10 September 2014

Mimpi Yang Berjaya Datangnya Dari Sebuah Tilam Yang Rebel Berlubang Dek Bara Surya


Penangan tak boleh tidur semalam, di atas tilam kaler maroon yang berbogel tiada cadar dan bantal ini, aku merenung kipas siling yang makin lama makin laju larian sesama mereka bagai direstui alam apabila embun pagi turut hadir membawa sebuah rasa dan menyebabkan tercetusnya satu idea yang dahsyat. Aku terfikirkan untuk stop writing di blog ini. Malah lagi kejam, di suatu sudut yang lain aku mungkin akan menutup dan membuang segala nista di blog ini buat selama lamanya. Hmm, entah lah. Ortodoks Buatan sudah lama hilang estrak ortodoks buatan aku sendiri.

Aku mungkin hanya akan update blog lagi satu yang menempatkan nota nota minimalis rebel terlahir tak lama dulu.

Definisinya adalah berbentuk RUANG.

04 September 2014

Malaysia, Selamat Merdeka



Malaysia, tanah tumpah darahku.
Tatkala semua telah tiada, engkau masih punya aku.

Selamat 57 !

17 August 2014

Something I Wrote


Something I wrote before
All about you
The feelings
Was very beautiful
Deeply madly
And so lovely

But then I realized

Shit happened
And
I'm dead.


Be My Coffee and I'll be Your Sugar


First of all, this is not a seducing or flirting love story.
Sorry for wasting your time reading this disturbing shits.

***

It's breaking my heart into little pieces when I don't hear any news or any greetings from you at early in the morning or for the whole day in daily routine. Suddenly I just realized, my manly testosterone hormones are being wild and highly activated in order to get some of your intentions. I just wanna hear or see you, HERE for a second. With me alone. Me and you together. We two. Us. Well, at least.

Ah, what kind of rubbish I wrote?
I'm no longer a writer to impress reader yet I'm no longer a poet when I'm not a lover.

Once I was a addicted to coffee but since I'd called you Coffee (with the big C) before, I'm trying to have some diet coffee because it's fucking knocks me out. It's reminds me everything about you. The way you hold the cup of coffee. And the number of your coffee's stocks you have in your locker. And the coffee drinks that you should take every morning. The way you smile after it. It's kind a great feeling when I saw your smile. You should know that, your smiles are the most expensive favorite things I ever had.

You don't have any idea how much I absolutely love Coffee but Coffee seems too hot for me to have it. Don't you?

I know about your dreams.
I know everything about you.
I know why you act like there are no problem.
I just know that, we are not WE anymore.

So, fucked me. I'm trapped in this feelings AGAIN. I'm missing us. Every single morning, my thought is only about you.

Yeah, really I can't help it.
I was trying.
Surely was.
For sometimes I feel that I'm gonna build a space which could be only us three to make sure you're not going nowhere.
Just me, you and coffee.

It's been 3 years and plus,
I'm just a man that can't be moved.
I don't know why I stay...
Help me out of here.
Please, save me.

'We don't pick who we fall in love with'.


So,
Happy Birthday to you,
Terminal Girl ever.


0232 // 29 July 2014

14 August 2014

Ya, Saya Tahu Awak Tengah Buat Kebaikan


Biasakan diri, berbuat kebaikan tidak diketahui pihak kedua ketiga atau seterusnya. Sudah sudahlah, mengadu domba, mencanang segala di laman sosial. Itu semua tidak perlu. Yang perlu tahu akan kebaikan kau telah buat dan fikirkan hanya diperantaraan kau sama Tuhan sahaja. Tidak lebih dari itu. Percayalah, tiada apa yang kau raih jika kau ampu perhatian dari pihak yang lain. semua jadi tak guna.

Perilaku yang membawa kebaikan tak perlu diberitahu kepada umum, kalau boleh elaklah. Tak salah pun. Asal tiada niat, kemudian hari timbul niat. Hati mudah berubah, jangan percaya. Mudahnya begini, buat baik jangan sampai diri sendiri tahu.

Pepatah Arab ada berbunyi;
Tangan kanan memberi jangan sampai tangan kiri tahu.

