06 December 2011

Cahaya Terang Itu Malap Sepanjang Hari

"Awak awak sayang awak. Selama ni awak yang caring dengan awak awak. Awak awak rasa bahagia."
"Kenapa baru hari ni awak awak nak cakap semua ni? Kenapa tak lama dahulu?"

Awak awak menangis di hujung talian. Awak terpaksa menyatakan walau terasa pahit. Kenapa mesti malam ni kau meluahkan rasa wahai awak awak? Hari ni hari keramat. Bukan penentu hidup mati tapi penentuan kebahagian awak awak bersama awak. Ahh, kejam nya takdir ini.

Awak tahu yang dia telah memberi sinar baru kepada awak awak yang patut dipanggil harapan sebenarnya. Awak yang menjadikan hidup awak awak lebih bermakna, untuk bangkit dari luka lama. Mungkin terasa kekejaman di persepsi awak, tapi itulah hakikatnya. Awak sendiri sedang bergelut dengan tsunami permasalahan yang melanda. Untuk menjaga hati awak awak sahaja tidak cukup. Bagaimana pula dengan family dan rakan rakan terdekat? Awak runsing.

Lantas awak mengeluarkan sebatang rokok dari kotak Winston Menthol yang baru dibelinya semalam. Dipetiknya lighter Criket bewarna putih itu berulang kali. Ahh, tidak keluar pula api nya. Awak tension, dibalingnya lighter putih tersebut ke hujung katil. Dia membakar rokok dingin itu dengan sekali nyalaan mancis yang dijumpai dalam loker Sol.

Terasa nyaman di tekak, dada terasa lapang. Ber-atmosfera seperti di syurga yang airnya manis kesejukan. Awak memang suka minum air sejuk sejuk sampai kepala pening. Ahh, dia terlupa akan masalah yang dihadapinya.



Awak bukan paranoid. Dia bukan sengaja memberi harapan kepada awak awak. Itu hanyalah kebetulan. Dia tak sengaja secara teknikalnya.

Di bawah nyalaan lampu pendaflor yang dibaluti kertas warna biru dan merah itu, awak diam seribu bahasa. tanpa sebarang kata. Memikirkan untuk konklusi permasalahannya. Sengaja dia membaca Kitab Terfaktab. Entah kenapa agaknya. Dia pun tak tau.

Dia berfikir, adakah salah aku memberi kebahagiaan kepada seorang gadis pada waktu yang salah?

16 November 2011

Susu Dumex

Amanda, seorang anak perempuan yang masih mentah. Umurnya baru saja mencecah 5 tahun. Tapi mindanya mampu berfikir dengan logistik akal. Mana tak nya, ini semua gara gara susu Dumex.

Si ibu bertanya kepada Amanda,
"Amanda nak jadi apa bila besar nanti? Jadi cikgu macam mama lah, seronok tau bekerja dengan murid murid." kata si ibu sambil tersenyum bahagia.

Amanda serius pula menjawab,
"Taknak lah. Amanda tanak jadi cikgu bila besar nanti. Amanda nak jadi menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Nanti boleh belikan mama kondo RM9.8 juta. Amanda sayang mama."

Si ibu tersentak. Terasa menyesal kerana pernah memberi Amanda minum susu Dumex tak lama dahulu.


09 November 2011

Cerita Mimpi Semalam

Aku pergi ke suatu kawasan. Bersama juga wahn, man dan jim. Masing-masing tampak hensem. Masuk dalam kl monarail. Aku tak ingat ke mana mahu dituju. Dalam tu, terjumpa seorang yang sangat aku kenali. Mr Chan, lecturer bisnes yang juga sebagai driver monorail tersebut. Dia bertanya tentang sesuatu. Aku tak ingat akan apa soalannya. Dia gelak setelah mendengar jawapan aku. Aku pelik. Hampir di penghujung stesen. Monorail tetap laju. Tiada tanda mahu berhenti. Mr Chan masih tersenyum. Babi. Aku dan jim sedaya upaya membantu Mr Chan. Dan. Sampainya di ‘jalan mati’ tersebut. Bommm! Monorail langgar tembok. Langgar bukan tanda berhenti. Malah terus berjalan. Dan berjalan. Semua penumpang diam membisu. Tiada bunyi kerisauan langsung. Kepala monorail terjun menjejak tanah kuala lumpur. Penumpang keluar dari benda besi tersebut. Aku, wahn, man dan jim bersama Mr Chan. Ketawa tanpa sebab.

Aku tersedar di atas sebuah katil. Cukup kenal dengan wallpaper di hadapan aku. Bilik man. Capai fon. Ada satu message. Dari kekasih lama. Pelik. Tak pernah contact sejak 19June. Tulisan menyatakan ‘i love you’. Ahh, cilake. Semacam puaka mahu menganggu kebahagiaan cinta hati. Buat taktau. Terus tertidur.

Aku berjalan. Gelap. Terasa lemah. Lapar. Di depan aku ada satu lembaga. Tak takut pada mulanya. Sekali tengok. Macam puaka Chaba. Tua. Tapok. Mulut herot. Rambut jarang jarang kaler putih. Macam gampang. Sape tak cuak. Aku lari, lari, dan lari. Pusing satu kl. Masuk pandan indah keluar taman maluri. Masuk ampang tak keluar keluar. Aku penat. Ahh, dia ada lagi. Sungguh drastik. Dia melawan arus, bertentangan dengan aku. Lalu menyergah, ‘Hoi, bangun suboh!’

Kata satu

" Cinta bukan sekadar mendapatkan aksi seks yang terbaik, ianya lebih dari itu! "
-anonymous

19 October 2011

Tongkat Ali Power Root

"Ahh, ngantoknye nak MUET." Suara tu sayup sayup kedengaran dari luar bilik Roy.

Lantas beliau terjaga, tengok jam henfon di tepi bantal, "Oh, demmit! Baru pukul 8 la cilake. Gua MUET pukul 11. Psycho betul."

Tapi nak taknak, Roy kena bangun jugak la, sebab tetibe beliau teringat beliau ada last meeting dengan 3 orang ahli groupnya. Usai bersiap, mandi segala. Beliau menuju ke kafe bersama Sein. Pagi itu, langkah mereka berdua sungguh yakin dan bergaya. Lebih lebih lagi Sein. *Aku yang menulis ni pun taktau kenapa. Mungkin sebab Sein pakai baju Roy kott.

Sesampainya di kafe, dua dua ekor kutu ni order air yang sama, tongkat ali power root. Masing masing nak elak mengantuk barangkali. Mereka tak amik breakfast sebab dorang rasa urban bila buat macam tu. Sambil menghirup kemanisan tongkat ali power root di pagi itu, mereka menunggu lagi seekor kutu, Haq. Haq ni berbody solid tapi sayang, bertengkok pendek pula. Tapi takpe, berbekalkan sijil penyertaan berzanji peringkat sekolah sekolah 2 tahun lepas, ramai jugak awek yang crush dengan beliau.


***

Semalam aku selongkar loker aku nak cari slip exam. Naya wo kalau benda ni takde. Boleh gelap masa depan aku, lagi bape hari nak final ni. Tetengah aku mencari tu, tetibe aku terjumpa Jue Aziz dalam loker aku. Dia duduk bersimpuh. Peh, dia nampak comel do. Lantas kami berdua pun berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak yang comel saling tak tumpah sebijik macam parents dorang jugak.

Tetibe gua rasa semangat pagi ni .

16 October 2011

Kaki






Kaki ini kuat
bisa lompat menerjah langit
setapak sudah terpahat
bekas bekas noda sakit
yang lahir luhur dari hati
tapi siapa peduli?
bukan kamu yang lalui
tapi aku,
kaki ini!

Lihat hujung dunia sana
ada pelangi bewarna lapan
rama rama terbang gersang
bau hujan menikam jiwa

Ah, itu semua mata semata
tapi,
kaki ini tahu semua.


01 October 2011

Yang ke-tiga

Ternyata, hidup sebagai student ni memang malam dia quite busy. Mesti ada study group lah, discussing tutor lah, kena buat homework lah, and so on. Macam biasa, aku dengan makhluk Amr memang selalu bersama di malam hari. Pada suatu ketika, terpacul soalan yang biasa je pun. Tapi berbekalkan otak serba matematik, aku dapat trick beliau.


Hang study mana malam ni?


Bilik tutor.


Ciss, ape class study kat bilik tutor. Ni mesti ngan awek ni.


Buto la hang. Hang kena tau, kita ni bila seorang lelaki dan seorang pompuan duduk berdua dua-an di tempat sunyi, akan ada yang ke-tiga.


Asal pulak ada yang ke-tiga?


That's what we call "syatonirrajimmmmm..."

Tetibe aku dapat idea nak pekena beliau. Aku teruskan dengan hujah yang berselingkarkan duri duri nestapa.

Ohh... camtu. Tapi kan, kalau hang atau pun awek hang bawak seorang member teman hangpa. Haa, yang tu camne pulak?


Erm, kalau camtu boleh la jugak. Ada orang teman.


Hang ni sah gila. Sedangkan kalau berdua dua-an pun ada yang ketiga. Ni kan pulak, hang bertiga. Comfirm comfirm muncul DUA ekor syaitonirrajimmmm. Tak gitu?

*Beliau diam seribu bahasa.

Aku dah agak dah, mesti beliau tak boleh jawab punya. Tapi tak lama kemudian, aku perasan ada benjol kat kepala aku. Dan aku taktau apa punca benjol tu.

Please, jangan tanya kenapa.

28 September 2011

Pari pari kertas

(Buat Gee Si Awek Terminal)

Akanku tuliskan sejarah hidupku
Agarmu tak akan lupakan aku

Akanku warnakan seluruh hidupmu
Agarmu tak akan meraba mencari aku

Akanku lukiskan segala parasmu
Agarku tak akan lupakanmu

Akanku binakan rumah kaca untukmu
Agarku tak akan berlari mendapatkanmu

Hidup ini terlalu indah bilamana matamu tak pernah pudar. Senyumanmu adalah ecstacy, hanya sedikit hatiku menjadi mekar 1000 tahun lamanya. Sini, pari pari kertas untukmu. Pari pari kertas ini ku bina sendiri, dengan keringat lelahku. Tapi sayang, aku gagal isikan hatinya. Ya, aku gagal sepenuhnya. Kerna apa? Kerna, ianya sememangnya untuk diisi dengan hatimu.

Di terminal itu, akanku biarkan si pari pari kertas berterbangan bebas. Terbang tinggi ke langit, mencecah warna pelangi ke-lapan, dan bertemu dengan sang mentari yang memberi sinar pada sekalian alam. Biarpun zarah zarahnya rakus menggomol setiap inci tubuhmu, tapi tak mengapa, hati si pari pari kertas telah diisi dengan hatimu.

Dan ya,
ianya sememangnya untuk diisi dengan hatimu.
Kerna,
akulah si pari pari kertas tersebut.

27 August 2011

Hobi baru

Pagi tu, jam Swatch aku menunjukkan pukul 8.43 pagi. "Ciss, camne boleh terlajak ni!" monolog aku dalam hati. Aku bangun dari katil, disusuli bunyi krekk krekk. Dengan selaju dan sebasah mungkin aku mandi, siap siap terus chow pergi KTM. Ini jam perut aku sakit bagai jarum dicucuk pada jari pun aku terpaksa hadamkan. Bukan apa, kalau aku layankan jugak perut ni mau kena maki ngan Jim sebab lambat nanti.

Sesampai nye tren kat stesen KKB, aku mencari bayangan Jim. Sialan ini anak. Mana beliau? Puas aku panjang panjangkan leher mencari beliau dari dalam tren. Tup tup tren dah bergerak. Eh, Jim ni kurang ajar jugak. Semalam baik punya plan nak grak Kolumpo, tapi batang hidung pun tak nampak ni.

Aku tenangkan diri. Capai phone, terus call mangkok sorang tu.

"Hoi, mana dikau?!"

Tak sempat beliau nak jawab, tetibe kepala beliau terpacul dari koc wanita.

Cilake. Mangkok ni masuk dari koc wanita rupanya. Muka dah la macam penjenayah, masuk pulak koc wanita. Peratus beliau nak kene rogol dek wanita wanita tu 99.9999999% tahu? Habis, makin gelap lah masa depan beliau.

