02 March 2011

Projek amal sempena pilihanraya Kuala Kerdau

Assalamualaikum.

Sedang seronok aku bermain air sambil mencuci cawan-cawan, seraya terbit suara,
"Dik, you orang mana? Malaysia ke?" tanya pemuda yang tak bape nak hensem kepada aku.
"Err, yelah! Saya orang Malaysia la. Tinggal kat area sini jugak." jawab aku garang.
Cilake. Muka aku ada macam bukan orang melayu ke? Ini muka dah habis serupa dengan Loque dah. Bezanya, aku baru cukur misai 2 minggu lepas. Tinggal la jambang sejemput. Itu pun tak nampak Melayu lagi ke? Cukup bulan boleh berlaku pertumpahan darah ni! *Err, bukan datang bulan okay?


Hari ni aku dapat gaji. *Senyum lebar sampai nampak gigi graham bai.

Aku ingat nak gantikan jambatan lama kat kampung aku. Sial, aku tengok dah setahun lebih jambatan kayu tu berlubang. Lepas ni, tak banyak cerita dah, buat jambatan konkrit terus. Senang sikit malam-malam nak tengok bola. Takde la asyik sangkut kat situ je.

Then, aku nak support tiket flight abang aku balik indonesia jumaat ni. Pastu, belikan beliau tepung banyak-banyak, sumbat dalam beg dia. Biar orang imegresen tu ingat beliau seludup dadah. Huh, puas sikit hati aku.

Pastu, aku nak belanja OKTS & brotherhood yang lain. Order banyak-banyak, biar kasi meja nampak meriah sikit. Kalau tak sebelum ni asal lepak kedai je mesti teh tarik / milo ais / limau panas + nasi bujang yang semak atas meja. Masa tu, nak bayar pun biar 'keep the change'. Apa orang kata, belanja sambil sedekah? Haa, itu lah yang aku nak amalkan.

Last but not least, kalau ada balance lagi aku nak beli tempat aku kerja ni. Renovate sikit apa yang patut. Buat promotion 'makan tanpa bayar' setiap hari jumaat, pastu lantik ex-boss aku sebagai kerani kewangan. Ada okay tak boss?

No comments:

Post a Comment