28 February 2011

Lu fikir, Lu kongsi

Assalamualaikum.

Sudahkah anda baca entry Layakkah aku? sebelum ini? Jikalau belum, sila click link tersebut dan baca laju-laju pastu datang sini balik okay?

Here we go.

Korang mesti pelik kan kenapa aku tetiba tulis 2 cerita berbeza dalam 1 entry? Actually, aku pun pelik jugak. Haha. Tapi, lepas berbincang dengan OKTS, beliau mempunyai pendapat sendiri mengenai cerita tersebut. Kita orang bincang pasal perkataan yang aku boldkan dalam 2 cerita tu iaitu tidak layak.

***

Beepppp... (inbox masuk)
Kesimpulan takde do. tak best. orang tak faham baca cerita tu nanti. -from OKTS
Ciss, lawan tuan budak ni.

Nahh, ni kesimpulan yang dia bagi.

Okay, bagi aku perkataan tidak layak itu tak patut wujud dalam kedua-dua cerita tersebut kerana sebagai manusia, Ery perlu sedar dan insaf untuk kembali kepada Allah. Allah maha pengampun, Dia sedia menerima hamba yang mahu kembali ke sisiNya. Allah mencipta hambanya berpasang-pasangan seperti Adam dan Hawa, P. Ramli dan Saloma, Jashiah dan Ruzilan and so on...

Disebalik percintaan pula, pasti ada ujian dari Allah. Manusia perlu cekal untuk mengharungi rintangan yang bakal berlaku. Mungkin hikmah disebalik putusnya percintaan adalah peluang untuk pasangan kekasih itu membaiki kesilapan yang lalu. Bagi aku, Lisa patut menerima cinta Farid dan memberinya peluang kedua untuk beliau membaiki kesilapannya. Bukan dengan cara menolak cinta Farid.



Tak sangka betul aku, disebalik ketidakhenseman wajah OKTS ni, Rupa-rupanya beliau memiliki sebuah taman dalam hati beliau. Ciss, diam-diam je budak ni.
mungkin inilah gambaran sebenar taman dalam hati OKTS

No comments:

Post a Comment