07 June 2017

Gila Busy Sampai Nak Buat Busy Pun Tak Sempat


Punya lama aku tak menulis kat sini, busy betul aku layan malas lepas balik berniaga. Sedar tak sedar dah masuk bulan keempat dah aku berniaga sendiri ni woii! Bangga juga aku bila terkenangkan hari pertama pacak payung kat Gamuda Walk dulu. Tapi takkanlah aku nak bercerita kat sini, nanti tak ada modal pula nak bercerita kat anak cucu kalau panjang umur dan sihat daya ingatan.

Aku sebenarnya sedang menulis di blog sebelah ni, tetiba rasa macam malas nak keras otak pula. Tengok, malas lagi. Macam ass. Tapi betullah, hal malas menulis jangan buat main. Aku sampai satu tahap rasa lebih selesa menulis rant macam ni, like old days yang gemilang. Aku hanya membiarkan jari aku terus menaip tanpa memerlukan otak bekerja keras sangat untuk menulis sesuatu perkara. Nama pun rant kan. Jangan risau, aku masih berpegang pada kata "menulis pakai otak." Kahkah

Peh, payah juga ni bila terkenangkan sekarang aku ada tiga blog untuk dihandle. Ortodoks Buatan, Sphersim dan Menjadi Miskin. Tiga-tiga ni tentang berlainan rasa dan mood.

Ortodoks Buatan; macam biasa blog ni akan jadi tempat untuk aku menulis rant dan kalau aku bernasib baik, aku akan berjaya menulis rant berbaur ilmiah yang berguna untuk semua orang yang membaca walaupun pembaca blog ni memang dah ada dah pun kahkah. Ini kira macam alter ego la, nak tulis kat fesbuk pasal semua benda kang macam tak syok. Ramai sangat tukang judge dan kekawan (manusia) yang cepat sentap entah apa apa. Macam ass. Aku fikir banyak kali juga setiap kali nak up status fesbuk, tapi last last end up aku akan biarkan ianya berjela kat sini sahaja. Sayang betul. Tapi peduli lah, apa lah sangat profile fesbuk selain untuk membangunkan profile sendiri. Kan?

Spherism; blog ni special. Blog untuk aku terus mengasah menulis antalogi tentang apa-apa yang berbaur cinta. Aku cuba bereksperimentasi dengan penggunaan lenggok bahasa serta content tentang cinta. Iya, seperti yang kau tahu tulisan-tulisan berkenaan cinta ni dah menjadi lambakan di mana mana dah. Aku pula, percaya yang mampu menulis lebih baik dari tulisan-tulisan picisan yang ada. Oleh itu, di sinilah tempatnya aku mencurah segala rasa dan mood cinta. Ada berkisarkan realiti dan juga fantasi. Bab fantasi tu selalunya susah sikit sebab bukan aku yang lalui penceritaan yang aku nak menulis tu. Biasalah, nak mencabar diri ni bukan dengan orang yang kita rasa boleh makan je. Mencabar diri untuk menulis menandingi orang lain adalah suatu tugas berat yang aku ambil sambil lewa dan pelan. Yang penting aku terus menulis. Ya, tentang awak, cinta dan kita :)

Menjadi Miskin; kahkah yang ni aku faham sangat tentang kewujudannya. Sebenarnya since aku bikin start up company dengan partner aku, Jim kami berdua tetiba telah mengharungi satu musim kemiskinan yang sangat real. Tapi alhamdulillah, dengan berkat serta kesabaran, walaupun miskin tak berharta kami masih tak pernah skip makan. Makan tetap makan, cuma kena catu makan. Sedang aku bikin bisnes dan berlapar, aku membaca novel travelog George Orwell yang menulis tentang kemiskinan. Dan pada aku, nasi lagi kenyang dari mamat George ni selalunya hanya akan makan roti sapu mentega sahaja selama dia berkelana di tempat orang dan tanah sendiri. Real betul. Jadi, terbinanya blog ini, aku harap aku mampu menulis tentang penat jerih aku dalam bikin start company juga. Lagi real dari mamat George ni. InsyaAllah.

