15 April 2011

I don't know why

Assalamualaikum.

*****

Setelah penat aku mengkaji the whole system tentang UiTM Profesional Course, dengan tidak sengaja aku ter-online fesbuk dengan harapan dapat banyak nortification. Biasalah, Matt Dallas kelahiran Gerik, Perak ini adakalanya femes juga. Keh keh keh. Malangnya, hanya 4 nortification yang menghiasi riang nortification aku. Ciss, hilang semangat aku nak online malam ni.

Aku scroll mouse ke bawah untuk melihat 'most recent' activity. Bukan busybody, tapi prihatin. Nanti kena maki pulak ngan kawan, ada fesbuk tapi macam katak bawah tempurung tak tau apa-apa.

Sesekali melihat video yang di-post, Jozan version Jepan memang kelakar. Tapi ada satu post dari abang aku yang berjaya buat aku tersentap untuk terus scroll down. Pada aku memang biasa benda yang beliau post ni, tapi bila click untuk mengetahui lebih lanjut, nahhh tetiba aku rasa macam sebak. I don't know why, sebelum ni aku lah orang yang paling kebal nak sebak menyebak ni. Apatah lagi tangis menangis. Sejujurnya aku katakan, hampir 3 tahun aku tidak mengeluarkan air mata. Betapa kerasnya hati aku sekarang, dan aku sedang sedaya upaya untuk meng-naturalkannya kembali.

Back to my brother post.

Muhammad Noraizuddin Bin Nordin nama diberi. Beliau bukan kawan aku mahupun ada hubungan sedarah melainkan saudara sesama Islam cuma. I don't know him, he don't know me. Tapi takdir menentukan bahawa aku sempat mengenalinya serba sedikit even hanya dalam fesbuk. Badly, bukan secara langsung tetapi hanya selepas beliau meninggal dunia.

Ya, meninggal dunia. Puas aku bodek-bodek profile arwah sambil baca post-post dari kenalan arwah di wallnya. And here I feel so badly and down. Alangkah beruntungnya arwah mempunyai rakan-rakan yang masih mengingatinya walaupun arwah sudah tiada lagi di dunia nyata ini. Dan, sehingga kini ada saja post baru di wall febuk arwah.

Actually, arwah ni kenalan abang aku masa belajar kat Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Yes, my brother is a serbanistas. Bila cakap pasal si serbanistas ni, tahulah kita mereka ni adalah tergolong dalam golongan bijak pandai dalam keagamaan. 1 al-quran dihafal bukan masalah besar bagi mereka apatah lagi Kamus Oxford Malay - English tu. Tapi mungkin sebab arwah ni lebih pandai dari abang aku, arwah menyambung pelajaran di Islamic Universiti of Madinah.

Ohh, ya. Kecil mata aku memerhatikan komen-komen yang ligat lalu lalang di fesbuk arwah, akhirnya aku dapat tahu why is he gone. Menurut komen-komen tersebut, saudara Iszudin Nordin (nama fesbuk) meninggal dunia akibat lemas di laut Madinah. Okay, bukan calang-calang orang yang meninggal dunia di Madinah except dengan izinNya.

Sabda Nabi saw :
"من استطاع أن يموت بالمدينة فليفعل فإني أشفع لمن يموت بها"
Bermaksud : Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka laksanakanlah, kerana sesungguhnya aku (baginda saw) memberi syafaat kepada siapa yang mati dalam madinah.[Riwayat Tirmidzi, Ibni Majah, Ahmad dan Ibn Hibban daripada Ibni 'Umar].
"من مات بالمدينة كنت له يوم القيامة شفيعا أو شهيدا"
Bermaksud : Barangsiapa yang mati di Madinah, maka aku (baginda saw) merupakan pemberi syafaat atau saksi kepadanya pada hari kiamat.
[Riwayat Ibni 'Asakir].
Well, aku tak tahu kenapa aku tulis entri pasal benda ni tapi arwah seakan memberi hint kepada aku untuk terus bersyukur dan menikmati hidup ini tanpa melupakan Yang Maha Pencipta. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan yang beramal soleh. Al-fatihah.

11 comments:

  1. kekal abadai di madinah semua orang ada impian sebegitu :) nice post bro.

    ReplyDelete
  2. takdir sudah menulisnya dahulu...

    ReplyDelete
  3. http://xiiinam751.blogspot.com/2011/04/bertabahlah-kakak.html

    rupanya entri link atas ni tentang arwah ... Alfatihah. sblum ni aku tertanya2 siapa, ditakdirkan termasuk belog ni.

    Alfatihah.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.
    takdir menentukan segalanya.
    thanks sebab termasuk dalam blog ni.

    ReplyDelete
  5. aku alhamdulillah member aku semua masih bernafas
    aku xtaw pe ko rasa
    tp kalau aku
    aku kuar air mata jantan gak kot

    ReplyDelete
  6. that's the question.
    tak tahu apa masalah aku.
    agak susah untuk mengeluarkan air mata.
    hati sudah keras mungkin

    ReplyDelete
  7. hahaha, gua masuk blog hellioz n nampak komen lu, terbuka hati mau baca .. keh3x. dah takdir sblum tu terbaca entry pasal ni dalam blog cikgu cklah tu. tak sangka masuk sini entry pasal arwah juga ..

    ReplyDelete
  8. dan sebab tu jugak la tajuk entry ni 'i don't know why'. sebab aku sendiri taktau asal aku tulis pasal benda ni.

    ReplyDelete
  9. 2nd song.. Nell- Time spent walking through memories

    ReplyDelete
  10. weh weh.
    tu lagu korea en?
    mati2 aku igt lagu omputih.
    1st dgr mase kat cc.
    tak clear sgt, aku layan je.
    hahaha

    ReplyDelete