17 May 2018

Usaha Memartabatkan Sub Budaya Dalam Diri Bebudak Tahfiz


Where Have All The Bootboys Gone // The ACAB

Semalam berkemungkinan adalah hari terakhir aku mengajar bebudak tahfiz kat Slim Village. Jika direnung kembali hari pertama 3 bulan yang lalu, aku macam kekok sikit nak ajar bebudak suci ni tapi semalam fuhh, memang aku all out habis.

All out sebab takut lepas ni memang tak jumpa depa dah.

Bila teringat yang aku ni mengajar di banyak pusat tuisyen dan students aku datang dari pelbagai background, aku rasa bebudak tahfiz ni lah yang paling menyenangkan hati. Memang depa tak berapa nak "pandai" dalam pelajaran walaupun lagi berapa bulan je nak exam besar. Tapi sepanjang aku mengajar, depa tu lah yang paling sedap untuk diajar.

Kurang pandai, tapi sahsiah tinggi.

Last sebelum aku chow, aku sempat bagi wise word paling wise untuk depa guna sampai ke hari tua.

Bila kerap diaju soalan common dari sesiapa, jangan simply jawab "tak tahu!" Rasionalnya, pada aku orang yang cakap tak tahu ni ada 2 jenis saja.
1. Orang tu memang tak tahu.
2. Orang tu penakut, tak berani dan bodoh.
Jadi, awak pilih nak jadi yang mana satu.
Awak hanya layak cakap tak tahu bila awak betul betul tak tahu sahaja. Bukan bila awak rasa malu atau malas nak berfikir akan jawapannya. Sebab bila awak tak tahu tapi awak buat buat tahu, itu namanya buat "palatau." Orang buat "palatau" ni selalunya sampah, jangan ikut.

Baru berapa jam lepas aku habis class, dan aku sudah pun mulai rasa rindu pada depa. Aku tak tahu, adakah ini perasaan biasa bagi setiap guru?

Tapiii, aku tak pernah mengaku yang aku ni seorang guru pada students aku. Sebab aku bukan guru yang bertauliah. Pada asalnya aku mengajar ni hanya kerana aku perlukan kerja saja. Aku tak pandang duit atau pun fame yang kemudiannya benar benar datang selepas aku jump into this field.

Sepanjang mengajar nak dekat 5 bulan ni, aku anggap setiap class aku adalah experiment. Di mana aku kena bijak merencana dan mengawal class di samping mengajar benda benda yang sepatutnya pada mereka.

Sembang pasal bebudak tahfiz tu lagi, benda yang paling aku tak boleh lupa adalah dalam class English masa mula mula duluuu aku tanya depa,
"If I talk fully in English you can understand or not? Exam baru ni dapat berapa?"

Dan tenang depa jawab,
"D, Cikgu!" " E!"

Tanpa membuang masa sebab class untuk setiap subject hanyalah 2 jam saja, malam tu aku terus ajar depa tulis lirik lagu Where Have All The Bootboys Gone by The ACAB.

Aku pesan,
"Nanti time exam kalau taktau nak tulis essay, tulis balik lirik lagu ni!"

And I really meant it. Yelah, dari kertas depa kosong tak dapat markah apa.

Lepas sesi tulis lirik lagu apa semua, aku tak cakap banyak, terus aku explain scene skinhead Malaysia serba sedikit. Dan siapa The ACAB ni sebenarnya dan kenapa lagu ni yang aku pilih untuk share dengan depa.

Long story short,
Aku fikir, at least benda ni adalah alternative pada depa. Dan aku hanya sediakan jalan. Lepas ni kalau depa tetiba berminat layan lagu lagu skinhead atau pun lagu lagu dalam bahasa omputih, itu pun aku dah sujud syukur dah.

Buat bebudak tahfiz tu, aku harap kau orang rasa beruntunglah sebab aku share knowledge scene pada kau orang pada umur yang sebegitu muda. Damn, aku masa umur 12 tahun dulu lagu yang paling "lelaki" aku dengar pun lagu Redline //Shizuka saja. Itu pun lirik tak faham, scene tak faham dan apa benda pun tak faham. Cuma yang aku tahu, aku tau jiwa aku ada dalam lagu lagu macam tu.

Sampailah aku besar gini, observe dan digging sendiri saja.

Aku sedih campur rindu sebenarnya ni kahkah

Cukup sampai situ, serpihan pengalaman mengajar aku. For sure memang aku tak berapa nak gemar sangat kalau nak share semua benda pun. Cukuplah serpihan untuk diabadikan dalam tulisan ini.

Semoga berjumpa lagi.
Dan aku harap masa tu kita boleh sing along lagu Where Have All The Bootboys Gone tu sama sama okay.

So long, Oi!

No comments:

Post a Comment