31 August 2013

Fokus emosi


Pernah seorang doktor memeriksa kesihatan tubuh badan Isnin dari segi fizikal dan mental. Ikutkan Isnin, dia tak berapa nak in sangat dengan cara doktor itu periksa hal hal tubuh badan nya, tapi disebabkan keseluruhan keluarga terdekat ada dibelakang tanda ingin tahu, maka Isnin rela paksa kan saja diri nya untuk diperiksa doktor tersebut.

Dengan menggunakan teknik 'aura' doktor tersebut, beliau scan satu persatu dari segi;
kesihatan, okay
spiritual, okay
fokus, tak okay
pelajaran, okay
emosi, tak okay
thought, okay
pekerjaan, insyaAllah okay

'Kamu bagus, tapi kamu seorang yang tak fokus dan emosi sering terganggu.'

Isnin sebagai empunya badan seraya berkata dalam hati,
'Fak, gua tak percaya dengan teknik lu. Macam mana gua punya fokus dan emosi nak okay? Apa power sangat teknik aura lu ni?'

Sambil pejam mata doktor itu berkata,
'Hmm, mungkin kamu ni ada masalah dengan perempuan?'

'Tak, mana ada...' Isnin membantah perlahan

Doktor tersebut mula scan kali kedua,
'Ya, masalah perempuan.
Hati kamu belum terbuka lagi untuk menerima seseorang perempuan. Hati kamu masih terlalu mahukan dia. Dia yang berada di hati kamu tetapi masih belum bersedia untuk menerima kamu. Kamu jadi seorang yang lost in hope. Kamu susah untuk percaya cinta lagi, sebab itu fokus dan emosi kamu mudah terganggu. Come on, kamu muda lagi wahai anak. Move on.'

Ujar doktor itu dengan panjang lebar.

Isnin tersenyum. Dalam hati berkata;
'Cilaka, bijak betul doktor ni. Tapi jangan harap lah gua nak beli ubat lu. Mana ada ubat untuk pulihkan hati?'

08 August 2013

Niat


Seluruh manusia sepatutnya sedar akan satu benda yang aku baru kaji pagi raya tadi.
Semua benda yang kita buat, semua benda yang kita lihat, semua benda yang kita dengar, semua benda yang menjadi rutin harian kita. Sepertinya perkara perkara tadi sememangnya tidak boleh lari dari minit minit kehidupan kita.

Semua yang berlaku asalnya daripada niat.

Niat. Niat. Niat.

Niat bukanlah perlakuan. Diulangi, niat bukanlah perlakuan. Kerana, perlakuan adalah tindakan. Ya, tindakan.

Sebaik mana, sejahat mana niat kita. Selagi kita tidak perlakukan, atau membuat sebarang tindakan daripada niat tadi, ianya tidaklah dikira (Baik atau Jahat).

Niat, ingin mencintai seorang gadis.
Niat ingin bersedekah kepada masjid.
Niat ingin membantu insan-insan malang.
Niat ingin membunuh orang.
Niat ingin kahwin satu lagi.
Niat ingin menjadi perasuah tegar.

Selagi tiada langkah susulan berbentuk tindakan dan perlakuan, janganlah terus menganggap bahawa ianya telah pun disempurnakan. Walhal, ianya hanya niat.

Manusia, tolong jangan keliru.
Antara niat,
dan tindakan.

Tolong jangan keliru.


04 August 2013

Bukan


Sedari aku bahawasanya
Hampir dua tahun hidup
Sebagai seorang manusia;
- yang takkan berubah,
  yang paling setia,
  yang sentiasa untukmu,
  yang cinta satu,
  yang kononnya cinta mati

Perasaan itu bukanlah suatu perasaan yang jujur
Yang seringkali disebut sebagai cinta

Tidak,
Ianya bukan cinta

Perasaan keji itu hanyalah
Secebis abstrak yang berbentuk
Obsesi

Ya,
Si obsesi cilaka


20 July 2013

Semalam


Semalam
Di pesanan teks ringkas
Dia bilang,
'Rindu aku tiadanya segarang halilintar,
cukup lah mampu buat kau mati'

Mati
Kerana nilai cinta

Apa betul suci kata itu?

Kerana
Hari ini
Di depan muka aku
Dia bertanya,
'Apa itu rindu,
aku tiada rasa'

Patah balik
Ingat dulu dulu
Wahai si pembunuh rasa

31 January 2013

Hanya Jika Mereka Tahu


Semua orang pun tau yang aku ni memang minat membaca. Dari ahli keluarga, memember, ahli muzik, drebar bas, brader library, acik jual kuih sebelah KKI sehinggalah ke Kak Mala. Aku punya tabiat suka membaca ni wujud sejak dari azali lagi walaupun aku taktau tang mana azali-nya tu. Tabiat membaca ni aku kira satu sifat yang agak positif jika nak dibandingkan dengan bebudak yang setiap hari menanti siaran Setia Hujung Nyawa pada pukul 7.00 petang tu.

Sembang pasal drama Melayu tu. Yelah, nama pun drama Melayu, apa lagi yang kau nak harapkan selain cinta yang sering ada orang ketiga. Apa depa taktau ke, realiti sekarang ni tengah main scene cinta empat segi. Mana main dah cinta tiga segi tiga segi ni. Itu kira okay scene cinta empat segi, kat tempat aku belajar ada sampai cinta enam segi. Lagi puaka bebudak tu, tapi tak masuk tivi pun.

Ahh, cilake lah. Aku up entry ni bukan bercadang untuk condemn sama drama Melayu.

Berbalik kepada cerita asal.
Ya, buku. Terkadang agak susah aku nak kawal tabiat tu. Sebab apa?

Dah memain tanda soal pulak ayat atas ni. Apa dia taktau ke aku sekarang tengah lapar. Tetengah lapar macam mana nak sembang dengan lebih jitu. Oleh itu,

Izinkan aku menjamah sedikit nasik dulu, izinkan aku...

peh, tajuk gila babi

29 January 2013

Ini Bukan Hibernate, Ini Hampir Mati


Lama tak lama, hampir 6 bulan jugak aku tak update apa apa dalam blog ni. 2012, Nama Nami kata tak lama lagi institusi blogger akan mati. Aku tak kata aku setuju dengan kenyataan beliau, tapi aku dah mula nampak tanda tanda kepupusan blogger.com ni. Kah kah kah