23 October 2016

Tuhan Tunjukkan Aku Jalan


Baru baru ni, terlalu banyak dugaan yang mendatang dalam hidup aku. Sampai satu tahap, hanya kekuatan yang tinggal untuk menjadi satu satunya cara untuk aku menghadapi semua. Escapism no more. Really. Aku dah betul betul berada di sedalam dalam lohong yang gelap tanpa cahaya. Tiada siapa yang mampu menolong selain dari diri aku sendiri. Since, lepas satu, satu perkara yang mendatang. Tak sempat yang satu itu temui jalan penyelesaian, timbul pula dugaan yang lain. Aku kelaskan masalah masalah tersebut sebagai dugaan sahaja, kerana apa, kerana hanya aku dan Allah sahaja yang tahu akan kebenarannya.

Bercakap tentang kebenaran, Henry David Thoreau ada sebut dalam puisinya;
"rather than love, than money, than faith, than fame, than fairness; give me the truth."

Begitulah kita kalau benar mahu melihat sesuatu perkara itu sebagai hikmah. Bukan hanya menuding jari salah siapa sahaja. Kau perlukan sepanjang panjang gelombang persepsi untuk melihat sesuatu perkara itu secara meluas. Jangan ego dengan diri sendiri untuk terima atau melihat dari persepsi mata hati orang lain. Come on, dalam hidup ni bukan semata demi kau seorang je. Jadi, luaskan fikiran, rendahkan hati. Dalam argument, tiada yang salah tiada yang benar. Tiada yang kalah, tiada yang menang. Tetapi macam mana kau ambil dan jadikan satu, seterusnya patenkan pendapat tersebut khas untuk/sebagai diri kau.

Mungkin, apa yang kau terima, lihat dan dengar sebelum ini telah menjadikan prinsip hidup kau semakin kuat. School of thought kau mungkin berbeza dari orang lain. Dan, pegangan serta rasional hanya boleh difahami kau seorang. But who cares? As long as kau rendah hati dan tidak ego untuk terima argument argument liar dari yang lain. So, that's should be okay.

Dan segala yang berkaitkan dengan diri kau, dijadikan sebagai buah mulut orang sekeliling. Kau seorang yang jelek, pelik, berlagak art, konon anarki, dan selalunya ego. Dan banyak lagi yang akan menjadi intipati mulut orang dalam percakapan seharian mereka. Kau jelek, pelik dan konon art, dikatakan sebegitu sebab kau lain dari orang lain. Kau tak macam mereka, kata mereka.

Kau kena ingat satu benda.
Dalam filem Terbaik Dari Langit, Berg ada cakap;
"dulu masa sekolah, kau baca buku, kau tak faham. Kau yang bodoh atau buku yang bodoh?"

Jadi, biarkan mereka dengan dunia mereka. Dan kau, terus dengan pencarian "siapa diri kau yang sebenar."

Honestly, kita hanya akan jumpa dengan apa yang kita cari. Walaupun kekadang benda yang jumpa tu adalah secara tersirat, bukannya tersurat. Tetap, ia adalah jawapan yang hanya kita akan jumpa setelah kita fikir akan hikmah disebaliknya.

Sekian dari peminat nombor satu Toyu, binatang biru.
Kakaka.


11 October 2016

Menuntun Dalam Buta


4.50 pagi. Ayah whatsapp, say sorry sebab tidur awal semalam. Aku yang tidak berjaya melelapkan mata lagi pun lantas reply text nya. Ternyata Ayah sedang menunggu reply dari aku, sebab tiap kali aku reply terus bernyala bluetick pada column text aku.

Macam biasa, aku takde lah pelik mana bila Ayah bangun seawal pagi ni. Itu memang rutin harian dia. Lantas, secara kasualnya aku text "doakan untuk orang sekali."

Macam biasa juga, Ayah reply, "kami selalu mendoakan yang terbaik buat anak anak,"

Sentimental juga aku sebenarnya bila text Ayah pepagi gini. Mengingatkan aku pada dia. Perasaan bercampur baur, macam biasa. Kau orang pun mesti tau perasaan bercampur baur tu macam mana. Tak payah lah aku nak spesifikkan perasaan yang mana satu.