Ahh, lapo pulak hujan pepagi gini. Kasi aku makan sat, nanti aku sambung balik, Kalau tak malas kahkah

*setelah beberapa minggu kemudian*

Dan akhirnya, aku baru berkesempatan untuk sambung menulis entry ni. Aku nak sambung sikit saja, tak banyak.

Sedar tak sedar, hari ni dah 12 Ramadhan. Sedar tak sedar jee. Cepat betul masa berlalu. Sejajar dengan keberkatan bulan Ramadhan, start up bisnes aku pun seakan dilimpahi dengan keberkatan bulan ini sendiri. Saetiap hari aku berdoa dan berharap, agar perusahaan aku ini mampu kekalkan momentumnya di bulan-bulan yang lain juga. InsyaAllah.

Sejak menjadi seorang usahawan muda ni, aku pegang satu kata-kata yang sangat penting bagi aku. "Kita dah usaha, Dia akan tolong nanti." Tugas aku adalah untuk tetapkan kata tauhid itu, supaya aku sentiasa ingat bahawa, rezeki, jodoh, ajal dan lain-lain semuanya Dia dah tetapkan. Semoga aku terus istiqamah dengan apa yang aku bikin dan tempuhi ini. Amin.

Chow.


22 April 2017

Mat Timid Lost In Shah Alam


Dah lama juga aku nak melakukan sebarang aktiviti menulis sejak beberapa bulan ni. Busy baq ang. Busy dengan life, busy dengan niaga, busy dengan macam macam lagi. Disebabkan hari ni cuti, aku balik kampong untuk buat refreshment setelah beberapa bulan ditembak dengan kesibukan yang menyeksa jiwa serta fikiran. Aku fikir, nak lari dari tanggungjawab tu memang bukan aku lah. Jadi aku hanya terus berdiri kuat untuk rempuh segala yang mendatang even kekadang perasaan rindu pada parents tu menjengah bila hujan mula renyai bila niaga. Rasa panjang ja waktu. Kahkah.

Long story short, aku cuti ni aku malas lah nak sembang perkembangan bisnes yang aku bikin nak masuk 3 bulan ni. Siapa nak tau lebih lanjut, boleh contact direct je dengan aku. Nanti aku sembang, likewise aku ni sangat menghormati orang orang yang contact aku directly :)

So, stop there.

2 minggu lepas aku ada terpergi Pesta Buku Selangor. Dalam keadaan hujan renyai, motor yang aku bonceng meredah kesesakan lalulintas level 2, ada suatu momen yang dah lama aku tak rasa. Bukan tak rasa apa, dia macam...ah susah juga nak klasifikasikan benda ni. Tapi kau orang faham lah momen redah hujan renyai sambil bonceng motor atas jalanraya separa sesak ni, kan? Peh, ulang dua kali aku benda yang sama aku tulis ni. Lantak pi.

Yang penting aku nak cerita pasal effect dari terpergi Pesta Buku itu hari tu. Dalam keadaan tak berduit sangat, aku jelajah satu persatu reruai penerbit buku kegemaran dan menarik, aku terjumpa sebuah buku yang memang dah lama aku nak baca tapi tak baca baca sebab tak berduit sangat since from buku tu published beberapa tahun lepas. Dari cetakan pertama hingga cetakan yang entah keberapa sekarang aku tak ingat, aku ingat buku tu dah stop production sebab setahu aku marketing serta review untuk buku tu tak power mana dan jarang lah aku dengar mat minah buku sembang hal buku tu dengan aku. Tapi nak dijadikan cerita, itu hari aku terjumpa. Senyum lebar terus aku lepas down teringat makwe cashier Dubook tak approve approve lagi aku kat facebook lepas bertentang mata dengan dia itu hari.

Dalam aku terkesima mata memandang tepat buku kegemaran tu, dalam kepala otak dok terfikir "faker dalam wallet ada 10 ringgit je ni. kalau terpaksa, memang gua kena cari atm cucuk duit. tapi kalau tak beli kang, bila lagi lah pulak aku nak jumpa buku hikmat ni." Hah, lebih kurang gitu lah bermonolog.

