20 April 2011

Malam

Assalamualaikum.

*****
Bersandar pada lampu jalan
Bunyi sang malam sungguh indah
Melihat kelawar terbang bebas nun di atas
Aku yang di bawah seakan rasa kosong
Bagai menunggu buah epal gugur ke tanah
Molekul bebas bertukar ganti mengisi setiap genap ruang tubuh
Embun berarak turun ke bumi
Entah kemana, aku pun tak pasti
Angin menghembus pucuk rambut
Terasa tenang
Dan bebas

Aku puas
Puas menikmati keindahan malam ini

Masa berlalu
Aku terasa sunyi.

Ya, malam yang sunyi.
Aku akan rinduinya.
Where are you cahaya ?

18 April 2011

Hikayat si kelawar minimals

Assalamualaikum.

*****

Aku tak tahu kenapa, aku sangat sukakan suasana malam. Kalau MR. K begitu menghargai waktu malamnya, begitu jugak dengan aku. Malam menceritakan segalanya. Keluar rumah untuk hirup zarah-zarah dingin banyak buat aku terfikir. Fikir akan persoalan yang memang di luar kotak pemikiran. Dan selalunya memang sukar untuk mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Sambil menghirup zarah Surya, sesekali terasa manis di hujung bibir. Ahhh, agak sukar untuk menjadi seorang aku di dunia ini. Dale. Dalam bahasa inggeris bermaksud lembah. Aku suka pada perkataan ni. Lembah juga mempunyai many of perception. Persepsi dalam segala jenis dimensi, adakalanya mencabar hukum alam juga.

***

Money is not everything. But didn't you think that everything is money?
Aku antara yang paling tak suka dengan quote bullshit tu. Apa bodohnya orang yang menciptanya. Takkan hanya bersandarkan duit tak boleh bahagiakan hidup orang lain kau cakap duit tu bukan segalanya. Takkan sebab duit tak boleh beli nilai kasih sayang seseorang kau nak salahkan duit yang setiap bulan kau dapat dari boss? I just wonder.

Derr, konsep kau betul kalau bagi kau duit memang tak boleh bahagiakan orang lain, hatta untuk membeli kasih sayang seseorang. Tapi bukankan diri sendiri yang perlu kau bahagiakan sebelum kau nak bahagiakan hidup orang lain? Ya, duit ni macam bateri henfon. Bila penuh, macam-macam kau boleh buat. Texting lah, calling lah, picturing lah, malah boleh ber-3gp-ing dengan awek kau. Tapi bila bateri kau kosong, apa pun tak boleh buat kan? Sesekali meminta ihsan dari kawan-kawan dengan function ask-a-topup kau tu.

Pada aku, tak payah la kau nak bahagiakan orang lain kalau diri kau sendiri tak bahagia. Bagi seorang lonely-loser macam aku ni, memang duit memainkan peranan yang besar dalam hidup aku. Bukan materialistik, tapi dengan duit jugak aku dapat rasakan diri aku selesa. Selesa dengan apa yang aku ada.

Kau bayangkan. Even kau bahagia sebab kau dapat tawaran untuk sambung belajar kat Oxford University, tanpa duit kau takkan kemana jugak. Dan, andai kata kau seorang yang memang loser dalam akademik. Adalah susah untuk kau dapat tawaran sambung belajar. Tapi dengan adanya duit, you can easily daftar masuk mana-mana kolej walaupun result kau teruk. As simple as that.

***

Being alone is such a loser.
Aku paling tak suka bila aku duduk sorang-sorang tanpa seseorang. Bukan sebab aku takut hantu Kak Limah ke apa, tapi sebab bila aku duduk sorang-sorang aku seakan dalam dunia aku sendiri. And I really hate that. Kita selalu gembira dan bersifat keduniaan bila ada family, awek, mahupun kawan.

Bila dah besar camni, parents pun dah biarkan kau untuk cuba hidup berdikari sendiri. Parents kau hanya boleh beri hint, tapi semua pilihan kau kena tentukan sendiri. Kawan pula datang dan pergi. Tak semestinya hari ni dia bergeli-gelian dengan kau, esok dia datang geli-geli lagi. Entah-entah dia yang pergi bagai angin meniup benih lalang.