Agak agak dah sampai Imbi, kami terus gerak mencari sorang lagi kutu kat Kappa Shop. Sempat jugak aku try test beg beg yang aku minat. Sambil sambil tu, tangan aku ligat mencari price tag.

"Fakkk, mahal gila! Out of budged ni."

Dengan muka penuh kehenseman, gua capai phone; "Hah, OKTS. Apa, kau dah sampai? Kejap kejap, kau tunggu situ aku cari kau."

Lantas, aku berlalu pergi tanpa menoleh lagi pada beg dan akak Kappa Shop tersebut. Kejadah apa nak beli beg sampai ratus ratus. Bikin duit melayang je.

19 August 2011

Comel

" Hye, abang comel"


"Dia ni la kan yang comel dalam fesbuk tu kan?"


"Dale comelll"


"Ehhh, comel buat apa kat sini?"


"Comel, kau dah siap blom tutor 15?"


Aku pelik pagi tu semua orang yang jumpa aku mesti cakap aku comel. Walaupun aku tau memang aku comel, tapi agak mustahil untuk impak yang sebegitu rupa. Relax. Biasa la tu. Nama pun artis. Keh keh keh.

Tepat pukul 5 petang.

Aku online fesbuk untuk memuja profile si Ekyn. Nama baru dalam hidup aku mungkin. Tapi aku pelik, kenapa banyak sangat nortification aku ni! Dengan penuh istiqamah aku tekan satu persatu.

Wall post berbunyi;
"Nama saya Dale. Orang kata saya comel. Untuk mengetahui kebenaran fakta tu, di sini saya ingin meminta pendapat anda semua. Adakah benar saya comel? Ya, sememangnya saya comel tapi adakah kehenseman Zaki dapat menandingi kecomelan saya? Please, leave your comment here. Thank you."
Likes this: 24 people
Comments: *Tak ingat, yang pasti banyak. 
*Aku senyum

***

Tidak lama kemudian,
seekor makhluk bernama Aza ditemui mati di bilik 14.
And please,
jangan tanya kenapa.

Pesanan dari OB: 
Tolong jangan lupa logout fesbuk anda,
bila guna laptop member.

14 August 2011

Kalaulah betul

" I keep my heart belongs to you. Seriously." 

Kata kata manis tersebut keluar dari mulut comel Mia, gadis yang Zack puja secara diam tetibe berterus terang meluahkan isi hatinya.

Zack kaget dan seakan mahu menjerit hati kecilnya.

"Benarkah ini?
Dengarlah wahai alam, dengarlah burung, dengarlah sungai. Kata kata itukah yang keluar dari mulutnya? Atau hanya aku yang bermimpi di siang hari?" Monolog Zack.

Mendadak dia menatap wajah Mia. Kolam matanya terasa berat mengampang sesuatu.


Wait wait wait.


Kalau lah betul si Mia ni yang buat first move kat Zack. Pergh, aku tak dapat bayangkan. Perigi cari timba tu bai.

Aku pun nak jugak! Nak jugak! Nak jugakkkkk!

12 August 2011

Chopstick

Suasana tegang mula menyelubungi dewan kuliah 1. Biasalah, class bisnes study apa lah sangat untuk bebudak menjadi seorang peng-fokus yang tegar. Bagi yang tak berminat pula hanya perlu melandingkan kepala sahaja. Dan macam biasa, gua dan kutu kutu hitam lain yang hensem lagi bertenaga mulalah sakanya terkeluar keluar dari tubuh. Masing masing masuk air sehingga awek awek kat sebelah teruja dengan kesakaan kami.

Baik. Pada kamu, kenapa chopstick dibuat? Dan kenapa orang Cina makan pakai chopstick, orang Melayu makan pakai tangan?  Tanya En Depp pada sekalian kutu dewan kuliah 1.


Alahh, bukannya gua taktau kenapa. Jawapan dia sebab pemenuhan utiliti. Apabila berlaku sesuatu kehendak maka, proses pengeluaran pun berlaku. Kepuasan terhadap kepenggunaan sesuatu barang yang diadili oleh pengguna.

Tapi Bob cilake. Jawapan beliau lagi advance dari gua.

Berselang selikan jawapan jawapan kental dari bebudak perempuan, tetiba Bob mencelah dengan rakusnya;
Cina berak tak basuh! Sebab tu chopstick wujud!
Muka beliau tampak yakin lagi bergaya.

Peh peh peh. Salut kental la brader.

Lepas ni jangan tanya kenapa Bob berjaya grad dari ISA.

Keh keh keh.


07 August 2011

Wake up !

Finally,
A couple know each other
Fall in love by the glances
The sweetness of kiss
For the first time they feel it

Blissful
Is a witness of colourful rainbow
My love
Please say all this is only an illusion

Hey girl
So romantic, sorry for who am I
Hey girl
So attractive, don't let me addicted to you

I thirst of your love
Please let me love you forever as you wish


But,
Now you're gone.

Please,
Wake me up.
Thanks :)

Ahh, I just can't forget about you.
I'm sorry.

25 July 2011

UPS ditunda

"Bob, kau pergi tak class esok?"


"Uish, kau. Mesti lah pergi. minggu ni untuk pemantapan UPS (Ujian Pertengahan Semester) kott."


"Sial la kau. Muka parang tapi pergi class."


"Ahh......."

Keesokannya,
gua dengan kelam kabut bangun pagi (lambat), mandi mandi semua terus rush pergi class. Langkah gua yang asalnya kecil tetibe jadi besar. Gua sedikit kagum di situ. Gua masuk lecture hall ikut pintu belakang. Gua terus duduk, tempat gua macam biasa kat belakang. Gua tengok jam gua dah lambat 15 minit. Gua cari bayangan bob, langsung tak nampak.

Cilake. Semalam bukan semangat lagi kata pemantapan untuk UPS la apa la. Gua kene game ngan Bob rupanya. Aisehhh

Tepat jam 10 pagi, gua terus cabut laju laju, balik bilik. Dan terus tidur.

Gua ingat kalau gua jumpa Bob jap lagi, gua nak bagi pemantapan UPS khas untuk beliau. InsyaAllah.

15 July 2011

Awan pun menangis

Ganeshar.

