28 May 2011

Percutian setahun

Assalamualaikum.

Haaa, terkejut kan? Mesti lu orang rindu aku kan? Aku bukan apa, al maklum lah sejak dapat pakej percutian selama setahun kat KMPk ni, life aku lebih terisi dengan aktiviti aktiviti yang aku rasa agak mustahil nak buat sebelum ni.

Minggu orientasi kat sini macam cilake tahu? Setiap pagi kena bangun pukul 4.30 - 5.30. Resort aku dah la jauh dengan masjid, rasa macam comfirm masuk syurga pulak sebab setiap langkah aku dapat ganjaran. Kau bayangkan kalau tiap kali pergi masjid yang jauhnya hampir 1.5km, tak ke banyak ganjaran yang aku dapat tu. Aisehh. Aku rasa sepanjang aku hidup, orientasi kat KMPk ni la paling memenatkan. Fasi fasi yang handle pulak ex-KMPk sendiri. Dorang lead macam harammm. Betul betul torture rasionalis otak aku. Kadang kadang rasa macam nak pukul pun ada. Tapi memandangkan percutian ni masih berbaki 9 bulan 3 minggu lagi, aku pendamkan saje nawaitu aku tu.

Now, orientasi pun dah habis. Aku cepat cepat qada tidur tidur aku yang lepas. Dan resultnya, aku terlepas solat jumaat tadi. Cilake, roomate aku pergi tak mengajak, pastu yang lagi sorang boleh bantai tidur sekaki dengan aku. Ok la, ada geng jugaklah. Keh keh keh. *kak nad, jangan gitau mak au!


Buat masa sekarang, aim aku lebih terarah untuk mendapatkan 4rata akhir percutian nanti. Pastu boleh cepat cepat masuk U. Penat jugak kalau setahun bercuti tak buat pape kan? HAHA

Aku rasa terharu sebab masih ada yang sedar akan 'kehilangan' aku sejak akhir akhir ni. Setiap hari mesti ada orang call tanya, "Hoi, camne percutian kau? Best? Alah, kau ponteng je orientasi tu. Kehkehkeh".  Dan tak terlupa juga, "Bro, dah bape awek dah kat sana? Agak agak ada lebih pass la sini sorang". Cepat cepat aku menjawab, " Hah, fak uuu....."

Last but not lest, doakan aku dapat join team rugby untuk KAKOM. Aku jadi down bila tengok budak budak yang register rugby club ari tu semua besar besar dari aku. Dah la ada selection, harap sangat aku menonjol masa selection tu nanti. Sebelum aku join percutian ni, aku dah memang target nak main MASUM which is mean sukan untuk U. So, KAKOM ni la jadi titik tolak aku untuk ke arah tu. Jujur aku katakan, aim aku untuk dapat join KAKOM lebih besar daripada nak dapat 4rata. Mungkin benda ni lebih menjanjikan aku kepuasan dalam hidup selain berjaya dapat 4rata nanti.

Jerry Flannery

So, let's pray for me together okay.
Ya Allah, kau permudah dan permurahkan lah rezeki owner blog OB dalam dunia dan akhirat. Jadikanlah beliau seorang pemain rugby yang berkaliber suatu hari nanti. Dan, letakkanlah siap siap perkataan "4flat" dalam slip result beliau. Amiinnnn.

Thanks guys.
And, segala ke-tidak-update-an aku adalah amat dikesali.

7 comments:

  1. aku doakan untuk ko dale..

    "tough man play rugby..sissy play *ball*"..haha

    ReplyDelete
  2. ghost
    haha, macam macam la kau. thanks bro

    intan
    terima kasih. doa selamat untuk kamu juga.

    ReplyDelete
  3. orientasi mana2 pun celaka.

    gud luck tempat baru ! =)

    ReplyDelete
  4. hero
    absolutely rite, tapi yang ni paling durjana tahu?

    ReplyDelete