh tarik dengan teh 'o' suam."

"Okay." Aku baru nak berganjak dari situ, tetiba

"Eh, dik. Makan takde ke?

"Ohh, ada ada. Tunggu kejap. Saya buat air dulu."

Selang 3 minit, air pun sampai ke meja dorang. Tapi yang ada kat meja tinggal sorang brador je. Aku pun tanya jelah nak makan apa.

"Bagi saya roti telur 1."

"Okay. Erm, abang yang lagi 2 tu dah order ke?"

"Dah-dah."

Aku masih tak puas hati. So, aku relax dulu sambil perati lagi 2 brador duduk di tempat asal dorang tanpa cakap kat Anne Hassan (si penebar roti) tentang order tadi.

Then, 2 brador tu duduk balik kat meja dorang. Aku tengok masing-masing bawak nasi lemak. Aku pelik. Aku tanya balik brador yang lagi 1 tadi tu.

"Okay, abang tadi roti telur kan?" Belum sempat aku nak tanya brador yang lagi 2 tu beliau mencelah.

"Laaa, bape kali nak order ni!"

"Tak, saya tanya balik sebab abang yang lagi 2 ni tadi takde."

"Dah-dah, tadi order dah."

So, secara automatiknya dalam kepala otak aku fikir, mesti brador ni dah order ngan orang lain ni. Kalau tak macam mana dorang boleh dapat nasi lemak tu. Aku tanya sampai 2 3 kali dia kerek-kerek je. Kalau betullah brador tu dah order kat orang lain, kira batal la dia punya order ngan aku kan?

Aku teruskan kerja aku macam biasa.

15 minit kemudian...

Aku lalu depan meja 3 brador tadi. Aku tengok brador yang order nasi lemak tadi dah habis makan dah. Air pun tinggal separuh je. Pastu aku terperasan, brador yang lagi sorang tak sampai lagi roti telur dia. Sangkaan aku, mungkin lagi berapa minit sampai la kott. Aku chil up sambil milo ais kejap.

Tiba-tiba...

Anne Hassan berhadapan dengan aku, marah-marah sambil pegang pisau potong bawang beliau.

"Dei, pundek! Tadi kau amik order abang ni kenapa tak bagitau saya?"

"Eh, asal saya pulak. Tadi saya tanya dia, dia cakap dia dah order. Saya pun tak cakap la." Aku buat-buat berani.

Suasana kat KC semakin tegang. Semua pelanggan tengok aku dengan Anne Hassan. Anne Hassan ni gila sikit, panas baran punya orang. Silap langkah, gua boleh kena tikam bai. Tapi aku tak pedulik, aku rase ni bukan salah aku. So, lets fight bebeh !

Untuk kepastian aku tanya balik brador tadi.

"Bang, tadi abang order kat sape sebenarnya ni?"

"Dekat kau la. Yang kau datang 2 3 kali amik order aku tu apa?"

"Yelah. Sebab tu saya tanya 2 3 kali tadi, nak make sure yang order abang betul. Pastu abang cakap dah order. Saya ingat abang dah order kat orang lain."

Sambil menggelengkan kepala, aku blah dari situ. Anne Khalid tepuk tepuk belakang aku tanda memujuk. Anne Hassan terus buat roti telur brador tadi berbekalkan muka bengis beliau. Suasana kembali normal.

********

Cilake.

Aku tertanya-tanya sampai hari ni.

Pada pandangan lu orang,
lu fikir siapa yang bersalah sebenarnya dalam hal ni?

6 comments:

  1. orang yg amek order(aku) tu yg salah sebab tak kasi tahu anne hassan yg org tu order roti telur satu . kan dia kata kata kat org amek order "Bagi saya roti telur 1." dah sah2 lah dia order kat 'aku' tu .

    ReplyDelete
  2. tapi bukan ke si 'aku' tu dah tanya 2 3 kali balik kat brador tu? tapi dia pulak kerek kerek. so?

    ReplyDelete
  3. yelah mksud dia , dia dah order lah kat 'aku' tu .

    ReplyDelete
  4. okay, then si 'aku' tu la yang salah?

    ReplyDelete
  5. ko la yg bersalah....kalo aku jadi brade tu da aku bunoh ko ko pakai pisau potong bawang tu,,,.hahahah

    ReplyDelete
  6. dalam banyak2 pisau, pisau potong bawang la paling famous untuk bunuh orang. jangan main2. HAHA

    ReplyDelete