Baru 7 bulan tak bersua muka,
Awal sudah kau meninggalkan semua,
Kalau dulu,
Ponteng kelas sama sama,
Hisap rokok sama sama,
Maki sama sama,
Bantai maman sama sama,
Botak kepala sama sama,
Tapi hari ni kau dah tiada.

Kau,
Budak India yang penuh keMELAYUan,
Respect each other orang kata,
Henfon penuh dengan lagu lagu Melayu,
Minum air pun relax je kongsi kongsi,
Perfume taknak kalah,
Tahan 24 jam bau Dashing kat baju,

Kenangan lalu tak akan berulang,
Yang pasti,
Kenangan itu tetap disimpan di setiap genap ruang fikiran,
Hingga roh ditarik keluar dari jasad kami.

Dan,
Aku paling tak boleh lupa,
Masa kau jack Hong Lim tahun lepas,
Memang style,
Terus jadi baik budak tu.


beliau yang tengah tu
Ganeshar
7.7.93 - 15.7.2011

Rest in peace.
Ikhlas dari Geng 4 jahanam bukan 6 jahanam.

05 June 2011

Mari ke sekolah

Assalamualaikum.

*****

Kau tau library tu apa? Okay, mari sini aku sekolahkan kau.

Shhhhhhhhhhhhhhhh.....
Cepat sang manusia menoleh ke arah bunyi 'silent' tersebut. Dan ada juga yang masih tercari cari akan bunyi itu. Ahah, jumpa pun! Kelihatan seorang brader yang tadinya kelihatan agak tenang lagi hensem, tetibe merubah riak wajah seakan marah. Sang manusia pulak pandang dengan kebingungan dan kebangangan. Brader tersebut lantas keluar dan melihat ke arah papan sebesar alam yang menghiasi di atas pintu masuk bangunan tersebut. "Oh, inilah yang dinamakan perpustakaan tu." Beliau berjalan masuk menuju ke tempat yang tadinya beliau duduk. "Ehh, sini ada tulis 'keep silent' pulak?" Ahh, manusia manusia bodoh sekeliling brader tadi mungkin tidak faham akan function perpustakaan acapkali.

Brader tadi pelik kenapa beliau terpaksa mengeluarkan bunyi 'shhhhhhhhhhhh....' pada sekalian manusia di seklilingnya. Sedangkan hukum alam juga sudah menetapkan bahawa perpustakaan adalah sebuah tempat yang sunyi untuk manusia manusia menimba ilmu di dalamnya.

Manusia manusia bodoh tadi pula dengan selamba rock-nya telah membuat perbincangan dan gosip gosip manja sesama mereka. Kononnya ingin menceriakan keadaan. Fakiu lahhh~

Untuk pengetahuan sekalian, kat dalam perpustakaan tak boleh membuat perbincangan okay? Aku faham korang masing masing ada hal sendiri. Tapi tak boleh ke kau nak berbincang or gosip gosip manja kat tempat lain? Pergilah kat taman ke, pondok pondok berdekatan ke, bistro untuk lepak lepak ke or some else. Manusia sedikit dungu macam aku ni perlukan ruang dan persekitaran yang sunyi untuk belajar tahu? Kau kalau setakat nak berdating dalam library aku tak kisah asalkan kau tak menggangu persekitaran sunyi aku.

Jujur aku katakan, malam tu aku dapat bertahan 1jam pertama je. Lepas tu, mood nak study aku meronta ronta suruh keluar dari library tu. Bukannya aku taktau, sedetik aku melangkah keluar dari situ, sure aku takkan sambung apa yang aku study tadi. Conclusionnya lansung aku tak sentuh buku even dah sampai bilik yang sememangnya sentiasa ber-atmosfera-kan 'huha huha' oleh setan setan jelmaan roomate.

Alah, aku bincang pasal pelajaran jugak. Tu pun tak boleh ke?

Haaa, abah kau la boleh. Aku tau niat kau murni nak tolong member dungu kau yang lain, tapi mesti ke kene terangkan kuat kuat? Perlu ke ketawa ketawi masa berbincang? Ce cite kau punya jawapan untuk persoalan aku? Sesekali aku tengok ada beberapa group yang buat kertas kerja dalam library. Nama pun kertas kerja, sure kau punya 'silent mood' tetibe rosakkan? Dan ada yang lebih bangang bila tak silent henfon. Nak nak pulak ringtone guna lagu metal jenis pasang kuat kuat punya. Lepas sekor, sekor sekor ada orang call.

Cilake. Dapat panggilan dari ilahi baru tahu.

Aku syak lepas incident brader tu 'shhhhhhhhhhh...' kat budak budak, beliau mesti tak study kat library lagi. Agak agak aku pun nak ikut dia lah.

Kesian.
Ehh, sekiannn....

28 May 2011

Percutian setahun

Assalamualaikum.

Haaa, terkejut kan? Mesti lu orang rindu aku kan? Aku bukan apa, al maklum lah sejak dapat pakej percutian selama setahun kat KMPk ni, life aku lebih terisi dengan aktiviti aktiviti yang aku rasa agak mustahil nak buat sebelum ni.

Minggu orientasi kat sini macam cilake tahu? Setiap pagi kena bangun pukul 4.30 - 5.30. Resort aku dah la jauh dengan masjid, rasa macam comfirm masuk syurga pulak sebab setiap langkah aku dapat ganjaran. Kau bayangkan kalau tiap kali pergi masjid yang jauhnya hampir 1.5km, tak ke banyak ganjaran yang aku dapat tu. Aisehh. Aku rasa sepanjang aku hidup, orientasi kat KMPk ni la paling memenatkan. Fasi fasi yang handle pulak ex-KMPk sendiri. Dorang lead macam harammm. Betul betul torture rasionalis otak aku. Kadang kadang rasa macam nak pukul pun ada. Tapi memandangkan percutian ni masih berbaki 9 bulan 3 minggu lagi, aku pendamkan saje nawaitu aku tu.

Now, orientasi pun dah habis. Aku cepat cepat qada tidur tidur aku yang lepas. Dan resultnya, aku terlepas solat jumaat tadi. Cilake, roomate aku pergi tak mengajak, pastu yang lagi sorang boleh bantai tidur sekaki dengan aku. Ok la, ada geng jugaklah. Keh keh keh. *kak nad, jangan gitau mak au!