Niat suci dan kebaikan hanya menjadi modus operandi dalam menambah dosa semata. Lama lama ia menjadi suatu sifat buruk yang perlbagai,

Sombong
Riak
Berlagak
Walau sedikit tidak melangit
Tetap salah
Tetap tak guna

Tuhan tahu apa dalam hati
Tuhan tahu apa maksudmu

Jadi,
sila buang jauh jauh

Kerana,
.
.
.
"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sombong walau sebesar biji sawi..."



#bukanFynnJamal

03 August 2014

Tak Semua Macam Kita


"Woi, rokok sebatang !" Aku menjerit dari dalam kereta ke arah Wahn yang sedang menunggang Ninja hitamnya.

Wahn membuka bahagian dagu helmet Arai-nya untuk membetah, "Babilah kau ! Itu Jim dalam kereta ada rokok taknak mintak."

Aku cepat membangkang, "Jim babi taknak kasi, cakap aku kena ikut dia stop smoking."

Usai mendengar, Wahn dengan mudah mematahkan ayat aku, "Kau lah bodoh, nak hisap rokok tapi ikut dia buat apa?" Sambil menghulurkan sebatang Dunhill berserta pemetik api.

Kata kata akhir dari Wahn itu berjaya buat aku berfikir sejenak tentang sesuatu. Dalam hidup ni jalan paling bahagia dan mudah adalah buat benda yang kau suka. Benda yang kau rasa seronok tanpa fikir mengenai orang lain. Tenang aku memetik pemetik api lalu membakar rokok tersebut, aku menghisap dengan penuh rasa kepuasan. Jim dibelakang hanya senyap memandang lagak aku, manakala Iz di sebelah aku masih fokus memandu menuju ke Kuala Kubu Bharu. Suatu tempat kami menghimpun cerita tentang segala.

Melihat ke arah luar cermin, bukit nian menghijau dan matahari sedikit galak menabur bakti pada sang petani, membawa kepada kata minimalis tadi. Hmm, masalah wujud pada setiap manusia dalam dunia ini. Kenapa perlu runsing perihal orang sedangkan diri sendiri punya masalah yang harus diselesaikan? Adakah aku sudah tidak kuat untuk mengharungi segala onak terkadang duri menusuk kaki lagi?

Tidak. Setiap utusan, tindakan dan keputusan yang dibuat seharusnya berpaksi pada kerelaan dan kesediaan aku sendiri. Tiada orang ketiga patut masuk campur sebenarnya.

Dulu aku pernah bertanya pada Mak Ayah tentang, "Orang ada lagi setahun nak habiskan ijazah ni. Mak Ayah rasa, kalau tetibe Orang amik keputusan nak quit belajar macam mana? Orang dah mula rasa malas nak hadap esaimen, pergi kelas, kuiz, final exam dan pointer."

Ayah hanya menjawab, "Buat lah apa yang awak suka. Tapi kalau nak quit belajar pun, asalkan awak ada kerja ada benda nak buat tak goyang kaki Ayah okay je."

Dan Mak pulak menjawab, "Jangan mengada, lagi setahun je tinggal, lepas tu nak buat apa buat lah. Apa saja yang awak suka. Tapi macam Ayah awak cakap, kalau ada kerja nak buat tak kisah lah."

Itu hanya soalan mahu menguji jawapan Mak Ayah, yang melahir membelai dan menjaga aku sehingga nafas kini. Yang lebih arif tentang lenggok dan perilaku diri ini. Tidak aku maksudkannya yang sebenarnya. Aku tidak kuat lagi untuk berbuat demikian.

Sedang aku berkira kira dengan mengaju soalan tersebut pada Mak Ayah, Wahn sahabat remaja aku sudah membuat keputusan drastik dan aku suka dengan cara dia walau sedikit komen dari Jim tentang masa depan.

Wahn quit diploma dia di sebuah institusi pengajian teknikal, walhal hanya tinggal 1 semester sahaja untuk grad dan konvo. Wahn kini bekerja bawah Boss lama di tempat dia praktikal dulu hari. Disebabkan beberapa aspek, Boss dia jaga macam anak sendiri dan boleh aku kira sudah rezeki dia, jangan berdalih kawan. Perihal rezeki ni, kalau aku cakap baik dan sedap tu maka fahamlah, ini bukan jenis rezeki sikit sikit punya.

"Kenapa kau tak habiskan je diploma bodoh? Lagi 1 sem je pun" Tanya aku berserta sedikit rasa cinta.

"A'ah lagi 1 sem je. Kau tak fikir paper repeat aku berapa banyak pulak?" Dia menjawab mudah dan diakhiri dengan gelak setan dari Aku, Jim dan Iz.

