30 March 2018

Surat Terbuka Kepada Orang Macam Kita


Sebagai seorang pemain twitter yang biasa biasa, tak kejar followers mahupun attention dari orang ramai, baru baru ini saya mengalami sedikit masalah personal dengan pengguna pengguna baru twitter yang semakin ramai memeriahkan lagi scene tuit tuit di situ.

Macam biasa, setiap hari pasti ada drama drama bodoh dari pelbagai pengguna. Kebanyakan mereka yang menimbulkan isu hanyalah mahukan perhatian dan publisiti semata.

Tahun ini, tahun ketujuh saya bermain twitter. Dan sebagai seorang pengguna yang agak lama, saya semacam sudah masak dan aware dengan permainan permainan bodoh sesetengah pengguna yang lain. Selalunya saya tidak ambil peduli sangat pun, kalau ambil peduli pun saya hanya akan mengambil tempat sebagai seorang observer saja. Sebab yelah, saya di situ cuma mahu tuit tuit saja bukanlah untuk membentuk komuniti mahupun mencari memakwe berdahi licin (optional; ikut mood).

Baru baru ni, muncul seorang watak baru yang menggegarkan dunia twitter. Di mana, seorang pesakit mental (yang semakin pulih) bernama Siti Zulaiha sering dijadikan bahan jenaka rakyat twitter. Saya masih ingat lagi, scene pertama kali saya berjumpa dengan akaun Siti Zulaiha adalah apabila dia pernah tuit emo berlakon sebagai staff BNM. Pada mulanya, saya pun turut emo dan tergeleng kepala sendiri juga bila melihat reaksi pengguna twitter yang lain. Tapi bila sudah lama dan tuit tersebut semakin tersebar luas barulah saya dapat tahu bahawa Siti Zulaiha adalah seorang makwe yang sedang berjuang dengan mentalnya sendiri.

Dari situ, saya mula kagum dengan kewibawaan dia bermain twitter. Tak, saya tak berniat untuk turut membahan dia. Saya benar benar kagum dengannya kerana dia menggunakan aplikasi twitter macam saya juga. Cuma mahu tuit tuit saja. Tapi bila reaksi dan engagement tweet dia bersama pengguna yang lain menjadi besar, dia kini telah pun memiliki follower lebih 10k.

Cilaka, saya bermain twitter dari 7 tahun lepas pun hanya memiliki followers sebanyak 600 lebih saja. Kahkah. Okay, itu cerita lain. Dan saya tak kisah pun.

Berbalik pada cerita kagum saya terhadap Siti Zulaiha, baru baru ini saya rajin stalk akaun kepunyaan dia (saya jarang follow tweetfamous) saya dapati dia sebenarnya bergerak dan berfungsi seperti manusia kebanyakan juga. Cuma specialnya, dia bergerak bersama penyakit serta semangat yang tak pernah luntur. Saya agak terkesan juga apabila dapati masih ramai pengguna di luar sana yang aware dengan keadaan sedia ada Siti Zulaiha tetapi seakan tidak mempedulikannya. Mereka seakan seronok membahan atau mengejek tuit tuit "bodoh" yang dikeluarkan, kerana mereka sangkakan ianya funny dan gila. Sejujurnya situasi ini sangat mengganggu jiwa saya.

Dalam sejarah keluarga saya tiada seorang pun pernah terkena penyakit mental, tetapi sebagai manusia yang biasa biasa dan hanya mahukan keamaanan, saya rasakan pesakit seperti Siti Zulaiha sangat dekat dengan saya.

Sesekali saya cuba letakkan tempat saya di tempat dia (followers 10k hengkoo!), saya dapat rasakan saya sendiri pun akan mengalami runtunan jiwa yang tak patut jika setiap hari diterjah dengan benda benda negatif. Maaf, saya tak tahu nak menulis dalam bentuk sains dan perubatan untuk menerangkan penyakitnya secara ilmiah. Cuma pada saya cubalah anda step back seketika dan fikir kembali saat saat anda down mahupun messed up (atau fucked up) dengan sesuatu perkara yang sangat sangat membebankan anda ketika itu, dan anda sudah semestinya bertindak untuk bangkit dan menjadi kembali normal. Adakah anda tidak terkesan dengan serangan serangan liar dari parasit (orang orang negatif) di sekeliling anda? Cuba lah, cuba anda fikirkan sejenak.

Nak bangkit semula ni bukan mudah, lagi lagi dari penyakit yang sangat perlukan kesihatan mental yang optimum.

Saranan yang boleh saya berikan adalah, just cherish her. Orang macam dia, sangat perlukan orang positif dan kata kata semangat. Layan dia macam orang biasa. Kalau setakat tweet tweet "bodo" dia yang anda tak sukakan, alah macam lah anda tak pernah tweet benda bukan bukan kan? Jangan jadi ignorance dan bangsat sangat. Kalau tak suka juga? Atau memang terganggu dengannya, tak payah lah layan.

Tak, say bukanlah nak angkat diri saya sebagai seorang budiman. Apatah lagi untuk "try" Siti Zulaiha, TIDAK!

Saya cuma mahukan dunia ini lebih ramai lagi manusia manusia positif dan penuh dengan sifat kemanusiaan. Itu saja.

Sekarang saya tengok Siti Zulaiha pun dah mula berjinak dalm arena paid review. Saya nampk dengan jelas, apa yang beliau cuba terokai sekarang ni. Nak harap pada kerja, saya sendiri pun tk pasti adakah majikan majikan yang baik hati mahu dan mampu melayan karenah Siti Zulaiha buat masa sekarang. Jadi, pada saya biarlah Siti Zulaiha explore dunianya sendiri dengan caranya yang tersendiri.

Ingat, step back dan doakanlah kesihatan dia agar dia cepat pulih dan normal seperti sediakala. Saya lihat rakan rakan rapat (dalam circle) dia, sangatlah supportive. And she really need and deserve that!

Anyway, kalaulah tulisan ini tersampai dan terbaca oleh Siti Zulaiha, ingat satu pesanan ikhlas dari saya ini.

Lets cherish the pain!

:)