Buat masa sekarang, aim aku lebih terarah untuk mendapatkan 4rata akhir percutian nanti. Pastu boleh cepat cepat masuk U. Penat jugak kalau setahun bercuti tak buat pape kan? HAHA

Aku rasa terharu sebab masih ada yang sedar akan 'kehilangan' aku sejak akhir akhir ni. Setiap hari mesti ada orang call tanya, "Hoi, camne percutian kau? Best? Alah, kau ponteng je orientasi tu. Kehkehkeh".  Dan tak terlupa juga, "Bro, dah bape awek dah kat sana? Agak agak ada lebih pass la sini sorang". Cepat cepat aku menjawab, " Hah, fak uuu....."

Last but not lest, doakan aku dapat join team rugby untuk KAKOM. Aku jadi down bila tengok budak budak yang register rugby club ari tu semua besar besar dari aku. Dah la ada selection, harap sangat aku menonjol masa selection tu nanti. Sebelum aku join percutian ni, aku dah memang target nak main MASUM which is mean sukan untuk U. So, KAKOM ni la jadi titik tolak aku untuk ke arah tu. Jujur aku katakan, aim aku untuk dapat join KAKOM lebih besar daripada nak dapat 4rata. Mungkin benda ni lebih menjanjikan aku kepuasan dalam hidup selain berjaya dapat 4rata nanti.

Jerry Flannery

So, let's pray for me together okay.
Ya Allah, kau permudah dan permurahkan lah rezeki owner blog OB dalam dunia dan akhirat. Jadikanlah beliau seorang pemain rugby yang berkaliber suatu hari nanti. Dan, letakkanlah siap siap perkataan "4flat" dalam slip result beliau. Amiinnnn.

Thanks guys.
And, segala ke-tidak-update-an aku adalah amat dikesali.

22 May 2011

Tolak laju laju

Bukan lucah haaa 


Lunch semeja bersama family bukanlah menjadi kebiasaan di rumah aku. Tapi hari ni lain. Mak menpertaruhkan paceri nenas + ikan goreng yang tak mampu membuatkan seluruh isi rumah butthurt.  Superb gua cakap.

Usai makan, ayah terus menolak pinggan beliau yang kosong ke arah aku. Gaya keangkuhan beliau terpancar sedikit. Tak lama kemudian disusuli oleh mak.

Aku mula paham kehendak mereka.

"Amboihh, laju je tolak."

Mak mencetus,
"Alah, hari ni kan awak last kat rumah. Esok takde dah. Rindu rindu lah kami."

Ciss, taktik kotor ni. Takpe, takpe.

19 May 2011

Tragic in toilet

Assalamualaikum.

*****


Tidakkah korang tahu bahawa Nescafe 3in1 adalah senjata sulit bagi budak budak hostel untuk bertahan lama dalam mission study lewat malam? Dan lagi best kalau ada biskut Julies setin dua untuk dicecah bersama. Ahh, nikmat baiii.

Sebelum keluar buku dari beg, mesti hirup Nescafe se-round dua dulu. Then baru bukak muka surat yang nak study, wait. Cecah biskut dulu, ahah mari kita mulakan sesi study lewat malam kita.

Program sebegini sememangnya menjadi kebiasaan aku.

Tapi malam tu, tak macam malam sebelumnya. Masa tu dah pukul 1.30 pagi. Tetibe perut aku memulassss kawww kawww punya tetengah study bab pythogoras theorem. Nescafe dan biskut Julies tidak aku hiraukan lagi. Mula mula, aku bertahan la jugak. Pelan pelan aku buat latihan pythogoras tu, tak sampai 10 minit, aku tewas. Aku tewas dengan kekeroncongan yang berlaku dalam large intestine aku.

Aku mintak permisi dari Opel dan Farid untuk meneruskan hajat yang terpendam. Mereka faham, dan merelakan pemergian sementara aku setelah molekul molekul longkang menerjah lubang hidung masing masing.

Thanks kawan sebab sangat memahami. I love you!

Disebabkan port study aku ni berhadapan dengan tandas yang jaraknya hanya 50 meter, maka aku berlari sederas derasnya hingga berjaya sampai ke destinasi. Masuk je tandas, aku tak banyak fikir terus masuk 'bilik' yang ke-3. Which mean 'bilik' 1,2,4,5 dan 6 kosong. Again kosong.


Di masa ketegangan ini,
warden ka, hantu ka, senoir ka, semua aku tak takut. Aku lebih takut kalau makhluk dalam perut ni tak sempat landing ke tempat yang sepatutnya.

Okay, tetengah aku sedang 'bekerja' dalam 'bilik' no 3 tu. Tiba tiba aku dengar ada dua orang budak masuk tandas pastu bising bising. Aku yang kat dalam ni pun, tertanya tanya siapa pulak yang pegi tandas malam malam buta ni. Sorang masuk 'bilik' 2, lagi sorang masuk 'bilik' 4. But seriously, sangkaan aku dorang tu adalah Opel dengan Farid. Aku tak semena mena join dorang cakap cakap pastu gelak sama sama.

Dah macam apa dah, cakap cakap dalam tandas. Well, jangan tiru aksi ini tahu!

Oh, my bad.

Hampir selesai 'pekerjaan' aku tu, aku sempat lagi ketawa ketawi sama Opel dengan Farid. Keluar je dari 'bilik' tu, mata aku direct terus pandang tempat study aku tadi. Kelihatan Opel dan Farid masih mencecah biskut bersama Nescafe yang semakin sejuk tu. Aku pelik. Bukan ke tadi dorang masing masing kat sebelah aku?

Tapi aku relax. Slow slow aku pergi kat tempat study tu.

"Aihh, cepat gila sampai sini. Bukan korang sama sama dengan aku ke dalam tandas tadi."

"Kepala otak kau. Kitorang bermati-matian study kat sini, kau cakap kitorang join kau pulak."

"Abis, siapa yang dalam tandas tadi? Aku siap cakap cakap dengan korang lagi doh."

"Ahh, sudah. Siapa pulak masuk tandas tu. Kitorang dari tadi kat sini, tengok takde siapa pun masuk tandas tu. Serious."