Salute.
This hand deserves for you, Bro.
Salute !

Arwah Bapak (ayah angkat) pernah berkata, "Buat je apa yang hang suka. Kalau masalah datang, kita lawan. Kita jangan jadi bodoh, kalau kita tak buat apa yang kita suka hari ni, esok lusa masalah tetap akan datang jugak. Bila dia datang je, ingat, kita lawan sampai habis."

Kita semua layak untuk seronok dengan perkara yang kita senang dan sukakan. Well, mestilah setelah memikir rasional disebalik keputusan yang bakal menyusul. Aku okay, aku pegang kata itu.

Malam itu Wahn belanja kami semua makan malam sambil bercerita tentang putih hitam dunia, dan kami hanya mengiyakan sahaja sambil tersenyum bangga.

Sebelum aku menjejak kaki kiri ke tanah dari kereta, Iz membuka mulut bertanya sesuatu, "Kau rasa patut tak aku berhenti kerja dari tempat tu Dale?" Aku silang lengan macam Boss Wahn, lalu menjawab, "Kau kalau dah tak suka dengan pekerjaan yang kau tengah buat tu, kau berhenti jelah. Nak rasa berdosa apa kalau kau dah tak seronok dengan kerja dia, tak suka dengan perangai haram dia?" Sambil tersenyum kepadanya aku melangkah keluar.

Alu cakap pandai, fikir macam Einstein tapi masalah sendiri tak boleh fikir. Apa punya masalah hati kau ada cara dan solusinya teman ? Mari sini kita berbual.

 Dan hari itu jugak baru aku ingat yang diet rokok sudah rosak lepak dengan kutu kutu ni.


11 July 2014

Healing


Alhamdulillah, pagi itu aku bangun bagai diberikan selautan rahmat dan keredhaan dari-Nya.

Aku sudah bebas dari belenggu yang berselirat hingga tidak menemukan akal mula yang rasional sebelum ini.

Kiranya disini,
Aku boleh bilang,
'Aku sudah selamat.'

Terima kasih kerana pernah mengucar kacirkan hidup aku sebelum ini.

Terima kasih.

03 June 2014

Status


Dunia, aku okay.

31 May 2014

About Time


Hye.

Just wanna let you know that;
          I'm in dilemma.

So, don't let me playin' with tons of time anymore.

Thanks.

12 February 2014

Saja, Nak Bagi Semangat


(tajuk masih tiada)
PRE-PRAKATA

Himpunan tulisan ini adalah suatu idea yang agak kebetulan bagi gua. Tahun 2011, gua pernah terfikir untuk menulis buku / zine tentang wanita wanita yang pernah lalui dalam garis masa sejarah hidup gua. Malangnya, idea tu datang masa gua tengah minda separuh sedar. Lu gila, idea tu tetiba terlintas ketika gua tengah busy mengangkat beban 100kg kuali ‘ufo’ (kuali besar orang guna untuk kenduri tu). Peh, idea ni sepatutnya gua rejam je dengan bola ragbi bila dia datang balik ke gua itu hari. Tapi disebabkan masa dia datang balik tu gua tengah mood happy melayan scene sebuah cinta bertepuk sebelah tangan, gua hadapkan juga sampai saat ini.

Bagi gua tak salah gua nak happy layan scene cinta bertepuk sebelah tangan ni, lu orang bayangkan kalau gua tak pernah happy dengan scene ni. Kekadang manusia silap, sering mendustakan benda yang menyakitkan hati, benda yang datang tanpa diundang walaupun tiada balas sapaan. Ya, benda tu cinta. Biarlah hanya kita seorang yang merasakan, biarlah kita dipanggil bodoh, asalkan kita punya sebuah momen, sebuah jangka waktu yang dipenuhi bunga, rama-rama, pelangi indah dan air terjun di suatu kawasan bernama  cinta.

Okay lah, gua malas sikit bab bab nak mengenang ni sebab himpunan tulisan ni sendiri dah menggambarkan sentimen dan imagin yang pernah berlaku dalam hidup gua. Ada seorang makwe pernah tanya sama gua, ‘apa yang dia pernah bagi, sampai kau susah nak lupa dia? Come on, cherish the pain!’

Terbuku nya tulisan ini, gua punya harapan terbuku jugak lah momen dalam memori gua ni. Jadi, selamat terbuku kau di sini !

