27 February 2011

Layakkah aku ?

Assalamualaikum.
(Entry ini sangat bosan. Sila jangan baca.)



**********

"Ery, malam ni clubbing jom!" Tetiba satu suara yang agak dikenali sedikit mengejutkan Ery.

"Erm, macam best je. Aku pun tengah rindu bau awek-awek getah ni. Jom la." Setuju Ery.

Itulah Ery. Hidupnya terlalu sosial dan melarat tanpa hidayah oleh Allah. Mungkin juga nilai-nilai budaya timur tidak diterapkan dengan sempurna oleh ibu bapanya sejak beliau kecil lagi. Maklumlah, parents asyik sibuk cari duit je. Buat anak pandai, tapi nak bentuk anak macam tak pernah pergi sekolah.

Sedang beliau leka meneguk arak sambil dikelilingi awek-awek gebu lagi montok yang saling merangsang antara satu sama lain. Tiba-tiba Ery rasa tidak sedap hati. Hatinya terasa ingin pulang ke rumah.

Lantas Ery meninggalkan awek-awek gebu tersebut dan keluar dari club yang sedang rancak memutarkan lagu 'I know you want me -Pitbull' tu. Di luar, Ery rasa sedikit segar menghirup zarah-zarah halus dingin. Tiada lagi bunyi bising, yang kedengaran hanyalah bunyi kenderaan lalu lalang berselang selikan teriakan cengkerik berdekatan.


Dalam keadaan sedikit mabuk, Ery memaksa dirinya memandu pulang. Tetapi tidak bertahan lama. Baru saje 5 km perjalanan, Ery memberhentikan keretanya di bahu jalan berdekatan dengan sebuah masjid. Ery menenangkan dirinya sehingga tertidur.

"Assolatu khoirum minan naum ..." Beberapa jam kemudian, laungan azan subuh yang berkumandang menyedarkan Ery daripada keasyikan tidur.


Ery keluar dari keretanya lalu mengeluarkan sebatang rokok Marlboro untuk dihisap. Berkepul-kepul asap di udara. Ada yang berbentuk 'O', ada yang berbentuk 'love', dan ada juga yang kena tipu. *Mana ada asap rokok bentuk 'love'! Sambil Ery menghisap, suatu persoalan bermain di kotak fikirannya; " Adakah aku seorang muslim sedangkan aku tidak pernah tunduk kepada Allah? Layakkah aku berpegang kepada agamaku iaitu Islam? "


**********


"Enough Lisa! Enough! Since this second and minute, we're not together anymore. Get out from my life B*tch!" Kata Farid kepada Lisa.

"Oh, yeah! That's what you think? Thanks god. I dah lama tunggu you cakap macam ni kat I. I pun tak hingin dekat you la Rubbish!" Balas Lisa. Tapi itu hanya untuk menyedapkan hati. Walhal dia masih sayangkan Farid.

5 tahun sebelum itu.

Di bawah pohon awan Sahara, kelihatan 2 remaja sedang bermadu asmara. Ciss, kurang kasih sayang betul! Budak-budak lalu lalang depan dorang pun terasa macam, 'Oh shuwit nye mereka." Bibir Lisa dikucup oleh Farid, membuatkannya terpesona. Dan mentari menjadi saksi. Keindahan warna pelangi. Bahagianya mereka disaat itu macam P. Ramlee dan Saloma. Bertemasya. Hidup mereka riang ria, bagai dunia mereka yang punya.


5 tahun mereka bersama, susah senang dilalui. Jangan kata onak duri, paku dan bilah pisau pun mereka sanggup pijak. Lumrah kehidupan pasti ada pengakhiran disebuah hubungan.

Perselisihan faham antara Farid dan Lisa sangat dahsyat. Pantang silap sedikit, pasti mengungkit keburukan masing-masing. Lantas, Farid membuat keputusan untuk memutuskan percintaan mereka yang dianggap seperti gula-gula lolipop itu. Dengan perasaan terburu-buru juga, Farid telah mengecewakan hati lembut Lisa, gadis yang dipujanya sebelum ini.

Farid tak dapat menahan kegersangan di hati, lantas keesokan harinya Farid menghantar sms kepada Lisa yang berbunyi, " I sayangkan you, I perlukan you, I mahu you semula, maafkan I kerana sikap terburu-buru I " Lisa reply sms tersebut, " I tak layak untuk you, I terlalu sosial. Tak macam you, you kalau keluar rumah pun selalu pergi masjid je. So, I say NO! "



**********

Tengok sini ! 
Entry ini hasil gabungan idea OB bersama OKTS

1 comment:

  1. i follow u.. u follow me. http://payonline2u.blogspot.com/

    ReplyDelete