09 October 2016

Monolog Pasca Hujan Lepas Subuh


Pernah satu musim tu, aku tetiba dan tak semena mena mengalami sindrom down yang berpanjangan. Hatta hingga sekarang pun. Aku cuba juga cara tersendiri lagi klasik yang telah dipatent kan oleh aku sendiri sejak berpuluh tahun dahulu, tetapi tak berhasil.

Selalunya, bila aku down, tak sedap hati mahu pun ada rasa useless dalam diri, aku akan amik keputusan untuk tidur lama lama sepanjang hari. Lebih kurang hibernasi lah orang kata. Dengan harapan, bila bangun aku akan okay seperti sedia kala. Tapi kali ni, tidak. Aku gagal untuk jadi seperti sedia kala kembali.

Bila aku bangun dari lena yang panjang, hati masih jadi tak tenang. Aku cuba muhasabah diri, banyak kali. Mungkin, aku kurang beristighfar sejak dua menjak ni? Aku cuba. Tapi masih, tidak aku temui ketenangan itu.

Aku fikir, tidak mungkin kemurungan. Kemurungan atau nama acah bijaksananya adalah depression. Gila tak sedap bunyinya, apatah lagi bila "kalau" aku alaminya sendiri.

Aku cuba juga untuk bersukan mengeluarkan peluh. Seriap hari aku berfikiran begitu, tetapi setiap hari juga aku gagal untuk melaksanakannya. Atas alasan malas, tiada momentum, tiada masa dan paling kerap berlaku baru baru ini, langit senang hujan bila pagi dan petang.

Masa pun kalau diikutkan, mana pernah tak cukup. Tuhan dah memang beri kita 24jam sehari semalam. Kalau tak cukup, mesti Dia bagi kita 48jam sehari semalam. Ye dak?

Jadi aku kira, aku ni masih tak buang lagi sikap selalu memberi alasan pada diri. Ya, selalunya memang begitu. Entah apa yang aku tak puas dengan diri aku pun aku taktau. Mungkin aku kurang mengembara sejak dua menjak ni. Otak dan minda aku jadi "tertutup" sebab tak jumpa dengan dunia luar dan new strangers.

Penyakit suka memberi alasan ni entah macam mana boleh menapak dalam diri aku pun, aku tak tahu. Sedangkan, kalau nak diikutkan personaliti dan juga attitude aku, bolh tahan sedap dan berkarisma juga. Aku lost sebenarnya ni, aku rasa. Kalau tak, mana mungkin aku jadi tak best macam sekarang ni.

Apa yang aku cari sebenarnya?
Apa yang aku mahu sebenarnya?
Apa yang aku perlu sebenarnya?

Kesenangan?
Kebahagiaan?
Kemewahan?
Ketenangan?

Oh, aku tahu apa.
Aku lupa untuk diri aku yang dahulu barangkali.

Aku sesat dalam mencari diri sendiri.

Tuhan, temukan aku kembali.


No comments:

Post a Comment