15 March 2011

The hella surat berantai

Assalamualaikum.

**********
Suatu petang di class 6 Aisyah, SRA Sungai Kantan.

Petang tu aku masuk class dengan hati yang gembira, rakan-rakan seperjuangan yang tadinya agak bising tiba-tiba kelam kalibut bila nampak kemunculan aku. Aku pelik. Aku terus join dorang macam biasa. Duduk sopan-sopan, seraya berkata,

"Asal tetiba senyap? Selalu korang yang paling kecoh sekali dalam class ni."


"Ada lah. Kau tak boleh tau doh. Bahaya." Masing-masing mula buat muka serious.


"Ahh, asal pulak! Selalu okay je."


"Tak boleh. Bahaya. Ni antara hidup dan mati." Aku tengok muka Syahid dah macam nak nangis.


Okay, aku abaikan dorang dengan hal hidup mati dorang tu.

Recess time.
Aku dah tak boleh tahan. Naluri kelakian mula tercabar.

"Wei, cakap la asal dengan korang tadi? Apa yang hidup mati nya?"


"Kau betul ke nak tau?"


"Yelah, selalu hal korang hal aku jugak."


"Jangan menyesal."


"Surely, man!"


Wafiy tiba-tiba hulur 2 keping kertas. Disuruhnya aku baca sampai habis.

Aku pun baca dengan teliti, tak hirau roti john depan aku.

Habis je aku baca benda alah tu, hati aku mula gelabah. Rasa macam ada orang buat teh tarik dalam jantung. Peluh-peluh jernih mula kelihatan.

"Ish, benda ni boleh percaya ke?"


"Entah lah, tapi kalau ikut dalam kertas tu kalau tak buat apa yang dia suruh kita semua boleh mati."



The fact.
Menurut surat tersebut, kalau kami(orang yang baca) tak fotostat surat tu sebanyak 20 helai dan tak edarkannya dalam masa seminggu pada orang lain, kami semua akan ditimpa bala. Dalam surat tu siap ada tunjuk testimoni lagi, dari kerabat Raja sampailah kerani kerajaan yang kena bala / mati akibat tidak ikut arahan surat tu.


Rasa menyesal mula menyelubungi diri. "Asal la aku pergi baca benda tu. Aduhh."


"Abis, nak buat macam mana ni?"


Setelah berbincang sesama sendiri yang memakan masa hampir setengah jam, kami semua mendapat keputusan sepakat. Kami akhirnya sama-sama berkongsi duit untuk fotostat surat tu sebanyak 20 helai. Hati aku mula lega sikit.

Keesokannya.

Izzadin bahagikan 20 helai surat tu kepada kami 6 orang. Aku dapat dalam 3 keping camtu. Balik dari sekolah agama, aku terus membuat Ops HidupMati tu. Waa, taknak mati muda beb.

Surat pertama aku curi-curi letak dalam letterbox rumah Naim.
Second letter aku curi-curi campak kat rumah Cikgu Suhaiza. Masa ni dia belum kahwin.
The last letter, aku simpan dalam beg sekolah agama dulu. Aku dalam dilema. Aku rasa sayang kepada orang yang bakal terima surat ni. Yelah, satu taman perumahan tu aku kenal kott. Kalau tak anak dorang, mak bapak datuk nenek dorang mesti aku kenal punya.

Kehidupan aku berjalan seperti biasa.

Dan,
setibanya hari ke-8 tempoh edaran surat tersebut. Aku jadi panik gila. The last letter I've keep, lupa nak bagi kat orang. Aku risau. Aku tanya kawan-kawan aku yang lain semua cakap dah settel. Abis la aku. Ni kalau tak malam ni mesti esok aku mati punya. Tak pun cacat seumur hidup. Aku rasa macam nak nangis. Malam tu aku mintak maaf kat parents aku tanpa bagitau hal sebenar. Lepas tu, aku solat sunat.



6 tahun kemudian.
Writer of OB's blog is updating this entry.
Ehh... WAIT !
I'M STILL ALIVE !!!


Oh, demm.
Aku harap anak aku taktau kisah tragik ni. Kalau beliau tau, gua boleh kahwin 2 bai. Tak sanggup nak tanggung keloseran aku masa tu.

14 March 2011

Good morning beautiful

Assalamualaikum.

Huarghhh...
Sambil mengeliat panjang.


Pergh, awal gila aku updated entry hari ni !
Hari ni gua cuti bai. Gua dapat cuti lepas gua ugut boss nak calar Estima beliau baru beli minggu lepas.

Tanpa gosok gigi, mari baca blog ni.
Hanya loser gosok gigi pagi-pagi. Chett!

Pagi-pagi camni layan 'Good Morning Beautiful - Steve Holy' pun best brader. Sedap mata mendengar, sedap telinga melihat. Mandi pun kenyang apa. Okay, stop mengarut.


Aku tau, hangpa yang baca blog aku ni semua terdiri dari golongan yang keras-keras, bina badan, naik LC, tidak bekerja dan ibu kepada anak-anaknya tak layan lagu slow-slow camni but now try listen this songs. Dengar sambil tengok lyrics pun okay. Feeling lebih orang kata.

Aku ingat nak nyanyi lagu ni untuk someone, tapi apa boleh buat. Tak dapat! Takpe, lelaki yang baik memang camtu. Haha. But for sure, someday I'll sing this song to her. Someday. Yes, someday.

Okay,
sebelum hormon nak kahwin gua makin merembes keluar better gua chow dulu.

12 March 2011

Secebis Jepun untuk dirasa

Assalamualaikum.

Fuhh... Fuhhh... Fuhhhh...
Cilake. Dah berhabuk dah blog OB ni.
Tapi sesekali aku tengok, cool jugak blog berhabuk-habuk camni.
Follower pun bertambah apa.

Haa, terkejut kan??? Aku tau la, hangpa semua rindu kat OB kan? Sorry to all yang agak gersang menunggu entry baru dari OB. Lately, I'm very busy working. In fact, aku baru balik dari kerja ni hah. Rajin tak rajin aku kerja sekarang. Duit punya pasal, apa pun boleh.

Hari ni, 1 dunia digemparkan dengan kedatangan tsunami di Jepun yang hampir memusnahkan negara tu sendiri. Tetiba hatiku jadi sebak. Mata hampir mengalirkan air jernih. Urat-urat kentut mula kembang kuncup. Bisep pulak tetiba besar sebelah kanan je. Touching kejap. Ehh, asal hah?

Ini semua gara-gara awek aku yang menetap di Jepun. Risau do kat beliau. Korang tau apa? I'm bet, korang semua mesti kenal beliau, kalau aku bagitau apa nama dia.

Wait.

Let me introduce her first.
Beliau punyai wajah yang comel macam ayam serama belaan jiran aku. Tinggi beliau dalam 162cm camtu la. And her body such a wonderland. 35-23-34. Haaa, tip-top kan? She is mixed blood of France-Canadian. Anak mata dia colour coklat. Rambut hitam legam. Pergh, memang taste aku lah. Itu kalau bermalam jumaat mau 3, 4 round jugak la aku rasa.

She is my Mia.
Comel tak?

Yes, I'm really miss her and I hope she will be fine there.
Buat Mia, b hanya mampu tengok dan doa dari jauh je keselamatan Mia. B bukan taknak bawak Mia balik Malaysia, tapi Mia tau jelah orang Melayu ni memang kuat jelous. Nanti sesia je Mia kene bomoh ngan dorang. Kesian b sorang-sorang je tanpa kasih sayang Mia.

Last but not least, I love you Mia.
and,
I really mean it.