21 January 2014

Hilang Punca Tahap 101


Selepas keluar result matrikulasi itu hari, gua seakan dapat hint dari Tuhan 'lain kali, nak berjaya jangan lupa Aku. Usaha tidak, berdoa jarang jarang, tapi tawakkal berlebihan adalah sesuatu yang tak berguna.'

Pernah sekali gua terlintas, ni kalau gua tak dapat sambung degree ni memang gua patah balik stpm amik sastera. Pedulik apa gua. Tapi alhamdulillah, Tuhan bagi peluang. Berkat doa dari mak yang juga seorang guru gua rasa. Naik degree, walaupun masih dengan main-main tetapi ternyata hidup gua lebih berfaedah, berguna dan berwawasan kalau nak dibandingkan dari zaman matrikulasi dulu.

Hidup gua sekarang masih macam dulu, cuma ada sedikit pertambahan aktiviti walaupun gua kira tidur masih lagi aktiviti fevret gua buat masa sekarang. Rugby- sibuk dengan training, friendly dan open game. Darma- terbit buku, cari tokey buku yang sudi beri wang, bikin network sama kapitalis dan hidup sebagai usahawan sebenar. Enactus- social entreprenuer, proposal, running program dan berjiwa korporat kapitalis cilake. Study- macam biasa, sentiasa relate dengan apa yang gua buat dengan aktiviti aktiviti kat atas nuu.

Sem lepas, gua banyak kali fikir pasal putus asa. Dan banyak kali jugak hampir layu dek perasaan. Lu gila? Gua ni student, tapi komitmen serupa ahli politik korup tak ke kelaut hidup gua masa tu. Makan minum tak kena waktu, tidur tak ikut jam asal ada masa ganti tidur.

Pernah sekali tu, gua betul betul rasa give up tak boleh blah pasal laptop gua hang masa gua dah taip 2 pages esaimen untuk 'marketing plan' punya seksyen dalam proposal business plan dan semuanya HILANG. Mulut gua tak henti henti cakap sama Putra, 'aku give up ni. Aku tak boleh teruskan lagi.' Rasa nak menangis tapi terkenangkan masa kecik kecik dulu dah puas menangis, gua tinggalkan perasaan nak menangis tu ganti dengan sebak di ulu hati je.

Sampai keesokan harinya, gua masih lagi dengan slogan 'aku give up ni. Aku tak boleh teruskan lagi' tu. Sedar tak sedar, kawan kawan tetap ada yang support walaupun ramai yang 'pedulik apa, bukan masalah aku pun'. Lebih 24 jam gua tak tidur dan mulut masih memperjuang slogan tak patut dari semalam tu akhirnya segala kerja kerja yang tergendala semalam sudah siap sepenuhnya.

Macam mana boleh siap sepenuhnya?
Gua flashback sikit, dulu masa sekolah rendah gua selalu sakit sakit. Tapi mak gua cikgu, gua sakit ke gua ada masalah apa apa pun, gua tetap kena pergi sekolah jugak. Dari darjah satu sampai gua last paper spm - akaun  (lagi sejam paper nak start gua masih dekat hospital), gua tetap akan teruskan perjuangan gua. Mak gua punya skil train gua jadi manusia kuat sampai macam tu sekali.

Rupa-rupanya, dalam ketidaksedaran dari mulut yang sering melaung kata patah dan putus semangat itu, tangan gua tetap menaip dan minda gua masih lagi mampu untuk push to the limit. Minda dan tangan gua masih lagi mampu bekerja dalam masa kecemasan, kira critical thinking gua power ah. Kakaka

Takde apa yang menarik selain dari kejadian ini. Sejujurnya, bila gua muhasabah diri balik walau kita jaga hubungan baik dengan Tuhan dan manusia kita tetap dilanda masalah adalah kerana kita tak jaga hubungan baik dengan diri kita sendiri. Our body, our soul. Bila benda ni seiring terjaga seperti mana hubungan yang lain, gua rasa gua okay. Hati dok berdoa pada Tuhan, mulut dok terus sembur kata cacian. Macam mana nak elok? 

Ini adalah pertama kali gua menulis tanpa tujuan, dan gua rasa ini adalah tulisan gua paling jujur setakat ni. Siapa nak pertikai? Come on, mana ada manusia baca blog ni dah sekarang. Kahkah

31 August 2013

Fokus emosi


Pernah seorang doktor memeriksa kesihatan tubuh badan Isnin dari segi fizikal dan mental. Ikutkan Isnin, dia tak berapa nak in sangat dengan cara doktor itu periksa hal hal tubuh badan nya, tapi disebabkan keseluruhan keluarga terdekat ada dibelakang tanda ingin tahu, maka Isnin rela paksa kan saja diri nya untuk diperiksa doktor tersebut.

Dengan menggunakan teknik 'aura' doktor tersebut, beliau scan satu persatu dari segi;
kesihatan, okay
spiritual, okay
fokus, tak okay
pelajaran, okay
emosi, tak okay
thought, okay
pekerjaan, insyaAllah okay

'Kamu bagus, tapi kamu seorang yang tak fokus dan emosi sering terganggu.'

Isnin sebagai empunya badan seraya berkata dalam hati,
'Fak, gua tak percaya dengan teknik lu. Macam mana gua punya fokus dan emosi nak okay? Apa power sangat teknik aura lu ni?'

Sambil pejam mata doktor itu berkata,
'Hmm, mungkin kamu ni ada masalah dengan perempuan?'

'Tak, mana ada...' Isnin membantah perlahan

Doktor tersebut mula scan kali kedua,
'Ya, masalah perempuan.
Hati kamu belum terbuka lagi untuk menerima seseorang perempuan. Hati kamu masih terlalu mahukan dia. Dia yang berada di hati kamu tetapi masih belum bersedia untuk menerima kamu. Kamu jadi seorang yang lost in hope. Kamu susah untuk percaya cinta lagi, sebab itu fokus dan emosi kamu mudah terganggu. Come on, kamu muda lagi wahai anak. Move on.'

Ujar doktor itu dengan panjang lebar.

Isnin tersenyum. Dalam hati berkata;
'Cilaka, bijak betul doktor ni. Tapi jangan harap lah gua nak beli ubat lu. Mana ada ubat untuk pulihkan hati?'

08 August 2013

Niat


Seluruh manusia sepatutnya sedar akan satu benda yang aku baru kaji pagi raya tadi.
Semua benda yang kita buat, semua benda yang kita lihat, semua benda yang kita dengar, semua benda yang menjadi rutin harian kita. Sepertinya perkara perkara tadi sememangnya tidak boleh lari dari minit minit kehidupan kita.

Semua yang berlaku asalnya daripada niat.

Niat. Niat. Niat.

Niat bukanlah perlakuan. Diulangi, niat bukanlah perlakuan. Kerana, perlakuan adalah tindakan. Ya, tindakan.

Sebaik mana, sejahat mana niat kita. Selagi kita tidak perlakukan, atau membuat sebarang tindakan daripada niat tadi, ianya tidaklah dikira (Baik atau Jahat).

Niat, ingin mencintai seorang gadis.
Niat ingin bersedekah kepada masjid.
Niat ingin membantu insan-insan malang.
Niat ingin membunuh orang.
Niat ingin kahwin satu lagi.
Niat ingin menjadi perasuah tegar.

Selagi tiada langkah susulan berbentuk tindakan dan perlakuan, janganlah terus menganggap bahawa ianya telah pun disempurnakan. Walhal, ianya hanya niat.

Manusia, tolong jangan keliru.
Antara niat,
dan tindakan.

Tolong jangan keliru.