24 April 2011

Sakit

Assalamualaikum.

*****

Selama aku bernafas,
Aku tak pernah rasa sakit yang macam ni.
Rasa sakit yang menyebalkan seluruh sistem badan.
Pectoralis major, triceps brachii, deltoid, gastrocnemius dan soleus seakan lumpuh.
Jujur, amat sukar untuk aku melakukan rutin harian.

Ubat hampir habis, tapi makin teruk pula.
Cubaan memamah makanan adalah seksa.
Mineral dan isotonik sama sahaja.
Kata orang, untuk menjadi sihat kita perlu berlakon seperti biasa.
Okay, itu quote bodoh.
Sebab, aku sendiri telah melakukannya.
But nothing work out.

Aku mengharapkan sesuatu.
Sesuatu yang banyak sebenarnya.
Masih banyak yang mahu aku lakukan.
"The Big 2011" aku belum lunaskannya.
Listnya pun hilang entah kemana.
Seakan tiada matlamat.

Esok bagaikan setapak untuk berjaya.
Situasi sebegini pula yang harus ku tempuh.
Sinar yang pada mulanya terang benderang.
Kini seakan gelap gelita.
Masih adakah peluang untuk masa hadapan?

Ahhh....
Adakah ini pengakhiran bagi hidupku?


Ya Allah, temuikanlah jiwa aku kembali.
Biar sedikit, tetapi semakin kuat.
Amin.

8 comments:

  1. kalau sakit mmg semua x boleh jalan dol .. hohoho cepat sembuh .. biasa ler tuh, "Tuhan sayang". eh quote ni betul lei!

    ReplyDelete
  2. quote yg mana betul?
    yg tuhan sayang tu, accepted.
    yg kat atas tu, i'm arguing myself ok. betul ke tak.

    ReplyDelete
  3. berlakon sihat masa sakit mmg x jalan ler weh
    mana ada mood mau geli2 .. cisss!!
    Quote tuhan sayang le maksud aku.
    haha

    ReplyDelete
  4. haha, lain kali habaq biar jelas sikit.
    tgh sakit2 camni, lambat pick up sikit.
    HAHA

    ReplyDelete
  5. aku biasa nak capai sesuatu bukan ikut masa.aku ikut kemampuan~kalau aku mampu buat ambik masa berapa lama pun takpe~

    cheer up kawan!

    ReplyDelete
  6. ahah, ada btul jgak benda yg kau cakap tu.
    thank you abam bujal.

    ReplyDelete
  7. jiwa itu ada dengan kamu sendiri.

    luang sedikit masa, belajar untuk 'bercakap' dengan jiwa .

    =)

    ReplyDelete
  8. masalah skang, beliau suka main seek and hide la.
    aku penat, penat tahu?

    ReplyDelete