F.Zamri

21 January 2014

Hilang Punca Tahap 101


Selepas keluar result matrikulasi itu hari, gua seakan dapat hint dari Tuhan 'lain kali, nak berjaya jangan lupa Aku. Usaha tidak, berdoa jarang jarang, tapi tawakkal berlebihan adalah sesuatu yang tak berguna.'

Pernah sekali gua terlintas, ni kalau gua tak dapat sambung degree ni memang gua patah balik stpm amik sastera. Pedulik apa gua. Tapi alhamdulillah, Tuhan bagi peluang. Berkat doa dari mak yang juga seorang guru gua rasa. Naik degree, walaupun masih dengan main-main tetapi ternyata hidup gua lebih berfaedah, berguna dan berwawasan kalau nak dibandingkan dari zaman matrikulasi dulu.

Hidup gua sekarang masih macam dulu, cuma ada sedikit pertambahan aktiviti walaupun gua kira tidur masih lagi aktiviti fevret gua buat masa sekarang. Rugby- sibuk dengan training, friendly dan open game. Darma- terbit buku, cari tokey buku yang sudi beri wang, bikin network sama kapitalis dan hidup sebagai usahawan sebenar. Enactus- social entreprenuer, proposal, running program dan berjiwa korporat kapitalis cilake. Study- macam biasa, sentiasa relate dengan apa yang gua buat dengan aktiviti aktiviti kat atas nuu.

Sem lepas, gua banyak kali fikir pasal putus asa. Dan banyak kali jugak hampir layu dek perasaan. Lu gila? Gua ni student, tapi komitmen serupa ahli politik korup tak ke kelaut hidup gua masa tu. Makan minum tak kena waktu, tidur tak ikut jam asal ada masa ganti tidur.

Pernah sekali tu, gua betul betul rasa give up tak boleh blah pasal laptop gua hang masa gua dah taip 2 pages esaimen untuk 'marketing plan' punya seksyen dalam proposal business plan dan semuanya HILANG. Mulut gua tak henti henti cakap sama Putra, 'aku give up ni. Aku tak boleh teruskan lagi.' Rasa nak menangis tapi terkenangkan masa kecik kecik dulu dah puas menangis, gua tinggalkan perasaan nak menangis tu ganti dengan sebak di ulu hati je.

Sampai keesokan harinya, gua masih lagi dengan slogan 'aku give up ni. Aku tak boleh teruskan lagi' tu. Sedar tak sedar, kawan kawan tetap ada yang support walaupun ramai yang 'pedulik apa, bukan masalah aku pun'. Lebih 24 jam gua tak tidur dan mulut masih memperjuang slogan tak patut dari semalam tu akhirnya segala kerja kerja yang tergendala semalam sudah siap sepenuhnya.

Macam mana boleh siap sepenuhnya?
Gua flashback sikit, dulu masa sekolah rendah gua selalu sakit sakit. Tapi mak gua cikgu, gua sakit ke gua ada masalah apa apa pun, gua tetap kena pergi sekolah jugak. Dari darjah satu sampai gua last paper spm - akaun  (lagi sejam paper nak start gua masih dekat hospital), gua tetap akan teruskan perjuangan gua. Mak gua punya skil train gua jadi manusia kuat sampai macam tu sekali.

Rupa-rupanya, dalam ketidaksedaran dari mulut yang sering melaung kata patah dan putus semangat itu, tangan gua tetap menaip dan minda gua masih lagi mampu untuk push to the limit. Minda dan tangan gua masih lagi mampu bekerja dalam masa kecemasan, kira critical thinking gua power ah. Kakaka

Takde apa yang menarik selain dari kejadian ini. Sejujurnya, bila gua muhasabah diri balik walau kita jaga hubungan baik dengan Tuhan dan manusia kita tetap dilanda masalah adalah kerana kita tak jaga hubungan baik dengan diri kita sendiri. Our body, our soul. Bila benda ni seiring terjaga seperti mana hubungan yang lain, gua rasa gua okay. Hati dok berdoa pada Tuhan, mulut dok terus sembur kata cacian. Macam mana nak elok? 

Ini adalah pertama kali gua menulis tanpa tujuan, dan gua rasa ini adalah tulisan gua paling jujur setakat ni. Siapa nak pertikai? Come on, mana ada manusia baca blog ni dah sekarang. Kahkah