Well, hidup kita ni telah diatur oleh Sang Pencipta. Let time goes by and pass, you'll face this world suddenly. And wait the awesome ending.

15 April 2011

I don't know why

Assalamualaikum.

*****

Setelah penat aku mengkaji the whole system tentang UiTM Profesional Course, dengan tidak sengaja aku ter-online fesbuk dengan harapan dapat banyak nortification. Biasalah, Matt Dallas kelahiran Gerik, Perak ini adakalanya femes juga. Keh keh keh. Malangnya, hanya 4 nortification yang menghiasi riang nortification aku. Ciss, hilang semangat aku nak online malam ni.

Aku scroll mouse ke bawah untuk melihat 'most recent' activity. Bukan busybody, tapi prihatin. Nanti kena maki pulak ngan kawan, ada fesbuk tapi macam katak bawah tempurung tak tau apa-apa.

Sesekali melihat video yang di-post, Jozan version Jepan memang kelakar. Tapi ada satu post dari abang aku yang berjaya buat aku tersentap untuk terus scroll down. Pada aku memang biasa benda yang beliau post ni, tapi bila click untuk mengetahui lebih lanjut, nahhh tetiba aku rasa macam sebak. I don't know why, sebelum ni aku lah orang yang paling kebal nak sebak menyebak ni. Apatah lagi tangis menangis. Sejujurnya aku katakan, hampir 3 tahun aku tidak mengeluarkan air mata. Betapa kerasnya hati aku sekarang, dan aku sedang sedaya upaya untuk meng-naturalkannya kembali.

Back to my brother post.

Muhammad Noraizuddin Bin Nordin nama diberi. Beliau bukan kawan aku mahupun ada hubungan sedarah melainkan saudara sesama Islam cuma. I don't know him, he don't know me. Tapi takdir menentukan bahawa aku sempat mengenalinya serba sedikit even hanya dalam fesbuk. Badly, bukan secara langsung tetapi hanya selepas beliau meninggal dunia.

Ya, meninggal dunia. Puas aku bodek-bodek profile arwah sambil baca post-post dari kenalan arwah di wallnya. And here I feel so badly and down. Alangkah beruntungnya arwah mempunyai rakan-rakan yang masih mengingatinya walaupun arwah sudah tiada lagi di dunia nyata ini. Dan, sehingga kini ada saja post baru di wall febuk arwah.

Actually, arwah ni kenalan abang aku masa belajar kat Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Yes, my brother is a serbanistas. Bila cakap pasal si serbanistas ni, tahulah kita mereka ni adalah tergolong dalam golongan bijak pandai dalam keagamaan. 1 al-quran dihafal bukan masalah besar bagi mereka apatah lagi Kamus Oxford Malay - English tu. Tapi mungkin sebab arwah ni lebih pandai dari abang aku, arwah menyambung pelajaran di Islamic Universiti of Madinah.

Ohh, ya. Kecil mata aku memerhatikan komen-komen yang ligat lalu lalang di fesbuk arwah, akhirnya aku dapat tahu why is he gone. Menurut komen-komen tersebut, saudara Iszudin Nordin (nama fesbuk) meninggal dunia akibat lemas di laut Madinah. Okay, bukan calang-calang orang yang meninggal dunia di Madinah except dengan izinNya.

Sabda Nabi saw :
"من استطاع أن يموت بالمدينة فليفعل فإني أشفع لمن يموت بها"
Bermaksud : Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka laksanakanlah, kerana sesungguhnya aku (baginda saw) memberi syafaat kepada siapa yang mati dalam madinah.[Riwayat Tirmidzi, Ibni Majah, Ahmad dan Ibn Hibban daripada Ibni 'Umar].
"من مات بالمدينة كنت له يوم القيامة شفيعا أو شهيدا"
Bermaksud : Barangsiapa yang mati di Madinah, maka aku (baginda saw) merupakan pemberi syafaat atau saksi kepadanya pada hari kiamat.
[Riwayat Ibni 'Asakir].
Well, aku tak tahu kenapa aku tulis entri pasal benda ni tapi arwah seakan memberi hint kepada aku untuk terus bersyukur dan menikmati hidup ini tanpa melupakan Yang Maha Pencipta. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan yang beramal soleh. Al-fatihah.