17 August 2012

Balada 17 Ogos

For you. Yes, you !

senyum
seronok
semangat
aku merasakannya
setiap hari,
bermula dari hari itu...

17 Ogos 2011
mula bicara antara kita
tanpa sengaja
bibir terukir indah
aku berlalu sambil
memalingkan kepala
hanya untuk melihat kamu
dan tersenyum sendiri

hari ini
17 Ogos 2012
genap setahun perkenalan
kita berdua
tidak lagi bersua
tidak lagi berbicara

sehingga kini
tanpa sedar
kita masih kawan
tiada dendam
tiada dusta

yang ada
hanya cerita lama
kian mereput dalam
dimensi masa

tapi aku janji
hati ini pernah jujur
tentang perasaan 'itu'

jadi,
terima kasih.
terima kasih untuk
senyum, seronok dan semangat-ku

Selamat Hari Lahir
senyum selalu, itu senjata kamu
semoga Allah merahmati kamu di dunia dan akhirat

khas buat,
Sesiapa-Yang-Pernah-Digelar-Awek-Terminal
07:20pm / 25 Julai 2012

07 August 2012

Konspirasi


12.17 pagi, tamat waktu kerja. Gua beredar dari kedai no 3, dan terus berjalan ke kedai no 11. Brader gua kerja kat situ. Masuk, gua order Horlick ais bungkus kat brader gua.

"Brader, buat Horlick ais kaw punya haa. Bungkus." arah gua sambil terus duduk di kerusi yang disediakan.

"Haa, okay okay." balas brader gua pendek.

Suasana senyap seketika. Gua bosan, gua bakar sebatang rokok Marlboro.

''Ni, aku nak sembang satu hal ni." tetibe brader gua memecahkan zarah zarah kotor Marlboro yang berterbangan.

"Apa benda?" gua tanya brader gua balik

"Tadi mak tanya, bila kau nak berenti kerja kat kedai cina tu?" tanya brader gua sambil menyedut Horlick ais bungkus yang gua pesan tadi.

Gua diam.

"Hmm, nanti nanti lah..." gua jawab sepasrah mungkin sambil hembus asap Marlboro ke muka beliau.

Gua berdiri, mintak kunci kereta. Dan terus pecut WJH 961 dari kedai no 11 tersebut.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hati gua tak tenang.

 Dalam hati gua berkata, ''Cilaka, takde soalan lain ke nak tanya? Ada ke patut tanya bila gua nak berhenti kerja? Tanyalah gua berbuka puasa tadi makan apa ke, dah isya' ke belum ke...."

Gua bukan apa. Gua lemah betul bila ada orang tanya soalan yang gua taktau jawapan dia apa.


22 June 2012

Kerjaya


Dale... Oowhhh Daleee... Bangun...

*senyap*

Dale... Bangun la, dah pukul berapa ni...

*senyap*

Ni yang mak nak bising pepagi ni! Bangun lah, subuh! Berapa kali nak kejut?

Dan secara refleksnya aku menjawab;
Jap, sabar laaa. Lagi 1 je ni.

Lagi 1 apa?

Ni, lagi 1 mi wantan nak celur ni.

*zuzzzzz*
Aku tersentak. Bangun, tengok betis kanan dah berbirat kesan hanger.

Jangan mengarut sangat subuh subuh camni, awak tu kerja shift malam!

Macam ni ke rasa cintakan kerjaya?  Sampai terbawak bawak dalam tidur?