16 November 2011

Susu Dumex

Amanda, seorang anak perempuan yang masih mentah. Umurnya baru saja mencecah 5 tahun. Tapi mindanya mampu berfikir dengan logistik akal. Mana tak nya, ini semua gara gara susu Dumex.

Si ibu bertanya kepada Amanda,
"Amanda nak jadi apa bila besar nanti? Jadi cikgu macam mama lah, seronok tau bekerja dengan murid murid." kata si ibu sambil tersenyum bahagia.

Amanda serius pula menjawab,
"Taknak lah. Amanda tanak jadi cikgu bila besar nanti. Amanda nak jadi menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Nanti boleh belikan mama kondo RM9.8 juta. Amanda sayang mama."

Si ibu tersentak. Terasa menyesal kerana pernah memberi Amanda minum susu Dumex tak lama dahulu.


2 comments: