15 April 2011

Simbolik Draft

Assalamualaikum.

*****

Hari ni aku check edit post aku, aku tengok dah berlambak lambak dah draft yang aku bikin. Ini semua gara gara idea aku yang lari entah kemana. Tunggu punya tunggu tak jugak kembali. Adakah aku patut kejar beliau sampai dapat? Tapi sorry la, kalau aku dah start aku punya 4x400 sure sure idea tu kalah. Keh keh keh.

Teringat dulu masa sekolah. Aku suka sangat menulis, jadi bila time nak buat karangan or essay, surely mata aku jadi segar. Tangan mula capai pen biru super fine dan mula menulis. Sebelum nak siapkan the whole essay, firstly we should draft la kan. Masa tu tak payah cakap la, bagi jelah tajuk apa pun aku boleh bagi point. Mencurah curah idea. Sampai cikgu pun cakap, "Dale, draft draft jugak. Kerja aku jangan tak siap pulak." Pergh, kadang-kadang aku terfikir betul jugak kata kata beliau tu. Ciss...

Lu orang mungkin akan terkejut sebab walaupun aku minat kat benda tulis menulis ni, tapi hakikatnya aku lah orang yang paling malas nak siapkan homework tu. Kalau tengok draft, dah gempak dah. Tapi apa pun tadak. Aku jadi tak minat bila buat kerja yang tertangguh ni. In case, tengah ligat tangan aku tulis essay dalam class, tetiba bunyi loceng rehat. Pergh, gua mana boleh tahan beb bab bab makan camni. Usually, bila buat homework dalam class ni banyak setan datang mengganggu. Lebih lebih lagi the brotherhood OKTS, Azeem ngan Maman. Memang sibuk mengajak aku melancong ke tandas. Sebagai seorang penggiat kencing berjemaah ni, memang aku follow dorang lah. Alang alang tu, boleh cuci mata sekali.

Now, bila dah start blogging ni macam macam masalah ada. Tengah sedap sedap aku tulis entri, tetiba aku senang jadi hilang punca. Draft pun dah menyemak, buat kilang sardin jenama Ortodoks Buatan sendiri. Neraka apakah ini?

Aku rasa, aku patut kembali pada hobi membaca aku dulu. Lu orang tanya lah mana-mana novel Ahadiat Akashah, aku boleh terangkan plotting dia. Mostly, karya karya beliau aku dah baca. Bukan semua, tapi kebanyakannya lah. Dapat pulak baca "Hikayat Cinderella", memang tersedu sedan la korang nangis bila baca. Tapi jangan rissau, sejujurnya aku tak pernah keluar air mata sikit pun bila novel-novel cinta ni. Paling paling pun keluar air mata sebab pedih mata fokus kat tulisan ber-font 8 tu mungkin.

Kadang kadang menjadi seorang aktivis membaca novel ni ada function jugak. Tapi aku taknak cerita sekarang sebab, kalau aku teruskan jugak maka bertambah lagi 1 lah aku punya draft. Dan, sekali gus entri ni takkan dipublish untuk tontonan umum. Haha.

13 April 2011

Seminggu

Assalamualaikum.

*****

Seminggu
berjalan bersama
hanya langkah yang beza.

Seminggu
makan bersama
lauk kau lauk aku juga.

Seminggu
gurau bersama
kau aku jadi bahan lawak yang sama.

Seminggu
tidur sekatil bersama
walau hanya muat untuk 3 orang sahaja.

Seminggu
"hoi, cepat la"
tapi masing-masing "sabar laaa".

Seminggu
berkongsi zarah yang sama
kotak lain-lain brand cuma.

Seminggu
"Rm 10 sorang haa"
Err, wallet tinggal. Sorry, aku lupa.

Seminggu
"Lawa jugak baju kau"
"Nahh, try laa".

Seminggu
Mengintai awek kelate yang sama
Masing masing 'awieeee' bersama.

Haha.
Korang memang terbaik la Awe & Amad.

Now, seminggu pun dah habis.
Masing-masing kembali pada yang asal.
Harap jangan dilupa akan memori ini.

Aku rindu gila, bila nak macam ni lagi wei!

10 April 2011

Just do it

Assalamualaikum.

*****
Situasi di atas bot berkelajuan 60 km/j

 
Dale: Jom, terjun weh. Mesti heaven.
Awe: Kau gila apa cilake?
Amad: Entah, gila! Tengah laju ni.
Dale: Ya, aku tau. Apa lagi, jom ah!

Burshhhhh ......
Burshhhhh ......
Burshhhhh ......