"Serious?"

"Serious la dol! Mana ada orang masuk tandas tu tadi. Kau tengok, semua dorm dah tutup lampu. Semua budak dah tido weh."

Keseriusan dorang menyulitkan lagi keadaan. Aku seakan tak percaya, aku tengok kaki dengan tangan dorang. Tak basah. Aku usaha lagi, tengok bawah selipar dorang. Again, tak basah jugak. Sebab, even kalau kau jalan kat tar (which mean nak pergi tandas) sekali pun, mesti bwah selipar kau basah sebab malam tu berembun. Aku sendiri rasa kat tar, jari aku basah. Lagi, aku tengok latihan phytogoras yang dorang buat. Banyak, jauh meninggalkan aku yang tadi.


Dorang dah mula pelik. Tapi aku still relax lagi. Buat buat study macam biasa. Tak lama lepas tu, Farid ajak naik. Kitorang pun apa lagi, cepat cepat berkemas pastu chow. Masing masing berlari anak ke tangga. Sesekali aku pandang ke arah tandas,

"Kalau tadi bukan Farid dengan Opel, abis tu siapa? monolog aku dalam hati.

11 May 2011

Bukan penagih dada

Assalamualaikum.

Okay, aku bukanlah seorang penagih dada dadah tapi aku tetap nak tujukan lagu ni untuk diri aku sendiri. Terasa berdosa yang maha cilake bila buat dosa (hatta sikit) dengan mak tahu? Dan secara tiba tiba lagu ni berputar bermain di lohong kecil telinga.


" ayuh basuh tangan dosamu
pilu airmata ibu mengalir
memikirkanmu "
-The Times

08 May 2011

Tak makan umpan

Assalamualaikum.


Masa aku darjah 4.
Aku buat kad ucapan selamat hari ibu untuk mak aku. Aku buat dengan penuh dedikasi tahu? Mase tu kat sekolah, subjek apa aku tak ingat. Pelan pelan aku bikin itu kad ucapan. Dan akhirnya, such a perfect card! I wonder, how can before this I never made any perfect card like this? Balik dari sekolah, aku senyum senyum kambing bila lalu depan mak aku. Malam tu, aku diam diam letak kad ucapan tu dalam handbag beliau. Ok, mission success. Aku tersenyum sendiri, tanda puas.

Tapi.
Esoknya, aku kene bahan dengan mak aku konon buat kad ucapan kat beliau.
And I was like !@#$%^&

***

Masa aku form 2.
Seminggu sebelum hari ibu, aku kumpul duit belanja sekolah semata mata nak belikan mak aku hadiah. Disebabkan mak aku cikgu sekolah, so mak aku memang cukup berkenan bila beliau dapat hadiah pen merah dari murid murid beliau masa sambutan hari guru. Petang tu, aku ayat kat mak aku nak pergi kedai Czip Lee, nak beli barang untuk folio. Padahal nawaitu aku memang terang terang nak beli pen merah untuk beliau. Sampai sana, aku tak banyak cakap, aku terus beli pen merah jenis mahal punya. Seperti kebiasaannya, malam tu aku diam diam letak pen merah jenis mahal tu dalam handbag beliau. Aku tersenyum sendiri, tanda puas.

Tapi.
Esoknya, aku kene bahan dengan mak aku konon belikan beli merah untuk beliau.
And I was like !@#$%^&*

***

Masa form 5.
Gua bertekad untuk tidak dibahan dengan mak aku lagi kononnya untuk meraikan hari ibu. So, tahun ni aku buat lain jenis sikit. Fikir punya fikir, aku dapat ilham nak tulis puisi untuk beliau. Seriously, that poem is awesome. Bait bait puisi tu, aku taktau nak cakap camne. Ia menceritakan segalanya. Ok, untuk mission ni aku target mak aku tangkap leleh lepas baca puisi ni. As ussual, malam tu aku diam diam letak puisi tu dalam handbag beliau. Aku tersenyum sendiri, tanda puas.

Tapi.
Again.
Esoknya, aku kene bahan dengan mak aku lagi konon buat puisi untuk beliau.
And I was like ~!@#$%^&

***

Beberapa tahun berlalu.
Setiap tahun aku kena bahan dengan mak aku sebab meraikan atau wish hari ibu untuk beliau. Aku pelik, mak aku tak pernah makan umpan ke hah? Tapi, aku taknak ngaku kalah. Ini tahun aku buat lain dari yang lain.

Everyday, aku dengan mak aku mesti berebut masuk bilik air masa maghrib. Masing masing nak kejar solat. Aku pulak, kalau mandi memang lama. Mak aku memang panas ah. Tidak terkecuali hari ini. Memandangkan hari ni hari ibu, aku tetap teruskan perjuangan aku untuk berebut masuk bilik air dulu. Aku menang. Yes, aku menang! Dari dalam, aku dapat dengar mak aku tengah mengamuk. Keh keh keh. Seronok aku tengok beliau macam tu. Aku bukan apa, seronok dapat kacau mak aku.

Tapi.
Keluar dari bilik air, mak aku marah marah cakap, 'berdosa awak hari ibu buat mak macam ni'.
And I was like ~!@#$%^.

Ampun mak ! 

Thanks to ayah, sebab andalah emak mengandungkan saya.
Buat mak, terima kasih untuk semua.

04 May 2011

Perasaan vs Perasan

Assalamualaikum.


Masa darjah dua, ustazah aku ada bagi 1 kertas yang mengandungi soalan yang macam macam pasal personal life aku, such as siapa nama kamu?, kamu tinggal di mana?, apa cita-cita kamu? dan siapa kawan baik lelaki & perempuan kamu? Malangnya, semua soalan dalam tulisan jawi. Well, masa ni aku lemah sikit bab nak menulis jawi, baca pandai la.

Aku tak tertarik dengan soalan yang lain, tapi pada soalan pasal kawan baik tu atau lebih spesifiknya, siapa kawan baik pompuan kamu? tu aku jadi macam tak sabar sabar nak jawab. Ohh, tuhan. Siapalah agaknya kawan baik perempuan aku tu?

