14 May 2016

Kenangan Hanyalah Kesedihan


Rentetan dari musim dah lama tak balik rumah dan hanya contact Mak Ayah hanya melalui Whatsapp dan sms, Cuti kali ni memang real. Walaupun separuh jarak perjalanan aku hanya dihabiskan dengan tidur akibat berjaga tidak tidur malam sebelumnya untuk memastikan tugasan terakhir di Perlis selesai, elok saja sampai di border Selangor-Perak, sungguh perasaan haru yang entah dari mana wujudnya tiba tiba datang meninggah di sanubari aku.

Selain dari haru, bauan udara ori Tg Malim memang sesuatu yang aku rindukan. Sangat. Entah, semacam sentimen yang memang telah terpasak dalam jiwa. Sesuatu yang tertinggal. Ya, hometown.

Muka Ayah saat aku menyua kepala ke dalam rumah melalui pintu utama, sangat priceless. Terkejut bercampur gembira tetapi tidak pulak ditunjuk beria. Ya, sangat menenangkan. Muka Ayah ceria. Tak nampak macam orang sakit. Aku suka. Lantaran itu, suara Mak turut menyabung dari belakang rumah sememangnya terkejut kerana aku pulang tanpa sebarang text, notis, mahupun memo.

Aku dengan lagak anak bujang yang tampan, memang kena dengan gaya walau kurang inci dari lelaki normal masuk ke ruang tamu. Perkara pertama yang menyapa sebelum aktiviti salam semut dengan Mak Ayah sambil menghulur sebarang dua bauan rokok yang tersisa dari rongga pernafasan, tekstur bauan nadi rumah ni sangatlah aku tak boleh nak gambarkan. Bauan yang sangat dekat dengan aku, bauan yang menjadi tunjang semasa aku kecil dulu. Kuat, bauan arwah Tok Wan menyelinap di seluruh ruang ruang lebih lebih lagi bilik aku. Dari mana bau nadi ni datang, aku blom kaji lagi. Dah kaji nanti aku inform lain.

Ya, rindu.
Suatu yang sukar diungkap rasa walaupun wujudiahnya tidak terlihatkan mata.

Sebelum masuk tidur, cerita demi cerita yang keluar dari Mak Ayah. Aku hanya diam, mendengar sambil minum teh o panas entah siapa hidang. Semacam diskusi orang tua, ada gelak ada tangisnya.

Mak Ayah menyorok perkhabaran Mak jatuh sakit beberapa bulan lepas dari pengetahuan aku. Teruk. Entah, aku faham kenapa Mak Ayah tidak menyampaikan perkhabaran itu tetapi aku tidak layak untuk dilayan dan diekspektasi seperti itu. Kononnya tidak mahu mengganggu pemikiran dan keresahan aku. Tak aci sungguh.

Tapi itulah, kalau tulis panjang lebar pun, engkorang bukannya baca dan faham pun situasi aku ni.

Usai bercerita tentang ujian dan cabaran yang Mak Ayah hadapi sepanjang ketiadaan dan ketahuan aku di rumah ini, Mak masuk bilik air untuk berwudhu'. Macam biasa, sebelum tidur Mak akan layan scene sunat witir terdahulu. Keluarnya Mak dari bilik air, dengan wajah yang basah dengan air wudhu', Aku dapati Mak sedang menangis mengalir air mata walaupun wajahnya tidak seperti menangis.

Aku kalis anak mata ke arah Ayah yang duduk disebelah, ternyata Ayah pun mengalir air mata. Jarinya handal dan laju mengesat air mata yang mengalir. Pipi Ayah kering, cuma matanya sahaja kemerahan.

Aku hanya diam. Tenung dinding di hadapan aku dalam dalam. Dalam pandangan tembok itu, aku cuba menyelami segala pahit, manis terhadap beban yang mereka lalui.

Banyak hikmah yang dirasa. Pahitnya ada. Manisnya pun ada. Tapi paling best mestilah part manis. Manis dari Tuhan ni merupakan hadiah untuk kita. Kau kena usap, hisap dan nikmati pelan pelan.

Mak pesan,
"Hati ni kena jaga. Rasa lalai sikit, ingat Allah. Rasa susah sikit, ingat Allah. Apa yang berlaku semuanya kerana Allah. Biasakan hati kita dengan pandangan yang baik terhadap Allah. Lupakan semuaa perkara yang lepas dan terlepas, sama ada buruk dan terkesan dalam hati. Lupakan. Allah tak bagi kita hidup dalam kesedihan. Teruskan hidup. Berjuang."

Aku hadam dan pegang kata kata Mak itu.
Untuk mengelak situasi semakin melankolik, aku menyapa dengan nguapan kantuk yang dibuat buat. Situasi kembali tenang, lebih tenang dari tenang yang tadi.

Bak kata Ali XPDC,
"Esok lusa, ingin aku lupakan semua. Oh kenangan silam. Apa lagi nak dikenang?"

Aku ingat baucer buku tak guna lagi dah semakin dimamah tarikh luput ni, aku nak beli gitar. Aku nak jadi seorang mamat rok n rol yang tenang dalam segenap rasa, hasilkan lagu tenang untuk makwe tenang, yang kehadirannya pun sangatlah tenang hingga aku tak nampak bayang lagi.

Ah, sudah. Sembang makwe apa pulak aku tetiba. Tapi itu lah, siapa suruh 'dia' lambat menyapa dalam garis masa cinta hidup aku. Entah mana, dengan siapa, buat apa pun 'dia' sekarang, aku harap 'dia' bukanlah seorang yang suka mengenang. Tapi kalau dah kahwin 'dia' jenis senang lupa, payah jugak aku rasa.

Pulak, sembang kahwin mende lagi aku ni.
I think I should stop right now.
Like seriously.

.

Okay, chow.


No comments:

Post a Comment