Seingat aku, sepanjang aku hidup ni. Baru dua kali aku tengok Ayah menangis depan mata aku. Itu pun, dua dua kali tu, aku yang ada bersama dan menenangkan dia. Aku peluk, genggam tangan dan lap air matanya di pipi. Selalunya aku akan berkata, "sabarlah, Allah ada. Ayah kena kuat." Ironinya, masa kecil dulu, Ayah yang menenangkan aku dan mengeluarkan kata kata begitu. Terkesima. Dua kali aku menenangkan dia, dua kali juga aku terkesima sendiri.

Awkward tu awakward lah juga, sebab aku selalunya pujuk Mak, bukan Ayah. Tapi itulah antara salah satu moment yang tak akan pernah aku lupakan sampai bila bila. Aku mungkin tak ada hubungan yang kacip sangat macam anak-bapak yang lain. Aku tak pernah lagi memayungi Ayah aku masa hujan dalam perjalanan ke mana mana, sebab obviously selalunya kami naik kereta, bukan jalan kaki. Aku tak pernah main peluk peluk dengan Ayah. Ayah tak pernah sokong aku main rugby sebab badan aku kecik. Tapi aku rileks, sebagai seorang mamat rok yang tenang aku tak pernah peduli pun sebenarnya pasal benda benda tu.

Dalam diam, dam agak klise macam orang normal yang lain juga, aku mengidolakan Ayah. Dari segi segenap sisi, tapi bukan barannya. Kahkah. Ya, dulu dulu bapak aku baran orangnya. Abang aku pernah kena penampor bunyi hentakan fire extinguisher ke lantai. Kakak aku pernah kena campak dalam longkah. Sampai aku, aku tak pernah lagi sebarang kesakitan secara fizikal, tetapi dari segi psychology pernah. Kakaka. Adik aku pula, mungkin sebab anak bongsu, Ayah pun dah all out jadi seorang gentlement yang paling jitu dalam keluarga, so adik aku tak pernah kena apa apa lagi dari Ayah.

Apa yang orang lihat aku pada hari ini, semuanya adalah bayangan dari Ayah. Aku tak tipu. Kau ingat aku boleh jadi tenang dalam segenap rasa ni secara tiba tiba atau semulajadi ke? Mana mungkin brader, Aku belajar banyak dari Ayah, really.

Power tak power, sampai satu saat, aku sampai mengidolakan diri aku sendiri. Bet, people wanna be like me too. I'm just wanna be like me. Kakaka

Tapi cakap banyak pun tak guna, Ayah akan sentiasa ada dalam doa doa aku. Macam aku nak, aku ada dalam doa anak anak aku (kalau ada rezeki) juga. InsyaAllah.

Amacam, tenang tak aku?
Akui jelah, itu pun susah kee?

Okay, chow.

10 October 2016

Catatan Rahmat


Ada kalanya aku tertewas dalam kejatuhan yang tidak dirancang.
Ada kalanya aku tidak tertawa ketika di puncak jaya.
Ada kalanya aku rapuh dalam segenap rasa.
Ada kalanya aku tidak mahu lagi berhadapan ketakutan.

Aku hanyalah aku.
Tapi, hanya Dia mengenal aku.
Dalam aku terkadang rabun dalam mencariNya.
Aku tahu, Dia ada di situ bersamaku sentiasa.

Adakah ini yang kucari selama ini?
Adakah aku pantas dalam mengenal cahaya dalam gelap?

Ritma hujan masih menari di luar rumah, menurunkan rahmat pada aku yang terkandas. Mungkin hanya untuk aku, supaya aku sedar akan kerahmatanMu?

Dalam gelap itu aku sabar menanti cahaya tulus dariMu.
Untuk aku mengenal jalan keluar dari sini bersama angin semangat yang takkan pernah luntur.
Kepercayaanku kepadaMu.
Tuhan.