Aku pandang sebelah, Apis tutup tutup kertas dia tak bagi tiru. Aku pandang belakang, Izat marah marah cakap tiru tu dosa. Neraka apakah ini! Baru darjah 2 dah kedekut lain macam. Nak taknak aku kene independent sendiri jugak. Setelah hampir 5 minit aku fikir nama siapa yang patut diletak sebagai jawapan, akhirnya terpacul satu nama yang tidak asing bagi aku masa tu.

Maya.

Ya, Maya.
Pergh, masa ni aku rasa beliau la makhluk paling comel aku pernah jumpa. Dengan pipi tembam merah merah dia, taik lalat kecik kat dagu belah kiri dia, aku memang pemuja rahsia masa tu.

Disebabkan nak menulis jawi tu aku problem sikit, so aku terpaksa take time untuk menulis nama beliau ni. Ahh, 'kawan baik' punya pasal, apalah sangat. Pelan pelan gua kayuh, antara betul dan tak betul siap jugak nama dia aku tulis. Soalan lain aku tak jawab lagi, tapi ustazah dah start amik kertas tu.

*****

Hampir 10 tahun berlalu.

Balik holiday dari Kelantan hari tu, aku dengan 2 ex-classmate aku lepak kejap kat MetroPoint Kajang sebelum masing masing balik rumah sendiri. Masa tu, dua dua member aku dah hilang naik tingkat atas main boling dah. Aku masih terkial-kial kat bawah. Tetengah jalan tu, ada segerombolan awek pakai tudung labuh jalan bertentangan dengan aku.

Dari jauh, aku dah dapat cam salah seorang daripada dorang tu adalah Maya. Ohh, kemon. 'Kawan baik' tu. Sampai satu masa dia berselisih dengan aku, aku dengan excited nak tegur dia, dia boleh bantai tengok je aku tanpa senyum malah memberikan riak wajah innocent. Aku pun macam kaget kejap, what! Alang alang berselisih tu, aku pun bagi salam. Still, aku tak dengar dia jawab. Dia pun berlalu pergi.

Dan ...

Okay,
aku memang perasan nak ada kawan baik perempuan !

Kalau si Maya tu ada terbaca blog ni,
I just wanna say,
HYE !

02 May 2011

Mencari

Assalamualaikum.


Aku selalu fikir, apa yang aku cari dalam hidup. Mencari tuah datang dari langit sekali gus boleh membuatkan hidup aku lebih baik? Atau mencari cahaya yang tersimpan di dalam peti simpanan hati? Aku mencari sesuatu tanpa memandang sesuatu yang aku ada sehingga ia boleh pergi begitu sahaja tanpa sebarang notis 24 jam. Jadi, apa yang aku cari?

Mencari sebuah kebahagiaan yang selesa tanpa sedar tentang kebahagiaan yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari seorang awek yang cun melecun cun cun tanpa sedar tentang awek cun yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari kehidupan yang cemerlang tanpa sedar tentang kehidupan baik yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari kekayaan yang melimpah ruah tanpa sedar tentang kekayaan yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari penghormatan yang teragung tanpa sedar tentang kehormatan yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari gelaran pangkat menggunung tanpa sedar gelaran sebagai khalifah di muka bumi ini yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja bila tiba masanya nanti.

Well, mencari sesuatu yang big bagi memenuhi kehendak adalah tidak salah tapi janganlah sampai lupa akan apa yang kita sedia ada. Get a life bro!


 " see thru walls but still you're stuck in the door
strapped in moods that don't expire till you're
eighty-eight
subset stars "
-Butterfingers

30 April 2011

1000 tahun

Assalamualaikum.

*****
Tetengah sedap aku terlentok sebelah driver dek kepenatan terlebih OT, tetibe aku tersentak. Aku hulur kepala luar tingkap. Hanya desiran angin kuat berlagu di telinga. Aku kembali act to normal. Ahh, asal lain macam ni! Petang petang camni, boleh pulak on air lagu ni, semangat aku boleh naik bai dengar lagu ni. Mata terus segar macam dah tidur 1000 tahun. Api Surya menyala, zarah zarahnya sopan masuk dalam badan. Heaven.


Lagu ni memang haunting semangat aku ok.

Oh, ya. Selamat hari pekerja bagi semua yang bekerja.

27 April 2011

Monotone hati Jay

Assalamualaikum.

*****

"Lu pikir la sendiri...Assalamualaikum."
Teriak Nabil dalam peti hitam berhabuk jenama Samsung di sudut jendela.
Jam menunjukkan pukul 11 malam.

Beeppp... (inbox masuk)
Nama Jay tertera pada skrin phone Hero.
Haish, asal tetibe beliau text aku ni? Monolog Hero.

"Kau free?"-Jay
"Skang? Free je. Awat?"
"Jumpe jom. Aku ada big problem la. Sebenarnya, dah lama masalah ni wujud. Cuma aku tak cerita kat kau je. Kadang-kadang benda ni menggangu hidup aku."
"Starbuck Ampang Point. 9.30 pagi. Tapi disebabkan aku dan kau Melayu, aku panjangkan lagi masa tu. Dalam kul 10 pagi ok."
"Ok."


Keesokannya.

Dengan lagak separa James Bond, Hero menuju ke Starbuck. Dari jauh dia sudah nampak kelibat Jay yang sedang duduk sambil makan Burger King. Ehh, wait. Burger king? Starbuck?


"Aihh, awal sampai. Sejak bila kau jadi omputih ni?" Tegur Hero sambil menghulur tangan pada Jay. 
"Aku Melayu moden la. Bukan macam kau, Melayu yang dalam puisi tu. Memang la janji Melayu"
HAHAHA.

Hilai tawa mereka kedengaran.

Usai Hero memesan minuman, dia bertanya akan apa masalah sebenar Jay. Jay seakan rasa bersalah untuk menceritakan perkara sebenar.

"Kemon, bro. Kita kenal dah lama kot. Citer jelah."

"Actually, ni pasal bapak aku lah. Aku nak tanya pendapat kau. Bapak aku ni jenis panas baran, dia tak pukul tapi bahasa dia aku tak suka. Sangat tak suka ok. Dia macam tak respect kat orang. Kalau bawak kereta tak payah cakap lah, hon sana hon sini. Pastu tak boleh sabar sikit asyik nak cepat je. Then tak boleh bawak berbincang. Aku pun sekarang macam taktau nak respect dia lagi. Okay, seriously aku still respect dia as my dad tapi bila perangai dia dah datang hati aku jadi panas. Hati aku bengang sangat dengan dia, aku takut la benda ni dikira derhaka. Habis camne pulak dengan perasaan aku?"

