Assalamualaikum.
*****
Selama aku bernafas,
Aku tak pernah rasa sakit yang macam ni.
Rasa sakit yang menyebalkan seluruh sistem badan.
Pectoralis major, triceps brachii, deltoid, gastrocnemius dan soleus seakan lumpuh.
Jujur, amat sukar untuk aku melakukan rutin harian.
Ubat hampir habis, tapi makin teruk pula.
Cubaan memamah makanan adalah seksa.
Mineral dan isotonik sama sahaja.
Kata orang, untuk menjadi sihat kita perlu berlakon seperti biasa.
Okay, itu quote bodoh.
Sebab, aku sendiri telah melakukannya.
But nothing work out.
Aku mengharapkan sesuatu.
Sesuatu yang banyak sebenarnya.
Masih banyak yang mahu aku lakukan.
"The Big 2011" aku belum lunaskannya.
Listnya pun hilang entah kemana.
Seakan tiada matlamat.
Esok bagaikan setapak untuk berjaya.
Situasi sebegini pula yang harus ku tempuh.
Sinar yang pada mulanya terang benderang.
Kini seakan gelap gelita.
Masih adakah peluang untuk masa hadapan?
Ahhh....
Adakah ini pengakhiran bagi hidupku?
Ya Allah, temuikanlah jiwa aku kembali.
Biar sedikit, tetapi semakin kuat.
Amin.