17 February 2011

Kebabian seekor lalat!

Pagi itu, macam biasa aku datang kedai setting-setting barang order untuk dihantar ke kilang HiCOM. Order untuk lunch tu, ada dalam 80 kepala jugak la. Maknanya, aku kene siapkan 80 pinggan, 80 garfu, 80 sudu, 80 gelas, etc. Aku setting barang-barang tersebut dengan penuh berhati-hati, takut-takut kalau ada sebarang kekotoran. Sesekali aku cuba mewapkan dengan mulut pada bahagian kekotoran tersebut.



Malangnya, keistiqamahan aku tidak bertahan lama kerana disaat itulah macam-macam bau menjelma. Bau kari daging la, bau nasi beriyani la. Pergh, tak tahan derr. Dengan itu, aku cuba melajukan rentak kerjaan aku dengan harapan boleh siap cepat dan terus boleh makan. Yayyy! :)

Okay, lepas siap semua kejadah tu aku pun amik nasik dengan lauk laju-laju. Tanpa bacaan Bismillah, aku terus makan dengan lahap. Sedang enak menikmati makanan tersebut, TIBA-TIBA aku terperasan ada suatu benda hitam dalam pinggan aku. Aku amik pelan-pelan pastu pusing-pusing sikit, dan akhirnya aku dapati benda tersebut adalah seekor lalat. Wekkk!!! Masa tu aku dah start tak lalu nak makan. Ikutkan hati nak je menjerit, ''Hoi, ada lalat la dalam lauk ni!". Tapi disebabkan teringatkan bahawa aku hanyalah seorang kuli, aku pendamkan aje jeritan terbut.





Lepas settle hantar order tersebut, tepat-tepat aku turun kereta aku terus berlari ke surau untuk melepaskan hajat yang sangat besar bagi aku pada masa tu. Antara hidup dan mati wooo. Dan aku tak pasti apakah pekerja-pekerja HiCOM tersebut mengalami nasib yang serupa dengan aku? Sebab masa aku datang nak clear barang, semua makanan licin.

"HAHAHAHAHA!" Gelak aku dengan rakus... tapi dalam hati je.

Dan bermula di saat itu, aku menjadi seorang aktivis lalat yang disegani ramai.


*Sial, buat penat je aku beriya sental pinggan, sudu, garfu semua tu. BABI punya lalat! Erm, tukang masak pun sama!

2 comments:

  1. Lain kali baca doa sebelum makan,
    paling minimum pun bacalah bismillah tu :)

    ReplyDelete
  2. haha, tu la pasal. Allah dah kasi hint dah tu.

    ReplyDelete