Kau tau apa yang ada dalam kepala otak aku selain dari monolog tadi? Benda yang ada adalah guts. Kata hati yang aku rasa aku kena beli juga buku ni. Mampus pi. Jadi, dalam dok ralit membelek setiap inci buku tersebut sambil melutut satu pada bumi, aku bangun lalu dengan steady nya ke cashier dan bertanya, "bang, buku ni berapa?" Dan brader tu menjawab, "rm8."

Checked. Damn son. Tenang aku mendengar lalu tersenyum lebar. Abaikan apa yang akan aku makan malam nanti. Ayam Brado ada, takpa. Finally, aku beli lah juga buku tu walaupun duit dalam wallet ada rm10 je.

Since that day, aku mula bertungkus lumus habiskan pembacaan buku lain yang tak habis habis lagi dibaca. Buku baru beli tu aku masukkan dalam "waiting list" untuk next reading.

Secara tak sedar, aku dah mula menjadi mat buku kembali. Aku dah jadi mat buku yang hilang dalam keasyikan waktu menjiwai apa yang dibaca. Semoga aku terus kuat untuk habis membaca buku yang lain sebab aku dah tak sabar gila nak baca buku baru beli tu.

Oh, btw buku baru beli tu adalah Timid by AB Hashim terbitan Lejen Press. Writer dia adalah founder Off-Publishing yang dahulunya dikenali dengan Poket Press. Tahun 2014, AB Hashim pernah pesan kat aku masa kami berjumpa di Perlis, "belilah buku ni, tak menyesal. Aku tulis." Dan masa tu memang aku broke tak mampu nak beli, akhirnya aku beli juga 3 tahun kemudian.

Sorry bro, lambat sikit. Apa apa hal pun, aku tengah fokus nak jadi mat buku balik ni. Dalam kesibukan niaga, aku masih lagi bawa sebuah buku untuk dibaca tiap kali ada masa lapang. Kau orang yang baik hati, doakan aku bahagia dengan cita cita kecil aku ni ya.

Chow.


20 February 2017

Dari Teori Menjadi Praktikal


Punyalah busy aku sekarang, sejak hari pertama aku bikin Brado dengan member jatuh bangun aku, Jim, tetiap kali bangun tidur aku kena kerah fikiran untuk "okay, apa plan hari ni." Every single time.

Berniaga tepi jalan ni, payah. Hari hari kena alert dan perati tindak tanduk Majlis (apply tapak sampai berpuluh, tapi tak dapat pun), cuaca menjadi peranan, dan sesekali tu ada juga manusia "ingin tahu" yang akan mempersoalkan kau "kenapa niaga, kenapa tak kerja?" Lalu aku menjawab dalam hati, "aku niaga ni, aku kerja la." Nak tukar mindset orang ni susah, better aku show the best to them je. Bak kata orang putih, "work hard in silence, let your success be your noise."

Kalau dulu, secara teorinya kita sering mendengar "kau, bila nak buat sesuatu kau kena rancang. kalau boleh, biarlah plan tu dari A hingga Z. Make sure tak putus plan." Itu dulu lah tapi.

Now, bila kau dah buat real business (or any kind of works you do), teori yang nampak mudah tu sebenarnya sangatlah susah aku kira. Ya, betul. Untuk hanya merancang, benda tu petik jari je pun boleh buat. Tapi untuk melaksana apa yang kau rancang tu, ya rabbi bukan main susah untuk kau settle kan.

Kekadang, kau come out dengan dua idea asal, salah satu daripadanya kena terminate sebab ada kekangan dan halangan. Kekadang pulak, dua dua idea tu tak boleh pakai. Oleh itu, untuk overcome masalah idea-yang-bakal-di'terminate', aku secara paksanya akan come out dengan dua lagi idea untuk back up 2 idea asal aku yang tadi tu. Which mean, ada 6 idea kesemuanya (untuk dua idea asal).

Personally, bagi aku handle start up business lagi payah dan mencabar dari handle business yang dah sedia ada kukuh. Belajar dari pengalaman sendiri memang real. Seronok dia lain macam. Dia sama kategori macam nikmat orang solat lah, hanya orang solat je tau nikmat dia macam mana. Hah gitu.

Ahh, aku nak cerita pasal teori plan A-Z je ni sebenarnya kakaka

p/s: aku tinggalkan lagu ni untuk korang layan bersama aku sambil basuh ayam.