02 May 2011

Mencari

Assalamualaikum.


Aku selalu fikir, apa yang aku cari dalam hidup. Mencari tuah datang dari langit sekali gus boleh membuatkan hidup aku lebih baik? Atau mencari cahaya yang tersimpan di dalam peti simpanan hati? Aku mencari sesuatu tanpa memandang sesuatu yang aku ada sehingga ia boleh pergi begitu sahaja tanpa sebarang notis 24 jam. Jadi, apa yang aku cari?

Mencari sebuah kebahagiaan yang selesa tanpa sedar tentang kebahagiaan yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari seorang awek yang cun melecun cun cun tanpa sedar tentang awek cun yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari kehidupan yang cemerlang tanpa sedar tentang kehidupan baik yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari kekayaan yang melimpah ruah tanpa sedar tentang kekayaan yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari penghormatan yang teragung tanpa sedar tentang kehormatan yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja.

Mencari gelaran pangkat menggunung tanpa sedar gelaran sebagai khalifah di muka bumi ini yang aku miliki sampai beliau hilang begitu saja bila tiba masanya nanti.

Well, mencari sesuatu yang big bagi memenuhi kehendak adalah tidak salah tapi janganlah sampai lupa akan apa yang kita sedia ada. Get a life bro!


 " see thru walls but still you're stuck in the door
strapped in moods that don't expire till you're
eighty-eight
subset stars "
-Butterfingers

8 comments:

  1. teruskan pencarian...memang kita tidak diminta sehingga melupakan apa yang sedia ada pada kita tapi keinginan kita pada yang lain akan terus ada.dan harapan adalah pemangkin kepada pencarian kita.

    ReplyDelete
  2. just thinking. how?
    kekadang kita tak boleh kawal benda yang kita bakal lupakan sebab terlalu menginginkan sesuatu.

    ReplyDelete
  3. aku tak mencari, aku statik di satu tempat dan menangkap. aku kagum pada orang yang mengejar, kau mencari je kan?haha

    ReplyDelete
  4. mencari, mengejar, menginginkan, mengusahakan, mendapatkan. sume aku buat.

    ReplyDelete
  5. Teruskan mencari.
    Jangan lupa cari keredhaan ALLAH dalam hidup :)

    ReplyDelete
  6. ya, sepatutnya itu yg lebih penting.
    ahh, manusia mudah alpa.

    ReplyDelete