Biasakan diri, berbuat kebaikan tidak diketahui pihak kedua ketiga atau seterusnya. Sudah sudahlah, mengadu domba, mencanang segala di laman sosial. Itu semua tidak perlu. Yang perlu tahu akan kebaikan kau telah buat dan fikirkan hanya diperantaraan kau sama Tuhan sahaja. Tidak lebih dari itu. Percayalah, tiada apa yang kau raih jika kau ampu perhatian dari pihak yang lain. semua jadi tak guna.
Perilaku yang membawa kebaikan tak perlu diberitahu kepada
umum, kalau boleh elaklah. Tak salah pun. Asal tiada niat, kemudian hari timbul
niat. Hati mudah berubah, jangan percaya. Mudahnya begini, buat baik
jangan sampai diri sendiri tahu.
Pepatah Arab ada berbunyi;
Tangan kanan memberi jangan sampai tangan kiri tahu.
Niat suci dan kebaikan hanya menjadi modus operandi dalam menambah dosa semata. Lama lama ia menjadi suatu sifat buruk yang perlbagai,
Sombong
Riak
Berlagak
Walau sedikit tidak melangit
Tetap salah
Tetap tak guna
Tuhan tahu apa dalam hati
Tuhan tahu apa maksudmu
Jadi,
sila buang jauh jauh
Kerana,
.
.
.
"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sombong walau sebesar biji sawi..."
#bukanFynnJamal
No comments:
Post a Comment