Dengan sehabis berhati-hati Hero menjawab.
"Well, the basic of being a son kita kena respect parents kita. Walau seburuk mana pun perangai diorang kita tetap kena terima. Macam kes kau, aku faham apa yang kau rasa. Same goes to me too. Sometimes, aku sendiri arguing dengan bapak aku. Tapi kau kena tau, kita sebagai manusia tak semestinya kita dah matured enough bila kita makin tua. Basicly flaws of human macam ni, baby - remaja - dewasa - tua - baby. See, bila kita dah tua kita akan kembali as a baby balik. Bermakna, si tua ni matured secara biological je, tapi secara psikologi dia berperangai macam baby balik. Aku taktau asal, tapi aku sendiri perasan yang benda ni ada kat semua orang tua. Hati diorang jadi sensitif pastu mesti nak ikut kata dia je. Kalau tak mulalah dia punya melenting. Cumanya bila lalui sendiri benda macam ni aku lebih suka dengar je cakap bapak aku. Bila dah keterlaluan baru arguing. Bab derhaka tu bagi aku, kita semua pernah buat silap kan? Tak bermakna kita tak respect dia, tapi kita cuba nak naturalkan keadaan balik."

"Masalah sekarang, dari aku kecik lagi bapak aku macam tu. Bukan sekarang je. Aku ingat lagi time kecik dulu, aku selalu keluar rumah main-main ngan member tapi lama-lama aku jadi malu nak keluar rumah. Kau bayangkan setahun aku duduk rumah je sebab budak-budak taman tak suka kat bapak aku. Bapak aku bila ada orang main bola depan rumah ke mesti marah diorang. Bahasa tak payah cakap la. Pastu gaduh dengan jiran sampai anak jiran tu dia tak bagi kawan. Padahal tu masalah dia, dia libatkan aku sekali. Dah lama aku diam, tunggu masa nak lepas je. Tapi aku takut nanti jadi perang besar la pulak. Bapak aku cakap selalu nak menang. Aku taktau macam mana nak tegur. Aku harap sangat dia berubah."

Hero dengar dengan teliti. Kemudian kembali menjawab walaupun lambat sedikit.
"Macam aku cakap tadi, better kalau kau tak puas hati kau argue je dengan bapak kau. Kau tell the truth kenapa kau boleh jadi sampai camtu. Biar dia tersentap sikit. Mungkin dengan cara keras boleh sedarkan kesilapan dia. Tapi aku taklah galakkan kau ikut cara aku tu. Surely, boleh jadi perang besar tapi kau jangan taktau impak dia pun besar jugak. Camni lah, kalau kau power/berani kau slow talk la dengan dia."

Jay membangkang keras.
"Uhh, cara kau memang tak boleh. Nanti bapak aku mesti ugut benda lain. Dia mesti nak menang. Silap silap mesti aku kena balik. Bapak aku pandai psycho. Apa nak buat pun taktau. Berdoa, okay aku berdoa jugak. Tapi macam camne dengan usaha? Aduh, aku boleh terima kalau aku takde awek untuk disayangi tapi aku TAK boleh terima kalai aku tak dapat dari bapak aku sendiri. Aku rasa dah lama aku tak rasa kasih sayang tu. Dari segi tanggunggjawab memang okay, tapi perasaan dengan hati aku taktau nak cakap. Aku fikir takde apa kat dunia ni. Nak bunuh diri pun ada sebab aku malu dengan orang sekeliling pasal perangai bapak aku. Aku tau sekarang aku tengah dosa besar sebab fikir bukan-bukan pasal bapak aku. Aku takut aku nanti mati terseksa. Tapi setiap hari aku cuba untuk normal, then bila bapak aku start balik perangai dia aku terus lupa. Hati aku memang meletup, terasa macam bapak aku tu musuh no 1."


Hero taknak perbincangan antara dia dengan Jay menjadi 1 lagi masalah, maka dia tekad melontarkan kata-kata konklusi.

"Okay, take it easy lah. Aku syorkan kau let time goes by and pass. Kau biarkan masa yang tentukan. Kau biarkan, pedulikan semua masalah tu. Berlakon macam takde apa apa. Cuma tu benda yang kau perlu buat. Okay, how bout effort? Aku rasa kau tak perlu fikir pasal benda tu, sebab kau sendiri takde kekuatan untuk settle down this problem. Even, kalau kau jumpa kaunselor or serbanistas sekali pun mesti diorang suruh kau bersabar dan berdoa. Cerita bukan main lagi, alih alih bersabar jugak. Berdoa jugak. Jangan jadi anak derhaka. Tapi kau jangan sesekali buat benda bodoh, aku tak boleh terima benda benda macam tu. Kita semua ada hak untuk hidup lebih baik. How and why you choose yourself."

"Hmm, thank you so much la brader. Aku harap kita kekal lah kawan sampai mati. Aku rasa semua masalah aku, aku citer kat kau. Aku segan nak citer dekat orang lain. Harap dah kawin nanti pun takkan putus hubungan. Aku bukan gay, tapi serius aku sayang ada kawan macam kau." Jay akur. Ada betulnya kata-kata Hero tadi.

"Sokey brah. Aku tak kisah pun. Aku faham kau. Tapi bagi aku tindakan simpan dalam hati tu la yang boleh buat kau down. Siyes, down. Kalau simpan untuk naikkan semangat takpe lagi, sebab kau ada matlamat. Tapi kalau simpan sebab malu nak luahkan, it was so so wrong. Fikir-fikirkan lah." Hero cuba menghilangkan mood sedih Jay yang sejak dari awal lagi ber-atmosfera dalam Starbuck tersebut.

"Yeah, i know. Thanks once again bro."


Perbualan mereka terhenti di situ.
Hero mula menghirup white coffee yang semakin dingin dek aircond. Jay termenung jauh ke arah coffee cup Hero. Mencari konklusi untuk masalah dia barangkali.