04 May 2011

Perasaan vs Perasan

Assalamualaikum.


Masa darjah dua, ustazah aku ada bagi 1 kertas yang mengandungi soalan yang macam macam pasal personal life aku, such as siapa nama kamu?, kamu tinggal di mana?, apa cita-cita kamu? dan siapa kawan baik lelaki & perempuan kamu? Malangnya, semua soalan dalam tulisan jawi. Well, masa ni aku lemah sikit bab nak menulis jawi, baca pandai la.

Aku tak tertarik dengan soalan yang lain, tapi pada soalan pasal kawan baik tu atau lebih spesifiknya, siapa kawan baik pompuan kamu? tu aku jadi macam tak sabar sabar nak jawab. Ohh, tuhan. Siapalah agaknya kawan baik perempuan aku tu?

Aku pandang sebelah, Apis tutup tutup kertas dia tak bagi tiru. Aku pandang belakang, Izat marah marah cakap tiru tu dosa. Neraka apakah ini! Baru darjah 2 dah kedekut lain macam. Nak taknak aku kene independent sendiri jugak. Setelah hampir 5 minit aku fikir nama siapa yang patut diletak sebagai jawapan, akhirnya terpacul satu nama yang tidak asing bagi aku masa tu.

Maya.

Ya, Maya.
Pergh, masa ni aku rasa beliau la makhluk paling comel aku pernah jumpa. Dengan pipi tembam merah merah dia, taik lalat kecik kat dagu belah kiri dia, aku memang pemuja rahsia masa tu.

Disebabkan nak menulis jawi tu aku problem sikit, so aku terpaksa take time untuk menulis nama beliau ni. Ahh, 'kawan baik' punya pasal, apalah sangat. Pelan pelan gua kayuh, antara betul dan tak betul siap jugak nama dia aku tulis. Soalan lain aku tak jawab lagi, tapi ustazah dah start amik kertas tu.

*****

Hampir 10 tahun berlalu.

Balik holiday dari Kelantan hari tu, aku dengan 2 ex-classmate aku lepak kejap kat MetroPoint Kajang sebelum masing masing balik rumah sendiri. Masa tu, dua dua member aku dah hilang naik tingkat atas main boling dah. Aku masih terkial-kial kat bawah. Tetengah jalan tu, ada segerombolan awek pakai tudung labuh jalan bertentangan dengan aku.

Dari jauh, aku dah dapat cam salah seorang daripada dorang tu adalah Maya. Ohh, kemon. 'Kawan baik' tu. Sampai satu masa dia berselisih dengan aku, aku dengan excited nak tegur dia, dia boleh bantai tengok je aku tanpa senyum malah memberikan riak wajah innocent. Aku pun macam kaget kejap, what! Alang alang berselisih tu, aku pun bagi salam. Still, aku tak dengar dia jawab. Dia pun berlalu pergi.

Dan ...

Okay,
aku memang perasan nak ada kawan baik perempuan !

Kalau si Maya tu ada terbaca blog ni,
I just wanna say,
HYE !

28 comments:

  1. harap Maya masih lagi berpegang bahawa ada lagi manusia yang inesen, hati tulus suci ingin mengenang memori kawan baik lamanya...

    p/s teruskan bekarya dengan hasil mcm ni, aku suka. :)

    penting ke aku suke?

    ReplyDelete
  2. aisehmen...mungkin terlalu banyak perubahan yang kau buat pada diri kau Dale..

    Maya pasti berfikir dan tertanya-tanya dalam diam.

    ReplyDelete
  3. zulfikar- err, betul ke beliau tu kawan baik aku? padahal aku main petik je. haha

    ghost- atau mungkin dia terkejut tgk aku. sokey >.<

    gaban- aku, cinta? no man!

    ReplyDelete
  4. alahai... erm mungkin dia x ingat kot. muahahaha.

    ReplyDelete
  5. HAHA.sabo je la dale..'kawan baik' kannn..haha :D

    ReplyDelete
  6. hero- ada mungkinnya.

    rina- haha, tau takpe.

    ReplyDelete
  7. aku cube ingat balik muka kawan-kawan laki yang aku selalu main masa kecik, malang sekali tiada satu pun aku ingat. inikan pula wajah mereka bila besar, tidak sama sekali. pompuan pun aku tak ingat. yang aku ingat hanya situasi2, bukan muka.

    ReplyDelete
  8. aku pulak, sukar untuk melupakan sesuatu.

    ReplyDelete
  9. aku nak komen due kali ar, kadang-kadang orang yang kau rasa kawan baik kau, bukan kawan baik kau.begitu juga sebaliknya. ada sorang pompuan kelas aku selalu terhegeh2 dan berkata "amalina,aku rasa kita patut jadi kawan baik". aku tak sampai hati nak buat muka depan dia, aku buat muka dalam hati je..padahal aku rimas gila dan annoy thp dewa ngan dia.sesetengah orang memang mudah emotionally attach dengan orang lain..pelik tapi benar.(aku tak cakap kau ar).

    ReplyDelete
  10. kalau tak suka, cakap jelah tak suka. apa ada hal? tp selalunya, lelaki takde masalah bab bab macam ni. lelaki jenis cool what. haha.

    *ey! act, maya tu aku main petik jelah. beliau bukan kawan baik aku pun. rapat pun tak. haha

    ReplyDelete
  11. haha. sila salahkan soalan tersebut.

    ReplyDelete
  12. dia pompuan wey, tak sampai ati aku..ati aku pendek.

    *kan dah kate, aku tak kate kau la. kau baru sahaja ulang apa yang kau terangkan dalam karangan di atas.extra noted.

    ReplyDelete
  13. boys always love girls. so, tetap tak jd masalah. yg jd masalah ialah, kau pompuan.
    *sedikit prejudis disini.

    chil chil chil :)

    ReplyDelete
  14. haha, apeee pun tak boleh.

    ReplyDelete
  15. kau gelak? sedih tahu? haha

    ReplyDelete
  16. anyway, every boys huv their own "maya" in their life, aite?

    =)

    ReplyDelete
  17. hero- haha, cerita lama. jgn nak dikenang sgt.

    fyqa- haha, jahat lah dia ni.

    ReplyDelete
  18. kau duduk area kajang ke beb? sekolah mana ni?

    ReplyDelete
  19. dulu stay kajang for 13years. high skool kajang. skang pindah tg malim dah.

    ReplyDelete
  20. ohh, baiklah.no wonder.
    tapi budak hig school dgr khabar hensem hensem belaka?

    ReplyDelete
  21. aishh, bukan khabar je mmg sudah terbukti pun. HAHA.

    ReplyDelete
  22. haha. kau tak femes kot dulu. cian. :P

    ReplyDelete
  23. beliau classmate aku plak mase darjah 6.

    ReplyDelete