13 April 2011

Seminggu

Assalamualaikum.

*****

Seminggu
berjalan bersama
hanya langkah yang beza.

Seminggu
makan bersama
lauk kau lauk aku juga.

Seminggu
gurau bersama
kau aku jadi bahan lawak yang sama.

Seminggu
tidur sekatil bersama
walau hanya muat untuk 3 orang sahaja.

Seminggu
"hoi, cepat la"
tapi masing-masing "sabar laaa".

Seminggu
berkongsi zarah yang sama
kotak lain-lain brand cuma.

Seminggu
"Rm 10 sorang haa"
Err, wallet tinggal. Sorry, aku lupa.

Seminggu
"Lawa jugak baju kau"
"Nahh, try laa".

Seminggu
Mengintai awek kelate yang sama
Masing masing 'awieeee' bersama.

Haha.
Korang memang terbaik la Awe & Amad.

Now, seminggu pun dah habis.
Masing-masing kembali pada yang asal.
Harap jangan dilupa akan memori ini.

Aku rindu gila, bila nak macam ni lagi wei!

No comments:

Post a Comment