27 February 2011

Yesterday was Saturday

Assalamualaikum.

Hari Sabtu adalah hari yang paling aku nanti-nantikan. Bukan sebab pagi tu ada cerita kartun mahupun malam tu ada cerekarama. Basicly, aku off-day hari Sabtu, which means Isnin hingga Jumaat aku kerja. Kadang-kadang malang jugak sebab Sabtu Ahad kena kerja. Haha, Sadis gila.


Okay, bukan itu aku nak cerita.

Memandangkan pagi tadi aku dah tau hari ni off-day, lepas subuh je aku terus baring atas katil laju-laju. Fuhh, nikmat babe. Dah lama aku tak merasa. Tetengah tidur tu jugak la abang aku kacau. Tapi aku tahu, itu semua cuma hasutan. Ahh, persetankan semua tu. Sedar-sedar dah pukul 1.00 petang. Lama tak lama la, aku rasa aku pernah tido dekat 18jam. Dasyat tu dasyat! Nampak?


Petang tu masa aku nak keluar, aku cari selipar aku. Pandang bawah takde, pandang kiri/kanan takde, kalau pandang atas lagi la takde kan! Aku teruskan usaha mencari, jenguk bawah kereta takde, cari keliling rumah takde, cari dekat pokok-pokok pun takde. Oh, damn! Selipar Rm10 hilang lagi. Biasalah, rumah kampung mana ada pagar. So, orang lalu lalang senang-senang boleh amik apa yang berkenan. Fakkk.

Haihh, ni yang aku angin ni. Dah la lambat nak keluar ni. Aku ada date dengan acik jual nasi lemak depan kedai kereta tayar tu. *Ah, korang bukan tau pun! Comfirm acik tu touching dengan aku.

Last-last, aku cancelkan date kami lalu aku bergegas ke Billion hanya dengan berkaki ayam untuk membeli selipar baru. Sesampai sana, aku terus cari selipar yang berharga Rm10 ke atas. Jangan harap la nak beli selipar murah tu lagi, kalau tak mesti 2 3 minggu lagi hilang.Haa, bijak tak aku? In fact, tahun ni aku dah 3 kali tukar selipar baru sebab hilang! Yes, tahun ni baru genap 2 bulan kan? Kejam gila. Cilake punya budak, selipar murah pun nak curi.

To selipar lama, kalau aku jumpa kau balik aku tak hingin pun nak pakai kau lagi. Sebab kau priceless dan sudah dinodai oleh kaki lain. Ewww. Now, I've new buddy. 5 kali cantik + berkualiti daripada kau. Sorry to my ex. Not interested.

Hello buddy !

Aku cadang nak bela anjing la kat depan umah aku. Tapi, nanti malaikat tak masuk rumah pulak. Rugi la aku, aku kat rumah dah la banyak beribadah. Ecehhh... So, aku dah fikir masak-masak aku nak bela angsa. Comfirm suci lagi bersih, nak jaga pun senang. Agak-agak ada orang datang rumah je, terus makhluk berbulu tu sudu kaki dorang. HAHA.

Ada macam pahlawan Pasir Salak tak?

No comments:

Post a Comment